Sabtu, 2 April 2011

SharpShooter

SharpShooter


Sembang kedai kopi pagi ini..

Posted: 01 Apr 2011 06:01 PM PDT

"Harga Petrol naik lagi la semalam...dah tentu harga barang akan naik lagi..gaji tak naik pun.." keluh Pak Mat Tempe pada Pak Man Karat

Jawab Pak Man Karat "eh ya ka..bila naik? Berapa naik? Bukankah Rosmah Najib kata petrol tak kan naik.."

"Tu lah hang..takkan aku nak mohong pula..tu lah masalahnya..hang percaya sangat dekat rosmah najib..dah kena tipu banyak kali pun hang buat bodoh saja..semua orang dok cerita pasai video lucah saja..sampai minyak naik pun rakyat tak sedaq dan tak marah sebab semua tengah syok cerita pasai video lucah saja.." kenen Pak Mat Tempe

"Aku tengok semalam TV3 tajuk utama pasai polis kata video lucah tu tulen...tak cerita pun pasai harga petrol naik" kata Pak Mat Karat

"Padan muka hang..sampai bodoh tera tu..ni polis apco pun satu hal..polis apco pun nak jadi macam orang politik juga ka..umum video lucah tu tulen tapi bila wartawan tanya pelakon tu tulen ke tak..dia tak mau habaq pula..cakap teruih terangkan senang..kalau betoi Anwar cakap ja lah tapi aku tengok macam polis apco tu saja tak mau habaq sebab dia tahu rakyat akan terus bercakap dan tertanya-tanya pasai Anwar ke tak dalam video tu dan dah tentu rakyat lupa harga petrol dah naik semalam.. bijak..bijak.." keluh Pak Mat Tempe

"Eh Mat..betoika video blue Anwar depa dok juai..kalau hang ada hang juaila dekat aku..aku pun nak tengok juga..depa kata barang baik punya..hehehe..la ni boleh tengok gambaq blue ramai-ramai..boleh tengok gambaq blue secara berjamaah..menteri undang-undang kata ok..tak salah.. " bisik Pak Man Karat.

"Betoila aku dah kata..aku dah agak dah....memang hang dan rakyat tak peduli dah..barang naik ka..minyak naik ka..yang hang tau..nak tengok gambaq blue saja..pandai rosmah najib umum petrol naik semalam sebab dia tau rakyat 1 Malaysia ni bukan susah sangat..dulu betoi depa merungut petrol naik, barang naik, rasuah banyak..tapi la ni rakyat tak peduli dah..semua masalah selesai dengan gambaq blue..memang mudah rosmah najib perbodoh rakyat macam hang ni Pak Man oooi..sebab tu nama hang pun orang kampong gelar Pak Man Karat...sebab hang memang karat..." kenen Pak Mat Tempe


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bekas calon ketua Cabang Bayan Baru digantung.

Posted: 01 Apr 2011 08:34 AM PDT

PKR Pulau Pinang telah menggantung keahlian bekas calon ketua cabang Bayan Baru, M Nyana Segaran dan mengeluarkan surat tunjuk kepadanya kerana didakwa merancang untuk meninggalkan parti itu esok.

penang anti isa forum 150908 m nyana segaranDalam kenyataan medianya, Setiausaha PKR negeri, Maktar Shapee berkata Nyana merancang mengumumkan keluar parti dalam satu acara kebudayaan di Pulau Pinang esok, yang akan dihadiri pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maktar berkata, Nyana (kanan) telah melanggar disiplin parti dan semalam, pengerusi jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong mengarahkan digantung keahliannya.

"Keahliannya digantung serta-merta, sehingga keputusan muktamad dibuat oleh parti," kata Maktar, yang juga ADUN Sungai Bakap.

Nyana yang menyertai PKR selepas pilihan raya umum 2008, menarik perhatian kerana menganjurkan karnival kebudayaan India, yang akan diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang esok.

Pemimpin lain BN yang dijangka hadir di majlis tersebut, yang menurut Nyana tiada berunsur politik, ialah Presiden Gerakan yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

NONE

Spekulasi telah tersebar di kalangan ahli parti bahawa Nyana yang merupakan bekas pemimpin Gerakan and MIC itu, akan melompat parti, bersama dengan beberapa orang lagi dari cabang PKR Bayan Baru, di majlis tersebut.

Bagaimanapun, Nyana telah menafikan akan keluar PKR, sambil menambah, beliau tidak sedar mengenai peletakan jawatan 200 ahli baru-baru ini.

Desas-desus mengenai Nyana akan meninggalkan PKR, tercetus selepas ketua cabang Bayan Baru, Sim Tze Tsin (kiri) mengingatkan ahli parti itu mengenai bekas calon ketua cabang yang kalah dalam pemilihan tahun lalu, sedang memujuk ahli menyertai BN.

Sharpshooter - Keadilan sepatutnya belajar dari kesilapan....apa ertinya masuk ramai-ramai selepas itu keluar pun ramai-ramai...

Malas nak tegur banyak-banyak...nanti dituduh trojen horse pula...UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: