Sabtu, 2 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Dek Kerana 'Takutkan Suara Rakyat', SPR Tidak Bercadang Untuk 'Adakan Pendaftaran Pemilih' Secara Automatik Bagi Pengundi Capai Umur 21!

Posted: 02 Apr 2011 05:04 AM PDT

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (foto) berkata, SPR juga tidak bercadang untuk menurunkan usia mendaftar sebagai pemilih daripada 21 tahun kepada 18 tahun kerana ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. "Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 119, tidak membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar diri mereka sebagai pengundi, dibuat secara automatik. "Ini kerana dalam Perkara 119, telah disebutkan pemilih mesti memohon untuk mendaftar dan tarikh permohonan itulah tarikh seseorang itu disah sebagai pengundi. Ini bermakna, tidak boleh dibuat secara automatik, terpulang kepada warganegara itu untuk memohon selepas dia berumur 21 tahun. "Kecuali Perkara 119 itu dipinda dan untuk meminda Perlembagaan, mesti mendapat persetujuan 2/3 ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya.

[Soalnya, kenapa SPR begitu takut untuk laksanakan sistem yang lebih demokrasi ini?. Semuanya kerana SPR mendapat ilham dari Kerajaan UMNO BN jika sistem itu digunakan maka dkhuatiri mereka akan kecundang dalam Pilihanraya Umum. Ini kerana mereka tahu pengundi muda sememangnya sudah bertukar arah untuk menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya. Oleh itu jugalah alasan dangkal diberikan bagi menidakkan senario ini berlaku. Sedangkan mereka mempunyai akses dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pendaftaran secara automatik, atau pun mana-mana rakyat Malaysia yang sudah mencapai umum 21 tahun datang terus pada hari mengundi dengan membawa mykad masing-masing ke kaunter SPR. Itulah yang lebih baik daripada kaedah yang dijalankan sekarang. Kenapa mereka takut?. Semuanya kerana UMNO BN gusar dengan suara rakyat itu. Lantaran itu SPR dilarang laksanakan sistem itu. Semuanya kerana mereka takutkan bayang sendiri].

Panas: Minyak Petrol 'RON 97' Naik Lagi, Terbukti Gagasan Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan PM Najib Razak Itu Semakin Mengarut Sebenarnya !!

Posted: 02 Apr 2011 12:39 AM PDT

Berita kenaikan minyak RON97 lewat hari ini sememangnya membuktikan gagasan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan" semakin mengarut sebenarnya. Apa yang pasti, dahulukan rakyat bermakna kerajaan akan "jadikan rakyat testimoni" sebelum memastikan sesuatu tindakan itu diterima. Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen dan menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter. Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari. Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter. RON97 kini tidak lagi dikawal oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran. Walaupun ia tidak lagi di bawah kawalan kerajaan, namun kerajaan masih memberi subsidi antara 17 sen hingga 18 sen seliter. Dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, baru-baru ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. Katanya, tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan untuk petrol dan diesel mencecah RM7.61 bilion. Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggar mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.

[Itulah alasan kerajaan setiap kali mereka menaikkan harga minyak tersebut. Subsidi terus dijadikan senjata untuk mengesahkan tindakan itu. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan pasti untuk selama-lamanya selagi mereka memerintah negara ini. Justeru rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Sarawak, bangkitlah dan tolak kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak ini kerana sudah jelas mereka menjadikan rakyat sebagai bahan ekperimen semata-mata. Sebaliknya mereka lebih menjaga kepentingan beberapa kerat golongan teknokrat dan konglomerat yang senantiasa membuka mulut untuk membaham rakyat itu. Lakukanlah perubahan demi mereaslisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan berkebajikan. Jika kita terus biarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat dirompak secara berhemah oleh mereka].

Edisi Pahang: Orang Ramai Kecewa Dengan Sikap Double Standard Pihak Polis Yang Ternyata Gagal Menghalang Demontrasi Video Lucah Di Temerloh

Posted: 01 Apr 2011 08:40 PM PDT

TEMERLOH, 2 April - Orang ramai di kawasan ini terkejut dengan tindakan beberapa orang pemuda yang kononnya mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang yang kononnya bertindak mengadakan perhimpunan secara aman di Perhentian Bas Mentakab, mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang. Jurucakap penganjur perhimpunan itu semalam, Nor Afendi Mat Saman berkata, rakyat ingin tahu siapa sebenarnya yang terbabit dalam video aksi seks tersebut supaya ia tidak lagi menimbulkan keraguan yang boleh mengundang pelbagai fitnah dan prasangka buruk. Kami juga menyokong supaya suruhanjaya diraja itu turut dianggotai oleh pihak media, NGO dan beberapa pemimpin pembangkang. "Penyertaan mereka boleh memberi gambaran yang tepat dan tidak akan disensasikan oleh pihak pembangkang untuk kepentingan politik," katanya. Perhimpunan yang bermula pukul 3 petang itu berlangsung selama 20 minit dan berakhir apabila ahli NGO terbabit membuat laporan di Balai Polis Mentakab sebelum bersurai.

[Persoalannya sekarang ialah, kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan tersebut sedangkan jika ia dilakukan oleh pihak pembangkang sudah pasti mereka akan mengganggunya. Inilah bukti "double standard" pihak polis amalan demokrasi di negara ini sebanarnya. "Kami pelik kenapa perlu mendesak, sedangkan Mufti Perak dan Mufti Perlis sudah memberi penjelasan meluas kes ini dari sudut agama Islam. Soalnya, kenapa mereka ini mahu mendengar suara dari Rahim Thamby Chik dan Trio Datuk T daripada mufti terbabit. Sungguh bebal puak-puak ini yang cuba mencari publisiti murahan ", kata seorang peniaga gerai yang ditemui. Malah mereka juga tertanya-tanya benarkah kumpulan terbabit mewakili NGO Pahang?. Sedangkan mereka sendiri tidak berani mengaku dari kumpulan NGO mana mereka itu sebenarnya].

Radioaktif: 'Ahli Parlimen Kuantan' Hantar Surat Terbuka Kepada Menteri Besar Pahang Berkaitan Projek Pembinaan Kilang Memproses Rare Earth !

Posted: 01 Apr 2011 07:36 PM PDT

KUANTAN, 2 April - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) telah menghantar satu "Surat Terbuka" kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob berhubung isu kilang memproses radiaoaktif "rare earth" yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Beliau mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa Menteri Besar Pahang prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun beliau berpendapat bahawa penerangan yang di terima oleh Menteri Besar daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) merupakan taklimat yang tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. Menteri Besar Pahang itu seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat dikawasan Kuantan dan sekitarnya.


Inilah dia tapak projek Lynas di Gebeng yang dapat bantahan rakyat itu

Katanya antara persoalan yang harus telah ditanya oleh Menteri besar Pahang kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina dinegara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini. Beliau juga berharap agar Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada negeri Jiran iaitu Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negeri terbabit berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung 2007.

MB Pahang Perlulah Rujuk Pendirian Trengganu

"MB Pahang itu harus juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium – bagaimanakah ianya akan di uruskan dan peraturan apakah yang akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?", katanya. Beliau turut menegaskan supaya Menteri Besar Pahang itu juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada dipersekitaran kawasan Gebeng.

Pelancongan Pantai Pahang Pasti Akan Lumpuh

"MB Pahang harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana kah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?. Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yg ada di negara Cina (yg kita semua tahu tidak ambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.) Persoalan diatas amat penting. Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?". tambah beliau lagi dalam surat terbukanya itu. Beliau beraharap Menteri Besar Pahang itu barulah boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yang menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Info penuh Surat Terbuka

Inilah dia salinan surat Ahli Parlimen Kuantan kepada MB itu

[Nampaknya, isu ini semakin panas dan bakal menyebabkan kawasan Perindustrian Gebeng tidak akan menerima lagi pelaburan daripada lain-lain syarikat selepas ini. Ia akibat ketakutan maysrakat antarabangsa akibat kebenaran Kerajaan Negeri Pahang terhadap pembinaan kilang memproses rare earth terbesar di dunia itu. Apakah MB sedar akan semua ini?. Malah, yang paling bahaya ialah inudstri pelancongan itu sendiri, memandangkan berhampiran kawasan terbabit ialah pusat pelancongan seperti Cherating, Batu Hitam, Balok, Teluk Chempedak dan sebagainya. Begitu juga ia akan menyebabkan pelancong takut untuk menginap di hotel-hotel dan resort yang terdapat di sepanjang pantai berhampiran kawasan itu. Bukankah ini akan menyebabkan industri terbabit juga akan merudum. Begitu juga dengan pemaju projek pembangunan hartanah, mereka turut akan kehilangan hasil akibat kegusaran orang ramai untuk membeli hartanah berhampiran kawasan terbabit. Makanya, MB Pahang perlu mengambilkira semua aspek ini dan tidak terlalu taksub dengan usaha untuk mendapatkan pelaburan semata-mata hingga meminggirkan kehendak rakyat itu sendiri].

Isu Pahang: Menteri Besar Harus Faham Bahawa Kesan Radioaktif Bakal Di Tanggung Oleh Rakyat 20 Tahun Akan Datang Dan Bukannya Sekarang !

Posted: 01 Apr 2011 06:44 PM PDT

KUANTAN, 2 April - Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) kecewa dengan tindakan Menteri Besar yang sewenangnya mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat dengan membenarkan terus pembinaan kilang memproses radioaktif "rare earth" beroperasi di negeri ini. Kilang yang akan memulakan operasi di Kawasan Perindustrian Gebeng penghujung tahun ini itu telah mendapat bantahan ramai pihak termasuk dikalangan penyokong kerajaan sendiri. Maka itu tindakan MB untuk tidak mengendahkan suara rakyat amatlah dikesali katanya. Beliau juga menegaskan kesan radioaktif itu tidak akan berlaku dalam tempoh setahun dua ini, sebaliknya 20 tahun akan datang. "Pada ketika itu Menteri Besar telah bertukar tangan dan saya yakin Menteri Besar pada ketika itu akan menyalahkan Menteri Besar pada hari ini. Sebab itulah kita berhimpun untuk menyatakan bantahan", katanya semasa berucap di Himpunan ""Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas" di Masjid Balok petang semalam. Beliau juga menegaskan walau pun Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat tetapi rakyat perlu ingat ketika peristiwa kilang yang sama dibina di Bukit Merah (Perak) alasan yang sama juga diberikan oleh pihak terbabit. "Mereka memberi jaminan selamat, tetapi apa yang berlaku penduduk Bukit Merah terpaksa menanggung kesan sehingga ke hari ini", tambah beliau lagi.



[Persoalannya sekarang ketika itu apakah Dato' Sri Adnan Yaakob sedar yang dia bukan lagi Menteri Besar Pahang?. Jangankan 20 tahun akan datang, mungkin 5 tahun dari sekarang pun MB sudah bertukar tangan. Oleh itu, jika benar MB perihatin kepada rakyat maka beliau tidak seharusnya membenarkan pembinaan kilang berbahaya seperti ini. Nasid rakyat diperjudikan demi mencari keuntungan pelaburan semata-mata. Apa yang pasti, sudah tentu pihak syarikat Lynas Corporation Ltd (Australia) sememangnya sudah berunding dengan MB sejak awal-awal cadangan tersebut. Apakah rakyat boleh jangka persetujuan itu diberikan tanpa ada "komisyen" untuk MB yang akan menyokong projek berkenaan?. Bukankan selepas MB sokong barulah permohonan dibawa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA). Jika tidak sudah pasti kilang terbabit sudah lama didirikan di negeri Trengganu dan tempat-tempat lain. Cadangan berkenaan telah ditolak kerana kerajaan di negeri terbabit sedar akan tanggungjawab sosial untuk rakyatnya. Namun, ternyata gagal untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Apa yang penting sudah pastilah Kerajaan Negeri Pahang "komisyen" yang bakal diterima oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mereka boleh nafikan, tetapi itulah hakikatnya yang berlaku di Pahang berdasarkan kepada modus operandi yang sama apabila MB menyokong permohonan pembalakan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Konsep "fail tebal sokong" inilah yang menyebabkan rakyat akhirnya terpaksa menanggung derita].

Kontroversi: Polis Sepatutnya Siasat Serta Dakwa Trio Datuk T Bukannya Beriya-Iya Mengesahkan Ketulenan Video Seks Yang Mereka Bongkarkan !

Posted: 01 Apr 2011 05:01 PM PDT

Kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa polis telah mendapat keputusan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T disahkan ketulennya oleh pakar tempatan jelas sekali bermotifkan politik sebenarnya. Ini diperjelaskan oleh Peguam R.Sivarasa (foto) ketika diminta mengulas tentang isu itu. Katanya, pengesahan ketulenan video seks itu oleh Ismail Omar itu tidak membawa perubahan senario tentang skandal tersebut. "Kesalahan yang sedang disoal siasat ialah pemilikan dan pengedaran pornografi... tetapi mengapa anda memfokus soal ketulenan," kata beliau. Sivarasa berkata, ketiga-tiga "Datuk T" seharusnya telah didakwa sebaik sahaja mereka mengaku bertanggungjawab mempertontonkannya," kata beliau. PKR mengulangi desakannya agar polis segera menahan ketiga-tiga "Datuk T" yang awal minggu lalu mengaku bertanggungjawab mempertontonkan video seks kepada umum, yang didakwa melibatkan aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Video lucah adalah satu kesalahan sama ada ia tulen ataupun sebaliknya," kata Sivarasa. Bila melihat senario ini, jelas sekali seolah-olah apa yang didedahkan oleh Trio Datuk T itu adalah satu kosnpirasi jahat untuk menjatuhkan Anwar sebenarnya. Malahan pula, pihak polis hanya akan mendakwa Trio Datuk T jika video itu palsu, sebaliknya jika ia tulen maka mereka tidak akan didapati bersalah atas mana-mana perlanggaran undang-undang negara. Maknanya mereka selamat walau pun jelas membuat tayangan video lucah tersbeut. Sesuatu yang amat aneh bila laporan polis dibuat oleh Anwar yang mendakwa pendedahan itu berniat jahat terhadapnya. Namun, polis memanggil Trio Datuk T untuk apa?. Soalnya sekarang, apakah untuk melengkapkan konspirasi ini. Paling penting kenapa polis tidak mahu mendedahkan identiti individu terbabit?.


KPN kata video tulen, tapi tunggu isyarat untuk dedahkan pelakonnya
[Apakah mereka mahu menyelamatkan Trio Datuk T dengan mengesahkan pelakon seks itu nanti bukannya Anwar pula. Ini semua boleh berlaku selepas segalanya terbongkar ! Kes ini samalah dengan apa yang berlaku kepada pendedakan buku "50 Dalil" diawal kejatuhan Anwar dari politik UMNO BN dulu dulu. Dalam kes itu segala pendedahan yang dilakukan telah disiasat polis, namun penerbit, pengedar, pencetak dan mereka yang terlibat dilindungi. Kini, adengan yang sama dapat kita saksikan. Maknanya politik kotor seperti ini masih terus diamalkan dan Ketua Polis Negara masih diperangkap untuk terlibat sama seperti dulu. Apakah kejadian yang menimpa Rahim Noor dan Musa Hassan masih belum cukup untuk menyedarkan mereka agaknya. Maka itu, rakyat perlu bersabar dan terus memberi sokongan padu untuk meneruskan perjuangan dan membawa perubahan dalam politik negara. Itu saja cara untuk mentarbiyah mereka supaya kembali ke jalan kebenaran suatu hati nanti].

Tiada ulasan: