Ahad, 3 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SELAMAT BERJUANG BLOGGERS PR DI SARAWAK

Posted: 03 Apr 2011 10:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT bertuah kepada para Blogger dari PR yang mendapat peluang ke Sarawak sempena Pilihanraya Negeri Sarawak tidak beberapa minggu lagi. Terima kasih banyak kepada pihak yang sudi taja tiket penerbangan pergi dan balik buat Blogers kita berjuang di sana.

Terasa ingin juga bersama sahabat ke Bumi Kenyalang, maklumlah tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sana. Tetapi, kita semua faham mereka ke sana bukan untuk melancung atau berseronok tetapi untuk bekerja keras bagi membantu PR menumbangkan rejim Taib Mahmud dan Bn di Sarawak. Besar sekali harapan rakyat Sarawak kepada PR untuk memulihkan kembali kerosakan dan onar yang telah dilakukan oleh `penghisap darah' mereka selama berpuluh tahun kebelakangan ini.

Kepada Bloggers yang bertuah, saya sebagai rakan mengucapkan selamat berjuang dengan ikhlas. Kami Bloggers di Semenanjung sentiasa mendoakan agar kelian semua selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang baik untuk bekerja keras di sana. Percayalah, kami di sini akan sedaya upaya membantu sebaik mungkin. Kepada pimpinan PR, hulurkan lah sedikit bantuan kepada mereka ini sekadar termampu kerana kita sedia faham bahawa kita belum menjadi kuasa pemerintah dan tentunya kita berada di dalam kesulitan.

Difahamkan ada juga Blogger yang telah mendapat tajaan tiket penerbangan pergi dan balik, tetapi keberatan untuk ke sana kerana tiada perbelanjaan poket yang mencukupi. Saya harap mereka ini tidak membazirkan pemberian tersebut, adalah lebih baik mereka bersama rakan-rakan yang lain yang telah pun berada di seberang sana. Rezeki Allah ada di mana-mana, InsyaAllah.

Kepada Blogger atau individu yang sanggup ke Sarawak dengan perbelanjaan sendiri, tahniah kita ucapkan semoga Allah memberkatinya dan melimpahkan rezeki berganda buat mereka. /wfauzdin.blogspot.com

PILIHANRAYA SARAWAK - MASYARAKAT IBAN MASIH YAKIN DENGAN SNAP LAGI KAH?

Posted: 03 Apr 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BESAR kemungkinan tetap ada pertandingan 3 penjuru di dalam Pilihanraya Negeri di Sarawak nanti. Jelas, SNAP yang dikatakan masih ingin bersama PR di dalam objektif menumbangkan kerajaan Bn di Sarawak tidak menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama sebaik mungkin dan mereka telah pun menyenaraikan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang kemungkinan PKR akan bertanding di situ.

Ada yang berpendapat PKR kelihatan begitu tamak menuntut kerusi di Sarawak seolah-olah parti tersebut ingin menjadi peneraju kerajaan negeri sekiranya PR berjaya menumbangkan Bn di Sarawak. Pada pendapat saya, memang wajar PKR diberi lebih kerusi di Sarawak berbanding SNAP walaupun parti ini lebih berusia dari PKR di bumi Kenyalang tersebut. Tetapi harus diingat, itu sejarah lama dan SNAP sebenarnya boleh dianggap lama `terkubur' dan kebanyakan pemimpin mereka dahulu bersekongkol dengan Bn menghakis segala kekayaan di Sarawak. Walaupun SNAP dikatakan parti yang mewakili Kaum Iban di Sarawak, namun setelah berpuluh tahun Sarawak di bawah Bn dan sewaktu SNAP bersama mereka, kaum Iban masih dilihat tercicir dari segala sudut dan bidang.

Kini, arus politik telah berbeza dan rakyat Sarawak mesti bersama-sama menyokong idea baru yang dibawa dari Semenanjung. Mereka tidak merasa rugi sekiranya memilih calon dari PKR, DAP mahu pun PAS yang calonnya juga adalah anak watan negeri dan kawasan masing-masing. Sejarah kemusnahan SNAP harus dijadikan pengajaran dan tidak keterlaluan jika dikatakan SNAP berkemungkinan besar akan menyeberang kembali kepada Bn jika mereka memenangi banyak kerusi. Saya tetap meragui keikhlasan SNAP di dalam PR setelah melihat kepada beberapa situasi sekarang.

Mengakhiri artikel ini, Saya ingin memetik komen seorang rakan FB yang telah memberikan ulasannya terhadap isu ini. Beliau menggunakan nama `Otak Tuan Sadiq' memberikan ulasan beliau seperti berikut;

" Kaum Iban sendiri boleh bertanya kepada diri mereka sendiri.... Apakah yang telah SNAP perjuangan selama bersama BN. Kini kehilangan tanah dan keberanian Taib Mahmud merampas tanah NCR kaum Iban adalah hasil persetujuan dan sokongan pemimpin SNAP juga. Perbalahan pemimpin SNAP dengan BN bukan kerana dasar perjuangan tetapi kerana kepentingan peribadi sendiri. Selagi kaum Iban percaya kepada SNAP selagi itu mereka akan diperbodohkan oleh parti yang selama ini bersekongkol dgn Taib. Nak lawan kepimpinan Taib.... hanya PR pilihan terbaik.. Kaum Iban mesti berani menumbangkan kuasa Taib bersama PKR, DAP dan PAS."
wfauzdin.blogspot.com

SAMBUTAN LUAR BIASA KE ATAS ANWAR, KALI INI TETAP DIHALANG POLIS

Posted: 03 Apr 2011 09:56 AM PDT

Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Kuek Ser Kuang Keng
Apr 3, 11

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

anwar ceramah disrupted by cops swakMajlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

Tiada ulasan: