WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta
- Kaum asli penentu pertukaran kerajaan
- Filem Omega yang tercicir...
- Anwar masuk ke ICU Azizah
- Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar
- Biometrik : Undang PKR Analisis Video Seks, Jika Benar Terbukti Berkesan
- Muhyiddin Memburu Guru, Kebajikan Terabai
Pelaburan CIMB dalam Tricubes melalui Dana Ekuiti Swasta Posted: 22 Apr 2011 05:48 PM PDT
Pelaburan CIMB dalam Tricubes Bhd dibuat bagi pihak pelanggan melalui dana ekuiti swasta, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Nazir Razak, hari ini. Menegaskan bahawa CIMB tidak memiliki syarikat itu, beliau berkata pelaburan itu memang sudah wujud pada 2001 dengan kepentingan sebanyak 15%. Baru-baru ini Tricubes, sebuah syarikat penyedia IT, mendapat Projek Emel 1Malaysia. Beliau menjelaskan beliau hanya mengetahui tentang pelaburan itu setelah seseorang menunjukkan kepadanya sebuah blog yang melaporkan perkara itu. Dalam satu pekembangan lain, beliau berkata CIMB Group sedang mencari peluang untuk memasuki Laos dan Filipina pada masa akan datang. Bagaimanapun, katanya, CIMB tidak tergesa-gesa untuk memasuki kedua-dua pasaran itu kerana kumpulan itu bertapak kukuh di negara-negara Asean yang Lain. (BERNAMA) Baca: 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib | ||
Kaum asli penentu pertukaran kerajaan Posted: 22 Apr 2011 05:46 PM PDT
DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak. Ramai penganalisa menumpu kepada "sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang" ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar. Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa. Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan. Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan). Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986. Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina. Kedua, Chiew Chiu Sing. Mempertahankan kerusi Kidurong, satu-satunya ADUN DAP yang bertahan untuk tiga penggal. Beliau tetap utuh walaupun pada waktu yang paling genting untuk DAP. Dalam PRN Sarawak kali ini, terlalu ramai "bintang baru" yang menenggelami sinarannya. Ketiga, Baru Bian. ADUN baru untuk Ba'Kelalan, Pengerusi PKR Sarawak. Keempat, See Chee How, ADUN baru Batu Lintang, pernah menjadi pembantu Sim Kwang Yang. Kelima, Ali Biju, ADUN Krian yang baru. Sesungguhnya "angin perubahan" di kalangan komuniti Cina menjadi punca bertambahnya bilangan ADUN Pakatan Rakyat, namun apakah persamaan di antara wakil rakyat yang tersenarai di atas? Fasih bertutur bahasa Cina? Mungkin bukan masalah untuk bertutur dalam dua tiga ayat yang mudah. Menang atas sokongan Cina? Untuk calon ketiga dan kelima, lihatlah struktur pengundinya untuk mengetahui jawapannya. Atau, kita lihat dari perspektif lain, apakah faktor yang memenangkan mereka? Adakah warna kulit, kepercayaan agama atau reputasi sosial? Perbezaaan mungkin lebih daripada persamaan jikalau diteliti kriteria tersebut. Bukan sahaja di Sarawak, jawapan yang lebih tepat adalah, wakil rakyat atau mantan wakil rakyat ini mengusahakan kawasan pengundian mereka untuk jangka yang panjang, terutamanya menentang pemerintah untuk mempertahankan hak tanah adat kaum asal. Keluar dari bingkai perkauman Ketika Sim Kwang Yang menyandang ahli parlimen, beliau disanjung tinggi kerana berhempas pulas untuk membantu kaum asli ketika tanah adat Iban diceroboh tycoon. Chiew Chiu Sing mendalami kawasan desa, berkecimpung untuk mengusahakan pendidikan politik. Malah beliau telah celik untuk bertutur dalam bahasa Iban. Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sudah tentu tidak asing untuk komuniti kaum asli Sarawak kerana mengendalikan banyak kes tanah di mahkamah. Mereka berpegang kepada keadilan, berprihatin terhadap hak tanah adat. Keprihatinan mereka yang melangkaui batas perkauman telah meletakkan asas untuk kemenangan. Mereka telah memenangi kepercayaan dan sokongan daripada semua kaum. Kesungguhan untuk berkhidmat di kawasan desa memenangkan Baru Bian dan Ali Biju di kawasan kaum asli, yang secara tradisionalnya dimenangi BN. Pada hakikatnya, inilah benih politik berbilang kaum (majmuk) yang disemai untuk membuahkan pertukaran kerajaan di negeri Sarawak satu hari nanti. Juga, usaha Sim Kwang Yang dan See Chee How di akar umbi sekian lama telah menjurus kepada kemenangan PR di kawasan DUN tersebut. Untuk Chiew Chiu Sing, kegigihannya telah memenangkan dirinya. Sememangnya, parti yang berjinak-jinak dengan politik pilihan raya boleh terus menunggu peluang keemasan seperti munculnya parti Semangat 46 atau Reformasi yang dicetuskan Anwar. Pada hari-hari yang biasa, nasibnya terumbang-ambing ditentukan perubahan senario politik. Sama ada nasib memihak kepadanya, sama ada partinya menjadi kukuh, semuanya ditakdir Tuhan. Gagal hanya dengan undi Cina DAP mendakwa untuk membawa "perubahan" dan menumbangkan regim Taib Mahmud, apakah matlamat ini akan berjaya jika hanya menang di kesemua kawasan Cina? Apakah Roket yang mendukung "Malaysia untuk orang Malaysia" gagal membariskan lebih ramai pemimpin yang bekerja di peringkat akar umbi seperti Sim Kwang Yang, Chew Chiu Sing - untuk menerokai kawasan luar bandar, lantas menawan kubu PBB, atau bergantung kepada prestasi rakan partinya di luar bandar, tetapi dirinya berundur dan bertahan di kawasan Cina yang "selesa" untuk menunggu detik pertukaran kerajaan? Harus diberi perhatian, adalah realiti bahawa populasi Cina semakin menurun tahun demi tahun. Jikalau BN berpeluang untuk merampas semula majoriti dua pertiga, persempadanan semula kawasan pengundian semestinya tidak memihak kepada PR. BN semestinya akan mengurangkan kawasan majoriti Cina (kawasan hitam untuk BN), untuk meningkatkan peluang kelangsungan BN pada masa depan. Berbekalkan dua faktor ini, seandainya DAP masih bergelut dalam keterbatasan ini, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bilangan wakil rakyat DAP pada hari ini, adalah prestasi yang paling unggul untuk DAP dalam sejarahnya. Seandainya DAP keluar dari kawasan Cina, ia semestinya akan membawa persaingan kepada rakan partinya. Namun, persaingan akan membawa kemajuan, dan persaingan sihat ini akan menawarkan peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan. Pengundi akan mempertimbangkan parti manakah yang boleh menawarkan perkhidmatan dan idealisme yang lebih direstui. Secara perbandingan, PAS yang memiliki Kelab Penyokong PAS - kini sudah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS, boleh membariskan calonnya untuk pilihan komuniti yang berbeza. Walaupun Sim Kwang Yang tidak pernah bertanding di kawasan bumiputera, namun beliau telah menjadi teladan apabila bersuara lantang memperjuangkan masyarakat minoriti. Ia telah menjadi asas kepada politik majmuk di Sarawak. Namun, mengapa generasi seterusnya tidak berdiri di atas bahunya untuk memandang ke arah Putrajaya? *Lim Chun Piao ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. | ||
Posted: 22 Apr 2011 05:34 PM PDT Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu. Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier? "Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu. Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi. "Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar. "Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus. "Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong." "Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.' Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem. "Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah. "Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.' Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat. Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur. | ||
Posted: 22 Apr 2011 03:53 AM PDT
| ||
Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar Posted: 22 Apr 2011 01:15 AM PDT
SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor. Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak. Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan. Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik. Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP. Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'. Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar. Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ? Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan. Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu. Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk. Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno. Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri. Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum. Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum. Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3. | ||
Biometrik : Undang PKR Analisis Video Seks, Jika Benar Terbukti Berkesan Posted: 22 Apr 2011 01:08 AM PDT SHAH ALAM 22 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencabar pihak berkuasa supaya mengemukakan bukti terhadap laporan analisis rakaman video seks sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan, yang mengatakan pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, analisis yang kononnya menggunakan proses biometrik itu tidak akan bermakna jika tidak disusuli dengan fakta dan bukti yang kukuh. Sehubungan itu, Rafizi menegaskan laporan akhbar Berita Harian semalam berjudul 'sepadan anwar' tidak lebih daripada agenda politik jahat UMNO BN untuk mengaburi mata rakyat. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini bertindak menghantar sampel rakaman video seks itu kepada agensi penyiaran terkemuka itu untuk dianalisis, 4 April lalu. Keputusan analisis kononnya menggunakan proses biometrik atau mesin imbasan diri berkomputer, itu diperolehi Acryl 10 April lalu. Rafizi menambah, jika benar apa yang didakwa agensi penyiaran terkemuka itu, polis seharusnya mengemukakan bukti dan mengundang parti PKR untuk turut sama menganalisis video itu menggunakan teknik yang sama. "Kalau mereka betul-betul berani dan yakin bahawa laporan pakar tu betul dia patut bagi satu salinan kepada kita untuk kita juga hantar kepada pakar yang kita lantik. "Sebab pakar berdasarkan rekod dia selama ini yang dia kata pakar itu tak pakar pun yang dia buat test itu sebenarnya tak wujud semata-mata dibuat cerita untuk jadi bahan politiklah," katanya ketika dihubungi Tv Selangor hari ini," kata Rafizi. Beliau berkata, cerita terbaru ini adalah satu lagi cerita yang direka kerana sebelum ini terdapat beberapa cerita yang dilaporkan berhubung kes video seks itu. Rafizi juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bersikap sambil lewa dan tidak menjawab kepada persoalan pokok. Beliau juga dilihat seringkali memberikan hasil laporan yang tidak lengkap kepada pemberita. "Sebelum ini pun dia gunakan plot yang sama dia buat cerita dalam media tanpa memberikan fakta yang sepenuhnya pada rakyat contohnya kalau dalam cerita video ini mulanya dia cerita pasal jam Omega. Kemudian dia kata dia sudah dapat kenal pasti siapa tuan punya jam Omega. "Hari ini dalam laporan yang sama polis beritahu bahawa dia tidak boleh kenal pasti jam Omega tu siapa-siapa sebab pendaftaran nama jam Omega hanya bermula tahun 2008," katanya.
| ||
Muhyiddin Memburu Guru, Kebajikan Terabai Posted: 22 Apr 2011 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR 22 APRIL: PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan