shalehudin |
- Haru sungguh dah budak nih...
- Zaman gila, semua gila... kini cubaan membakar diri pulak dah...
- Video: Mai tengok Umno bagi rasuah...
- Tengok gambar pun dah takut... kahkahkah...
- Panas: DAP dedah video usaha ganggu undi Pos
- Saman Ummi Hafilda dibatal... kahkahkah...
- Ada Umno kisah... kahkahkah...
- Undur atau tidak?
- Ni haa... SUPER SUNDAY
- Sib baik SPRM tu jauh... kahkahkah...
- Hadiah Taib kat Najib... kahkahkah...
- Lagi bukti Umno busuk sampai ke usus
- Macam kat Penang sebelum BN tumbang
- Realiti dunia seni - penuh kepuraan
- Kesian kat Najib... kahkahkah...
Posted: 13 Apr 2011 11:00 AM PDT Transeksual Fatine: Saya banyak korban, tapi 'suami' saya abai saya April 13, 2011 LONDON, 13 April – Transeksual rakyat Malaysia, Fatine mempertahankan tindakannya terpaksa meninggalkan Ian Young, 'suaminya' seorang rakyat British dua minggu selepas dia memperoleh visa untuk tinggal di United Kingdom (UK). Fatine, 38, (gambar) atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke UK untuk tinggal bersamanya tetapi sikap Young telah memaksanya memutuskan hubungan mereka yang terjalin lebih lima tahun. "Akhirnya dia mengabaikan saya sama sekali. Sesuatu yang menyakitkan apabila lelaki yang anda cintai melayan anda macam itu. Saya telah mengorbankan hidup saya kerana dia," katanya dipetik The Daily Mail. Young juga mengaku dia tidak melayan Farine dengan baik sebagai mana dia sepatutnya telah lakukan. Dalam laporan awal semalam, The Daily Mail menyebut Fatine, yang pada hujung 2009 mendapat perhatian ekoran laporan media bahawa kemungkinan dikenakan tindakan imigresen, telah berpisah dengan suaminya selepas dua minggu memperoleh visa untuk tinggal di UK. Young mendakwa telah menghabiskan sekitar £12,000 (hampir RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine. Young, 32, mendakwa cintanya dengan Fatine juga menyebabkan dia kehilangan kerja sebagai penjaga di tiga sekolah ekoran kemarahan beberapa ibu bapa. Pasangan Fatine dan Young yang melangsungkan perkahwinan pada 2009. – Foto ihsan The Daily MailKata Young, selepas dua minggu memperoleh visa Fatine telah meninggalkannya. Fatine kini tinggal di Manchester. Ekoran tindakan isterinya itu, Young berkata, dia yang rasa tertekan cuba membunuh diri dengan mengambil pil dan kini cuba untuk membina semula hidupnya selepas hilang kerja dan tiada rumah untuk tinggal. Katanya: "Saya menggunakan setiap sen (untuk Fatine) dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya." "Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa," katanya dipetik The Daily Mail. "Saya merasakan saya seolah-olah seorang bodoh. Saya sepatutnya menikmati hidup paling menggembirakan dalam hidup saya. Sekarang dia tidak bercakap dengan saya, dan dia tidak akan dapat perceraian," katanya lagi. Laporan akhir 2009 menyebut Fatine berhadapan dengan kemungkinan dikenakan tindakan imigresen jika pulang ke Malaysia. Menurut laporan ketika itu, Fatine menghadapi tindakan dihantar pulang ke Malaysia selepas permohonannya untuk mendapatkan visa 'Leave to Remain' ditolak Pejabat Dalam Negeri ekoran lampiran gambar yang "salah". Fatine juga mendakwa rasa takut untuk pulang ke Malaysia ekoran reaksi negatif yang timbul daripada tanggapan salah berhubung perkahwinannya dengan seorang warga British. Young berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Fatine mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun. Jurusolek itu dilaporkan tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada. The Daily Mail melaporkan, pada malam sebelum Fatine meninggalkan Young, pasangan itu terlibat dalam 'pertengkaran besar' termasuk suaminya meninggalkan rumah mereka di Pear Tree, menyebabkannya dia tinggal seorang diri. "Dia tinggalkan saya tanpa sebarang duit," kata Fatine lagi. Dalam laporan semalam, Young dipetik berkata, dia terpaksa meninggalkan kerja penjagaan kanak-kanak di tiga sekolah di Derby ekoran ibu bapa yang marah kerana cinta dia dengan Fatine, yang lahir sebagai seorang lelaki. Saga mereka menyebankan Young, yang berusia 32 tahun, tiada pekerjaan dan tiada rumah, dan pada satu peringkat mengambil pil bunuh diri. Young pernah menjalin hubungan lapan tahun dengan seorang wanita tetapi kemudian menjadi homoseksual. Fatine berhijrah ke Derby dan pasangan itu mengikat perkahwinan pada 2009. Untuk menyokong kes visanya, Fatine menyertakan dalam permohonannya bahawa dia berhadapan dengan ugutan bunuh menerusi yang diterima menerusi Internet dari Malaysia. Kedua-dua Fatine dan Young mengaku mereka masih mencintai satu sama lain seperti dulu. Tetapi Fatine juga mengakui, dia tidak menjawab panggilan berulang kali daripada suaminya kerana tidak mahu bercakap dengannya. Katanya, peluang untuk berbaik semula sangat kecil dan dia akan bersetuju kepada permintaan Young untuk bercerai. Fatine berkata perkara itu kini berada di tangan peguamnya. "Bagaimana kami boleh bersatu semula apabila suami saya telah mengatakan banyak perkara buruk tentang saya," kata Fatine. "Saya mahu terus bergerak dengan hidup saya," katanya lagi. "Saya tinggal dengan seorang kawan yang memberikan saya satu tempat untuk tinggal dan saya sedang berusaha untuk mendapatkan kerja. "Saya mencintai Ian (Young) bukan hanya kerana visa. Saya tiada kawan, tiada keluarga di sini... saya bergantung sepenuhnya dengan dia," kata Fatine. Young pula berkata: "Fatine telah pergi untuk tinggal bersama kawan-kawannya di Blackpool dan ia tidak menjadi, sebab mereka sudah muak kerana dia tidak mendapat kerja langsung." Kata Young lagi, "hubungan kami OK, tetapi selalu diselubungi kebimbangan mengenai visa, bukan hanya untuk memperolehnya, tetapi dari mana kami mendapatkan wang (untuk mendapatkannya)." "Kami telah memohon lima kali dan kosnya beribu-ribu pound sterling. Saya penjaga di sebuah sekolah kecil yang membayar saya £640 sebulan," katanya. Dia berkata emaknya juga meminjamkannya £2,000 untuk membantu permohonan tersebut. Young, yang kini tinggal bersama kawan-kawannya berkata, "sebagai seorang lelaki yang lurus, saya ada beberapa kekhuatiran. Tetapi saya tidak boleh mengetepikan bagaimana saya merasainya." "Saya mengaku saya memang ada mengabaikan Fatine apabila saya berada dalam keadaan tertekan. Saya hanya mahu dia memberitahu saya bahawa kami boleh bersama semula, tetapi dia tidak berminat. "Saya cuba memulakan bisnes saya. Saya masih berhutang tetapi saya sedang bergerak dan mula berdiri di kaki sendiri," katanya lagi. Fatine sebelum ini memberitahu dia telah menerima banyak emel dan komen orang ramai yang mengkritik sambil menuduhnya telah menghina kerajaan Malaysia. Fatine juga kesal kerana orang ramai tidak memahami tujuannya datang ke United Kingdom adalah semata-mata untuk hidup bersama lelaki yang dicintainya. Fatine menambah dia tidak boleh berbuat demikian di Malaysia kerana masyarakat mengkaitkan perkahwinan mereka dengan isu agama.- TMI |
Zaman gila, semua gila... kini cubaan membakar diri pulak dah... Posted: 13 Apr 2011 10:00 AM PDT Suri rumah Salmah Saad, 47, (kiri) ketika ditemuramah wartawan selepas keluar dari bilik Unit Rawatan Kebakaran (Burn Unit) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas melihat dua anaknya Badrul Amin Zinol, 14, dan adiknya Amirul Hadi Zinol, 12, yang mengalami kecederaan parah akibat terbakar ketika cuba menyelamat bapa mereka Zinol Ismail, 51, yang cuba membakar diri, di Kampung Ruat, Yan pada Rabu. Zinol masih dirawat di Hospital Yan. - Foto Bernama |
Video: Mai tengok Umno bagi rasuah... Posted: 13 Apr 2011 08:50 AM PDT |
Tengok gambar pun dah takut... kahkahkah... Posted: 13 Apr 2011 05:53 AM PDT Akhbar online terpopular, Malaysiakini dah diserang oleh puak puak penakut untuk bertarung secara jantan dan berdepan. Malah puak puak penakut ini juga telah mengarahkan para media yang berselingkuh celah kangkang mereka supaya tidak lagi siarkan sebarang gambar perhimpunan Pakatan. BN yang kini dilihat semakin goyah menjelang pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini, terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana. Ini lah taktik pondan diaorang. Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima - memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang. "Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu. Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9. Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. "Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina. "Sejak dua atau tiga hari lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP. |
Panas: DAP dedah video usaha ganggu undi Pos Posted: 13 Apr 2011 04:46 AM PDT DAP hari ini mendedahkan satu klip ringkas video kepada pihak media yang didakwa parti itu menunjukkan berlakunya perbuatan mengganggu undi pos. Parti pembangkang itu mendakwa insiden itu telah dirakamkan di Wisma Sanyan, Sibu, tempat pembuangan undi pos semalam. Dalam klip video selama 1.32 saat itu, seorang lelaki dikatakan telah dirakamkan sekitar waktu tengah hari, menerima kertas undi pos dari empat pengundi wanita, sebelum menyedari tindakannya dirakam. Lelaki itu dengan cepat memulangkan kertas undi tersebut dan cuba menghalang ejen pengundian DAP, daripada memantau proses undi pos. Ejen pengundi pos DAP, Mary Josephine Prittam Singh berkata, kertas undi tidak patut diberikan kepada orang lain, sekaligus dia percaya perbuatan membeli undi berlaku di Wisma Sanyan. Satu laporan polis akan dibuat.- Malaysiakini |
Saman Ummi Hafilda dibatal... kahkahkah... Posted: 13 Apr 2011 03:34 AM PDT Hang ingat senang ka nak balaih duit orang... kahkahkah... Mahkamah batal saman fitnah Ummi Hafilda KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah. Saman itu yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini. Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua. Ummi Hafilda dalam saman pemula itu mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi. Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat. Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terbabit dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu. Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya. Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA |
Ada Umno kisah... kahkahkah... Posted: 13 Apr 2011 02:55 AM PDT Apa Umno kisah bila ulama bersuara Oleh Abd Shukur Harun Ulama sudah bersuara, para NGO Islam dan bukan Islam sudah bersuara, bahkan badan agama bukan Islampun sudah bersuara, demikian juga rakyat prihatin yang lain sudah juga bersuara. Semuanya sudah bersuara membantah, menghecam dan menyatakan rasa jijik yang amat sangat akan perbuatan menayangkan video lucah politik yang mereka anggap sangat memudaratkan bagi rakyat Malaysia Maknanya majoriti besar rakyat Malaysia sudah bersuara, mengecam dan memandang jijik perlakuan politik fitnah yang demikian berleluasa. Ini juga bermakna, hanya golongan yang amat kecil jumlahnya dan berkepentingan yang merasa puas dengan perlakuan fitnah jijik seumpama itu. Kenyataan keras yang terbaru ialah dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media tradisional menyiarkan gambar aksi seks yang bertentangan dengan hukum Islam dan norma masyarakat Melayu. Malah perkembangan itu turut dikecam oleh Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP), yang memandang serius pendedahan video seks di YouTube baru-baru ini. Yang paling lantang dan lebih dulu mengecam perbuatan memfitnah individu tertentu melalui tayangan video lucah ialah tokoh pemikir Islam terkemuka, Prof. Madya Dr. Asri Zainal Abidin. Bahkan beliau menyeru supaya semua kalangan rakyat membantah perbuatan keji ini. Sementara itu beberapa orang mufti telahpun bersuara membantah perlakuan menyebarkan fitnah dan aib seseorang kepada orang ramai. Para mufti itu menyatakan kebimbangan yang amat sangat bahawa perbuatan seumpama ini akan merosakan nama baik Islam, malah minda rakyat seluruhnya. Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya. Atas nama apa alasan sekalipun, katanya, penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya. Menurutnya, pihaknya juga berhasrat untuk memohon campur tangan Majlis Raja-Raja sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan gagal untuk menghentikan penyebaran rakaman video seks itu. "Menyedari kegagalan pihak berkuasa sedia ada, PUM akan memohon campur tangan Majlis Raja-Raja untuk bertindak dengan segera bagi mengambil tindakan menghentikan kejahatan dan maksiat yang dipromosikan ini," katanya. Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu melakukan perbuatan haram di sisi agama Islam. Menurut PUM lagi, mereka ini bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah. Menurut Dr. Mohd Roslan, pihaknya kesal kerana media telah menjatuhkan 'hukuman' setelah keaiban dan fitnah didedahkan. Beliau juga menegaskan pihaknya turut kesal dengan 'golongan' yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan rakaman video seks itu sebagai tumpuan perhatian dalam negara berbanding isu-isu nasional lain. "Saling cabar-mencabar dalam Parlimen untuk menyaksi video lucah menandakan kerendahan akal budi wakil rakyat ketika mereka dianggap sebagai insan yang mempunyai daya pemikiran dan budi yang tinggi," kata Setiausaha Agung PUM itu. Dalam pada itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama pemimpin pembangkang. "Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia. Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat," kata presidennya Mustafsa Kamil Ayub. "MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekankan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya. Sementara itu. sangat menarik untuk diperhatikan bagaimana puluhan ribu orang yang menyertai solat hajat dan munajat di Stadium Melawati, Shah Alam minggu lalu adalah manifestasi rakyat secara sepontan beramai-ramai membantah video fitnah tersebut. Kemudian dituruti dengan ceramah perdana menentang fitnah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di Staidum Subang Jaya, Selangor yang dihadiri lebih empat ribu orang di mana penceramahnya Haji Muhamad Sabu, pemimpin PKR Kelana Jaya, Syed Shahir bin Syed Muhamad, Adun Seria Setia, Nik Nazmi dan pemimpin Pakatan yang lain. Dun Subang Jaya adalah kawasan elite pelbagai kaum dimenangi oleh Hannah Yeoh dari DAP dalam PRU Ke-12 2008 dulu. Ceramah Pakatan Rakyat pada malam tersebut dihadiri oleh pelbagai kaum dan ini memberi gambaran bahawa penduduk kawasan ini menolak fitnah politik melalui penayangan video lucah. Dalam perkembangan selanjutnya, ceramah umum di pelbagai tempat di seluruh negara oleh Pakatan Rakyat dijangka akan memberi tumpuan menentang penayangan video fitnah yang akan merosakkan minda rakyat. Isu ini dijangka akan terus hangat, mungkin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Sementara itu, laporan yang diterima berkata bahawa majoriti kalangan rakyat di pedalaman juga menganggap video lucah ini sebagai suatu fitnah besar yang tidak dapat diterima oleh mereka yang waras fikirannya. Laporan juga diterima Kuching bahawa pengundi di Sarawak tidak menunjukkan minat terhadap isu video fitnah ini, justru pengundi di sana lebih memberikan tumpan kepada isu tanah adat, masaalah kemiskinan yang berterusan dan sebagainya. |
Posted: 13 Apr 2011 01:15 AM PDT Oleh Markus Lim Mereka menggelarkan dirinya sebagai pemimpin agung yang mampu membawa kemakmuran kepada Negara yang ditadbirnya.Mereka juga menyeru kepada rakyat di seluruh pelosok ceruk dan rantau untuk mempercayai bahawa dasar-dasar serta agendanya adalah yang terbaik buat rakyat. Karisma dan aura mereka dijulang tinggi melangit hinggakan ada status pemimpin berkenaan setaraf dengan seorang maharaja. Begitulah sebahagian daripada pendekatan yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin diktator untuk menarik sokongan rakyat terhadap kepimpinan mereka. Di dunia Arab umpamanya, Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Ali Abdullah Saleh tergolong dalam kategori yang dimaksudkan. Mereka bukan sahaja pemimpin yang paling lama memerintah di negaranya bahkan orang yang paling berkuasa sekali. Mereka memerintah Negara menggunakan cara dan gaya yang tersendiri. Tidak ada tolak ansur kepada kebebasan bersuara, berhimpun malah sering kali pergerakan mereka diperhatikan. Sebarang bantahan pula akan ditentang habis-habisan. Apabila berbicara mengenai isu pengunduran diri seseorang pemimpin, ia disambut dengan penuh kedinginan. Yang pastinya, budaya mengundur diri dalam persada politik Negara yang diperintah diktator sesungguhnya satu amalan yang jarang berlaku dan kemungkinan besar, tidak mungkin terjadi. Dan untuk bertahun-tahun atau berdekad lamanya, kepimpinan pemimpin diktator tidak tercabar sebaliknya berterusan untuk satu tempoh yang tidak diketahui. Pilihan raya yang diadakan pula akan memperlihatkan rejim pemerintah cemerlang dengan memperolehi peratus pengundian yang tinggi. Agak menghairankan juga, pemimpin-pemimpin diktator ini masih mempunyai keberanian untuk mendakwa bahawa masih ada agenda-agenda rakyat yang masih belum ditunaikan. Maka kerana itu, ia bukan masa yang sesuai untuk mengundurkan diri dari persada politik dan hanya akan ditentukan mengikut percaturan mereka. Persoalannya, berapa lama baru cukup? Keengganan segelintir pemimpin untuk turun daripada takhta kepimpinan selepas sekian lama mentadbir merupakan satu trend yang membimbangkan. Seolah-olah menunjukkan jawatan yang disandang mereka kepunyaannya sendiri dan tidak boleh ditukarmilik. Bagi kalangan diktator ini, tiga elemen iaitu kuasa, prestij dan pengaruh menjadi faktor pendorong kepada mereka untuk meneruskan cengkaman penguasaan dalam semua bidang kehidupan rakyat. Pada fikiran pemimpin diktator sedemikian, aspirasi rakyat boleh diketepikan selagi ia mampu melonjak kekuasaan mereka. Tiada apa yang lebih penting melainkan cita-cita mereka. Justeru, apabila terdapat segelintir pemimpin politik di Negara kita yang mahu pengundi memberikan masa kepadanya untuk meneruskan agenda pembangunan dalam parti atau di negeri kendaliannya, saya hanya duduk tersenyum. Logiknya, apakah dengan memberikan tempoh yang lebih lama kepada pemimpin-pemimpin tersebut, jaminan bahawa agenda pembangunan seperti yang disebutkan tadi akan terlaksana? Jikalau tempoh 5 hingga 10 tahun pertama pemerintahannya tidak memperlihatkan sebarang pencapaian, inikan pula 20 atau 30 tahun akan datang? Kedegilan segelintir pemimpin untuk memberi laluan kepada muka baru hanya mengukuhkan tohmahan umum bahawa kehadiran generasi muda tidak disenangi. Lebih buruk lagi, pemimpin-pemimpin terbabit disifatkan sebagai kemaruk kuasa dan takut kepada perubahan. Pengundi pula merasakan kepercayaan mereka telah dikhianati. Menyedari hakikat itu, pemimpin politik harus merancang agenda mereka dengan teliti. Mereka harus tampil dengan satu pelan bertindak konklusif yang mampu memacu parti atau negeri pimpinannya ke satu era baru. Tetapi dalam konteks pemimpin-pemimpin yang saya maksudkan tadi, mereka memilih untuk tidak berbuat demikian sebaliknya dibuai kelekaan. Ternyata, cakap pemimpin politik hanya boleh dipercayai pada nilai muka sahaja. Kelazimannya, apa yang dijanjikan semasa musim pilihan raya tidak lebih daripada janji manis untuk menyedapkan hati pengundi. Matlamat akhirnya hanyalah untuk meraih undi mereka pada pilihan raya. Dalam banyak ketikanya, janji-janji tersebut tidak pernah ditunaikan. Seorang pemimpin baik tidak memerlukan masa yang panjang untuk merealisasikan agenda bagi membela nasib rakyat. Sebaliknya, tempoh sedia ada itu boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mencorak dasar yang boleh memanfaatkan kehidupan rakyat. Soal cukup masa atau tidak, bukan alasan kukuh untuk memanjangkan pemerintahannya. Bagaimana masa itu diatur banyak bergantung kepada kebijaksanaannya. Jika pemimpin sedemikian beranggapan masa yang diberikan tidak mencukupi, bermakna mereka telah gagal dalam pengurusan masanya. Bermakna juga pemimpin-pemimpin ini tidak menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat. Baru-baru ini, apabila timbul satu cadangan supaya dihadkan tempoh pemerintahan seseorang pemimpin, idea tersebut wajar diberikan pertimbangan. Seseorang pemimpin tidak patut berada dalam tampuk pemerintahan terlampau lama hingga mencetuskan kemarahan rakyat. Sebaliknya, mereka perlu sedar bila masanya untuk berundur dan memberi laluan kepada muka-muka baru. Mungkinkah kemunculan muka-muka baru ini jawapan kepada perubahan yang didahagakan oleh pengundi? |
Posted: 12 Apr 2011 11:50 PM PDT Enough is enough... benamkan saja BN dengan keangkuhan mereka... |
Sib baik SPRM tu jauh... kahkahkah... Posted: 12 Apr 2011 10:55 PM PDT Peguam hilang selepas terjun Jambatan Pulau Pinang April 12, 2011 BUTTERWORTH, 12 April – Seorang peguam yang mempunyai firma di ibu negara dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang, pagi ini. Peguam berkenaan S. Thilagumaran, dari Padang Serai dekat Kulim, dikatakan terjun awal pagi dan usaha mengesannya sedang dijalankan. Keretanya ditemui di KM3.4 laluan ke arah pulau tetapi dia tidak kelihatan.- TMI |
Hadiah Taib kat Najib... kahkahkah... Posted: 12 Apr 2011 09:00 PM PDT Taib bakal sempurnakan igauan buruk Najib Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Mulanya, tidak ramai yang meletakkan harapan bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak. Tumpuan hanya difokuskan kepada beberapa kerusi majoriti pengundi Cina. Masyarakat Melayu-Melanau dan Dayak dianggap sukar untuk mencetuskan reformasi, apatah lagi tsunami politik. Bumi Kenyalang ini masih dianggap "simpanan tetap" yang selamat buat BN mempertahankan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Isu lebih terpusat kepada personaliti Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang sudah 30 tahun bertakhta, dengan kisah menarik tentang kekayaan luar biasa kaum keluarga dan suku-sakatnya. Turut dibicarakan adalah penindasan berlarutan dalam isu tanah hak adat Bumiputera (NCR), selain persoalan khazanah negeri yang kaya-raya tetapi tidak mampu menyelesaikan tuntutan mendesak mengenai kemudahan asas dan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat Sarawak. Elit penguasa sesuka hati membolot hasil buminya, manakala rakyat, khususnya Orang Asal terus merempat. Pembalakan memusnahkan kampung halaman mereka. Cukup menyedihkan. Itu suasana sebelum hari penamaan calon, ketika kempen secara rasmi tidak dibenarkan lagi. Bukan sahaja BN dijangka menang mudah, malah tidak sukar untuk mempertahankan majoriti dua pertiga dan meneruskan "kerja zalim" mereka. Untuk memperolehi 24 kerusi pun, bagi menafikan kemenangan selesa BN, Pakatan Rakyat tidak diberikan harapan tinggi. Selepas lima hari berkempen, tiba-tiba realiti di Sarawak seperti memberikan harapan baru yang lebih segar. Arus perubahan bukan sekitar masyarakat Tionghua. Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan terpaksa bekejar ke Kuching, menyelamatkan BN yang kian goyah, dengan berkempen di sana sehingga hari mengundi. Selalunya hanya Timbalan Perdana Menteri yang berkampung dan mengetuai kempen. Najib sebenarnya sudah melanggar tradisi apabila turut berkempen dalam pilihan raya kecil Sibu, Mei 2010. Hasilnya, DAP mencipta kejutan. BN terduduk kalah. Sejak pilihan raya negeri 2006, protes pengundi Cina tidak dapat disembunyikan lagi. Ia kemudiannya berjangkit ke Semenanjung dalam PRU12, Mac 2008. Tidak dipastikan apakah Najib mampu mempertahankan kedudukan BN atau menambah-parahkan lagi keadaan. Antara tugas penting Najib menjelang hari mengundi adalah untuk meyakinkan pengundi Sarawak bahawa Taib memang akan benar-benar berhenti selepas pilihan raya ini. Jaminan itu bagaimanapun disambut dingin, apatah semasa dilafazkan Taib tidak kelihatan pun di sebelah Taib. Pada November 1995, Taib mengumumkan akan berundur dalam masa lima tahun, tetapi sehingga 2011, iaitu 16 tahun selepas itu, beliau masih berkuku, ceria dan gagah di samping isteri mudanya. (Dalam tulisannya, pensyarah kanan Unimas, Dr Awang Azman Awang Pawi menukilkan: "Pada suatu majlis rasmi parti, beliau (Taib) memakai baju batik yang lengan bajunya disingsing ke siku, bingkas bangun dan bergerak laju ke rostrum dengan penuh semangat. Dari tempat duduk di barisan bawah menuju ke pentas, beliau seakan-akan melompat. Khalayak dari luar Sarawak khususnya dari media Semenanjung Malaysia agak terkejut dengan kelincahannya."). Menerusi gambar yang disiarkan Utusan Malaysia, Isnin lalu, semasa Najib berkempen di Stadium MBKS, Kuching, sambutan nampak cukup tidak menggalakkan. Banyak kerusi kosong. Pesertanya pula kelihatan memakai t-shirt yang sama, menandakan mereka bukannya "rakyat jelata" tetapi "penganjur bersama". Esoknya, dalam program konsert 1Malaysia, di Padang Merdeka, Taib menegaskan hanya akan berundur dalam masa "beberapa tahun lagi". Menarik juga jika mahu dianalisis berapa lama sebenarnya tempoh "beberapa tahun lagi" itu, dalam kiraan Taib? Apatah lagi tahap kesihatan dan kecergasannya, terutama selepas beristeri muda, begitu menakjubkan! Fokus utama Najib bukan sekadar Sarawak tetapi jauh menjangkaui impak buruk buat BN jika Pakatan sekali lagi mencipta kejutan. Kalaupun tsunami belum mampu membadai pantai Sarawak pada 16 April nanti, namun apa jua momentum yang dihasilkan Pakatan nanti dijangka berupaya membangkitkan semangat baru rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa mereka boleh melakukan perubahan besar dalam PRU13. Najib pastinya sudah bertungkus-lumus untuk mematahkan keyakinan rakyat yang cukup berbahaya itu. Segalanya telah diperkakaskan untuk menimbus segala momentum PRU12; soalnya, apakah Najib akan melihat begitu saja Taib bakal menjadikan beliau sebagai perdana menteri terakhir daripada BN? |
Lagi bukti Umno busuk sampai ke usus Posted: 12 Apr 2011 08:00 PM PDT Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi. Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah. "Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN," kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran. "Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah," tambah beliau. Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya. "Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching. "Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu," kata Surendran. Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar. Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional. Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan. Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut. Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya. Namun sehingga kini, trio 'Datuk T' yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim. |
Macam kat Penang sebelum BN tumbang Posted: 12 Apr 2011 07:00 PM PDT Suasana Sarawak kini umpama Pulau Pinang sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 8 Mac 2008, itu kata DAP. Suasana genting camni la yang membuatkan Najib kerah semua menteri kabinet berkampung di Sarawak membantu Taib yang kelemasan. Bagaimanapun, DAP masih memerlukan sokongan Iban yang melebihi paras 30% untuk memenangi kesemua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan. Hanya dengan peralihan sokongan Iban kepada DAP akan meningkatkan peluangnya untuk memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan. Mungkin terlalu awal merangkakan kabinet bayangan tapi tidak mustahil ianya berlaku. Rakyat kini tak seperti 30 tahun dahulu yang menelan saja apa yang kerajaan BN kata dan lakukan. Tapi kini apa yang jelas terbukti, BN tak lagi boleh angkuh dan mendabik dada bahawa Sarawak adalah simpanan tetap mereka untuk kelangsungan kerajaan korup mereka. Mematahkan ego BN merupakan satu kemenangan besar bagi PR... |
Realiti dunia seni - penuh kepuraan Posted: 12 Apr 2011 06:00 PM PDT |
Kesian kat Najib... kahkahkah... Posted: 12 Apr 2011 04:00 PM PDT Dah jadi satu trend baru bagi negara kita menyaksikan parti politik menganjurkan konsert free bagi menarik kehadiran rakyat bila ceramah... tentunya dari BN lah dimana ceramah mereka langsung tak dapat sambutan... Ada yang mengatakan... kalau tak dak konsert sebelum ceramah diadakan, maka majlis tersebut akan tinggal Najib dengan microphone ja... kahkahkah... Mungkin dah terlalu gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda dan buta agama. Bayangkan, walaupun dengan adanya konsert dan kehadiran ramai artis ternama... kehadiran rakyat masih jauh dan gagal menandingi kehadiran rakyat dalam ceramah ceramah Pakatan walaupun tak dak konsert free. Paling teruja sekali kalau lah BN boleh invite sekali pelawak pelawak terkenal yang telah di tolak oleh rakyat di semenanjung iaitu... Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin... kahkahkah... |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan