PERAKITE |
Kerajaan membayar pampasan RM2.05 bilion kepada 27 syarikat konsesi Lebuhraya Posted: 27 Apr 2011 03:31 AM PDT Kerajaan membayar pampasan sebanyak RM2.05 bilion kepada 27 syarikat konsesi lebuhraya. Jumlah ini belum mengambil kira jaminan bank, subsidi dan insentif cukai ataupun jumlah tol yang dikutip daripada pengguna jalanraya, demikian Dewan Rakyat diberitahu. Jawapan itu diberikan kepada soalan Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng. Lantaran itu, kata beliau, BN didesak mengkaji semula perjanjian syarikat konsesi lebuhraya demi kepentingan awam. (foto hiasan semata-mata) Lim telah meminta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah jaminan bank, subsidi atau insentif yang diberikan dan pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap syarikat konsesi tol tiap-tiap tahun sejak ia bermula pada 1980-an. Berikan pecahan syarikat, kos pembinaan dan tempoh masa konsesi. Menteri berkenaan telah menjawab bahawa sejumlah berkenaan telah dibayar sehingga 31 Disember 2010.n. Pampasan tersebut perlu dijelaskan berikutan dari keputusan Kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar tol bagi lebuh raya-lebuh raya yang sedang beroperasi, sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Di samping itu Kerajaan juga perlu membayar pampasan disebabkan oleh faktor-faktor lain, antaranya seperti penghapusan kutipan tol di Plaza Tol Salak Jaya, Leburaya Sungai Besi, Penetapan diskaun 5 peratus kadar tol untuk bas bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PLUS Expressways Berhad dan Pampasan kerana tidak melaksanakan restriction order di Lebuh Raya Selat Klang Utara Baru. Jumlah pecahan pampasan tol, kos pembinaan dan tempoh konsesi mengikut lebuh raya seperti berikut:: (sila klik)
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 27 Apr 2011 03:30 AM PDT Raja Petra Kamarudin (RPK) menyangkal laporan TV3 bahawa beliau 'tidak percaya lagi' dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu pada 2006. Selepas dua siri interviu dengan Raja Petra disiarkan dalam buletin utama di stesen swasta tersebut, beberapa pihak terus melabel penulis blog itu telah mengubah pendiriannya dengan 'menarik balik' dakwaan tertentu dalam akuan bersumpah (SD) yang telah difailkannya. RPK mengaku beliau berkata "Saya rasa mustahil kot" dalam interviu dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Australia, tetapi mendakwa ayat pertengahannya telah dipotong dalam segmen yang disiarkan pada 13 April. "Ia adalah interviu (selama 90 minit), sedikit sebanyak daripadanya mengenai SD saya. Bolehkah anda tidak ambil (siarkan) satu ayat sahaja tetapi ambil (siarkan) keseluruhan perenggan?" soalnya dalam temuramah video Skype dengan Malaysiakini dari Bangkok Ahad lepas. Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri forum anjuran Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM). Beliau adalah pengerusi MCLM dan gerakan itu mendakwa laporan itu telah diputarbelit. Beliau berkata, kenyataannya telah disalah lapor kerana interviunya telah disunting oleh penyiar, menyebabkan maksud sebenarnya telah berubah. "Mungkin TV3 patut diminta menyiarkan keseluruhan perenggan," katanya sambil menambah tanggungjawab itu terletak di bahu penyiar berkenaan untuk menjelaskan perkara tersebut. Raja Petra mendakwa apa yang dikatakannya dalam perenggan tersebut ialah: Apabila saya diberitahu saya tak percaya lagi, saya rasa mustahil kot, Rosmah masuk hutan panjat bukit tengah malam, jadi saya tak percaya lagi, sehingga saya mendapat pengesahan. |
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan