RAKYAT MARHAEN |
- Jerangkap Samar : Pintu rundingan Umno-PAS sentiasa terbuka
- ‘Surat 10 kali, sekolah belum lulus’
- What was the RM400 million spent on?
- Pakatan confident of five federal seats in S’wak
- 'Hina' DUN Selangor : Peguam Umno Enggan Hadir
- Who will be the Agatha Christie of M'sia and solve the Altantuya murder?
- Utusan Berniat Jahat, Kata Mustafa
- Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf
- Kritik Hadi Tidak Bermakna Saya Orang Suruhan Anwar, Kata Aziz
- What is this thing called 1Malay,1Bumi
- What do the Chinese want
- Pemimpin Umno hanya berkokok di tepi jalan
- Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal
- MCA, selesaikan masalah sendiri dulu, jangan masuk campur hal Sarawak
- Pelajar Pro M UPM disingkir kolej kediaman
- Terlebih Bijak : 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie
- CEMBURU KU PADA MU!
- 'Rahsia' Terbongkar, Patutlah Kerajaan Malaysia Beriya-Iya Pertahankan Lynas, Rupanya Mereka Ada Projek Besar Daripada Sisa Radioaktif
- Monggolia, Dayak dan Altantuya
- KJ: Prestasi Sarawak bukan ukuran undi Cina buat BN hakis
- Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji
- 1,000 hadir dengar Azmin dedah muslihat ’1Melayu, 1Bumiputera’
- Perkasa: Kami hormati Mahathir tapi gerakan ‘1Bumiputera’ tetap dilancar
- Yb Azan : Rakyat Terus Berhutang Dan Ditipu BN - Part 5
- Yb Azan : Rakyat Terus Berhutang Dan Ditipu BN - Part 4
Jerangkap Samar : Pintu rundingan Umno-PAS sentiasa terbuka Posted: 22 Apr 2011 09:18 PM PDT Tunggu hari orang Melayu bersatu di bawah satu parti - Umno Menurut laporan berita Umno Online semalam, beliau berkata UMNO sememangnya sentiasa menunggu tibanya hari orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara dapat bersatu dan tidak lagi berpecah belah kerana parti. "Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama lagi dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, kami sedia berbincang idea mengenai kerajaan perpaduan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis kursus pemukiman Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong dan Rhu Rendang di Kuala Terengganu. Read More / Baca Lagi >> | ||
‘Surat 10 kali, sekolah belum lulus’ Posted: 22 Apr 2011 09:16 PM PDT Tan Sri Muhyiddin (Yassin) benci sangat tengok Selangor maju, (tetapi) agenda pendidikan tidak perlu dipolitikkan. PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran belum meluluskan permohonan Yayasan Selangor untuk membina sekolah sukan mewah walupun permohonan dibuat sejak 10 bulan lalu."Kita telah menulis surat 10 kali dan mesyuarat dengan kementerian pelajaran beberapa kali tetapi belum diluluskan. "Tan Sri Muhyiddin (Yassin) benci sangat tengok Selangor maju, (tetapi) agenda pendidikan tidak perlu dipolitikkan," katanya ketika ditemui selepas satu majlis anjuran yayasan itu di sini semalam. "Mesyuarat dengan pegawai Yaysan Selangor di panggil tetapi minit mesyuarat tidak ada. "Tidak ada alasan yang diberi," tambahnya. Muhyiddin merupakan menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri. Sekolah tersebut dicadang dibina di Ijok, Kuala Selangor di atas keluasan 30 ekar membabitkan kos RM50 juta. Read More / Baca Lagi >> | ||
What was the RM400 million spent on? Posted: 22 Apr 2011 09:15 PM PDT Deputy Tourism Minister Dr James Dawos Mamit told the Dewan Negara that between 2008 and 2010, Malaysia spent RM400 million on advertising to promote the tourism industry. Read More / Baca Lagi >>In 2008, he said, there were 22,052,488 foreign tourist arrivals, and the number increased by 7.2 per cent to 23,646,191, the following year. "The number of tourist arrivals to Malaysia continued to increase by 3.9 per cent to 24,577,196 last year". James said that the impact of the advertising campaign was visible in the increase in the number of foreign tourist arrivals to the country. And all the time, we were led to believe that Tourism Minister Dr Ng Yen Yen, who chalked up a hefty travel bill "promoting Malaysia" by going on a worldwide overseas travel spree, had contributed to the increased numbers of tourists. Senator Mariany Mohammad Yit had asked about the volume of advertising expenses borne by the government to promote the country, and the number of tourist arrivals chalked between 2008 and last year. Perhaps, James could provide us with a breakdown of the RM400 million spent as the amount seems an excessive amount, on advertising alone. | ||
Pakatan confident of five federal seats in S’wak Posted: 22 Apr 2011 09:14 PM PDT Opposition's bold presumption stems from BN's unexpected electoral reverses in the recent state polls PKR deputy president Azmin Ali said that Pakatan could triumph in urban parliamentary seats, while not ruling out the possibility of Pakatan winning rural seats as well. However, he did not name the seats that Pakatan was confident of winning that would help it in its quest to capture Putrajaya. He said PKR managed to capture about 30% of rural votes in 49 seats that the party contested while PAS secured about 26% of popular votes despite in all five seats it contested. PKR won only three rural seats in Batu Lintang, Ba'Kelalan and Krian, but Azmin said the party got about 117,000 rural votes. Read More / Baca Lagi >> | ||
'Hina' DUN Selangor : Peguam Umno Enggan Hadir Posted: 22 Apr 2011 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR 23 APRIL : Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun menegaskan bahawa beliau tidak akan hadir untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada hari Jumaat nanti, berhubung dakwaan beliau menghina dewan itu. Mohd Hafarizam yang menyifatkan saman hadir yang dikeluarkan dewan itu sebagai satu ugutan politik untuk menghalangnya daripada melaksanakan tugas sebagai peguam berkata, keputusan itu diambil atas pelbagai sebab termasuk tidak mahu tunduk kepada bidang kuasa yang mana beliau bukan anggotanya. "Saya akan lihat apa yang boleh dilakukan dari segi undang-undang berkaitan tindakan mereka memanggil saya sebagai peguam adalah tindakan yang bertentangan dengan undang Negeri dan Persekutuan," katanya di Kuala Lumpur, semalam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Who will be the Agatha Christie of M'sia and solve the Altantuya murder? Posted: 22 Apr 2011 09:12 PM PDT Indeed too if Agatha Christie was here, she probably would have written a world's number one runaway best seller by just relating her story on all that is happening here in Malaysia. To begin with, the murder of the Mongolian national just refuses to go away. The longer it takes, the more persistently the questions emerge time and time again. Writing a novel on this grisly, grotesque and extremely mysterious surroundings to the murder and its subsequent court case will certainly make 'Mousetrap' seem like a children's fairy tale. Even Sherlok Holmes' collections will be no match to Malaysia's infamous wheeler-dealer murder involving military grade explosives – not just a knife, a bullet or a hand grenade! The whole of the Enid Blighton mystery series would fade away in a whiff compared to the Malaysia-Mongolian epic story of the century. And if that is not enough, we have the sex drama unfolding every each other day. And each leaf exposed leads to yet another mysterious puzzle. It was Sodomy I. Then came Sodomy II which is still extremely gripping and mysterious with no end to the dramatic court cases. Read More / Baca Lagi >> | ||
Utusan Berniat Jahat, Kata Mustafa Posted: 22 Apr 2011 09:11 PM PDT KUALA LUMPUR 23 APRIL : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan serta menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) itu, Mustafa berkata, laporan tersebut jelas berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf Posted: 22 Apr 2011 09:10 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali (gambar) menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya. Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam. "Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kritik Hadi Tidak Bermakna Saya Orang Suruhan Anwar, Kata Aziz Posted: 22 Apr 2011 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR 23 APRIL : Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang awal minggu ini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan agar parti itu menerima perubahan kepimpinan menafikan beliau bertindak sebagai "orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim." Sebaliknya, ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menegaskan, beliau hanya membuat pandangan sedemikian berdasarkan pengamatannya, selain menerima input daripada pelbagai pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. "Faktanya ialah saya tidak menjalankan arahan DSAI (Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim). "Ini fitnah, ini tak betul sebab ia tidak wujud. Persepsi orang itu soal mereka. Tetapi mereka tak boleh kata saya ini orang suruhan DSAI. "Sebab ini memang tidak wujud. Saya komen sendiri tanpa diarah atau berbincang dengan DSAI," kata beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin Angkatan Muda PKR Johari Md Yassin semalam, yang mendakwa penganalisis itu nenerima arahan daripada Ketua Umum PKR itu. PR dianggotai PAS, PKR dan DAP. Read More / Baca Lagi >> | ||
What is this thing called 1Malay,1Bumi Posted: 22 Apr 2011 09:07 PM PDT Perkasa has finally come of age. Known in the past for its unrelentless pursuit of Malay Rights, it is running around pretending to be busily fighting against the unseen evil eating away at Malay Rights. Known for its fiery fervour to defend Article 153 of the Constitution until the end of time, members have finally found their true calling. In total agreement to Utusan's call that Malay Political Power must be preserved by any and all means, Perkasa will now spearhead the 1Melayu, 1Bumi movement. Read More / Baca Lagi >>With 1Malaysia taking a back seat, APCO seriously has to come up with something to entertain Malaysians. Poor Najib, how disappointed he must be that his brainchild Slogan is being systematically torn to pieces after millions of ringgit were spent to promote 1Malaysia. While on one side he is calling for Ec Save onomic Equality, Perkasa is calling for 1Malay and 1Bumi. How ironic. Doesn't the Najib's Administration have any answers for such wanton displays of extremism, which directly ridicules everything BN stands for? | ||
Posted: 22 Apr 2011 09:05 PM PDT As community leaders look on with a touch of cynicism, the politicking between the DAP and MCA rose a notch on Friday, with Penang Chief Minister Lim Guan Eng joining the competition to show to the Chinese which was the braver and bolder party to represent them. Read More / Baca Lagi >>But the move may backfire. While the attacks and counter-attacks have been entertaining, most Malaysian Chinese are wearied by the never-ending rhetoric from both sides of the political divide. "I think the community's decision to drop the BN began in 2008. What happened in Sarawak was just another step in the same direction, and no doubt, it will be repeated in the next General Election," Dr PHS Lim (right), a prominent businessman and president of the Malaysian Investors Association, told Malaysia Chronicle. "So the DAP must stop crowing and the MCA must stop moping. Most of the Chinese are already looking ahead. We know the Malays form more than 50 per cent of the population, and no matter what, the paths of both ethnic groups are intertwined and there must be co-operation and trust or we will end up with the same racially-tensed situation that we are now in. So what is the next step is the main concern, rather than DAP scoring verbal points off MCA and vice-versa. For the normal folk, life is more than just a political game and who has the biggest mouth wins." | ||
Pemimpin Umno hanya berkokok di tepi jalan Posted: 22 Apr 2011 06:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 April: Sikap para pemimpin Umno BN, tidak keterlaluan jika diumpamakan seperti ayam jantan yang berkokok di tepi-tepi jalan setiap hari, semata-mata hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka kepada pihak lain. Namun dalam masa yang sama tanpa disedari, sikap seperti itu bukanlah boleh mendatangkan perasaan hormat orang lain kepada mereka, sebaliknya hanya akan lebih membuktikan lagi sikap buruk mereka kepada orang ramai. Adun Bukit Payong, Marang, Mohd Nor Hamzah berkata, perlakuan ayam jantan dan sikap para pemimpin Umno BN itu antara lain boleh dirujuk daripada tindakan mereka yang selalu menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai konon merekalah pihak yang berjasa kepada pelbagai pihak, setelah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di dalam negara. Menurut beliau, antara yang dihebohkan oleh mereka termasuklah tindakan dan kejayaan mereka melaksanakan rangkaian jalan raya yang cantik di seluruh negara. Katanya, dengan itu itu, mereka mendabik dada bersuara lantang setiap hari mengatakan merekalah sahaja pihak yang hebat yang berkemampuan melakukan semua itu, manakala pembangkang dikatakan hanya sekadar pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal Posted: 22 Apr 2011 06:25 PM PDT KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang. Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat. Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam. "Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak. "Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno. Read More / Baca Lagi >> | ||
MCA, selesaikan masalah sendiri dulu, jangan masuk campur hal Sarawak Posted: 22 Apr 2011 06:24 PM PDT Aspan AliasMCA akhir-akhir ini sudah sperti ayam berak kapur. Kalaulah MCA itu sendiri merupakan parti yang di terima rakyat kenapa MCA telah kalah di enam belas kerusi di dalam pilihanraya yang lalu? Yang lucunya Gan Ping Sieu, Naib Presiden MCA tanpa malu dan segan mendesak Taib untuk berhenti kerana orang Cina tidak menyokong BN walaupun dengan sokongan dan kerja keras MCA dalam pilihanraya itu. MCA sepatutnya membersihkan rumahnya sendiri dahulu. MCA sepatutnya menumpukan perhatian terhadap rakan kongsi dala BN di Semenanjung sahaja. MCA tidak sepatutnya bercakap besar apatah lagi dalam keadaan sekarang, dalam mana orang Cina lebih berminat untuk bersatu di dalam DAP. Tidak kag Gan Ping Sieu terfikir yang kekalahan SUPP itu adalah kerana rakyat melihat MCA datang ke Sarawak untuk menyibuk dan membuatkan pengundi menolak SUPP. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pelajar Pro M UPM disingkir kolej kediaman Posted: 22 Apr 2011 06:19 PM PDT SERDANG, 23 April: Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa sebab yang munasabah walaupun masing-masing memenuhi merit minimum iaitu 60 mata untuk menghuni di kolej tersebut. Antara ahli Pro M yang disingkirkan termasuk mereka yang mempunyai lebih 100 merit. Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya disiarkan mendakwa pengetua di kolej tersebut merupakan dalang di sebalik tindakan tidak berperundangan tersebut. Katanya lagi, pengetua sejak seminggu yang lalu secara tidak bertanggungjawab sanggup menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa terbabit dari menghuni di kolej tersebut. Dalam perkembangan yang sama, beliau turut dipertikai kerana menawarkan kediaman dalam universiti kepada seorang pelajar pro Aspirasi walaupun siswi itu hanya mempunyai 52 merit. Dia juga menganggotai MPP sesi 2011/2012. Pengetua kolej itu merupakan penyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03-89467357. Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan. | ||
Terlebih Bijak : 50 pelabur wanita rugi RM4 juta ditipu Auntie Posted: 22 Apr 2011 06:15 PM PDT
JITRA - Gara-gara terpedaya dengan janji seorang wanita yang mendakwa mampu memberi keuntungan sehingga 100 peratus daripada hasil pelaburan, kira-kira 50 wanita berusia antara 40 hingga 80 tahun mengalami kerugian RM4 juta sejak awal tahun ini. Suspek berketurunan Cina berusia pertengahan usia itu memperdayakan mangsa dengan mendakwa pelaburan dalam pelbagai cabang bisnes termasuk kilang kain yang diuruskannya mampu membuahkan hasil berlipat kali ganda. Ekoran terpedaya dengan janji manis wanita itu, ramai yang menjadi mangsa dengan sebahagian besarnya terdiri daripada suri rumah yang melabur di antara RM6,000 hingga RM450,000 seorang. Menurut seorang mangsa yang dikenali sebagai Yoh, 56, kesemua mangsa mengenali wanita terbabit yang disifatkan mereka sebagai seorang yang baik dan telah dikenali sejak lebih 10 tahun lalu. Mereka memanggilnya Auntie. "Wanita itu merupakan rakan kongsi saya. Kami membuka pusat nyanyian dan tarian di bandar ini. "Kesemua mangsa mengenali wanita itu di pusat tarian saya dan kami sering bertemu," katanya yang kerugian kira-kira RM80,000 ketika ditemui pemberita di Balai Polis Jitra di sini semalam. | ||
Posted: 22 Apr 2011 06:03 PM PDT INI YANG DICEMBURUKAN? nota: bini macam ini kau nak cemburu? kah kah kah KEMPEN DAP TOLAK E-MEL SATU MALAYSIA KERANA CEMBURUKAN NAJIB – berita hairan Tindakan DAP menganjurkan kempen menerusi laman sosial Facebook mengajak rakyat menolak program memberikan E-mel satu Malaysia kepada rakyat disebabkan cemburu terhadap Najib Razak yang terus mendapat sokongan swasta untuk menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Dakwaan DAP kononnya projek E-mel satu Malaysia yang diumumkan Najibi itu sebagai membazir wang kerajaan juga berniat jahat dan bermotif politik untuk memburukkan imej kerajaan pimpinan Najib.Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 22 Apr 2011 06:02 PM PDT Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif. Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu. Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd. Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang "rare earth" di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu. Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka. Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu. Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit. | ||
Monggolia, Dayak dan Altantuya Posted: 22 Apr 2011 06:01 PM PDT (Oleh H Fansuri) Memang sudah menjadi kelaziman Umno untuk menyediakan bekalan peluru bertujuan mengelaburi pemikiran rakyat. Perhatian Najib Razak terhadap isu yang terkait dengan Altantuya ini ada sebabnya juga. Iaitu, hal ini sangat bersabit dengan maruah isterinya, Rosmah Mansur. Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah menulis tentang perihal Rosmah yang berada di tempat kejadian itu, pada malam Altantuya Shaariibuu dibunuh. Oleh sebab keperluan membersihkan nama Rosmah itulah, maka kenyataan RPK dikeluarkan di peringkat umum. Sebenarnya, demi menyelamatkan Najib, memadailah dengan kenyataan Najib sebelum ini dan lafaz sumpah keramatnya di masjid yang berbunyi, "Sumpah! Saya tidak kenal siapa itu Altantuya!" Jadi, dalam kenyataan RPK yang terbaru itulah maka nama Rosmah diulang sebut bahawa, mustahil juga Rosmah berada di tempat kejadian di hutan itu. "Takkan Rosmah berani berada di hutan itu?" tanya RPK lagi bagi membuktikan keraguannya itu. Segala 'dosa' RPK seolah-olah bagaikan terhapus lupus dengan sebab pengakuan secara terbuka di media perdana yang dikawal kerajaan itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
KJ: Prestasi Sarawak bukan ukuran undi Cina buat BN hakis Posted: 22 Apr 2011 05:56 PM PDT KOTA BARU, 22 April — Kemenangan lebih besar DAP pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN). Read More / Baca Lagi >>Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (gambar) berkata semua pihak dalam BN perlu duduk semeja bagi mencari pendekatan bagaimana untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina terhadap BN. "Sebelum ini beberapa pilihan raya kecil yang lain, sokongan masyarakat Cina terhadap BN semakin meningkat tetapi berlainan di Sarawak dan sebab itu kita tidak boleh membuat ukuran bahawa sokongan masyarakat itu kepada kita sudah terhakis. "Kita mesti melihat apa sebabnya perkara itu berlaku dan semua pihak dalam BN perlu mencari pendekatan bagaimana mahu menarik semula sokongan mereka kepada kita selepas ini," katanya selepas bersama-sama membaik pulih rumah di Kampung Beta melalui Program Jelajah One Malaysia Pemuda BN di sini, hari ini. | ||
Ahli Parlimen Hulu Selangor gagal tunai janji Posted: 22 Apr 2011 05:42 PM PDT HULUSELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan. Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya. Read More / Baca Lagi >> | ||
1,000 hadir dengar Azmin dedah muslihat ’1Melayu, 1Bumiputera’ Posted: 22 Apr 2011 05:39 PM PDT Mereka, kebanyakannnya keturunan Melayu mengikuti pelbagai isu semasa yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Read More / Baca Lagi >> | ||
Perkasa: Kami hormati Mahathir tapi gerakan ‘1Bumiputera’ tetap dilancar Posted: 22 Apr 2011 05:38 PM PDT "Perkasa menghormati pandangan Tun Mahathir yang tidak setuju tentang cadangan Perkasa hendak lancar (gelombang) 1Bumiputera. "Itu pandangan Tun M dan kami hormatinya. Tun M juga tidak setuju dengan 1 Malaysia. Banyak kali beliau sebut beliau tidak faham 1 Malaysia bila ramai bertanya kepada beliau," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Yb Azan : Rakyat Terus Berhutang Dan Ditipu BN - Part 5 Posted: 22 Apr 2011 05:21 PM PDT | ||
Yb Azan : Rakyat Terus Berhutang Dan Ditipu BN - Part 4 Posted: 22 Apr 2011 05:20 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan