WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?
- Drama Bangkok Raja Petra-PDRM berterusan
- Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa
- Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor
- Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel
- Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan
- Rakyat 'Khair' Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN, Kata Anwar
- Anwar : Rakyat Mampu Berubah,Tolak Politik Jahat BN
Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno? Posted: 24 Apr 2011 07:52 AM PDT Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?
| ||
Drama Bangkok Raja Petra-PDRM berterusan Posted: 24 Apr 2011 05:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 April — "Drama Bangkok" melibatkan Raja Petra Kamarudin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan sehingga lewat petang ini dengan kedua-dua pihak bertukar-tukar SMS menanti sama satu lain berhubung usaha pihak berkuasa itu untuk mendapatkan kenyataan blogger kontroversial tersebut. PDRM menghantar anggotanya ke Bangkok untuk bertemu dengan Raja Petra semalam, tetapi usaha itu tidak menjadi kenyataan selepas beliau tidak mahu kenyataannya diambil di Kedutaan Malaysia. Raja Petra (gambar) hanya bersetuju jika keterangan diambil di hotel beliau tinggal. Peguam dan isteri Raja Petra khuatir ia sebagai satu helah untuk menahan beliau dan dibawa balik ke Malaysia. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim menulis bahawa beliau telah memaklumkan kakitangan Kedutaan Malaysia di Bangkok, Abdul Hamid Bulat yang Raja Petra bersedia untuk diambil keterangan di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang ini (6 petang waktu Malaysia). "Pada pukul 1.26 tengah hari waktu Bangkok hari ini, saya menghantar SMS berikut kepada Hamid: 'Engku (Raja Petra) dan saya akan berada di lobi Siam City Hotel pada pukul 5 petang untuk memberi kenyataan kepada ACP Aziz. Tq'," kata Haris dalam maklumat terkini di blognya, petang ini. Dalam maklumat dikemaskinikan kemudian, Haris berkata seorang lagi peguam Raja Petra, Amarjit Sindhu menerima SMS daripada Hamid mengatakan bahawa pihak polis masih menunggu untuk mengambil kenyataan blogger itu di pejabat kedutaan. "Marina, RPK dan saya menunggu di lobi hotel dari (pukul) 5 hingga 5.30 petang. Tiada polis (datang). (Jadi) kami bertolak untuk makan malam," kata Haris dalam maklumat mutakhir. Blogger kontroversial itu berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand. Raja Petra telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok agar pergi ke pejabat misi di ibu negara Thailand untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai semalam, kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia semalam. Bagaimanapun maklumat portal Malaysia Today dan blog Haris pagi tadi berkata, Raja Petra tidak memberikan sebarang kenyataan kepada polis sehingga 2 pagi tadi. Kenyataan semalam menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula. Tulisan Raja Petra tengah hari tadi menyebut polis mahu mengambil kenyataannya ekoran aduan berhubung laporan Utusan Malaysia susulan temu bual dengan TV3 dua minggu lalu. Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu. Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri. Sehubungan itu kata Raja Petra, akuan bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu. Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.
| ||
Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa Posted: 24 Apr 2011 05:55 AM PDT Menurut Anwar, walaupun gagal menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan Barisan Nasional namun prestasi dan semangat yang ditunjukkan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu memberi tentangan kepada parti itu malah telah meniup semangat kebangkitan rakyat di negeri 'Bumi Kenyalang' ini. "Saya tetap akan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pakatan Rakyat dalam menambah kerusi pada PRN Sarawak lalu kerana semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan dan sangat luar biasa. Kita juga telah mengubah senario politik Sarawak, dimana BN menang dengan segala masalah tanpa menunjukan satu keghairahan kerana mereka sedar dengan kelemahan dan kecurangan yang berlaku pada PRN tempoh hari," kata Anwar dalam satu majlis perjumpaan Pemimpin-pemimpin PKR Sarawak di Dewan Ruai Berlian, Menara Grand, Kuching petang tadi. Dalam PRN lepas, PKR memenangi 3 kerusi di Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang, DAP 12 kerusi manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi. Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan undi popular lebih 45 peratus dari rakyat Sarawak dan menguburkan Parti Komponen BN kedua terbesar negeri itu, SUPP. Menurut Anwar, kehadiran pemimpin-pemimpin di Sarawak hari ini membuktikan semangat perjuangan yang harus dikekalkan sebagai satu pasukan dalam mendepani pilihanraya Umum akan datang. "Kita hadir dalam pertemuan ini dengan tekad iaitu membina kekuatan kita untuk melihat kedepan dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang kita bawa untuk mempersiapkan jentera maju menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti." Majlis dihadiri lebih 100 Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang serata negeri Sarawak. Turut hadir, ialah ADUN PKR yang baru memenangi kerusi PRN lepas iaitu Baru Bian, See Chee How, dan Ali Ak Biju. Tambah Anwar, beliau turut mengesa pemimpin Parti Keadilan Rakyat agar mengekalkan semangat berpasukan dan menyelesaikan permasalahan yang ada secara aman dan bukannya di luar ruang bincang Pakatan Rakyat "Parti Keadilan, saya nasihatkan pimpinan agar menghormati semangat dalam Pakatan, tidak membuat tuntutan diluar yang menyinggung kawan-kawan dalam pakatan , jadi kami, PKR, DAP dan PAS adalah gagasan, jadi kita tidak perlu buat tuntutan diluar forum," katanya "Tentunya menerusi forum yang baik agar memberi mesej yang baik, jadi kalau melatah diluar dengan buat tuntutan yang agak kasar dengan menyinggung gagasan yang lain itu tidak memberi mesej yang baik, dalam pilihanraya, kawasan yang ditandingi PKR dibantu oleh DAP dan PAS, kawasan DAP saya pun turun kempen, PAS, DAP dan keadilan turut kempen, jadi kami bergerak dalam satu pasukan," tambah Anwar. | ||
Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor Posted: 24 Apr 2011 05:53 AM PDT
SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 29 April ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.
"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Mohd Hafarizam ialah peguam UMNO dan beliau boleh cakap apa dia suka.
"Cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Mohd Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke JKHK berhubung kesalahan menghina dewan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di sini hari ini.
Abdul Khalid diminta mengulas mengenai keengganan Mohd Hafarizam untuk menghadap JKHK kerana menganggap arahan tersebut "terletak di luar peruntukan undang-undang".
Pada Jumaat lepas, Mohd Hafarizam berkata tindakan DUN Selangor itu adalah "penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dan tindakan menyaman beliau hadir menghadap JKHK adalah ugutan politik".
Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya JKHK tidak menarik balik saman itu dengan serta-merta.
Pada 1 April lepas, Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk ke JKHK atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas kepada Speaker Dewan Datuk Teng Chang Khim yang didakwa mengandungi bahasa yang amat tidak "senonoh, biadap dan mengugut".
Badrul Hisham bagaimanapun berkata beliau akan menghadap JKHK selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian.
Ditanya mengenai dakwaan Mohd Hafarizam bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu, Abdul Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.
"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.
Pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.
Hakim Zaleha membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.
Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah. | ||
Raja Petra bersedia beri keterangan polis hanya di hotel Posted: 24 Apr 2011 12:03 AM PDT Kemunculan Raja Petra Kamaruddin (RPK) di Bangkok semalam untuk memberi ucapan kepada Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) telah menarik perhatian polis, dan polis cuba mengambil keterangan daripada blogger yang kontroversial ini di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok. Bagaimanapun, cubaan ini gagal apabila RPK (gambar kanan) menyatakan bahawa dirinya hanya bersedia memberi keterangannya kepada polis di hotel. "Drama" ini akhirnya melabuh tirai, menurut tulisan RPK dalam Malaysia Today, apabila ACP Aziz yang ditugaskan untuk mengambil keterangannya "tidak lagi berminat untuk berbuat demikian". RPK dijadualkan untuk berucap kepada MCLM pada jam 6 petang semalam di Bangkok. Sebelum ia bermula, RPK didampingi seorang pegawai polis dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan meminta agar RPK mengikutnya ke Kedutaan Besar untuk diambil keterangan. RPK dimaklumkan bahawa ACP Aziz dari Kuala Lumpur sedang menunggunya. Sebelumnya, Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa pegawainya telah meminta agar RPK memberi keterangan setelah mengetahui RPK akan muncul di Bangkok, menurut The Star Online. Keterangan ini diambil berikutan laporan polis yang dibuat oleh satu pertubuhan bernama Jaringan Melayu Malaysia. Bagaimanapun, dalam tulisan RPK di Malaysia Today, beliau berkata ada pihak telah membuat satu laporan polis berdasarkan "liputan Utusan Malaysia terhadap wawancara TV3 bersama RPK", yang menyebabkan dirinya diminta untuk diambil keterangan. Satu wawancara TV3 bersama RPK telah disiarkan sebelum hari pengundian PRN Sarawak, antaranya penjelasan RPK terhadap tuduhan yang dibuatnya dalam Akuan Bersumpah, yang mengaitkan isteri Perdana Menteri sekarang, Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Beliau juga melontarkan kritikan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim dalam bahagian kedua wawancara yang disiarkan. RPK bagaimanapun menafikan dirinya "membelot" dari perjuangan, malah Presiden MCLM Haris Ibrahim mendakwa wawancara yang disiarkan tersebut disunting sehingga "terpesong dari konteks sebenarnya". Namun demikian, wawancara tersebut memberi peluang kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk mendakwa bahawa nama dirinya telah dibersihkan. | ||
Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan Posted: 23 Apr 2011 11:41 PM PDT
LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah. Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan. "Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam. Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak. Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat. Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau. Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini: "Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar. Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. "Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar "Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi. | ||
Rakyat 'Khair' Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN, Kata Anwar Posted: 23 Apr 2011 11:40 PM PDT
LUMUT 24 APRIL : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat sedia membantu masyarakat yang 'Khair' yakni masyarakat seimbang dan dinamik daripada terus diperbodohkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Anwar berkata, ramai menyedari penipuan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional yang hanya mementingkan kekayaan sendiri semata-mata serta mengabaikan hak rakyat yang semakin hari semakin kesempitan hidup berikutan peningkatan kos sara hidup sehari-harian sedangkan barisan kepimpinan perikatan itu serta kroni mereka selesa dengan kekayaan yang dimiliki. "Umat yang khair ini hanya umat aktif, dinamik dan mampu membawa perubahan supaya jangan terus diperbodohkan serta diperhambakan," tegas Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Perak di sini semalam. "Ditipu tak apa, dirampas hak, tak apa. Ini bukan umat yang khair. Umat yang khair ini, yang dinamik, dan segar. Elemen sedar dalam masyarakat," tambahnya lagi. Katanya, rakyat perlu diberikan perhatian kerana mereka merupakan golongan paling berharga di Malaysia. Malah menurut Anwar, ini merupakan perjuangan Pakatan Rakyat yang jelas berbeza dengan BN yang lebih gemar dan selesa memfitnah serta mengutuk pemimpin PAS, DAP dan PKR. "Ini menunjukkan (mereka) angkuh, takbur.Ini yang dikatakan golongan Muztakbirin. Fikir golongan mereka. Yang kaya bertambah kaya dan berkuasa. Rakyat macam kuli, tak berharga.Quran sebut rakyat ini golongan doa. Doa mereka jangan perkecilkan. Ini tanggungjawab saya, dan rakan dalam PAS, Keadilan dan DAP. Angkat kesedaran," ujarnya. Beliau turut menyeru kepada pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang lain supaya tidak terpengaruh dengan serangan dan fitnah BN serta menumpukan perhatian kepada perjuangan seperti yang telah dimanifestokan dalam Buku Jingga dan Kongres Pakatan Rakyat sebelum ini. "Ini tanggungjawab kita. Tak perlu sibuk dan serabut dengan serangan mereka. Kerja mereka serabutkan kita supaya mereka boleh rasuah, rompak dan serabut sebanyak mungkin. Saya lawan ini sebab saya anggap rakyat tak boleh dibodohkan. Saya orang Melayu, Islam, anak Malaysia. Tapi saya benci dengan tindakan yang menganggap rakyat bodoh.
| ||
Anwar : Rakyat Mampu Berubah,Tolak Politik Jahat BN Posted: 23 Apr 2011 07:44 PM PDT
PANGKOR 24 APRIL : Pakatan Rakyat yakin mampu melakukan perubahan yang lebih menguntungkan rakyat negara ini dengan menolak politik jahat serta polisi yang hanya mengayakan kroni semata-mata seperti Barisan Nasional. Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan polisi Pakatan Rakyat sudahpun terbukti lebih baik dalam pentadbiran kerajaan negeri yang di perintah PR berbanding Barisan Nasional. "Sebab itu kita mahu perintah negeri ini sebab kita mahu Pangkor, Perak dan Malaysia jadi lebih baik. Baik untuk siapa?Menteri? Tak. Baik untuk rakyat, guru, nelayan, pekerja, peladang, dan bukannya untuk pemimpin," kata beliau di hadapan lebih seribu rakyat Pulau Pangkor yang bertemu dengannya di sini semalam. Walau menghadapi kesukaran akibat tidak dibenarkan mendarat di Jeti Pangkor, Anwar yang kelihatan kurang sihat kerana kecederaan tulang belakangnya tetap bertekad melawat rakyat di Pulau itu. Malah pada malam sebelumnya, turut terpampar sebuah 'banner' tanpa notis yang mengajak warga Pangkor menolak program Anwar dan Parti Keadilan Rakyat di situ. Manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dilapor turut disebarkan yang mendakwa program Anwar itu dibatalkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun Anwar kagum dengan sambutan rakyat di situ apabila difahamkan warga Pangkor telah berkumpul di kawasan jeti kecil Sungai Pinang Kecil dari Teluk Batik bermula jam 5.30 petang lagi. "Setibanya saya di Pangkor jeti tidak dapat digunakan dan kita sambung di Sungai Pinang Kecil. Kalau tak boleh juga, kita boleh naik sampan atau berenang ke Pangkor. Ini negeri bapa diakah? Kenapa hendak takut dengan saya, saya ni hantu ke?" kata beliau merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri Abdul Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor. Menurut Anwar, politik yang dimainkan BN menjurus kepada keuntungan kroni semata-mata sedangkan taraf hidup rakyat masih tidak berubah. Buktinya menurut Anwar adalah penduduk Pangkor yang rata-rata berpendapatan rendah bekerja sebagai nelayan dan peladang walaupun Menteri Besar Perak ialah anak jati Pulau itu sendiri. "Datang Pangkor, tengok nelayan. Tengok cara dia kerja, tengok rumah dia, 50 tahun merdeka tahu macam mana hidup. Menteri datang kata ekonomi bagus, pembangunan naik, apa yang bagus? Minyak sumber kita. Tapi mahal. Tapi ingat...Politik itu soal prinsip. Cakap kena fikir. Politik boleh menang dan kalah tapi ingat bila mati kena jawab depan Allah SWT," tegas beliau. Beliau turut menyeru warga Pangkor dan Perak untuk bangkit menuntut hak mereka yang diabaikan kerajaan BN yang tampak lebih gemar menyerang dirinya dari menyelesaikan masalah rakyat. Apa politik ni. Orang Cina kata ini politik Shiao-ren Politik Jahat. Orang Melayu kata ini Politik lucah yang aibkan orang. Dia mahu saya menyerah kalah. Serah kalah naik pangkat jadi Tun. Macam Lim Liong Sik. Curi tanah, duit rakyat dapat Tun. Boleh ke dia tidur malam macam tu?Ingat rakyat boleh kasih sayang dengan dia?" kata beliau. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan