Sabtu, 16 April 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Keputusan tidak rasmi dari sumber BN

Posted: 16 Apr 2011 01:10 AM PDT

4.47pm: Keputusan tidak rasmi dari sumber BN:

Semop
BN: 3134
PKR: 468
Bebas: 280

Saribas
BN: 2,105
PKR: 814 

4.35pm: Menurut satu sumber BN, kedudukan terkini keputusan ialah:

BN: 12 kerusi
Pakatan: 1 kerusi

4.24pm: Di Batang Ai, BN sedang mendahului dengan 200 undi daripada undi yang telah dikira.

Namun hampir separuh lagi undi belum dikira khususnya di saluran yang mempunyai bilangan pengundi yang tinggi khususnya di pekan Lubok Antu.

Ini bermakna PKR masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan.

4.18pm: Sumber BN mendakwa kerusi Semop yang mempunyai 8891 pengundi - kebanyakan mereka pengundi Melayu/Melanau - berjaya dipertahankan dengan majoriti 2,712.

BN - 3138
PKR - 426
Bebas - 324

BN juga sedang mendahului di lima kawasan majoriti pengundi Melayu/Melayu - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Saribas.

Mereka juga sedang mendahului di kerusi majoriti Iban di  Layar.
4.10pm: Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui.

Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.

Adalah dikatakan PBB mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya lalu dengan 94 undi kerana menurungkan calon yang tidak popular.

Keputusan awal menunjukkan strategi PBB untuk menggantikan penyandangnya, Wahbi Junaidi dengan calon muda Muhammad Razi Sitam, berjaya meningkatkan sokongan.

3.58pm: DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.

Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan.

DAP - 1,072
Supp - 613

3.53pm: Sumber PKR berkata BN mendahului dengan 700 undi di Layar dan masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN itu, kata sumber tersebut.

Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menterti, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.

Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.

3.50pm: Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.

Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.

"Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi," katanya.

3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1

3.45pm: Sumber PKR berkata BN sedang mendahului dengan 400 undi di Engkilili. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi 'kelabu' BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.

3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi:

PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477 

3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:

BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037

3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.

Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.

3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N20 Sadong Jaya (4.50 petang)
PAS - 476 undi
BN - 1,938 undi
Bebas - 193 undi

N 15 Muara Tuang (4.20 petang)
PAS - 412 undi
BN - 1,239 undi
Bebas - 0 undi
N24 Beting Maro (4.30 petang)
PAS - 1,073 undi
BN - 2,005 undi

3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.

Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira.

3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.

3.05pm:  Saribas -  dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.

Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.

2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan. 

2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0 

1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.

1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525

1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan  94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.

12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi                  sumber [Mskini]

image

Undi Calon PAS Sadong Jaya : cucu kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen.

Posted: 15 Apr 2011 09:22 PM PDT

Menurut Eddy datuknya, (Ahmad Urai) pernah mewakili kawasan berkenaan di tahun-tahuan 70-an dulu.

"Datuk saya pernah menjadi wakil rakyat dua penggal di Sadong Jaya. Saya harap kenalan datuk dan kawan-kawannya akan memihak kepada saya," kata Abang Eddy.

image

Semasa saya mengunjungi kampung Ja'ai terletak dalam Sadong Jaya beberapa orang penduduk mengesahkan bahawa calon Pas itu adalah cucu kepada Abang Urai dan mereka gembira kerana cucu pemimpin mereka itu bertanding.

"Kami rasa bertuah kerana anak kepada bekas wakil rakyat dan tokoh politik Sarawak bertanding di sini, saya merasakan seolah-olah Abang Ahmad Urai sendiri yang bertanding semula," kata seorang penduduk.

Kata-kata penduduk berkenaan mengesahkan bahawa Abang Eddy adalah cucu kepada Abang Ahmad Urai. Jadi kehadirannya merebut kerusi Sadong Jaya 16 April ini sebagai menyambung perjuangan datuknya. [sumber]

Ramai Orang Mati Di Kelantan Kedah P.Pinang & Selangor (PRN sarawak)

Posted: 15 Apr 2011 07:56 AM PDT

Rakyat Sarawak boleh buka mata, boleh bertanya khabar rakan2 anda yang berada di 4 buah negeri di atas, berapa ramai sudah rakyat mati selama PR perintah negeri2 itu.

Kelantan walau pun di katakan mundur diantara negeri2 lain pakatan pun masih bertahan selama 21 tahun, ok je, ini kan pulak Sarawak negeri kaya raya dengan hasil bumi nya ramai yang miskin mengalahkan rakyat Kelantan, ini diberitahu oleh rakan2 yang berkesempatan ke Sarawak, ini semua tidak boleh di tutup mata semua orang tahu, orang ASAL semenanjung pun canggih2 kediaman mereka ada letrik, astro, air bersih dan sebagai nya kot ada yang kurang pun itu sudah dikira terpencil, tapi peratus nya kecil sangat.

Tetapi walau sudah 50 tahun lebih merdeka ada lagi bahagian semenanjung yang paling teruk, terus di lupakan dalam arus pembanguan perdana, ULU TEMBELING…………………negeri PM 1Msia daerah dimana tempat kelahiran nya KUALA LIPIS, suatu ketika dulu ibu negeri PAHANG, ulu tembeling dalam daerah Lipis sedarkah anda ulu tembeling menyimpan banyak sejarah nya, tiada perhubungan jalan darat yang selesa, memang dahsyat, disini terdiri dari keturunan pahlawan2 pahang yang menentang inggeris, mereka lah yang memperthankan negeri pahang dari penguasaan inggeris, ramai pahlawan pahang gugur, ada antara nya terpaksa melarikan diri ke siam melalui jalan sungai menyelusuri sungai pahang seterus nya sungai Kelantan, ada yang meninggalkan zuriat nya di sekitar ULU TEMBELING, malah hingga kini ada ramai keturunan Pahlawan pahang bertempat di daerah KUALA KRAI Kelantan semasa melari kan diri dari pahang, pengkaji sejarah boleh ke KUALA KRAI seterus nya ke KG PEMBERIAN, mereka masih mengekalkan daelek keturunan mereka, kemungkinan mereka pengikut2 MAT KILAU.

image

gambar aku cilok, satu2 nya pengangkutan popular daerah ulu tembeling, orang atas bot ini mungkin pelancong.

Kenapa ULU TEMBELING di anak tiri oleh KERAjaan Pahang dan Najib ?, kerana zuriat2 pahlawan pahang ini selama nya menyokong UMNO………….ppergh !, sudah tiada semangat pahlawan yang ingin melawan segala pencabulan hak2 mereka, itu jah…………………, benteng melawan inggeris di pahang bukan nya PEKAN, KUANTAN, MUADZAM dan sebagai nya, tapi……………Jerantut dan LIPIS………..tapi daerah LIPIS lah termundur sekali, kalau ada lebih mutakhir ini pun sesudah 50 tahun lebih merdeka………….apa ghazali shafei dulu buat…………………oh ya ……………mereka UMNO……………RASUAH memanjang hanya jaga perut anak beranak saja. [baca sini]

Sarawak tak heran lah……………………..kalau masih mundur…………….hanya TAIB yang maju………………..

Tiada ulasan: