WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- APA KHABAR ORANG PAHANG: Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun
- PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad
- Khalid Dakwa Umno Dalang Komik
- Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?
- LAGI NAK KELUAR PARTI BERSEMPENA LAWATAN PM.....PI MERAMBUIHHH
- Jangan Sampai Nasib Rakyat Sarawak Sama Macam Bangladesh
- Selangor Negeri Pertama Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat
- NAMPAK SANGAT MAMAT NI TAK RETI.....
- ADUN Lenggeng Didenda RM20,000, Tiga Tahun Penjara
- IGP Kata Video Seks "Tulen", Berdiam Mengenai Identiti Pelakon
APA KHABAR ORANG PAHANG: Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun Posted: 01 Apr 2011 09:00 AM PDT JEPUN 1 April – Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan hari ini. Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan. Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber. Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi. Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP |
PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad Posted: 01 Apr 2011 08:39 AM PDT SHAH ALAM 1 APRIL : Sikap 'pilih bulu' Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam hal-hal yang melibatkan pimpinan Pembangkang, jelas tergambar melalui perkembangan terbaru hasil siasatan polis berhubung fitnah video lucah membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan pihak berkuasa yang tidak menumpukan kepada laporan polis Anwar bahawa dirinya telah difitnah sebaliknya lebih berminat tentang soal ketulenan video, jelas mengambarkan institusi polis di negara ini dikongkong oleh parti pemerintah, kata Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Ujar beliau, pihaknya telah mengesahkan ketulenan video seks itu dengan bantuan pakar-pakar tempatan bahawa ianya bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan. |
Khalid Dakwa Umno Dalang Komik Posted: 01 Apr 2011 08:38 AM PDT SHAH ALAM 1 APRIL : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa individu yang terlibat dalam penyebaran komik "Kisah Juara Raja Lawak" untuk mengaibkan Ketua Pembangkang, didalangi oleh Pemuda Umno Shah Alam. |
Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan? Posted: 01 Apr 2011 05:18 AM PDT Oleh Wira Arjuna Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan. Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu? |
LAGI NAK KELUAR PARTI BERSEMPENA LAWATAN PM.....PI MERAMBUIHHH Posted: 01 Apr 2011 03:24 AM PDT Tindakan Disiplin terhadap M. Ngnana Sagaran (Ahli Cabang Bayan Baru) Perkara di atas adalah dirujuk. Bersama-sama dengan ini dikepilkan satu surat tunjuk sebab dan penggantungan ke atas ahli Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru En. M. Ngnana Sagaran a/l Muthusamy berkuatkuasa 31 Mac 2011. En. Sagaran dilaporkan akan bertindak keluar parti sempena program bersama Perdana Menteri 2 April 2011. Tindakan beliau telah melanggar disiplin Parti. Maka Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pusat Dato' Dr. Tan Kee Kwong telah menjalankan tindakan disiplin terhadap beliau. Keahlian beliau digantung dengan serta merta sehingga satu keputusan muktamad dibuat oleh Parti. Sila rujuk Notis yang dikepilkan bersama email ini. Sekian Terima Kasih Ikhlas, YB Maktar Shapee Setia Usaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang |
Jangan Sampai Nasib Rakyat Sarawak Sama Macam Bangladesh Posted: 01 Apr 2011 02:18 AM PDT KUCHING 1 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negeri Sarawak yang kaya amat jauh bezanya dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan. |
Selangor Negeri Pertama Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat Posted: 01 Apr 2011 02:14 AM PDT Selangor Negeri Pertama Lulus Enakmen Kebebasan Maklumat 01/04/2011 Share
SHAH ALAM 1 APRIL : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mencatat sejarah apabila menjadi dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010). Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong. Cadangan rang undang-undang itu juga disokong oleh ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara ahli dewan tanpa sebarang pindaan. Elizabeth dalam ucapanya pada sidang dewan pagi tadi berkata, enakmen baru ini merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Tambah Elizabeth, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan. Berikut adalah kenyataan penuh Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010: ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (NEGERI SELANGOR) 2010 Apa itu kebebasan maklumat? Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan. Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam. Tujuannya untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah. Lebih dari 70 negara di dunia, termasuk negara China, India dan negara Thai telah melaksanakan undang-undang kebebasan maklumat, dan banyak lagi dalam proses untuk berbuat demikian. Malaysia merupakan antara negara terakhir yang masih belum memperkenalkan undang-undang kebebasan maklumat. Apakah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2010? Enakmen ini bertujuan untuk "mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam, untuk memberi kepada setiap individu peluang untuk akses kepada maklumat yang dibuat oleh setiap jabatan Kerajaan Negeri." Enakmen ini hanya berkuatkuasa kepada Kerajaan Negeri Selangor dan jabatan-jabatan di bawahnya. Jabatan-jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan walaupun bertempat ataupun bertugas di negeri Selangor tidak termasuk dalam enakmen ini. Maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga tidak termasuk. Bagaimanakah permohonan untuk maklumat dibuat? Setiap jabatan kerajaan akan melantik seorang Pegawai Maklumat yang berfungsi sebagai perantara jabatan dengan orang awam dalam permohonan maklumat. Permohonan perlu dituju kepada Pegawai Maklumat yang berkenaan, dan maklumbalas wajib diberi dalam masa 30 hari ataupun 7 hari dalam kes-kes kecemasan. Sebab dan tujuan mendapatkan maklumat perlu dinyatakan dan bayaran fi yang munasabah mungkin dikenakan. Adakah maklumat peribadi dilindungi di bawah rang undang-undang yang dicadangkan? Maklumat peribadi orang perseorangan pihak ketiga memang dilindungi. Sesuatu jabatan berhak menolak permohonan maklumat peribadi pihak ketiga seperti alamat rumah, maklumat yang boleh menyebabkan satu tindakan pecah kerahsiaan yang boleh didakwa, dan rahsia-rahsia perniagaan. Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat jika pihak ketiga memberi kebenaran. Bolehkah orang kurang upaya (OKU) ataupun mereka yang buta huruf membuat permohonan? Ya. Permohonan secara lisan boleh dibuat oleh mereka yang tidak dapat memohon secara bertulis. Apakah had terhadap maklumat yang dapat diperolehi? Jika maklumat yang dipohon tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, seperti OSA, maka akses kepada maklumat tersebut juga akan tertakluk kepada undang-undang yang sama. Walau bagaimanapun, kebanyakkan maklumat kerajaan tidak tertakluk di bawah OSA. Rang undang-undang ini memudahkan akses kepada maklumat yang tidak menjejaskan operasi Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Permohonan boleh ditolak jika pemohon didapati tidak berhak memperolehi maklumat tersebut, maklumat tersebut tidak wujud ataupun berada di luar bidangkuasa jabatan. Permohonan yang menyusahkan, tidak munasabah atau berulang juga boleh ditolak. Bolehkah rayuan dibuat ke atas penolakkan permohonan? Ya. Satu Lembaga Rayuan yang terdiri dari bekas hakim, dan/atau peguamcara dan peguambela yang mempunyai pengalaman yang berkaitan akan ditubuhkan. Rayuan mesti dibuat dalam tempoh 21 hari selepas tarikh penerimaan keputusan. Bilakah rang undang-undang ini akan dilaksanakan? Proses rang undang-undang ini adalah seperti berikut: 1) dibentangkan untuk Bacaan Pertama dan Kedua di Sidang Dewan pada Julai 2010; 2) perundingan awam, penyelidikan dan kajian melalui Jawatankuasa Pilihan Khas; 3) Jawatankuasa Pilihan Khas akan membentangkan keputusan, cadangan dan/atau pindaan di Dewan untuk Bacaan Ketiga pada bulan April 2011. Maka rang undang-undang yang bakal diluluskan merupakan hasil cabang eksekutif, perundangan dan rakyat Selangor.
|
NAMPAK SANGAT MAMAT NI TAK RETI..... Posted: 01 Apr 2011 02:12 AM PDT Bekas Presiden Majlis Peguam Minta Nazri Faham Kes Sebelum Jadi Rujukan SHAH ALAM 1 APRIL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya membaca fakta dan keputusan kes mahkamah Pilihanraya Kecil Pengkalan Kota, Teoh Teik Huat Lawan Lim Kean Siew dan Lain-Lain pada Februari 1981 sepenuhnya, berhubung keputusan membenarkan 'pemberian' kepada pengundi ketika pilihanraya. " Jika kes ini dibacakan sepenuhnya ada satu kesimpulan keputusan di akhir kes ini yang mengatakan bahawa kes ini diputuskan atas fakta sendiri dan ada satu caveat (amaran) yang diberikan oleh hakim bahawa kes ini tidak bermakna sesuatu pihak (boleh) melanggar undang-undang dan bukanlah sesuatu yang begitu jelas,"jelasnya. |
ADUN Lenggeng Didenda RM20,000, Tiga Tahun Penjara Posted: 01 Apr 2011 02:10 AM PDT SEREMBAN 1 APRIL : ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. |
IGP Kata Video Seks "Tulen", Berdiam Mengenai Identiti Pelakon Posted: 01 Apr 2011 02:03 AM PDT KUALA LUMPUR 1 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didalangi oleh "Datuk T" adalah "tulen" namun tidak memberi penjelasan sama ada pelakon di dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih mengejutkan, beliau mengumumkan siasatan kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan lanjut. Setakat ini Anwar sendiri tidak dipanggil untuk memberi keterangan sungguhpun siasatan polis adalah berasaskan laporan Anwar bahawa beliau difitnah oleh Datuk T menerusi rakaman itu pada 21 Mac lalu di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur. Datuk T merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul rahim Thamby Chik yang kini Pengerusi Risda, ahli perniagaan Shazryl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim yang mendakwa kononnya video itu menunjukkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumour pada 21 Febuari lalu. Anwar menafikan fitnah itu dan menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya semasa rakaman itu dikatakan dibuat. Pejabat Parti Keadilan Rakyat mengemukakan catatan sembilan Twitter oleh Ketua Pembangkang itu untuk membuktikan Anwar berinteraksi menerusi alam siber pada malam berkenaan. Pengumuman ismail bahawa polis sudah hampir selesai menyiasat kes itu mengejutkan kerana setakat ini difahamkan polis tidak mengambil keterangan bersabit penjelasan Anwar itu, atau mengambil kenyataan kakitangan dan ahli keluarga Anwar mahupun pejabat PKR sendiri mengenai pesanan Twitter beliau pada malam berkenaan. Ismail hanya mengatakan pakar-pakar tempatan mengesahkan video itu tidak diubahsuai, justeru ia dianggap tulen. Pengarah Komunikasi PKR Nik Nadzmi Nik Ahmad berkata pihak yang menyaksikan video itu tidak pernah mempertikaikan bahawa rakaman itu tulen, tetapi mempersoalkan sama ada pelaku dalam itu adalah Anwar sebagai yang di dakwa oleh Datuk T. Antara lain, bahasa badan dan susuk tubuh pelaku dalam video itu adalah berlainan dengan Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli Majlis Pimpinan PKR Badrulhisham Shahrin yang menyaksikan video itu memberitahu wartawan sebelum ini. Mereka juga tidak dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan