Khamis, 7 April 2011

dollah yankee

dollah yankee


Anugerah dari Atas untuk Anwar dan PR

Posted: 06 Apr 2011 10:20 PM PDT

Ingatkan bila tukar nama dari BPR (Badan Pencegah Rasuah) kepada nama yang lebih nampak berhantu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) ... wow! SPRM, sedap telinga nak dengar, ingatkan boleh jadi lebih baik, rupa-rupanya lagi teruk! ... Kah..Kah..Kah..

Dari segi pemikiran lain ... umno/BN sekarang sedang bermaharaja lela dengan kempen mereka dalam mahu mematikan langkah Anwar Ibrahim yang sedang berjalan menuju ke Putrajaya dengan klip video aksi seks. Manakala PR sedang berusaha mencari bahan untuk counter isu video aksi seks ini, dan tiba-tiba Allah tu maha besar, maka didatangkanya kes ini klik di-sini  untuk Anwar Ibrahim dan PR jadikan satu senjata menentang mereka dan mempertahankan diri dari terus diserang. 

Umno/BN dan Najib dengan bahan video aksi seks, manakala PR dan Anwar pula dengan kes kastam terjun bangunan SPRM.

Memandangkan ramai rakyat marhain dibawah-bawah ini yang cukup meluat dekat SPRM sebab didakwa menjadi lembu tunggangan umno/BN, ditambah pula dengan 90% dari warga-warga Kastam dan Eksais Di-Raja ini yang dah sah-sah menolak kata pegawai ini bunuh diri, maka gurkah-gurkah kata ini satu senjata yang cukup baik bagi Anwar dan Pakatan Rakyat untuk meng'counter attack' serangan mereka dengan aksi seks video klip dari umno/BN itu.

dollah yankee -
kalau kita dengar RCI Teoh Beng Hock yang sedang berjalan ini, macam-macam punya kerja gila mereka buat ketika mengendalikan kes-kes .. mamposss!

Tiada ulasan: