Khamis, 7 April 2011

shalehudin

shalehudin


Syak berlaku unsur khianat

Posted: 07 Apr 2011 11:00 AM PDT

Rakan sekerja Sarbani syak berlaku unsur khianat


Hafiz Yatim
Beberapa orang rakan Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui hari ini mengesyaki berlakunya unsur khianat dalam kes kematian pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu.

Salah seorang rakannya sekerja Allahyarham, yang enggan dinamakan, berkata Ahmad Sarbani berdepan dengan tuduhan menerima rasuah.

Namun, beliau menjelaskan bahawa Allahyarham merupakan pegawai yang "paling bersih" dan paling disukai di kalangan kakitangan beliau di pejabat JKDM Selangor itu.

Katanya, kakitangan berkenaan mengetahui siapakah yang sebenarnya menerima rasuah dan Allahyarham setentunya tidak berbuat demikian.

Sumber berkenaan turut mendakwa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaksa Allahyarham supaya mengakui dakwaan berkenaan.

SPRM turut mengugut untuk memenjarakan pegawai kastam berkenaan sekiranya tidak mengakui dakwaan tersebut, dakwa sumber itu lagi.

Mualaf berusaha pertahan aqidah 3 anak

Posted: 07 Apr 2011 08:12 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang saudara kita, Muhammad Riduan Abdullah, 42, berharap mendapat bantuan umat Islam bagi menyelamatkan aqidah dua anaknya yang kini tinggal bersama bekas isterinya, Indra Gandhi a/p Mutho, 36, di Ipoh.

Dua anaknya iaitu Umu Salamah, 14 dan Abu Bakar, 13 diislamkan sejak 11 Mac 2009, namun kini tinggal bersama bekas isterinya setelah mendapat hak penjagaan daripada Mahkamah Tinggi Ipoh pada 24 April 2009.Manakala anak bongsunya Umu Habibah, 3 tahun berada di jagaan Muhammad Riduan, kini tinggal di Kota Bharu.

Sedangkan menurut Muhammad Riduan beliau terlebih dahulu mendapat hak penjagaan terhadap ketiga-tiga anaknya seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada 3 April 2009.

"Apa yang saya pertikaikan sekarang mengapa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh tidak diguna pakai Mahkamah Tinggi Sivil sehingga membuat keputusan berlainan," katanya di sini.

Sedangkan Perkara 121 (1A) menyebut, "mahkamah yang disebut dalam fasa (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah."

Ini kerana kata Muhammad Riduan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut hak ke atas pendidikan fasal (3) menyebut, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu, bapa atau penjaga.

Lagi pun Seksyen 98 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak menyatakan "Jika pada saat ia memeluk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan adalah mempunyai anak kandung atau anak angkat yang belum mencapai umur baligh mengikut hukum syarak, kanak-kanak yang berada dalam jagaannya hendaklah dianggap telah memeluk Islam pada saat yang sama bagi maksud enakmen."

Bagaimanapun Muhammad Riduan berkata, Mahkamah Tinggi Ipoh tidak menggunapakai terhadap apa yang telah diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah.

Beliau juga mendakwa bekas isterinya juga menghantar memorandum kepada Perdana Menteri melalui DAP dan Hindu Sanggam pada 22 April 2009, di mana pada tarikh yang sama kabinet membuat keputusan anak-anak mualaf perlu mengikut agama asal dan parlimen tidak boleh membuat pindaan perlembagaan.

Kata beliau juga ekoran perakuan agama Islam ketiga-tiga anaknya menyebabkan bekas isterinya mengemukakan saman terhadap Majlis Agama Islam Perak, Pendaftar Mualaf, Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kerajaan Malaysia dan Muhamad Riduan.

Menurutnya kes saman tersebut sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi Ipoh 30 Mac lalu namun ditunda pula kepada 6 Mei depan. Oleh itu beliau memohon Majlis Agama Islam Perak membekalkan khidmat peguam kepadanya bagi menghadapi kes tersebut.

Beliau yang menganut Islam pada 11 Mac 2009 hasil kesedaran sendiri tetap akan memperjuangkan mendapatkan hak penjagaan ke atas dua lagi anaknya yang kini belajar di Methodist Girls dan Methodist Boys di Ipoh.

Bekas isterinya sekarang bekerja sebagai guru tadika di Churh Holly Methodist Ipoh. Muhammad Riduan juga berharap umat Islam menunaikan solat hajat dan mendoakan supaya mendapat hak penjagaan ke atas ketiga anak-anaknya bagi mengelakkan mereka kembali ke agama kafir.- DD

Video lucah halal

Posted: 07 Apr 2011 06:09 AM PDT

Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menjadi penyebar video porno yang didakwa dibintangi oleh Anwar Ibrahim tu? Seperti yang dipahamkan pada semua, hanya ada satu saja salinan pada Eskay (SK) yang telah pun diserahkan pada pihak penyiasat PDRM. Malaih la nak analisa masaalah ni... haha... macam banyak yang tak kena ja... hadoiiihh...

Dengan termuat turunnya video lucah halal tersebut, Negara kita yang tercinta kini sedang dilanda 'bencana moral' yang maha hebat yang berlum pernah terjadi dimana mana bahagian dunia selain Malaysia. Ini lah perkara terajaib dunia yang berjaya politikus Malaysia hasilkan. Dan tentunya bencana maha besarnya apabila BN menang pilihanraya umum nanti hasil dari tayangan video lucah halal ni pada para pengundi...

'Bencana moral' sudah tersangat parah. Sepatutnya ia dibawa kepada penghakiman mahkamah bukan kepada media dan ditayang pada dunia. Namun ia seolah-olah sengaja dibiarkan bagi menaburkan fitnah dan memalukan orang yang dituduh. Apa pulak kena mengena pemimpin Umno yang menerajui negara ini dengan video lucah halal ni sehingga mereka mempertahankan bersungguh sungguh video porno halal tu, malah menuduh Wan Azizah tidak layak untuk menentukan samada Anwar atau bukan Anwar yang 'berlakon' dalam video tersebut.

Tidak ada tangkapan dibuat, walaupun pada mulanya dikabarkan sebagai ada tapi dinafikan oleh Datuk T (kahkahkah) terhadap penyimpan dan jurutayang video itu walaupun undang-undang negara dengan jelas menyebut bahawa penyimpan dan jurutayang video porno (tak kira halal atau haram adalah tetap haram) telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Salah satu jenayah siber yang jelas disebutkan di bawah akta jenayah siber ialah pornografi iaitu unsur-unsur lucah yang boleh didapati melalui internet. Penyebaran vedio-vedio berunsur porno boleh menyebabkan peningkatan masalah keruntuhkan akhlak dalam kalangan masyarakat.
Video ini bagai amat digalakkan pada semua supaya disebarkan seluas mungkin, tidak sebagaimana video Chua Soi Lek (Orang depa...) di mana semua pihak diberi amaran supaya tidak menyebarluaskan video itu.

Bangang memang diwujudkan untuk Umno... kahkahkah...

Posted: 07 Apr 2011 12:29 AM PDT

Aku pun tak kenai mamat dalam gambar nih... saja aku copy paste dari blog Malaysia Waves... berkenan pasai muka si mamat sama sebijik ngan menteri jaga parlimen si Nazri Aziz... kahkahkah...

Nazri Aziz ni baik dan pandai ampu, sebab tu dia masih lagi lekat sebagai menteri dalam kabinet Najib. Tapi nak bodek pun agak agak la, takkan nak perabih duit rakyat tubuhkan suruhanjaya diraja kot hanya untuk siasat video Blue Rahim Thamby Chik yang kabur dan hitam putih tu. Takkan nak buang masa rakyat nak siasat video ciptaan Umno tu sebab kalau masuk mahkamah pun siang-siang tak lepas, lain la kalau mahkamah Malaysia yang hakim boleh kena beli.

Apasal kita nak buang masa tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja? Apa kata kalau kita tubuhkan suruhanjaya diraja siasat anak sapa yang berpelukan kat atas sana tuh... kahkahkah... Lagi satu si Nazri juga kata Kak Wan Azizah tak layak untuk menilai kandungan video blue Rahim Thamby Chik itu. Namun, kita nak tanya Nazri, dia dah pernah ke lihat seluruh tubuh Anwar Ibrahim?

Sapa lagi yang boleh menjadi saksi yang paling baik di dalam menilai Anwar kalau bukan bini dia... kahkahkah... bangang memang di wujudkan untuk UMNO... kahkahkah...

Kesimpulannya.... kahkahkah...

Posted: 06 Apr 2011 07:00 PM PDT

Kantoi mantoi... kahkahkah...
Ada yang teriak tak berlagu pasai tak dapat upah... kahkahkah...

Tutup perut, terkantoi janggut... kahkahkah...
Kejap ada janggut, kejap tak dak janggut... kahkahkah...
Tetiba esok hari ada pulak janggut... kahkahkah...
Bangang punya HITLER... kahkahkah...

DAP lebih laju bela Melayu dari Perkasa... kahkahkah...

Posted: 06 Apr 2011 06:39 PM PDT

Awat yang sunyi sangat Malaysia nih...
Mana pi Perkasa, tak dengaq membela Melayu dah pun...
Mana pi pahlawan Pekida, tak dengaq suruh siasat habis habisan SPRM pun...
Takkan dah hilang semangat...

Tapi tak patut betoi la...
Tetiba ja DAP laju kedepan...
DAP ni tak malu betoi la...
Ambik isu Melayu yang sepatutnya khusus untuk Perkasa...
Kahkahkah...


Pemandangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane dari arah belakang.

KUALA LUMPUR, 6 April – DAP menggesa kerajaan mengadakan satu lagi suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden terbaru – kematian membabitkan kakitangan Kastam pagi tadi – di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, SPRM juga perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia benar-benar relevan dalam menjalankan fungsinya mencegah rasuah.

"DAP menyeru agar satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematian Ahmad (Sarbani Mohamed).

"Suruhanjaya ini akan menentukan punca kematian, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan langkah perlindungan bagi memastikan suspek yang dipanggil tidak akan cedera ataupun mati ketika dalam tahanan SPRM," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini menambah rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata beberapa pemimpin BN bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri selepas ditemui mati di Plaza Masalam dua tahun lalu.

"Malahan mereka percaya bahawa Teoh dibunuh. Persoalannya terletak kepada kerajaan, sejauh manakah kerajaan serius dalam mencari siapa yang bertanggungjawab dan seterusnya mengambil tindakan.

"Kematian tragis Ahmad akan menimbulkan kecurigaan yang lebih mendalam dan seterusnya menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap kaedah operasi dan cara penyiasatan SPRM," kata beliau lagi sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahmad, penolong pengarah Kastam Selangor.

Allahyarham Ahmad ditemui mati di kawasan gelanggang badminton di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Conchrane di sini pagi tadi.



Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat."DAP melahirkan rasa marah atas kejadian seumpama ini sedangkan trajedi kematian Teoh Beng Hock masih belum dapat diselesaikan. Adakah SPRM masih belum bangun dan mendapat pengajaran?" kata beliau lagi.
Ahmad merupakan salah seorang individu yang ditahan pada 1 April lalu dalam satu operasi besar-besaran - Operasi 3B - yang membabitkan cukai tidak dibayar dan dibebaskan dengan ikat jamin keesokan harinya.

Kata Lim, kematian Allahyarham Ahmad dan beberapa rantaian peristiwa yang menyebabkan kematian mengingatkan kembali kematian tragis Teoh di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM, Selangor.

"Walaupun SPRM telah berjanji bahawa kes seperti itu tidak akan berulang selepas kematian Teoh Beng Hock dan tempoh jawatan pengarah yang lepas tidak disambung, namun kematian Ahmad pagi tadi menunjukkan bahawa SPRM tidak pernah belajar daripada kematian tragis Teoh," katanya.

Malah kata Lim, SPRM perlu dirombak semula bagi memastikan sama ada ia masih relevan untuk melaksanakan tugas antirasuahnya secara efektif, efisen, tidak berat sebelah dan profesional tanpa ada sebarang kecederaan ataupun kematian terhadap suspek.

"SPRM tanpa kredibiliti menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah.

"Untuk merombak semula, DAP mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan badan siasatan bebas oleh Transparency International bagi mengkaji semula operasi dan kaedah SPRM," katanya lagi.- TMI

Raja Petra PEMBOHONG... kahkahkah...

Posted: 06 Apr 2011 05:00 PM PDT

Deepak perjelas isu hutang Carpet Group

Usahawan permadani Deepak Jaikishan hari ini membuka mulut setelah dakwaan demi dakwaan dihamburkan ke atasnya melalui tulisan di blog popular Malaysia Today.

Deepak berkata, beliau membuat keputusan untuk memberi penjelasan setelah laman berkenaan menyiarkan satu lagi dakwaan ke atasnya semalam.

Malaysia Today dalam tulisan itu mengemukakan tuduhan mengenai skandal hutang yang ditanggung oleh syarikat milik Deepak, Carpet Group.

Deepak menjelaskan, syarikatnya sememangnya telah membuat pinjaman yang berjumlah hampir RM600 juta daripada firma kewangan antarabangsa Kuwait Finance House.

"Dalam tempoh masa itu, pinjaman itu secara beransur-ansur telah dikurangkan melalui penjualan hartanah dan perniagaan lain," kata Deepak kepada wartawan hari ini.

Katanya, jumlah hutang yang kini ditanggung Carpet Group dianggarkan berjumlah RM200 juta.

Jelasnya, dakwaan bahawa pinjaman berkenaan tidak dibayar sejak lima tahun lalu adalah tidak benar.

"Semua pinjaman kami dikemaskini dan (dibayar). Malah, saya dan syarikat milik saya tidak terlibat dalam apa-apa rasuah seperti didakwa oleh tulisan Malaysia Today," kata Deepak lagi.

Tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, toyboy has been bagged" di laman itu turut mendakwa, Deepak membayar komisyen kepada pegawai bank berkenaan untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

Deepak menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa syarikatnya bertindak dengan telus dalam urusannya dengan bank.

Katanya, beliau lebih banyak terlibat dengan perniagaan hartanah manakala bidang permaidani merupakan perniagaan keluarganya.

Perniagaan permaidani itu dimulakan oleh bapanya yang berasal dari Karachi, Pakistan sekitar 40 tahun lalu, kata Deepak lagi.

"Dalam perniagaan hartanah, kita banyak bergantung kepada bank dan kewangan. Sudah tentulah akan timbul kesan rumit melainkan kita membuat penjelasan.

"Esok kita pergi ke bank, mereka mungkin tanya soalan (berhubung dakwaan) ini," katanya.

Ketika ditanya, Deepak berkata beliau kini sedang menimbangkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Malaysia Today sekiranya dakwaan itu "bertambah buruk."

Deepak berkata, beliau memilih untuk tidak membuat penjelasan sebelum ini kerana tulisan lain yang mengaitkan beliau dalam laman itu hanyalah perkara "karut."

"Tapi kali ini (dakwaan ini) secara langsung ke atas saya," katanya lagi.- Malaysiakini

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Posted: 06 Apr 2011 04:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan "mengawal" isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

"Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

"Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil," katanya.

"Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang," kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

"Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen," katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

"Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri)," katanya lagi.

"Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman," kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

"Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang," katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, "antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia."

"Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam," kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

"Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

"Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

"Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

"Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan," katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

"Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan," tambah kenyataan tersebut.

"Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

"SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan," kata kenyataan itu lagi.- TMI

Tiada ulasan: