Sabtu, 16 April 2011

SharpShooter

SharpShooter


Penghulu Iban letak jawatan 24 jam

Posted: 15 Apr 2011 08:12 PM PDT

Penghulu Endawie Entingi yang menjadi pencadang Calon Dr John Brian Anthony Dun Meluan meletak jawatan 24jam.

Katanya ini bukan kerana tekanan mana-mana pihak tetapi adalah secara sukarela.

Beliau cukup yakin Dr John Brian Anthony calon PKR akan menang.

Cuaca pagi ini di hari pengundian di Dun Meluan baik dan ramai yang keluar mengundi dan bersedia buat perubahan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Malam Raya di Rumah Panjang Nanga Ijit Dun Meluan

Posted: 15 Apr 2011 05:24 PM PDT

Setelah selesai majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Julau, Dr John Brian Anthony memilih rumah panjang Ijit sebagai kempen terakhir di malam p.raya di Dun Meluan.

Penghulu Kawasan, Endawi merupakan seorang Penghulu yang masih bekerja dengan Kerajaan Negeri Sarawak tetapi berani bangun menentang kerajaan secara terbuka.

Sejak dari penamaan calon hinggalah ke malam ini, Penghulu Endawi, bekas Ahli Majlis Daerah Julau turut bersama berkempen untuk Dr John Brian Anthony.

Keberanian mereka menjadi pembakar semangat orang Iban untuk kembali berani seperti sejarah Panglima Asun, Balang dan Rentap yang berani bangun menentang penjajah Raja Brooke serta keturunannya terhadap cukai yang dikenakan bermula tahun 1832.

Orang Iban sudah bersedia berubah biarpun b-end memberi setiap seorang pengundi RM30 pada malam ini.

Orang Iban sudah bijak..Batu Nisan Batu Permata..ambil duit Barisan..undi cap mata..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Malam akhir di Julau Dun Meluan

Posted: 15 Apr 2011 04:56 AM PDT

Malam ini adalah malam terakhir kempen di Dun Meluan.

Malam ini calon Meluan Dr John Brian Anthony bersama masyarakat Cina mengadakan jamuan makan malam di bawah Bilik Gerakan Utama di Julau.

Pada awalnya ia dirancang di gelanggang bolajaring tetapi Majlis Daerah Julau dan Maradong tidak benarkan. Tetapi mereka benarkan pula untuk calon b-end buat majlis makan malam semalam.

Namun begitu ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Masyarakat Cina di Julau kesal dengan sikap tidak adil dan berjanji akan mengundi Dr John Brian Anthony pada esok hari sebagai balasan.

Semoga Dr John Brian Anthony akan ditabalkan sebagai wakil rakyat baru di Dun Meluan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: