WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar : Tubuhkan S'jaya DiRaja Untuk Altantuya
- Chegubard pula ‘dedah’ isu video lucah KJ, isteri pemimpin
- KENYATAN MEDIA SUHAKAM
- Jentera PR Mesti Takluk Seluruh Sarawak Jika Mahu Menang, Tegas Anwar
- Lebih Baik Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Kes Pen. Pengarah Kastam
- Video Lucah : Nazri Merasa Pedas
Anwar : Tubuhkan S'jaya DiRaja Untuk Altantuya Posted: 07 Apr 2011 04:34 AM PDT SHAH ALAM 7 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar menghadapi Suruhanjaya DiRaja bersabit fitnah video lucah tetapi mahu langkah itu diimbangi dengan penubuhan badan yang sama untuk menyiasat isu-isu nasional termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu. Altantuya mati dibom pada tahun 2006. Dua pegawai polis Unit Tindakan Khas didapati bersalah di atas pembunuhan itu namun penasihat Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, Abdul Razak Baginda dibebaskan. | |
Chegubard pula ‘dedah’ isu video lucah KJ, isteri pemimpin Posted: 07 Apr 2011 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 April — Sementara negara masih berhadapan polemik video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin pula muncul dengan "pendedahan" rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar). Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu. "Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar. "Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara. "Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi. Beliau yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang. "Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan," katanya lagi. Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh "Datuk T". Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno. Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain. "Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi "kapitalis" sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan "politik" berasaskan tuduhan seks dan video lucah," katanya. "Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala "desparado"," katanya. Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat. "Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?" kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008. "SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik "kotor" dan tidak mendidik ini. | |
Posted: 07 Apr 2011 02:25 AM PDT
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA HUMAN RIGHTS COMMISSION OF MALAYSIA Tel: 603-2612 5600 TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA, Fax: 603-2612 5620 JALAN SULTAN ISMAIL, Email:humanrights@suhakam.org. 50250 KUALA LUMPUR "Hak Asasi Untuk Semua" "Human Rights For All" EDITOR, NEWS DESK FOR IMMEDIATE RELEASE PRESS STATEMENT CRUEL, INHUMAN AND DEGRADING PUNISHMENT IS AGAINST THE PRINCIPLES OF HUMAN RIGHTS The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its deep regret over the death of a 7-year-old pupil in Perlis allegedly beaten by his teacher for suspected theft. Saiful Syazani Saiful Sopfidee was reported to have succumbed to internal injuries after being beaten and strangled. The Commission deplores such cruelty having been perpetrated on a helpless child of such a tender age, which is against the universal principles of human rights, specifically Article 37 of the Convention of the Rights of a Child (CRC) which states that no child shall be subjected to torture, cruel treatment or punishment, and Section 31(1)(a) of the Child Act 2001 which asserts that it is an offence to abuse a child. In this regard, the Commission urges all parties concerned to fully respect the provisions contained in the CRC and the Child Act 2001, and reiterates its call for the Government to accede, as soon as possible, the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT). In ensuring the protection and proper development of a child which are consistent with the provisions of the abovementioned Act and Convention and international human rights norms, the relevant authorities should adopt an alternative approach to whipping or canning as a punishment which is more humane and does not adversely affect the child's physical, mental and psychological well-being. - end - TAN SRI HASMY AGAM Chairman The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) 6 April 2011
| |
Jentera PR Mesti Takluk Seluruh Sarawak Jika Mahu Menang, Tegas Anwar Posted: 07 Apr 2011 01:10 AM PDT LIMBANG 7 APRIL : Jentera Pakatan Rakyat perlu turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihanraya negeri jika mahu kemenangan direalisasikan, kata Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
| |
Lebih Baik Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Kes Pen. Pengarah Kastam Posted: 07 Apr 2011 01:10 AM PDT SHAH ALAM 7 APRIL: Lebih baik menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang mati terjatuh di Bangunan Suruhanjaya Pencegaan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada menubuhkan suruhanjaya menyiasat video lucah.
| |
Video Lucah : Nazri Merasa Pedas Posted: 07 Apr 2011 01:08 AM PDT KUCHING 7 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat kenyataan dangkal apabila mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memastikan sama ada individu dalam video lucah yang disebarkan adalah suaminya, Anwar Ibrahim. "Saya tidak setuju dengan Datuk Nazri yang mendakwa kes kematian Teoh Beng Hock adalah perkara kecil...saya rasa itu adalah masalah-masalah negara yang begitu runcing dan perlu ditangani segera," beliau menambah. Tuntas dari itu, beliau secara peribadi meminta Mohd Nazri pula menjelaskan motif di sebalik usaha Umno menubuhkan Suruhanjaya diRaja yang baginya berbau "suatu konspirasi terancang untuk terus mengaibkan Anwar sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sekarang". |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan