Rabu, 27 April 2011

shalehudin

shalehudin


Ooo.... kawan baik CIA yaa...

Posted: 27 Apr 2011 11:00 AM PDT

Bekas ketua CIA anggap Gaddafi 'rakan' yang baik

MARYLAND: Bekas ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), Jeneral Michael Haydenr memuji kerjasama yang diberi Presiden Libya, Muammar Gaddafi dan menyifatkan kejatuhan rejim itu bakal menyukarkan kepentingan Amerika Syarikat dalam tempoh pendek.

Hayden yang kini bersara, mengetuai CIA mulai 2006 hingga 2009 ketika pentadbiran Presiden George W Bush, berkata kejatuhan Syria juga boleh membantu perisikan Amerika Syarikat tetapi dalam bidang tertentu sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar di Marine Corps University, Hayden berkata CIA pernah bekerja dengan baik bersama Gaddafi dan Mussa Kussa, Menteri Luar Libya.

"Sama ada anda fikir mengenai Gaddafi atau Mussa Kussa... mereka adalah baik dan rakan yang baik dalam memberikan kerjasama membanteras pengganas," katanya.

Hayden berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad juga 'rakan yang agak baik' ketika menentang militan Islam tetapi beliau menyokong puak radikal Syiah.

Namun Hayden mendakwa, gelombang kebangkitan yang sedang berlaku di dunia Arab sebenarnya memberi manfaat kepada Amerika untuk tempoh masa panjang dengan perubahan dinamik di rantau itu. - AFP

Apa masaalah ngan Ostad nih... hihi...

Posted: 27 Apr 2011 09:42 AM PDT

Apa hal pulak ngan Ostad nih... hihi...
Mesti dia ni lagi hebat... lebih hebat ilmunya dari Imam Besar Masjidil Haram tu yerk...
Memang sapa pun tak kebal, waima imam besar manapun...
Tapi masaalahnya Ostad oiii...
Tepi kain hang pun dok bertempek tempek lagi taiknya...

Fitnah bertebaran dalam negara...
Islam dalam negara tak diletakkan ditempat yang sepatutnya...
Mahkamah Syariah hanya sandiwara...
Lampu dimasjid lebih banyak dari jemaahnya...
Tu semua korang takut nak tegur...
Takut soru miss ker?


*********************************

Isu Wahabi: Zamihan terus kritik, dakwa Imam Besar Masjidil Haram bukan 'kebal'
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
April 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 April – Zamihan Mat Zain meneruskan kritikan keras terhadap Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais hari ini dengan mendakwa tokoh agama itu bersifat "maksum" sehingga seolah-olah tidak boleh dikritik oleh sesiapa.

Dalam tulisan terbaru pada laman Facebooknya, Zamihan (gambar), pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan pendiriannya mengkritik Sheikh Abdul Rahman dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghalang beliau berbuat demikian.

"Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan dikritik kecuali Nabi dan Rasul yang diberikan sifat maksum oleh Allah, kritikan beradab adalah amalan sihat dan digalakkan dalam Islam kerana ia boleh menjadikan ia sebagai mekanisme penentu baik atau buruk sesuatu perkara selain digunakan sebagai instrumen penambahbaikan bagi seseorang.

"Justeru kita melihat sesiapa yang berharta, berkuasa atau bertakhta tidak sunyi daripada kritikan, termasuk kritikan saya terhadap Sheikh Abdul Rahman yang memegang jawatan Imam Besar Masjidil Haram.

"Beliau adalah seorang tokoh yang sering mengkritik ulama sunni, kerajaan Arab Saudi dan umat Islam... jadi sudah tentu beliau tidak terlepas dari kritikan," katanya.

Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu.

Selain itu, beliau berkata Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai."

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

Namun tindakan Zamihan itu dinafikan Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Jakim juga telah memanggil Zamihan berhubung perkara itu dan menjelaskan kunjungan Sheikh Abdul Rahman ke Malaysia.

Dalam tulisannya hari ini Zamihan juga mempersoalkan kredibiliti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penceramah-penceramah termasuk Sheikh Abdul Rahman yang terlibat dalam seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu sambil mendakwa ia turut disertai individu yang berfahaman Wahabi.

"Saya tidak kisah jika beliau (Sheikh Abdul Rahman) hadir ke Malaysia membicarakan tentang dakwah, pembangunan modal insan dan tamadun Islam, malah saya juga menyanjungi atas usaha-usaha itu.

"Namun jika beliau hadir dalam seminar Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah bertujuan untuk memberi sokongan dan kredit kepada jurucakap-jurucakap berfahaman Wahabi dan menyokong dakwah Wahabi, itu adalah sesuatu yang tidak wajar kerana fahaman Wahabi tidak diterima di negara ini, fahaman Wahabi bukan mazhab yang setaraf dengan mazhab muktabar Ahli Sunah Waljamaah," katanya.

Selain itu, tegas Zamihan, fahaman Wahabi bertentangan dengan amalan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunah Waljamaah.

"Metodologi fahaman Wahabi sering bertentangan dengan fatwa dan metodologi pengurusan Islam di negara ini dan serang menimbulkan keraguan terhadap umat Islam dengan isu-isu remeh.

"Tambahan beliau (Sheikh Abdul Rahman) merupakan tetamu kerajaan dan tidak wajar jika ingin bersikap campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam negara kita, apatah lagi menghadirkan diri dalam seminar yang dianjurkan tanpa permit dari jabatan agama dan pihak keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, satu laman Facebook yang dinamakan "Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais" diwujudkan semalam mengecam tindakan pegawai Jakim itu menghina Sheikh Abdul Rahman dan menuntut agar tindakan keras diambil terhadap Zamihan.

Laman Facebook itu setakat petang ini telah menarik 1,155 peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman.

Menurut salah seorang penyokong laman Facebook itu Jas M. Ali, tindakan Zamihan itu cuba untuk menimbulkan keraguan dan boleh menyebabkan perpecahan umat Islam.

Seorang lagi peminat, Badrul Amin menggesa supaya tindakan diambil terhadap Zamihan.

"Harap ambil tindakan, lepas ini siapa pula yang akan kena sebab Imam Besar Masjidil Haram pun boleh kena, jangan nak hentam orang yang nak tegakkan Islam," katanya.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Polis rakam kenyataan Anwar esok

Posted: 27 Apr 2011 09:05 AM PDT


Apr 27, 11

Seorang pegawai dari ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman akan merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim esok berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut.

Kenyataan pertama Anwar dirakamkan bulan lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Menurut kenyataan parti itu petang ini, kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh 'DSP Shanmugamoorthy' pada jam 2.30 petang di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Anwar selepas kenyataannya dirakamkan, kata kenyataan itu.

Mai la oii tengok perut Anwar tetiba boroi... kahkahkah...

Posted: 27 Apr 2011 08:25 AM PDT

Macam dok kata dah, bukan satu konspirasi nak busukkan Anwar ka lagu ni. Ni ha, satu lagi klip video lucah Datuk T disebarkan di Internet menerusi Youtube. Menampakkan pada ramai bahawa kempen untuk menfitnahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan.

Video 1 minit 46 saat itu yang berjudul 'Papa Nurul Izzah Part II' dimuat naik di Youtube sejak jam 1.30 tengahari tadi dan telah pun dimuatkan di pelbagai blog pro-Umno dengan komen-komen menjijikan blogger berkenaan.

Bila kita kata polis dan gandingan Datuk T bersekonggol memuatkan video itu di Internet, ada orang marah marah. Tapi, video nih kabarnya ada satu copy saja, dah tu ditangan Polis pulak lagi. Macamana boleh terlepas ke laman Youtube?

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis masih belum lagi menyelesaikan siasatan mereka. Bahagian pertama video lucah itu dimuat-naik pada 4 April lalu menunjukkan babak awal sebelum perlakuan seks dimulakan. Bahagian kedua video ini pula menunjukkan bahagian akhir.

Gadingan 'Datuk T" iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim mendakwa mereka mendedahkan pelaku dalam video itu sebagai Anwar kononnya kerana "mahu menyelamatkan negara". Maka, akan selamatkah negara kita sekiranya negara kita dipenuhi oleh politikus sebusuk ini?

Seorang bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob mendedahkan Eskay mengugut untuk "membinasakan" kerana enggan membantunya berhubung sebuah kes saman. Rahim pula didedahkan sebagai menyimpan dendam terhadap Anwar kerana terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit dakwaan merogol seorang pelajar berusia 15 tahun.

Apa hal yang Eskay kena bagi DNA pulak nih... haha...

Posted: 27 Apr 2011 06:11 AM PDT

Eskay beri polis sampel DNA


Aidila Razak
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, - seorang daripada anggota 'Datuk T' yang terbabit dalam menayangkan video seks telah memberikan sampel DNA miliknya bagi melancarkan siasatan polis.

"Saya dipanggil pagi ini untuk disoal-siasat lanjut dan saya secara sukarela menyerahkan sampel DNA," katanya.

Eskay, yang ditemui hari ini di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, berkata beliau juga ditanya mengenai beberapa soalan yang 'relevan dengan kes berkenaan'.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan soalan mahupun jawapan yang diberikan, sekadar memberitahu ia bagi 'memperkuatkan kes itu'.

Eskay juga tidak mahu menjelaskan mengapa beliau perlu memberikan sampel DNA kepada polis.

Ahli perniagaan itu tiba di ibu pejabat polis pada jam 10 pagi ini dan beredar pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

"Saya akan jawap semua soalan pada sidang akhbar esok. Saya hubungi awak hari ini untuk memaklumkan bahawa saya secara sukarela memberikan DNA saya... awak tahu, saya selalu berikan kerjasama," katanya sambil tersenyum.

Woii... apa main carut carut nih...

Posted: 26 Apr 2011 08:55 PM PDT

ADUN BN mencarut Titah Perbahasan Diraja

SEREMBAN: Sesi Perbahasan Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada sesi Dewan Undangan Negeri semalam, dicemari dengan tindakan Adun BN bergelar datuk yang bangun dan mencarut dengan perkataan lucah.

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Badrul Hisham Shaharin, kejadian itu berlaku ketika Adun bahau, Teo Kok Seong membahaskan titah diraja, semalam.

Disebabkan gagal berhujah, Adun Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah dalam bahasa tamil, yang bermaksud alat sulit wanita.

"Apabila diminta diambil tindakan oleh speaker yang juga seorang Adun BN, dengan selamba mengatakan yang dia tidak dengar apa-apa perkataan lucah yang dijeritkan Adun Sungai Lui sedangkan satu dewan mendengar jeritan carutan itu termasuk wartawan dan semua yang hadir dalam mengikuti persidangan pagi tadi (semalam)," ujarnya.

Badrul berkata ia bukan pertama kali Zainal menimbulkan kekecohan dalam dewan kerana mencarut.

Tahun lalu, Zainal juga melakukan perkara yang sama dengan bangkit dan mencarut menggunakan bahasa tamil kepada salah seorang Adun berbangsa India.

Justeru, kata Badrul, perkara itu membuktikan Adun BN Negeri Sembilan derhaka terhadap Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan kerana mempermainkan dan menghina perbahasan titah di raja dalam dewan yang mulia.

Ia juga membuktikan Adun BN itu gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut dan tidak serius sehingga speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang berkenaan dengan berkesan.

Malah kata Badrul, Adun BN berkenaan bukan sahaja menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, tetapi juga tidak sensitif dengan menghina wanita dan kaum India.

"Selaku anak muda dan warga Negeri Sembilan saya merasa amat sedih dan kali ini merasakan benar – benar Adun BN sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

"Saya juga melalui Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) merafak sembah agar DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dapat mengambil tindakan tegas terhadap penghinaan dewan khususnya ketika membahaskan titah di Raja," ujar beliau.

Tambah Badrul, kejadian itu juga membuktikan kemunafikan Umno, media dan organisasi kononnya pembela raja dan Melayu.

"Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN sudah tentu heboh dan kecoh, tetapi oleh kerana ia negeri di bawah cengkaman BN maka ia ditutup sahaja.

"Makin jelasnya sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata," tegasnya.- KD

Banyak songeh la lu, penipu... kahkahkah...

Posted: 26 Apr 2011 06:46 PM PDT

Bakri: Raja Petra disiasat kerana beri maklumat palsu
April 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 April – Raja Petra Kamarudin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Dipetik Bernama Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pengendali portal "Malaysia Today" itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok dua hari lepas.

Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.

Bakri berkata pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan Raja Petra selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti individu lain yang telah dipanggil polis.

"Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya.

Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri.

Jauhi perangkap musuh...

Posted: 26 Apr 2011 03:04 PM PDT

Oleh nik mohamad abduh

Saya tidak fikir isu video sundal yang mengaitkan pemimpin besar politik tanah air yang disahkan sendiri oleh penyebarnya sebagai berniat menjatuhkan pemimpin tersebut akan merosakkan jalinan ikatan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Menjadikan isu ini sebagai sebab pergolakan akan memyebabkan kita terhumban ke dalam politik fitnah dan kotor golongan yang sukakan kekotoran di dalam hidup.

Seperti ajaran agama Islam yang secara jelas mensyaratkan pembuktian dengan sejumlah saksi yang ramai dan terpercaya, kita umat Islam sepatutnya melihat kepada kejelasan ugama di dalam mensabitkan gejala fitnah sebagai seburuk-buruk wabak yang melanda di dalam masyarakat

Jesteru Pakatan Rakyat mestilah bersama melancarkan usaha menjirus dan memadamkan api fitnah yang salah dan batil ini. Kerana itu jangan sesekali terpedaya dengan helah utama musuh iaitu melaga-lagakan di antara Pakatan Rakyat.

Apa yang merisaukan hanyalah keupayaan kita melindungi rakyat daripada permainan kotor ini. Jika gagal, maka Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa fitnah itu, lalu kita diheret bermain di atas padang yang dipenuhi duri dan najis. Kita terpaksa menunggu lama pula untuk membaiki masyarakat yang tanpa sedar telah dihumban ke dalam politik cara kotor yang menjelekkan.

Siasatan polis, kepakaran teknologi luar negara, penubuhan suruhan jaya diraja untuk penyiasatan dan pelbagai lagi sebenarnya hanya akan memanjangkan kejahatan ini. Maka Pakaran Rakyat mestilah berusaha menuupnya.

Tipu daya musuh sungguh besar. Mereka memiliki segala kekuatan dan jentera. Rakyat pula mestilah mulia kehidupan mereka. Jika tidak, ketahanan dalam diri rakyat lemah akan menjadi punca kekalahan mereka. Persepsi buruk dan salam akan melanda Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan agar seluruh pemuda PAS tidak meyentuh isu yang begitu samar ini dan jika tidak dapat tidak, hangatkan isu bahayanya budaya politik kotor yang akan memakan sesiapa saja.

Tiada ulasan: