RAKYAT MARHAEN |
- NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah
- Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?
- Usah tersilau ramainya kehadiran ceramah video seks
- Tahniah : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi
NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah Posted: 01 Apr 2011 05:08 PM PDT Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu. TV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik. "Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini. |
Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan? Posted: 01 Apr 2011 05:07 PM PDT Oleh Wira Arjuna Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'. Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat. Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan. Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu? Read More / Baca Lagi >>Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik. |
Usah tersilau ramainya kehadiran ceramah video seks Posted: 01 Apr 2011 04:36 PM PDT Hampir semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat hadir. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan agak uzur, tetap bersama kemeriahan malam Selasa lalu, walaupun sekadar membacakan doa dan bertakbir. Puluhan ribu memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam. Program solat hajat dan ceramah perdana. Kontroversi ekoran tohmahan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terbabit dalam video lucah yang ditayangkan Dato' T kepada wartawan terpilih di hotel mewah Carcosa Seri Negara 21 Mac ternyata mengundang padah buat Umno-BN. Apatah lagi selepas terdedah (dan diakui sendiri) bahawa dalang utamanya adalah Abd Rahim Tamby Chik. Ya, siapakah yang bersedia untuk membersihkan imej bekas Ketua Pemuda Umno itu daripada terpalit teruk dengan isu moral? Read More / Baca Lagi >> |
Tahniah : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi Posted: 01 Apr 2011 04:19 PM PDT malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu. "Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi. Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan. Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan