Isnin, 25 April 2011

shalehudin

shalehudin


Laaa... ada selera lagi ka time tuh... hehehe...

Posted: 25 Apr 2011 09:00 AM PDT

'Saiful minum kopi, karipap selepas didakwa diliwat'


Hafiz Yatim
Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit. Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Yang penting Anwar salah... kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2011 08:13 AM PDT

Banyak cantik muka depa, senang sungguh kerja pendakwa negara Malaysia the bolehland nih...
Yang penting zakar masuk, walaupun dubur tak calar... kahkahkah...
Yang penting Anwar masuk penjara... sebab kita tengok dia naik lift... kahkahkah...
Yang penting Anwar liwat kerana keretanya ada di parking lot time tuh... kahkahkah...
Yang penting Anwar bersalah, pasal si Saiful dah sumpah mubahalah... kahkahkah...


***********************************

Pendakwa: 'Yang penting zakar masuk'


Hafiz Yatim
Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti.

Anwar masuk PAS? Kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2011 06:30 AM PDT

Sebaiknya Anwar Ibrahim Menyertai PAS
Oleh anak_muara

"Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim bersama PAS dalam mengukuhkan sokongan Melayu dan Islam terhadap parti kedua terbesar Melayu itu.Ia adalah langkah perlu dalam usaha berhadapan dengan UMNO yang semakin rakus serta sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasa.

Mengimbau sejarah Anwar sememangnya diharapkan menyertai PAS bagi menggantikan Dato Asri namun akhirnya Anwar telah memilih UMNO sebagai wadah perjungan beliau walaupun pendekatan perjuangan Anwar dilihat lebih condong dan selari dengan PAS dalam gerakan Islam yang dipimpinnya.Pilihan dan harapan kepada Anwar untuk memimpin PAS ketika itu bersandarkan kepada kemampuan dan ketokohan beliau yang berjaya dalam mengerakkan gerakan Belia Islam.

Anwar tidak banyak masalah jika bersama dengan PAS memandangkan matlamat yang sama dalam melakukan perubahan politik negara ke arah yang lebih baik dari segala aspek.Tindakan UMNO yang semakin zalim terhadap Anwar dilihat ada baiknya Anwar bersama PAS.PKR yang dipimpin oleh Wan Azizah dan barisan kepimpinan yang ada biarlah bergerak dengan sendiri kerana parti tersebut telah memalui proses kematang yang pelbagai dalam usia yang parti paling muda dalam PR seterusnya menjadi salah satu parti yang relevan di Malaysia.

Memilih untuk bersama parti PAS adalah langkah yang paling baik bagi Anwar dengan keadaan dan tekanan yang semakin sulit dihadapi oleh Anwar dalam usaha berganda UMNO dalam memusnahkan karier politik negara.Kemasukan Anwar Insyaallah akan memberi impak besar terhadap PAS dalam mengukuhkan gerakan Islam di Malaysia ini dan amat bersesuaian dengan Slogan PAS ganti UMNO.

Tidak sama sekali timbul soal kedudukan Anwar dalam PAS berjawatan atau tidak, apa yang lebih penting PAS selaku gerakan Islam di Malaysia berjaya dikukuhkan dalam usaha melakukan perubahan besar terhadap politik negara.Mungkin pandangan ini agak tidak masuk akal namun hasil pemerhatian peribadi ia amat perlu.Sebenarnya selepas pemecatan Anwar ramai ahli UMNO bawahan yang mengharap Anwar masuk PAS namun akhirnya Anwar memilih menubuhkan parti sendir sebagai wadah baru beliau namun mungkin Anwar lebih tahu demi masa mendatang. Kita perlu akui akan kebaikan adanya PKR ini dan jelas terbukti sebagai pengantara dan pengimbang dalam PR.

Namun isu sekarang adalah Anwar perlu menyertai PAS sebagai langkah yang terbaik dalam usaha berhadapan dengan UMNO.Tidak ada yang pelik dalam politik ini.Namun yang apling utama adalah kebaikan dan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat dan dalam konteks Islam pula kebaikan terhadap umat Islam terbanyak.Allahuakbar..."

Pelik betoi dua dua tokoh nih... hihi...

Posted: 25 Apr 2011 03:30 AM PDT

AZMIN - MUSTAPHA `BERPERANG' ANGKARA MEDIA UMNO, SIAPA BODOH SEBENARNYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA `berperang' lagi dua tokoh di dalam PR ini di antara Azmin Timbalan Presiden PKR dengan Mustapha Ali Setiausaha Agung PKR. Semuanya angkara media berlidah Syaitan yang kaum Cina sendiri sudah tidak mempercayainya. Hanya kaum Melayu sahaja sebilangan yang masih `beriman' dengan Utusan yang meloyakan itu.

Semuanya bermula apabila kenyataan Mustapha Ali berkaitan pandangan PAS terhadap DS Anwar di dalam isu video seks disiarkan oleh akhbar pencacai tersebut. Kenyataan Mustapha yang disiarkan oleh akhbar porno tersebut menyebabkan Azmin Ali melenting kerana kenyataan tersebut seolah-olah tidak menghormati DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan PKR sendiri selaku sekutu PAS di dalam PR. Kenyataan yang membuatkan Azmin melenting ialah apabila Mustapha Ali menyebut bahawa PAS akan mengkaji hubungannya di dalam PR setelah siasatan kes video seks itu selesai.

Di dalam Harakahdaily pula kemudiannya, Mustapha Ali menafikan beliau bermaksud sedemikian dan beliau meminta akhbar porno berkenaan memohon maaf atau bersedia untuk diambil tindakan kerana memutarbelitkan kenyataannya. Ini bererti Mustapha Ali tidak berkata seperti yang dilaporkan itu.

Di dalam Malaysiakini hari ini, Mustapha Ali membidas Azmin Ali kerana mempercayai akhbar berkenaan yang diketahui kepunyaan Umno. Mustapha Ali menasihatkan Azmin agar lebih mempercayai media lain seperti Harakah. Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini).

Saya tertanya juga, mengapa Azmin percaya kepada laporan dari akhbar kepunyaan Umno tersebut? Dan lebih penting lagi, jika Mustapha Ali tidak mahu sesiapa mempercayai akhbar berkenaan atau mana-mana media pro Umno, mengapa media seperti itu dijemput atau dibenarkan hadir di dalam sidang medianya? Jika beliau bertanya mengapa Azmin tidak menyemak kenyataan beliau di dalam Harakah atau Harakahdaily, persoalannya mengapa kenyataan beliau lewat disiarkan sedangkan media pro Umno terlebih dahulu menyiarkannya? Mungkin inilah kelemahan media rasmi PAS yang selalu ketinggalan dan `slow' di dalam menyiarkan sesuatu isu. Tidak hairanlah jika ramai di kalangan kita yang lebih awal mengetahui sesuatu berita itu melalui media lain seperti Malaysiakini.

Saya pernah menulis betapa sepatutnya semua pimpinan PR jangan memberi ruang kepada mana-mana media yang kerapkali menipu atau suka memutarbelitkan kenyataan demi kepentingan pihak tertentu. Jika ini tidak dilakukan, bayangkan seorang Timbalan Presiden PKR boleh terperangkap dengan media haprak ini, apatah lagi rakyat biasa.

Bagi saya, Azmin Ali pun silap kerana cepat melatah dan terperangkap dengan media yang beliau sendiri kenal betapa busuknya lidah syaitan ini. Mustapha Ali pula salahnya besar juga kerana melayani media pro Umno seperti itu tetapi tidak mahu sesiapa mempercayai media yang beliau layani itu. Pelik betul kedua-dua tokoh ini./wfauzdin.blogspot.com

Kesian AC MIzal

Posted: 25 Apr 2011 02:00 AM PDT

DATUK AC Mizal menyerahkan borang keahlian UMNO kepada EXCO Perak, Datuk Hamidah Osman ketika Program Jom Masuk UMNO di Ipoh, Hari ini. - Foto NSTP

Berlainan sungguh sambutan dan laporan yang diberikan bilamana sdr Bob Lokman, dari seorang penulis lirik dan pengacara terkenal melompat masuk PAS dengan pelakon dan pengacara juga terkenal, Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal memasuki UMNO bersama isterinya, Emylia Rosnaida.

Kita pun sebenarnya tak heran malah sdr Bob sendiri sudah sedia maklum tentang double standard dan cabaran yang bakal dihadapinya bila mula meletakkan dirinya sebagai ahli parti PAS. Tapi inilah realiti media di zaman 52 tahun negara kita merdeka. Kian lama kian hodoh, lagi lama lagi jauh menyimpang dari etika kewartawanan mereka.

Terketar ketar Umno cari juga artis yang sanggup bergelumang dalam lubang najis bersama sama mereka bagi menyentap kembali sensasi yang ditimbulkan hasil dari penghijrahan sdr Bob Lokman kedalam PAS itu. Dan akhirnya mereka terjumpa juga dengan Datuk AC Mizal nih yang memang berselirat juga dirinya dengan pelbagai masaalah peribadi.

Apa pun kita perlu menghormati hak individu memilih wadah politik mereka. Tanpa mengira siapa mereka, kita hormati pilihan mereka itu dan marilah kita bersama sama berpolitik cara yang lebih matang tanpa menyelak kain lawan semata mata demi kuasa.

Hairan ya!!! Umno begitu yakin sekali dengan tuduhan tuduhan liwat dan salah laku seks Anwar Ibrahim walaupun dengan pelbagai kecacatan dalam pendakwaan. Dan tentunya ahli ahli Umno sedar akan hal ini. Apakah ini bermakna semua ahli Umno bersetuju dan bersatu hati menuduh Anwar Ibrahim sebegitu teruk moralnya? Apakah para bijak pandai baik yang sudah lama berkubang atau yang masih baru mahu berkubang macam si AC nih tahu, akur dan yakin bahawa Anwar Ibrahim memang sah sebagai pelaku dalam dakwaan dakwaan ciptaan para konspirator itu?

Berat dosa fitnah nih... kita akan berkongsi sama sekiranya kita sebagai ahli mereka... wallahuaklam...

Memang bangang dicipta untuk UMNO... kahkahkah...

Posted: 25 Apr 2011 01:00 AM PDT

YB Umno dah mengaku!
Oleh Saiful Bahri

Kalau kita cakap pemimpin UMNO ni bodoh berasa hati pulak. Tapi hakikatnya memang macam tulah. Dengan media yang mereka miliki mereka menyerang Pas dengan pelbagai fitnah dan propaganda. Cuma kekadang mereka terlupa jugak. Sekali-sekala jerat makan tuan.

Di Terengganu, Pas bersama PR menggerakkan kebangkitan rakyat dengan slogan 'Pas ganti Umno' (PGU). Gelombang kebangkitan rakyat yang dilancar peringkat pusat amat relevan dengan politik Terengganu.

Ini memandangkan pertembungan politik sebenar dinegeri majoriti orang melayu semenjak merdeka sehingga kini adalah dua parti politik besar iaitu Pas dan UMNO. Pas secara bergilir pernah memerintah Terengganu pada tahun 1959 dan 1999.

Negeri yang penduduknya melayu dan mendapat asas-asas pendidikan agama yang tinggi meskipun tidak sekuat Kelantan tetapi pengaruh ulama dalam perjuangan menegakkan islam dibumi Terengganu ini sentiasa segar sejak sebelum kemerdekaan sehingga kini. Bahkan suasana politik serta pendokongnya mempunyai cara dan budaya yang tersediri serta berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kemenangan Pas ditahun 1999 dengan majoriti 28 kerusi adalah termasuk dun Bandar yang dianggap memiliki pengundi cina. Ketika itu tiada walau satu kerusi Adun cina didalam dewan Terengganu. Memang bilangan pengundi cina di Terengganu adalah sedikit yang hanya melibatkan sedikit di Jerteh, Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Kuala Dungun, Batu lima, Air Jernih dan Bandar Cukai, kemaman. Pun begitu setelah UMNO-BN mengambil balik Terengganu sejak 2004, sehingga kini wakil tunggal dengan kerusi MCA-BN terpacak di dalam dun Terengganu.

Cuma kini perubahan yang berlaku dikalangan pengundi cina membimbangkan Umno-BN khususnya dengan trend yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Dan ia juga memberi kesan di Terengganu sendiri apabila berlaku PRU Kuala Terengganu yang membolehkan Pas menawan kerusi Umno-BN tersebut. Trend ini masih dibimbangi oleh pemimpin UMNO sendiri. Selama ini Umnolah yang memfitnah Pas dan menakutkan masyarakat cina dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Tetapi kini tipudaya Umno sudah tidak berkesan. Ini diakui sendiri oleh YB Umno bekas Kadi, ahli agama dalam Umno sendiri.

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) perlu menyekat trend pengundi Cina yang memberi sokongan kepada pembangkang dengan mencari kaedah sesuai untuk mengatasinya. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Ramli Nuh berkata, trend tersebut memang wujud di negeri ini terutama melalui Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009.

"Pengundi bukan Melayu dilihat cenderung menyokong parti pembangkang dan di Terengganu, walaupun perkara itu dilihat sudah ada, ia tidak memberi kesan besar kerana peratusan mereka kecil di sini. "Bagaimanapun, BN perlu mencari kaedah terbaik untuk menarik semula pengundi Cina," katanya, semalam.

Beliau berkata, gerakan DAP di negeri ini dilihat tidak kuat, sambil memberitahu bahawa BN sudah banyak menunaikan tanggungjawab dan menyelesaikan masalah kaum tersebut melalui wakil mereka.

Yang menghairankan kita, apabila Umno sendiri menyatakan bahawa DAP tidak kuat di Terengganu bahkan bilangan pengundi cina sedikit dan tidak memberi kesan kepada Umno-BN sebagai kenyataan rasmi pihak Umno-BN. Penulis juga bersetuju dengan pandangan YB Dun Tepuh ini tetapi kenapa apabila bertemu rakyat, pemimpin Umno melemparkan fitnah lain?

Apakah kaedah sesuai untuk menyekat orang melayu menyokong Pas? Apakah kaedah sesuai untuk menyekat orang cina menyokong Pas? Tidak lain dan tidak bukan yang ampu dibuat oleh Umno adalah "FITNAH". Ketika Pas kempen agenda PGU keseluruh pelusuk Terengganu. Umno telah melancarkan serangan dan jawapan 'DAP ganti Pas'??? Apa punya banggangnya Umno ni? Adakah kerana songkok tinggi sangat dan udara tak dapat masuk menyebabkan ia lembam berfikir. Dan menipu orang kampong dan masyarakat cuba diperbodohkan. Kalau sokong Pas nescaya DAP yang memerintah!

Persoalannya di Terengganu, berapa kerusi DAP bertanding? Berapa kerat kerusi cina kecuali zaman Umno-BN memerintah yang menyerahkan kepada MCA di dun Bandar? Habis bila pulak Dap yang memerintah? Semasa tahun 1959 dan 1999, ketika Pas memerintah Terengganu.. bila pulak DAP yang menjadi menteri besarnya? Persoalan yang sama juga kini boleh dipersoalkan di Kelantan dan Kedah. Bila pulak apabila dua negeri tersebut dikuasai oleh Pas, maka DAP pulak yang memerintah?

Betapa bebalnya Umno ni. Betapa haru dan takutnya kepada bayang-bayang kekalahan? Sibuk menuduh Pas dan pemimpin Pas yang fitnah. Hakikatnya UMNOlah bapak fitnah. Memfitnah kan Pas dengan pelbagai tohmahan. Lihatlah akhbar sekarang ini! Tidakkah penuh dengan berita-berita fitnah agenda geng songkok tinggi ini? Isu liwat, isu video seks, dan pelbagai kerja keji, kotor, jahat dan fitnah.

Harap para agamawan yang berada dalam UMNO itu bertaubatlah. Mcamana mereka boleh duduk dalam parti kotor dan penuh skandal sedemikian. Apa yang mereka cari? Tiada apa yang berubah dan mampu dilakukan oleh para ahli agama UMNO. Dah 2 penggal memerintah, mana dia hokum hudud UMNO yang ketika Pas memerintah dikatakan hudud Pas? Diharapkan Umno membubar kembali hudud yang diluluskan dahulu jika ia bertentangan dengan Islam. Harap bentangkan hudud UMNO yang asli dan luluskan kembali lessen judi halal yang diislamisaikan oleh pemimpin Umno di Terengganu ini.

Kita pun dok tunggu nak tengok ni? Takkan nak fitnah kepada Pas aje. Tunjukkanlah kemampuan Adun ahli agama UMNO tu. Takkan nak jadi terompah aje kot???
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Bekas Pegawai Polis dah pecah lobang laa... haha...

Posted: 24 Apr 2011 11:00 PM PDT

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik- Bekas Polis

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan 'video seks' pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti "sumber" video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.

"Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10," ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul "Siapa Anwar" manakala yang satu lagi berjudul "Skandal Seks Mat Sabu", yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

"Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

"Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar," katanya lagi.

Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

"Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

"Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka," katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

"Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

"Terdapat 'nexus' (penghubung) antara kedua video seks ini," kata beliau lagi.

Mustafa Ali dan Azmin berbalas pantun

Posted: 24 Apr 2011 10:00 PM PDT

Mustafa minta Azmin jangan percaya media perdana


Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.

Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Mai kita sama sama kagum

Posted: 24 Apr 2011 09:00 PM PDT

Kagum habis satu negara Malaysia nih tengok drama seks mainan tokoh tokoh Umno yang sudah luput tarikh ni. Lebih kagum lagi apabila ianya melibatkan kerjasama Polis kita yang menjadi pelakon tambahan...

Memang tak dinafikan la, kalau populariti yang dicari... memang depa dapat lah. Hasil kerja lendir depa telah menjadi topik paling panas dalam negara. Itulah video seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim dan telah berjaya membuatkan media media penjilat mereka ada kerja untuk ditabur. Paling aneh dalam sejarah Malaysia the bolehland nih, video seks berkenaan telah dipertontonkan dengan bebasnya kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan trio Umno dikenali sebagai 'Datuk T'. Bukan calang calang tempat tapi di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang lalu....

Tak tau la depa dapat mana 'Datuk T' tu, adakah T tu bermakna TONGONG atau TOLOL, hanya mereka saja yang tau...

Tapi paling menghairankan ramai dari kita ialah sikap pihak berkuasa terutamanya pasukan Polis. Polis Malaysia the bolehland ni yang amat terkenal dengan kecekapannya pun dilihat amat amat payah sungguh untuk menangkap dan mendakwa pemilik video dan orang yang bertanggungjawab menayang klip video lucah kepada orang awam ni. Kata depa tu pasukan Polis antara yang terhebat didunia, tapi mai kat Datuk T nih, habih kantoi... Kan depa ni dah terang benderang bercanggah dengan akta yang ada?

Dulu kata siasatan siap, kemdian dihantar ke pejabat Peguam Negara, dah tu kena tendang pasai masaalah teknikal, dah sudah di lengkapkan siasatan dan hantar semula, pejabat Peguam Negara tendang lagi dan kini tetiba polis meminta lebih banyak masa untuk melengkapkan siasatan berhubung video lucah yang didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Apa ni? Macam main polis sentri ja nih... buat malu CSI la camni... kahkahkah...

Seorang katak tersembam... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2011 08:00 PM PDT

Kes Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri

IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.

Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.

Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak.

Mak aiihh... malunya kita... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2011 07:00 PM PDT

Tu dia aaiihh... apahal la sampai macam tu sekali... hihi... buat malu negara betoi la...

Kita ni seelok eloknya perangai yang buruk tu jangan dok tunjuk sangat. Bawa bawa sama sorokkan sikit terutama sekali depan orang ramai ataupun jauh diluar negara. Buat buruk dalam kampung sendiri tak pa la jugak, habih sangat nak malu pun kat orang kampung saja. Ni dak, sampai ke Thailand pun depa dok buat perangai hodoh depa.... kahkahkah...

Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan satu perangkap dengan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Macamanapun urusan itu tak menjadi sehingga awal hari ni.

Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan.

Kahkahkah... kesian kat depa depa tu, tak dan nak menjadi perangkap depa dah kantoi... kahkahkah...

Jaga jaga woii... IGP dah keluar hospital...

Posted: 24 Apr 2011 06:00 PM PDT

IGP dibenar keluar hospital


Apr 24, 11
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini dibenarkan keluar dari wad Hospital Pantai Kuala Lumpur selepas dirawat akibat kepenatan sejak Jumaat lepas.

Difahamkan, beliau telah pulang ke kediamannya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada kira-kira 12 tengah hari tadi dan akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bertugas.

Sementara itu, jurucakap Pusat Media Bukit Aman mengesahkan Ismail sudah sihat dan dibenarkan keluar dari hospital itu.

Ismail, 57, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada Jumaat.- Bernama

Pi mampuih la ngan Umno

Posted: 24 Apr 2011 05:00 PM PDT

USAH MIMPI KAMI MAHU MELUTUT DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT dah pasang niat, samada DS Anwar disabitkan bersalah atau tidak tumpuan rakyat kini adalah untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di dalam PRU Ke 13 akan datang. Apabila PR berjaya menduduki Putrajaya, barulah kita akan ketahui siapa sebenarnya yang selama ini menipu rakyat, yang merompak hak rakyat dan konspirator fitnah yang banyak memecah-belahkan masyarakat.

Justeru itu, kita biarkan saja pihak Polis mahu siasatan kes video seks itu seberapa lama yang ia mahu. Begitu juga dengan trio datuk T, samada mereka ditangkap atau dilindungi rakyat sudah tidak peduli lagi kerana yang paling besar tugas kita selaku rakyat yang bermaruah adalah untuk menguburkan Umno/Bn di negara ini. Samalah juga dengan kes Liwat, rakyat sudah tidak peduli lagi berapa hari Saiful tidak membasuh duburnya kerana maruah dan nasib kita bukan terletak pada dubur pemuda itu. Itu beza kita dengan satu pihak lagi yang bersekutu dengan Apco itu.

Adakah mereka ingat dengan mensabitkan Anwar dengan liwat dan video seks itu maka PKR akan berkubur? Kalau dulu PKR hanya ada seorang Ahli Parlimen sebagai wakil kita boleh berjuang dengan gigih, masakan ketiadaan DS Anwar kita mahu melutut dengan sekutu Apco? Kita masih ada PKR, DAP dan PAS yang boleh menyambung perjuangan Anwar.

Silap besar mereka jika ingat PR akan hancur apabila Anwar tiada. Bahkan, PR akan menjadi bertambah kuat dan bersemangat lagi untuk menghentikan kezaliman Umno/Bn. Perjuangan kita bukan kerana batang tubuh Anwar tetapi untuk agama dan negara. Umno usah bermimpi untuk melihat PKR akan menjadi seperti Parti Melayu Semangat 46 yang mati setelah ramai pemimpinnya melutut dengan Umno.

Presiden Yemen dah undur, Rosmah bila lagi... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2011 04:00 PM PDT

Presiden Yemen undur, 30 hari kuat kuasa pelan peralihan

SANAA, 24 April — Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh (gambar) telah bersetuju untuk meletakkan jawatan di bawah pelan peralihan kuasa 30 hari, sekali gus menamatkan rusuhan terhadap 32 tahun pemerintahannya.

Pegawai-pegawai di Sanaa, ibu negara Yemen mengesahkan kerajaan telah menerima rancangan yang dirangka oleh negara-negara Teluk.

Ali Abdullah akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada naibnya dalam tempoh sebulan selepas perjanjian ditandatangani dengan pembangkang bagi mendapatkan kekebalan daripada pendakwaan.

Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh sepanjang protes.

Jika Ali Abdullah meletakkan jawatan sebagaimana diharapkan, beliau menjadi pemimpin Arab ketiga berbuat demikian, selepas Zine al-Abidine dari Tunisia dan Hosni Mubarak sejak awal tahun ini.- TMI

Sama sama depa pun dah tak satu kepala... kahkahkah...

Posted: 24 Apr 2011 03:00 PM PDT

Eskay kata 'hotel dan pelacur'. Polis kata 'kondo dan pelajar'

KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.

"Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.

"Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.

"Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.

"Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka," katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan bentuk tubuh dan lenggok pelaku tersebut.

Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta profesional.

"Saya mendesak dan menasihati pihak polis supaya lengkapkan siasatan secara profesional sebelum membuat sebarang kenyataan. Kalau dah kenal pasti individu dalam video itu, tak payah buat kenyataan. Kerja polis adalah siasat secara profesional.

"Polis jangan main politik, polis sepatutnya lanksanakan tanggungjawab dengan profesional. Kerja polis adalah menjaga keselamatan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan orang ramai terhadap polis sangat tinggi, tetapi rakyat di bawah sudah hilang keyakinan," katanya.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang dikaitkan dalam video berkenaan iaitu seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota, berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

Polis juga menyatakan rakaman itu dikenalpasti dilakukan di sebuah kondominium.

Ia bertentangan sama sekali dengan kenyataan Eskay bahawa wanita berkenaan adalah seorang pelacur warganegara China dan kejadian tersebut berlaku di sebuah hotel di ibu negara.- KD

Tiada ulasan: