Selasa, 26 April 2011

SharpShooter

SharpShooter


16 Mei..16 Sept..16 April..

Posted: 25 Apr 2011 10:21 PM PDT

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei ini untuk memberikan keputusannya selepas mendengar hujah daripada Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan hujah balas daripada peguambela, Karpal Singh dan Sankara  Nair.

Beliau akan membuat keputusan samada perlu memanggil Anwar membela diri atau membuang kes berkenaan.

Terdahulu, dalam hujahnya pagi ini, Mohd Yusof selaku pendakwa menyatakan keterangan Doktor Pusrawi, Dr Muhammad Osman Abdul Hamid tidak boleh diterima kerana beliau tidak membuat ujian forensik.

Mohd Yusof juga mendakwa keterangan Doktor berkenaan yang menyatakan dubur Saiful disumbat dengan objek plastik sebagai tidak benar.

Semalam, Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah,  berkata pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Ia termasuk wujud kelompongan dalam kes itu apabila pihak pendakwa tidak memanggil Dr Muhammad Osman selaku doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengesahkan tiada kesan tusukan di duburnya.

Antara lain, Karpal berkata, keterangan Saiful sebagai saksi utama pendakwa  tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar  di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela. Namun hujah karpal, keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Malah Karpal juga menggesa mahkamah supaya mendakwa pengadu Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat pertuduhan palsu.

Sharpshooter - Keputusan Hakim kartoooon pada 16 Mei 2011 nanti sudah dijangka, pergilah tanya mana-mana peguam, bolehkah hakim buat keputusan tolak bahan bukti kemudian minggu depan, hakim yang sama batal keputusannya sendiri dan selepas itu terima semula bukti yang dia sendiri tolak.

Dunia sedang ketawakan mahkamah kita..mahkamah kita mahkamah kartooooon..

16 September 2008 - Anwar gagal tawan Putrajaya, tahun 2008 juga Pak Lah berkata akan tawan Kelantan, adakah adil jika kita Pak Lah bohong? Pak Lah bukan bohong tetapi Pak Lah gagal tawan Kelantan begitulah juga dengan Anwar bukan bohong tetapi Anwar gagal tawan Putrajaya.

16 April 2011- Anwar gagal tawan Sarawak, bn biarpun masih mampu kekalkan kuasa di Sarawak, sejarah tercatat di mana undi popular Pakatan Rakyat melonjak naik dengan begitu mendadak hingga 45%.

16 Mei 2011 - Anwar pasti akan gagal lagi...Keputusan Hakim rakyat sudah jangka..pasti Anwar terpaksa membela diri..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hayat Saifudin tidak lama dalam politik

Posted: 25 Apr 2011 06:13 PM PDT

TMI - Henti salahkan pengundi tak pilih BN, kata ahli MT Umno

April 25, 2011
Saifuddin: Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita.
KUALA LUMPUR, 25 April — Komponen Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan ataupun menuduh mereka yang tidak mengundi perikatan itu ketika pilihan raya termasuk di Sarawak baru-baru sebagai tidak bersyukur, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya tegas beliau, setiap pihak perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.

"Dengan penuh rendah diri, saya menyeru rakan-rakan dalam BN supaya tidak menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan BN," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita," kata beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang menuding jari, malah mahu masyarakat Cina di Sarawak dihukum kerana memperlihatkan sokongan kuat kepada DAP, parti komponen Pakatan Rakyat, ketika pilihan raya negeri 16 April lalu.

Selain undi populariti, kerusi dimenangi DAP meningkat dua kali ganda berbanding pilihan raya negeri 2006.

Di Sarawak, BN memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.

Akhbar-akhbar milik Umno juga menyatakan pendirian sedemikian agar BN tidak lagi bertindak sebagai "pemurah" kepada kaum Cina ekoran perkembangan di Sarawak.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran sokongan masyarakat Cina kepada BN tidak banyak berubah.

Pandangan agar BN bertindak 'keras' terhadap pengundi-pengundi Cina juga disaksikan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal tahun lalu.

Kerusi itu disrampas balik oleh BN, tetapi majoriti undi masyarakat Cina masih kekal di pihak pembangkang.

Saifuddin yang juga timbalan menteri berkata, "sebagai ahli parti BN, saya percaya kita telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira kaum dalam setiap pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini."

"YAB Perdana Menteri sendiri telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam menawan hati rakyat semua kaum.

"Saya optimis sekiranya BN konsisten dengan usaha-usaha kita sekarang, BN akan memenangi semula hati rakyat semua kaum," katanya.

Justeru soal Ahli Parlimen Temerloh ini, jika setiap pihak memilih untuk menyalahkan pengundi-pengundi terbabit khususnya masyarakat Cina, bagaimana parti-parti BN hendak berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya akan datang.

"Bagaimana jika pada ketika itu mereka menempelak kita? Bagaimana jika kali ini mereka pilih pembangkang hanya sebagai protes sahaja, tapi, dek kerana cara negatif kita itu, maka mereka terus menerus pilih pembangkang kerana tindak-tanduk kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti teras BN itu yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

"Justeru, saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini.

Sharpshooter - Dalam tren politik versi veteran yang ada sekarang di Malaysia samada parti pemerintah atau pembangkang, stail yang dipilih atau teguran yang dibuat oleh Saifudin sebenarnya amat tidak disenangi oleh pemimpin utama umno.

Saifudin telah dilevel sebagai "Trojen Horse" oleh pemimpin umno dan blogger pro umno kerana banyak pendiriannya akhir-akhir ini dilihat bertentangan dengan pemimpin utama umno. Apa ertinya demokrasi jika semua perkara wajib angguk-angguk...geleng-geleng...ikut telunjuk...nampak gayanya hayat Saifudin tidak lama dalam politik umno....

Generasi muda dalam politik wajib membawa versi baru dalam dunia politik tanahair. Stail politik versi veteran yang tidak boleh ditegur, yang hitam disuruh kita kata putih, yang putih dipaksanya kita kata hitam, yang menipu disuruh kita ampu, yang menyeleweng disuruh kita sanjung, yang rasuah disuruh kita puja , yang bohong disuruh kita patuh...

Teringat Puisi Dato' Dr Siddiq Fadhil

Orang Kecil jika ikhlas.....diperas
Jika diam....ditikam
Jika protes....dikentas
Jika usil.....dibedil

Orang Kecil jika hidup.....dipersoalkan
Jika mati.....tak dipersoalkan
Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur

Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar lelaki Y

Posted: 25 Apr 2011 04:45 PM PDT



Berita TV3 suku dan AWANI

Utusan Meloya - Anwar Lelaki Y


ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok

Sharpshooter - umno b-end tersalah strategi - Lagi kuat Anwar dihentam, difitnah, diaibkan, dimalukan, dibogelkan, ditelanjangkan, dipukul.... lagi kuat sokongan dan simpati pada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Pemimpin umno b-end berkata Anwar sudah tidak relevan....tetapi sebenarnya Anwar musuh utama umno b-end yang wajib mereka hapuskan..tembak jerlah Anwar atau penjarakan saja Anwar..buat apa susah payah nak fitnah dan malukan dia...

Dalam sebuah filem...watak utama yang penonton akan ingat adalah samada HERO atau ORANG JAHAT.. di sinilah silapnya strategi umno b-end...setiap hari Anwar disebut dan dijaja dalam media perdana...Syabas Anwar kerana berjaya membawa watak utama sebagai ORANG JAHAT dengan begitu berkesan..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saiful tak masuk kondominium pun..

Posted: 25 Apr 2011 06:22 AM PDT

Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini.

Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli.

"Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam.

"Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara.

Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik.

Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula.

Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung, pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam  kondominum yang didakwa tempat kejadian berlaku.

"Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu.

"Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium itu," kata Sankara.

Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang sememangnya sudah dirancang dari awal lagi.

"Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu.

"Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang. (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu menunjukkan dirinya di kamera.

"Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan," kata Sankara.

Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata Sankara.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: