Rabu, 6 April 2011

shalehudin

shalehudin


Tiga minggu terpisah ngan anjing dia...

Posted: 06 Apr 2011 11:00 AM PDT

Mahathir pun ada jam Omega yang sama... hihi...

Posted: 06 Apr 2011 09:02 AM PDT

Mahathir Juga Punya Jam OMEGA yang Dipunyai Anwar Itu

Maklumat yang Tulang Besi dapat, Dr. Mahathir juga ada satujam OMEGA yang sama dengan Anwar Ibrahm, yakni, jam OMEGA yang Rahim Thamby Chik dakwa ditinggalkan di tempat video blue Rahim dirakam.

Jam OMEGA tersebut adalah hadiah rasmi dari kepada mantan PM dan TPM sempena Persidangan OIC satu masa dahulu. Jam yang sama diberikan kepada kedua-dua mantan PM (Dr Mahathir) dan TPM (Anwar Ibrahim).

Juga, kita jangan lupa, Rahim Thamby Chik adalah seperti anak angkat kepada Datin Siti Hasmah. Malah, beliau membahasakan Datin Siti Hasmah sebagai "mak". Jadi, tak mustahil beliau boleh keluar masuk kediaman Dr Mahathir dan mengambil jam tersebut.

Walaubagaimanapun, jam tersebut ada di dalam tangan keluarga Anwar dan akan dikeluarkan apabila masanya sesuai kelak.

Telur ayam pun ada tiruan woiii...

Posted: 06 Apr 2011 06:08 AM PDT

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. - Bernama

Awat boh langsir merah... bahaya ka... hihi...

Posted: 06 Apr 2011 05:00 AM PDT

Lokasi tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui di gelanggang badminton di Kuala Lumpur, Rabu. - Foto Bernama

Aku tak setuju ngan Harussani

Posted: 06 Apr 2011 04:35 AM PDT

Aku tak setuju dengan Mufti Perak, Harussani yang mengatakan Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermoral." Kerana sebenarnya sudah lama negara ini jadi tidak berakhlak dan bermoral, bukan baru sekarang dan seolah olah... haha... Hanya orang orang yang tidak terhutang budi dengan BN saja yang nampak jelas senario ini.

Malaysia jatuh ketahap lagi lagi tidak berakhlak dan paling hina apabila ada pihak yang ada kuasa yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media. Tindakan pihak tertentu terutama sekali pihak media arus perdana yang megah menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Paling tak dapat diterima akal yang waras ialah tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks yang jelas adalah haram di sisi Islam. Membuka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan... kita tuntut ikut peraturan dan berdepan secara ilmiah di mahkamah yang adil.... bukannya juga mahkamah yang dicucuk hidung.

Entahlah Anwar oii, dah la kena fitnah... nak kena berjawab ngan Polis pulak lagi...

Posted: 06 Apr 2011 01:44 AM PDT

Video seks: Anwar antara 35 individu dipanggil polis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara 35 individu yang dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes video seks membabitkan pelaku yang didakwa mirip beliau.

Individu lain termasuk bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, yang menggelarkan diri mereka "Datuk T" dan mengaku mendedahkan video itu kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata beberapa kakitangan bahagian pengurusan Carcosa Seri Negara juga dipangil memberi keterangan. Acryl Sani berkata, keterangan yang diambil daripada Anwar adalah "memadai".

"Sekiranya terdapat keterangan beliau yang tidak lengkap, kita akan panggil dia lagi sekali untuk bagi keterangan tapi setakat ini ianya telah mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, polis akan memanggil dua atau tiga lagi individu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, kertas siasatan kes berkenaan kini telah siap 95 peratus dan akan dihantar kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan video itu adalah tulen. Siasatan polis itu dibuat berikutan laporan yang dibuat oleh Anwar pada 22 Mac yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - BERNAMA

Wajib baca: Penjelasan SPRM...

Posted: 06 Apr 2011 01:02 AM PDT

Berikut adalah penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang pegawai Kastam di SPRM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.SPRM telahpun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan. - Malaysiakini

SPRM kena mandi bunga camni... hihi...

Posted: 06 Apr 2011 12:05 AM PDT

Nampak gayanya SPRM kena mandi bunga pulak la lepaih ni. Kes arwah Teoh Beng Hock pun dok tak selesai lagi dah mai pulak sorang lagi... hadoiihhh...

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.

Mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang berkhidmat sebagai pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Pengarah penyiasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Allahyarham Ahmad Sarbani ditahan pada 1 April lalu berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Penahanan itu dibuat di Klang. Ahmad Sarbani kemudiannya dilepaskan pada 2 April lalu pada jam 12.30 petang.

Lelaki itu datang semula ke pejabat SPRM di Jalan Cochrani di Kuala Lumpur untuk bertemu seorang pegawai penyiasat berhubung kesnya, kata Mustafar lagi.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi. Siasatan ke atas Allahyarham dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.

Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.Salah seorang pegawai kastam yang ditahan dalam operasi itu dikesan mempunyai wang berjumlah beberapa juta di dalam akaunnya- Malaysiakini

Harussani tertinggai bas... tak pa la dari diam terus...

Posted: 05 Apr 2011 11:56 PM PDT

Klip seks: 'Negara dah jadi negara tak berakhlak', kata ulama

KUALA LUMPUR, 6 April — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang "tidak berakhlak dan tidak bermora"l apabila ada pihak yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

"Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

"Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

"Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

"Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar," katanya.- TMI

Tolak parti lucah

Posted: 05 Apr 2011 11:50 PM PDT

Tolak politik lucah, rasuah

Harakahdaily
BATANG LUPAR, 5 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sarawak menolak parti yang menggunakan politik lucah dan rasuah untuk kekal berkuasa.


Katanya, rakyat selaku pengundi di negeri ini perlu membuat perubahan dengan tidak bersubahat menyokong parti yang menggunakan pendekatan jijik dan kotor.

"Pengundi harus membuat perubahan dengan menolak politik kotor yang dibawa parti lawan termasuk politik video lucah, rasuah dan sebagainya.

"Beri peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat membawa perubahan.

"Jika tidak baik juga, 5 tahun akan datang boleh tukar semula," katanya ketika lawatan ke Dun Tanjung Datu hari ini.

Terdahulu, beliau mengunjungi pekan Lundu bertemu dengan pengundi pelbagai kaum di sekitar pekan ini bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Pada sebelah malam, beliau menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penduduk di masjid Pekan Lundu.

Kedatangan beliau bagaimanapun sedikit mengejutkan ahli jemaah masjid tersebut yang sedang menanti ketibaan pemimpin BN iaitu Datuk Adnan Satem untuk satu program khas.

Namun sehingga selesai solat Adnan bagaimanapun tidak hadir.

Esok beliau akan mengiringi calon PAS bagi Dun Sadong Jaya ke pusat penamaan calon.

Tahniah Umno...

Posted: 05 Apr 2011 09:26 PM PDT

Rakaman tragedi dalam sejarah bangsa

Dua tragedi besar menimpa bangsa Melayu ketika ini. Satu ialah pendedahan video rakaman aksi seks seorang yang dipercayai ramai sebagai seorang  pemimpin utama pembangkang.

Kesan daripada ini, sama ada benar atau tidak ia melibatkan tokoh itu, menimpa rakyat sama ada yang percaya atau tidak.

Kedua-dua golongan, yang percaya dan yang tidak percaya, terkesan untuk jangka panjang, membentuk satu sikap tersendiri terhadap politik, kepimpinan bangsa dan budaya politik bangsa.

Kedua-dua pihak, yang berlebihan mengiyakan dan berlebihan menolak sebarang kemungkinan yang merugikan pihaknya, sedang bertindak tidak adil, kepada diri mereka sendiri dan kepada kepentingan bangsa dan negara.

Kesan terhadap rakyat, yang termasuk pemain politik kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang, mungkin tragedi yang lebih besar daripada pendedahan video itu.

Blog-blog prokerajaan pernah meminta semua menyalin dan menyimpan gambar-gambar solat hajat diketuai PAS di Shah Alam, Selangor tidak lama dulu.

Menurut mereka, ia merupakan satu rakaman sejarah penting, yang mendedahkan satu kelemahan besar parti Islam itu.

Kali ini, seluruh rakyat juga berpeluang sekali lagi merakam sejarah yang penting, iaitu bagaimana Umno dan pengikut-pengikutnya meraikan pendedahan video itu dengan penuh gembira sekali sejak semalam.

Keaiban yang didedahkan itu bukan sahaja merosakkan pelakunya tetapi terpalit juga kepada semua orang Melayu Muslim di negara ini.

Sekiranya benar pihak yang didakwa terlibat itu adalah yang disangka ramai, ia menjadi satu tragedi besar pengkhianatan dan kemunafikan yang tidak dapat dibayangkan.

Umno dan penyokongnya kini dirakam dalam sejarah sebagai kumpulan yang meraikan saat yang mengaibkan ini, dalam keghairahannya menjatuhkan lawan.

Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri yang diyakini membolehkan tindakan realpolitik itu diambil, tetapi kesannya kepada umat amat mendalam dan berpanjangan, yang kesannya mungkin tidak akan dapat dilihat dalam tempoh terdekat ini.

Sukar untuk diharap tindakan rasional dan waras daripada pemain-pemain politik, terutama Parti Keadilan Rakyat dan lawan utamanya dalam episod ini, Umno.

Semua pihak, termasuk parti Melayu Muslim PAS sebagai sekutu PKR dalam pakatan pembangkang, perlu mengambil peranan untuk menangani episod busuk ini daripada terus merosakkan sejarah bangsa

Alaahai Utusan Malaysia oiii...

Posted: 05 Apr 2011 08:00 PM PDT

Apa kita perlu buat dengan Utusan Malaysia yang celaka itu?
Oleh MELAYU DERHAKA

Saya terkejut tengok muka depan Utusan Malaysia hari ini. Cukup kurang ajar. Cukup lucah. Cukup melampau. Cukup menjijikkan. Cukup memualkan. Tapi apa yang boleh saya buat? Kalau setakat pulau, memang bos-bos Utusan itu tidak mengerti apa-apa; mereka buat tak kisah saja. Jadi, apa harus saya buat dengan suratkhabar Utusan yang siarkan di muka depan dan ditambah gambar-gambar porno di muka dalam.

Memanglah Utusan Malaysia itu akhbar Umno, yang akan promote apa saja demi kepentingan Umno/BN dan akan melawan Pakatan Rakyat, terutama Anwar Ibrahim, menggunakan apa jua.

Kempenlah untuk Umno seperti Harakah kempen untuk PAS. Itu biasa. Tapi janganlah benda-benda aib seperti video lucah pun nak disiarkan secara terbuka macam itu. Ini sudah melampau. Darah saya sudah terbakar. Saya bukannya penyokong kuat Anwar tapi saya tak boleh terima seorang manusia nak dimalukan sebegitu rupa.

Jadi, saya nak bertanya, apa yang perlu kita buat dengan Utusan, dengan bos-bosnya, dengan pengarang dan wartawannya? Kita perlu sampaikan mesej agar orang di Utusan sana tahu apa perasaan umat Islam tengok muka depan akhbar terkutuk itu hari ini.

Saya minta pandangan tuan-tuan, apa yang saya boleh buat kepada Utusan, selain membakar akhbar celaka itu, atau kempen memulaunya? Saya tidak akan tenang jika pihak Utusan yang celaka itu tak diberi pengajaran sewajarnya.

Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim

Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT

Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim.

Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus yang paling digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara.

Tindakan tindakan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa, diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha....

Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Malaysia... haha...

Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan terpilih. Dan muncul pula tangan kebal entah dari mana memuat turun ke You Tube menambahkan lagi sensasi isu ini. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi. Insyaallah, aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim...

Tahniah Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN...

Bukan Anwar Ibrahim

Posted: 05 Apr 2011 06:00 PM PDT

Sapa lagi yang lebih layak untuk mengadili samaada pelakon seks dalam video panas itu adalah Anwar Ibrahim atau tidak melainkan isteri dan ahli keluarga Anwar sendiri.

Justeru, presiden Parti Keadilan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar Ibrahim tampil untuk mempertahankan suaminya sekali lagi, menegaskan bahawa pelaku dalam video yang disiarkan melalui You Tube semalam bukanlah Anwar Ibrahim, setelah beliau menonton dengan sendiri video tersebut.

Malah, Wan Azizah dihujani soalan ketulenan video, yang juga dikesahkan Ketua Polis Negara - akhirnya meninggikan nada dan menegaskan bahawa, "Tulen tak tulen bukan isu..., (isunya) Itu bukan Anwar! Anwar bukan lelaki dalam video tersebut!"

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim turut kelihatan terusik dengan soalan yang diajukan wartawan, sehingga menyindir tahap logik wartawan dengan mengumpamakan "kalau kita anggap satu rumah, ada pencuri. Polis tahu rumah itu tulen, tak payahlah tangkap pencuri...", mencetuskan gelak ketawa dari kalangan wartawan.

Transformasi KERAjaan Najib... kahkahkah...

Posted: 05 Apr 2011 05:00 PM PDT

Kelucahan itu agenda Transformasi Kerajaan Malaysia?
Oleh DINSMAN

Tak sangka rupa-rupanya Transformasi Kerajaan Malaysia itu berlaku begitu cepat sekali. Hari itu kita terkejut dengan rancangan besar Kerajaan Najib hendak mendirikan beberapa kelab malam besar bertaraf dunia, di samping usaha-usaha bagi memajukan teknologi pembuatan filem dan video, bagi meningkatkan lagi aktiviti hiburan dan maksiat di negara ini supaya kita dapat bertahan dalam arus globalisasi dan tidak tersisih dalam persaingan dengan negara-negara maju.

Memang tak sangka dan tak diduga. Rupa-rupanya program Tranformasi Kerajaan Malaysia itu telah dirancang dan diatur dengan begitu rapi dan kemas sekali. Kita Pakatan Rakyat (PR) sekadar mengkritik dan mempersoalkan beberapa rancangan mereka yang kita tak setuju itu.

Bisinglah kita beberapa hari dengan isu itu – dalam Parlimen, dalam media dan di pentas-pentas ceramah politik. Lepas itu kita pun tinggalkan isu itu, dan sibuklah pula kita dengan isu-isu lain pula. Ini biasa. Mungkin tak ramai kita yang sedar. Dan pihak Umno/BN pun sudah arif benar dengan tabiat tak berdisiplin kita yang merugikan ini. Dan mereka selalunya pandai dan tangkas memanfaatkan tabiat buruk kita ini.

Banyak sudah saya perhatikan. Kita bising dengan isu-isu tertentu, kita dedahkan di dalam media, kemudian kita tinggalkan begitu saja. Tak tahu dan macam tak kisah pun apa terjadi seterusnya dengan isu itu.

Akibatnya, saya perhatikan, pihak Umno/BN pun tidak risau lagi dengan tabiat bising kita itu. Mereka biarkan saja. Dan mereka pun teruskan dengan amalan rasuah mereka, fitnah mereka, rompak hak rakyat dan sebagainya. Sebab mereka tahu yang bising-bising PR tidak akan ke mana pun. Sekadar bising saja, dengan harapan rakyat akan sedar dan bangkit dan akan bertukar.

Bukanlah kita nak menafikan kesannya yang positif. Memang ada kesan positifnya. Negeri Selangor bertukar kerajaan, negeri Kedah bertukar kerajaan, negeri Perak dan Pulau Pinang pun bertukar kerajaan, dalam PRU-12 yang lalu. Itu bukan kesan yang kecil. Itu besar kesannya. Memang. Kita tak nafikan itu. Tetapi cukupkah setakat itu sahaja?

Tentu tidak cukup. Kita mahu lebih lagi daripada itu. Dan kita mahu pertahankan apa yang telah kita dapat itu. Dalam masa yang sama juga Umno/BN pun berusaha sedaya upaya mereka untuk merampas kembali mana-mana kerusi yang telah terlepas daripada tangan mereka, di samping mempertahankan mana-mana yang masih di tangan mereka.

Maka itulah tanpa kita duga, dan tak disangka-sangka, Rahim Tamby Chik boleh timbul semula bersama dengan dua rakan baru seperjuangannya, melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dan melanggar akhlak Islam secara terang-terangan, namun mendapat sokongan pula daripada pihak kerajaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang negara. Maka riuh rendahlah pula kita.

Dan mereka pun tak pedulikan riuh rendah kita itu. Mereka juga riuh rendah, dan riuh rendah mereka disokong dengan kuasa. Kita berdemo akan ditangkap dan dibelasah dengan kayu dan ditembak dengan peluru pemedih mata dan penyesak nafas. Mereka berdemo akan disokong dengan laporan berita yang positif dalam akhbar dan televisyen.

Kita riuh rendah mengatakan mereka salah kerana memiliki dan menayang video lucah kepada awam. Mereka riuh rendah mengatakan itu Anwar Ibrahim di dalamnya dan minta ditayang lagi kepada ahli-ahli Parlimen. Kita kata tuduhan itu bohong. Polis kata video itu tulen. Dan mereka tak peduli pun undang-undang yang melarang memiliki dan menayang video lucah itu. Hah!

Apa yang sebenarnya sedang berlaku di negara kita ini? Masih berdaulatkah undang-undang seperti yang termaktub dalam perlembagaan itu?

Tidak salahlah instinct yang mendorong perasaan saya jadi marah kepada 14 mufti yang bungkem, sebagai reaksi awal terhadap peristiwa tiga Datuk T melanggar undang-undang dengan menayang video lucah kepada para pemberita dan tokoh-tokoh politik terpilih, yang saya bentangkan dalam Wacana Budaya 28 Mac lalu.

Saya tidak nampak yang lain lagi yang dapat menyelamatkan negara ini daripada dimusnahkan oleh serangan 'garuda' kelucahan melampau yang dilindungi undang-undang itu. Siapa lagi yang boleh menyekat kemaraan itu kalau bukan para mufti dan raja-raja yang akan bertindak sebagai Ketua Agama di negara ini atas nasihat para mufti berkenaan!

Kini lebih seminggu telah berlalu, namun para mufti masih juga bungkem. Hanya bersuara dalam isu remeh (poco-poco? apa tu? oh pocot!) yang sama sekali tidak menyentuh soal dasar yang penting seperti isu pelanggaran undang-undang lucah yang dibenarkan itu.

Anda bayangkanlah, dalam suasana seperti sekarang ini, apabila mereka yang dilindungi oleh kuasa itu boleh tidak mempedulikan undang-undang yang melarang memiliki dan menayang video lucah itu, dan dari kalangan mereka timbul pula tuntutan supaya video itu ditayangkan kepada ahli-ahli Parlimen, para pembuat undang-undang di negara ini sendiri… anda bayangkanlah apa sebenarnya yang sedang berlaku!

Saya mulai terfikir seperti apa yang saya nyatakan di pembukaan tulisan ini di atas. Bahawa rupa-rupanya program Tranformasi Kerajaan Malaysia itu mungkin telah dirancang dan diatur dengan begitu rapi dan kemas sekali, termasuklah di dalamnya agenda kelucahan melampau ini.

Dan saya teringat kepada skrip teater saya "Apocalipso" yang telah dua kali dipersembahkan kepada pihak (parti dan kerajaan) yang berkenaan untuk dipentaskan, dan telah dua kali pula ditolak (walaupun belanjanya tak sampai empat puluh ribu). Bahawa kelucahan bukan sekadar kelucahan, tetapi mereka ada agenda yang lebih besar.

Dan mengikut skrip teater "Apocalipso" itu, di belakang daripada segala gerakan kelucahan dan maksiat dan hiburan yang melampau-lampau di negara kita ini, ia tidak berhenti sekadar di Putrajaya, tetapi ada connection kepada pihak yang lebih berkuasa di luar sana (bukan di atas sana). Oh poco-poco!

Tetapi ya, kata mereka, para mufti kita itu pun menganggap nasi mereka disuap oleh tangan dari Umno/BN juga. Sedangkan Islam mengajar kita rezeki itu datangnya daripada Allah SWT, yang Rahmat-Nya sentiasa melimpah-limpah ke atas kita. Jadi, macamana tu? Siapa yang keliru dan dikelirukan? Wallaahu a'klam!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

Aikk... Sarawak dah start kempen ker?

Posted: 05 Apr 2011 04:00 PM PDT

 TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermesra dengan peniaga di pasaraya Wisma Wan sambil diiringi calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN N.11 Batu Lintang, Sih Hua Tong (kanan), ketika mengadakan lawatan ke Taman Komersial Tabuan Jaya petang tadi. - Foto Shahrizal Md Noor

KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, bersalam dengan orang ramai pada majlis perasmian Komplek Kem Bina Negara Sempadi, Lundu, hari ini. - Foto Ghazali Bujang

Dok cari mangsa tak habis lagi...

Posted: 05 Apr 2011 03:00 PM PDT

ANGGOTA penyelam Jepun dari Sapporo sedang mencari mangsa di dalam air di kawasan yang musnah akibat tsunami di Ishinomaki, Miyagi, Jepun hari ini. - Foto AP

Tiada ulasan: