Khamis, 7 April 2011

SharpShooter

SharpShooter


Gambar2 penamaan calon N14 Dun Meluan

Posted: 06 Apr 2011 10:22 PM PDT

Pagi ini sharpshooter bersama calon Keadilan Dun Meluan Dr John Brian di pusat penamaan calon di bangunan Mahkamah Majistrik Julau.

Calon Keadilan tiba awal dan kami ditempatkan berkumpul di Pejabat Pertanian hanya berhadapan bangunan mahkamah.

B-end terpaksa berjalan jauh begitu juga SNAP.

Penamaan calon dibuka jam 9 pagi dan ditutup jam 10 pagi, masa bantahan sejam dan duan bantaha ditolak oleh SPR maka Dun Meluan pertandingan 3 penjuru.

Menariknya pencadang calon Keadilan adalah seorang Penghulu Kawasan yang masih bertugas dengan kerajaan. Keberaniannya dan semangatnya luar biasa.

Semalam tidur di rumah panjang Ng Lijan, line telefon mana pun tak ada.. :-)

Perjalanan 2 jam semalam dari Sibu begitu sunyi tak sampai 10 buah kereta yang ditemui semasa dalam perjalanan.

Semasa dalam perjalanan di atas bukit pemandangan hanya 10 meter kerana kabus terlalu tebal.

Sampai sahaja di rumah panjang Ng Lijan, ramai pengundi di sana terus sharpshooter dijemput untuk berucap..apalagi bukan sahaja berucap tetapi terus menghasut orang Iban untuk bangkit berani untuk menumbangkan rejim Taib Mahmud yang menindas rakyat yang merampas tanah orang asal.

Seluruh Dun Meluan, tidak ada seorang pun yang memiliki geran tanah, mereka tinggal di sini turun menurun dan punca pendapatan mereka adalah pertanian.

Semangat mereka kali ini memang luar biasa apatah lagi Penghulu Kawasan juga turut berkempen semalam dan pagi ini menjadi pencadang calon.

Harapan Keadilan menang di Dun Meluan cerah..

Makanan untuk orang Islam memang sukar dicari di sini..makan maggie cup saja tengahari ini..Alhamdulillah..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pak Menteri minta tangguh

Posted: 06 Apr 2011 09:39 PM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan blogger, Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 2 Feb, Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau.

Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto paintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau jennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana akalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau ana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi nter parte.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga nggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah erkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam akalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh ifahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol an berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur itnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional an/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan
ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

- Bernama

Sharpshooter - Ramai sahabat2 seperjuangan yang resah kerana gagal menghubungi sharpshooter, maaf sebab 2 malam tidur di rumah panjang nanga Lijan dan nanga entabai, line tel tak ada, elektrik pun tak ada.

Semua bertanya tentang kes ini, mengapa Pak Menteri minta tangguh.. Jawabnya tanyalah Pak Menteri kenapa minta tangguh.. ;-)

Lawan tetap lawan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 malam di pendalaman

Posted: 06 Apr 2011 07:46 PM PDT

Maaf banyak-banyak sudah 2 malam tidur di rumah panjang di kawasan pendalaman yang langsung tiada line telefon.

Malam pertama di rumah panjang Nanga Lijan dan malam kedua di rumah panjang Nanga Entabai bersama calon N42 Dr John Brian.

Akan up date dari masa ke semasa..sharpshooter akan pindah dari satu tempat ke satu tempat rumah panjang orang Iban.

Mood orang Iban kali ini tersangat baik tidak seperti tahun 2006...Penghulu Kawasan menjadi pencadang calon memberi harapan baru Keadilan di Dun Meluan.

Sekarang berada di pekan Julau baru boleh up date..sudah hampir 50 senarai nama sudah hilang di sesetengah rumah panjang dan ada yang semua nama di seluruh rumah panjang hilang.

Sedang membantu mereka mencari nama yang sudah hilang..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: