Rabu, 13 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


ENTRY PANAS BERAPI-API: ULASAN MENGENAI RPK DI TV3

Posted: 13 Apr 2011 06:20 AM PDT

sepertimana posted by Zakri ALi Rangkuti/layan


Buat pertama kalinya dalam sejarah bila tv3 menyiarkan interview mereka dengan rpk dalam buletin utama tadi. Macam tak percaya pula rpk masuk tv3 jadi headline.

Berita pasal rpk neh adalah berita yang no 1. Tv3 cakap wartawan mereka pergi australia untuk menemui rpk. Pelik. Tv3 pun pandai cari rpk. Macam mana musa hasan ex-kp gagal cari rpk dulu? Heh.

Tajuknya pula "rpk tidak pernah mengaitkan najib dan rosmah dalam pembunuhan altantuya".
Pergh. Tajuk cun. Tapi sapa yang taktahu? Sapa pula yang sangka bahawa rpk tuduh najib dan rosmah bunuh altantuya? Persepsi sendiri? Dah banyak kali rpk tulis dalam blognya bahawa ada 3 individu yang cari dia dan menceritakan semua hal ini. 3 individu yang kisahkan hal neh kpd rpk tv3 taknak siarkan pula nama2nya. Tapi takpe dalam blog rpk ada. Boleh baca sendiri.

Apa yang rpk cakap dalam tv3 tadi betul lah. Dia buat SD dan minta pihak2 yg berkaitan pergi siasat individu2 yang berkenaan. Pergi panggil nama2 yang dia sebutkan dalam SD. Dan tanya mereka sendiri berkaitan isu neh. Kenapa nama2 itu tidak membuat SD sendiri?

RPK dah jelaskan banyak kali dalam blog dia. 3 individu ini datang kpd rpk untuk ceritakan hal ini agar rpk boleh tulis dalam blog dia dan bagitau kepada public. Bila ianya kecoh maka mereka akan tampil menjadi saksi kpd rpk. Malangnya bila rpk kena tahan, mereka bertiga neh tak muncul pula.

Di tv3 tadi juga rpk memberikan kenyataan selain daripada dia, individu2 ini juga tampil berjumpa dsai, din merican dan john phang. / read more


Sebelum rpk buat keputusan utk mempercayai individu2 ini, dia pernah minta pandangan dari dsai. Individu2 ini juga pernah bertemu dsai dan menceritakan hal neh kpd dsai. Dan dsai memberitahu kpd rpk bahawa mereka2 ini blh dipercayai sbb mereka2 ini pernah bertemu dsai beberapa kali dan memberitahu dsai perkara yg sama mereka beritahu kpd rpk.

TV3 sunting video interview dgn rpk utk kepentingan sendiri. Mereka cuba membuat persepsi kpd penonton kononnya dsai yang ada kaitan dengan tuduhan najib dan rosmah ada kaitan dengan pembunuhan altantuya. Padahal dsai pun taktahu apa2. Dia pun didekati oleh 3 individu2 ini yang sampai sekarang satu haramjadah pdrm nak siasat ataupun ambil keterangan2 mereka.

Dan rpk juga membuat pengakuan bahawa dia tak percaya kalau rosmah sendiri bunuh altantuya. Takanlah rosmah sanggup naik bukit tengah2 malam, masuk hutan semata2 nak bunuh org? Cerita neh dia rasa tak betul.

Mmg betul kata2 rpk. Takan rosmah nak pergi letupkan sendiri pula? Selepas itu paparan video tamat. Walaupun video terbabit disunting dan disiarkan separuh2 aku masih faham sbb aku tahu perjalanan cerita yang sebenarnya. Tak mudah tv3 tipu aku. Tapi mmg mudah tv3 tipu org yang taktahu apa2. Ini rugi. RPk masuk tv di saat2 pakatan ada harapan besar di sarawak.

Ini adalah salah satu strategi bn untuk mempengaruhi minda pengundi sarawak. Umum tahu yang sarawak bergantung penuh pada media arus perdana. Sedikit sebanyak ini akan memberikan kesan kepada mereka2 yang kurang informasi mengenai taktik2 licik bn.

Sambungan interview tv3-rpk akan disambung bahagian kedua malam esok. Kalau kita perhatikan semalam malaysiakini tidak blh di akses. Tapi hari neh malaysiakini sudah blh di akses. Semua tahu malaysiakini siapa yang punya.

Jika malaysiakini ditekan adakah ini akan mempengaruhi rpk? Aku bukan tuduh rpk. Aku harap rpk faham. Samada dia dipaksa untuk memberikan kerjasama dalam interview tersebut ataupun dalam keadaan rela, dia kena berikan fakta.

Namun aku mesti puji rpk sbb dia memang memberikan fakta yg benar.

Apa yang dia cakap dalam blog sama macam yang dia cakap kt tv. Bezanya di blog tiada suntingan, potongan ataupun suara dihilangkan. Di tv3 tadi ada. Ini akan menimbulkan persepsi negatif bagi mereka yang tidak tahu. Ini akan membentuk jalan cerita yang baru. Sudah tentu media umno akan mengatakan bahawa rpk berpaling tadah dari pr.

Aku jelas kenapa umno siarkan interview tadi. Ini kerana umno tahu mereka parah di sarawak. Kekuasaan bn di sarawak harus dipertahankan ataupun bn hilang kuasa di malaysia. Ini saat2 getir buat mereka. Bagi pakatan, menang ialah bonus, kalah boleh cuba lagi. Tapi tidak bagi bn.

Kalau mereka kalah kali neh, mereka akan masuk penjara. Mereka, pemimpin2 yg makan wang rakyat tidak akan dilepaskan oleh rakyat meskipun mungkin kepimpinan pakatan rakyat akan bertolenrasi dengan mereka. Jika itu yang pr buat, maka dengan pr2 sekali akan masuk penjara. Yang buat jenayah kena, yang subahat juga tidak akan terlepas.

Ameno : Silap2 rpk + dsai + din merican = diperdayakan oleh orang lain utk jatuhkan paklah. Maksudnya dipergunakanlah utk kepentingan diri sendiri. 

sumber:Ameno World/Zakri Ali Rangkut
i(Kita jangan TERTIPU oleh TV 3...interview itu tadi adalah RAKAMAN, bukan LIVE BERSAMA RPK - ini semua gara gara PRN Sarawak)

Ummi Hafilda tak hadir mahkamah: Saman RM100 juta terbabas

Posted: 13 Apr 2011 04:11 AM PDT


Ummi Hafilda Ali gagal hadir saman RM100juta.
Entah apa ke hal.. Ummi Hafilda Ali yang beriya-iya menyaman Baginda Minda RM100 juta kerana kononnya memfitnah beliau sebagai wanita yang banyak skandal dan pernah ada hubungan seksual dengannya (Baginda) tidak muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mungkin dia luper kot atau dok sibuk kempen di Sarawak. Tapi mengherankan juga kerana peguamnya juga gagal hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk pengurusan kes.
Hakim Zabariah Mohd Yusof terus menolak saman RM100 juta  Hafilda ke atas ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Malaysiakini selepas mendapati peguam kedua-dua plaintif dan defenden gagal menghadirkan diri semasa kes itu disebut.
Saman itu difailkan melalui firma peguam Sahrihan & Hamdan. 
Dalam samannya, beliau mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada 15 Mac lepas, yang memetik kenyataan Baginda di lobi parlimen sebagai bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.
Kenyataan itu adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat kerana menggambarkan bahawa seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur. 
Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

BN akan hilang majoriti dua per tiga di Sarawak, PR yakin menang

Posted: 13 Apr 2011 03:42 AM PDT


BN terus menerima tekanan di Sarawak, namun mengikut pandangan sumber, BN masih mengekalkan momentum untuk terus berkuasa di Bumi Kenyalang itu tetapi kini pada tahap dinafikan kedudukan majoriti dua pertiga.
BN akan kehilangan banyak kerusi tetapi masih mengekalkan kuasa dan mungkin mampu merubahnya ke arah lebih baik dalam tempoh akhir kempen ini.
"Dalam kempen di beberapa hari terakhir ini, semua kemungkinan boleh berlaku. BN masih ada strategi 'carpet bombing' melalui pengumuman projek segera dan pemberian imbuhan pilihan raya terutamanya di kawasan bandar," kata pemerhari politik Dr Jeniri Amir.




Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak itu juga berkata, walaupun penduduk bandar menunjukkan perubahan yang luar biasa dengan menyokong Pakatan, berdasarkan tred dalam pilihan raya sebelum itu, keadaan boleh kembali berubah.

"Masyarakat luar bandar masih dilihat mempunyai pemikiran simple minded," katanya.

Menurut sumber-sumber yang dekat dengan kerajaan, bacaan semasa menunjukkan, sebanyak 28 kerusi masih memihak kepada BN, 19 mampu dirampas pembangkang dan 24 lagi peluangnya masih '50-50' antara kedua-dua pihak yang bertanding.

Jika dilihat dari aspek kaum pula, undi Cina kini memihak kepada Pakatan, Melayu dan Melanau masih menyokong BN manakala masyarakat Iban pula mula sedikit demi sedikit berpindah daripada BN kepada pembangkang.

Bacaan ini selari dengan pemantauan NGO pengkaji "kepercayaan politik" Zentrum Future Studies yang mendapati sokongan masyarakat luar bandar kepada BN merosot dari 80 kepada 61 peratus.

Menurut presiden Zentrum, Dr Abu Hassan Hasbullah, di kawasan luar bandar, sokongan terhadap parti pemerintah turut menyusut dari 65 kepada 38 peratus sahaja.

Justeru, jika Pakatan mampu mempertahankan menangkis serangan terakhir BN, termasuk kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, sejarah akan berlaku di Bumi Kenyalang.

Menurut sumber-sumber Umno pula, setelah parti Melayu itu mula menyuntik jenteranya di pelbagai kawasan, terutamanya di luar bandar dalam beberapa hari kebelakangan ini, mereka yakin, paling tinggi, Pakatan hanya dapat merampas 15 kerusi sahaja.

"Bagaimanapun, tujuh atau lapan kerusi di kawasan bandar memang sudah tidak boleh dipertahankan lagi," jelas sumber-sumber itu.

Husam akan hanya bertanding jawatan AJK Pusat

Posted: 13 Apr 2011 03:35 AM PDT





Husam Musa menamatkan spekulasi dan menyuarakan sokongan penuh kepada DSTG Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS, sekaligus menolak sebarang pencalonan jawatan Presiden.


"Saya menyokong seratus peratus pimpinan TG Haji Hadi, kerana pada saya beliau berwibawa dan boleh menyatukan PAS. Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden," kata beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.

"Saya tidak pernah ada hasrat bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan TG."

Generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan TG Haji Hadi, katanya sambil menegaskan bahawa pada tahun 1983 bila saya tamat pengajian di universiti, saya 'full time' berkerja dengan PAS dan pimpinan yang menerima saya adalah TG Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau ke jawatan itu, Husam berkata, beliau akan hanya bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja untuk fokus pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

BN dijangka menabur jutaan ringgit pada empat hari terakhir kempen

Posted: 12 Apr 2011 09:26 PM PDT

BN dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada empat hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas demikian laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihanraya  16 April ini.
"Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia di luar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.
"Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita," kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok.
Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.
"Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat," kata Rafizi.
Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.
"Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.
"Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.
"Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Trio Dato T manusia yang "tidak berakhlak dan tidak bermoral.."

Posted: 12 Apr 2011 08:03 PM PDT



Jika namanya Umno, maka apajua teguran oleh ulama, jika menyanggahi hasrat mereka, maka pimpinannya akan buat derk je. 


Namun jika menyusuri kehendak (itupun kerana ulama memberi pandangan berasaskan maklumat (tak lengkap) yang diberikan, maka geng Umno akan guna pakai pandangan konon ulama berkenaan setuju dengan apa yang mereka buat. 


Ulama perlu diberikan maklumat yang benar bagi membolehkan mereka memberi pandangan masing-masing berhubung sesuatu perkara, agar tidak mengelirukan rakyat. Bagaimanpun media arus perdana tidak akan melaporkannnya, dan oleh kerana itulah maka rasanye perlu dikitar semula beberapa kenyataan mengenai video sensasi DSAI ini.

Mufti Perak TS Harussani Zakaria yang seringkali kontroversi dalam memberi ulasannya telah sepandangan dengan kalangan ulama lain berhubung kes video yang mengaibkan DSAI, malahan beliau enggan bersekongkol.

"Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermoral" apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media," kata beliau.

Pihak yang sanggup itu ialah trio Dato T, TS Rahim Thamby Chik, Dato Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuaib Lazim. Sudah terang lagi bersuluh bahawa tiga trio ini tergolong dalam kategori manusia tidak berakhlak dan tidak bermoral, jika mengikut pandangan Harussani.



Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan hal berkenaan adalah bertentangan dengan Islam dan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.


"Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

"Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu," katanya.

"Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

"Benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar," katanya.

Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid juga sependapat:
"Ini adalah fitnah, betapa rosak moral orang Islam di Malaysia... fitnah telah berleluasa. Sepatutnya kita tahu bahawa fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, negara sudah jadi porak-peranda kerana fitnah yang dibuat ini."

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor menyifatkan ia berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius.



Tiada ulasan: