Isnin, 25 April 2011

HIDUP DAN HARAPAN

HIDUP DAN HARAPAN


PEMUDA PERLU KELIHATAN SEGAR

Posted: 24 Apr 2011 06:28 AM PDT


Selesai sudah PRN SARAWAK,kini perhatian sedikit sebanyak tertumpu kepada pimilihan PARTI PAS.Biarpun banyak pihak yang beranggapan ia salah satu perkara atau pun proses biasa tetapi ada siknifikennya pemilihan PARTI PAS kali ini.Pada pemilihan yang lalu ketika RAKYAT di sajikan dengan tindakkan melahap NAJIB merampas negeri PERAK secara haram PEMILIHAN PAS di lihat berlaku pertembungan.Iaitu pertembungan yang gagal di kesan di peringkat awal sehinggakan ia menjadi jelas dan kritikal.Perbezaan aliran yang jelas membezakan dua kelompok di dalam PARTI PAS,satu di lihat berperwatakkan ULAMA dan satu lagi kelihatan berpewatakkan MODEN(EDROGEN)

Pertembungan perwatakkan dan aliran sekali lagi menghiasi pemilihan kali ini,biarpun ia cuba di 'peti sejukkan' namun ia tetap kelihatan jelas.Merujuk di NEGERI KEDAH,sebuah negeri yang di perintah oleh PR dan di ketuai oleh PAS dan MBnya juga daripada PARTI PAS.Merujuk kepada keputusan pemilihan KETUA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH yang lalu di menangi oleh USTAZ AHMAD YAHYA.Sebelum USTAZ AHMAD YAHYA memenangi jawatan KETUA PEMUDA PAS,USTAZ AHMAD YAHYA selaku TIMBALAN kepada UST MUSODDAK pada penggal sebelum itu.

Melihat kepada perwatakkan USTAZ AHMAD YAHYA agak berbeza dengan perwatakkan KETUA-KETUA PEMUDA PAS KEDAH yang terdahulu,jika nak di ukur dengan YB MAHFUZ OMAR yang menjadi KETUA PEMUDA PAS KEDAH di era zaman reformasi memang tidak boleh di tandingi.Biarpun siapa yang menjadi KETUA PEMUADA PAS KEDAH selepas ini perlulah ia lebih baik daripada sekarang.Melihat kepada cabaran politik di negara kita hari ini,KETUA PEMUDA sesebuah parti yang berada di dalam PR perlu lebih aktif dan agresif dalam beberapa hal.Dalam pada yang sama kita melihat serangan UMNO terutama di NEGERI KEDAH semakin hari semakin MENJADI-JADI.Peranan pemuda di barisan hadapan penting untuk menjadi benteng kepada golongan-golongan vateren lagi berusia di dalam sesebuah parti.

Khudrat anak muda di tagih sekiranya berlaku sesuatu tidak diingin dan anak muda khusus yang berjawatan KETUA PEMUDA perlu lebih kehadapan untuk bertindak balas ke atas setiap isu yang berbangkit.Bukan persoalan susuk tubuh siapa dan daripada aliran ULAMA atau EDROGEN yang menerajui PEMUDA PAS KEDAH, yang penting pendekatan dan pergerakkan perlu pantas dan dinamik.Pemuda perlu berdiri dengan wajah yang segar dan bertenaga,bukannya hanya mengikut pemimpin ke hulu dan ke hilir.Perubahan yang redikal adakalanya perlu demi meneruskan agenda PAKATAN RAKYAT agar barisan pemimpin pelapis yang berwibawa untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada.

Kepada yang berkenaan di harap dapat mengambil perhatian apa yang di perlukan oleh golongan pemuda,bukannya di dalam PAS sahaja tetapi PKR dan DAP perlu turut sama menyelami hasrat orang muda hari ini.Jika asyik berada di KL sahaja tetapi tak melawat ke negeri-negeri yang lain pun tak guna juga.

LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP HARAPAN

Tiada ulasan: