Rabu, 6 April 2011

Addin

Addin


PRN Sarawak : Taib Mahmud Mengalirkan Wang Berbillion Ringgit Keluar Dari Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 04:00 PM PDT

Mengalirkan Wang Keluar Dari Sarawak; Hanya pada minggu yang lalu, dengan berbohong, Taib Mahmud telah mengumumkan menerusi video bahawa dia dan anak-anaknya sentiasa mengelakkan diri mereka berniaga di Sarawak "Saya mengelak konflik kepentingan dari menghantui saya sepanjang masa. Jika saya berurusniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan bahawa saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, jadi, kami melakukannya di luar negara."

Namun, kami tetap akan mendedahkan segala bukti untuk menghantuinya. Terdapat bukti-bukti yang berkaitan dengan berbilion-bilion ringgit yang telah disalurkan keluar dari negeri Sarawak oleh bank persendirian keluarga Taib sahaja. Semua urusniaga itu dilaksanakan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.

Bank-bank milik keluarga Taib – perniagaan mereka digerakkan oleh pengaruhnya

Sebagai contoh, mari kita lihat pada UBG Bank (dahulunya dikenali sebagai Bank Utama), yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS sehingga bulan November tahun lalu. Pengerusi UBG Bank adalah anaknya, Abu Bekir, manakala timbalannya pula adalah Syed Ahmen Alwee Asree, iaitu suami kepada Hanifah Taib.

Menerusi kedua-dua anak dan menantu Taib itu, UBG Bank telah mengaut keuntungan sehingga berbilion-bilion ringgit. Sila teliti pada pegangan saham-saham mereka, dan perhatikan segala apa yang telah mereka jualkan. Bagi mereka yang sekadar gemar melemparkan tuduhan bahawa Sarawak Report telah mendedahkan bukti-bukti yang dianggap tidak betul adalah mereka yang gagal memuatturunkan Laporan Tahunan yang paling asas dan pengumuman-pengumuman dari internet. Tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka tidak layak memberikan komen-komen atau boleh kita anggap sebagai pembohong.

Berdasarkan rekod-rekod itu, misalnya, sehingga tahun 2007 UBG yang mempunyai kawalan ke atas sepertiga dari kesemua saham dan keseluruhan 60% saham-saham dalam bank yang keempat terbesar di Malaysia, RHB! Maka, berapakah nilai kesemuanya bagi keluarga Taib? Beberapa siri jualan awam telah diadakan bagi memberikan kita angka-angka yang kita perlukan itu.

Mendapatkan balik wang mereka – berapakah nilainya?

Pada tahun 2007, sebagaimana yang kita ketahui, keluarganya telah cuba untuk mendapatkan wang mereka dari saham-saham dalam RHB, kerana tiga percubaan jualan secara komersial telah mengalami kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut. Dalam pada itu, Taib juga diketahui telah gagal meletakkan bidanya mengikut kehendaknya!

Namun, keluarga Taib amat bertuah, kerana sebuah perbadanan awam telah bertindak sebagai penyelamat kerugian keluarganya yang menawarkan untuk membeli saham-saham. Perbadanan awam yang kita maksudkan di sini adalah tidak lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP merupakan sebuah dana persaraan kakitangan kerajaan yang terbesar di Malaysia, dan diuruskan oleh sebuah lembaga yang didominasikan oleh ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin perniagaan.

KWSP telah membayar sejumlah RM1.4 bilion secara tunai kepada para pemegang saham-saham UBG dan keluarga Taib bagi saham-saham dalam RHB. Wang tersebut adalah dari dana pencen penjawat awam yang dibayar masuk ke dalam akaun-akaun bank keluarga Taib.

Fakta-fakta ini amatlah bertentangan dengan penafian yang telah dibuat sendiri oleh Abdul Taib Mahmud dalam video temubualnya mengenai "tuduhan konflik kepentingan" dan "menggunakan pengaruhnya untuk menambahkan kekayaannya" dengan berniaga di dalam Sarawak dan Malaysia!

Dalam pada itu, tokoh-tokoh terkemuka negeri yang menganggotai Lembaga KSWP, antara lainnya, adalah rakan karib Taib sendiri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, yang telah kami dedahkan pada minggu lalu sebagai salah seorang dari perampas tanah orang-orang asal. Kenapa Encik Morshidi tidak sudi mengembalikan kesemua tanah-tanah yang diserahkan oleh Taib kepadanya – yang telah dibiayai dengan berjuta-juta ringgit wang para pesara kakitangan kerajaan?

Selain itu, KWSP juga diminta untuk menyelamatkan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun. Memandangkan tiada di kalangan pelabur yang sanggup melibatkan diri dalam projek berkenaan, maka KWSP telah memperuntukkan RM5.75 billion sebagai suntikan modal untuk gajah putih itu, sekali lagi, menghidupkan semula usahasama dan menambahkan kekayaan syarikat CMS milik keluarga Taib, dengan pemberian pelbagai jenis kontrak di situ.

Dan Taib mengakui bahawa beliau tiada perniagaan di Sarawak mahupun di Malaysia, dan tiada konflik kepentingan? Sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal!

Lebih banyak wang dari UBG

Setelah ianya menjualkan saham-saham RHB dengan banyak keuntungan, UBG seterusnya memperolehi kebaikan dari pengaruh tempatan. Ianya telah memperolehi faedah daripada dua syarikat, Putrajaya Perdana Sdn Bhd dan Loh & Loh Corp Bhd dan kemudiannya mengeluarkan saham-saham baru kepada sebuah syarikat persendirian, Majestic Masterpiece yang telah melonjakkan jumlah ekuitinya dari RM800 juta kepada kira-kira RM1.5 billion.

Dalam pada itu, UBG telah mengabaikan keperluan yang ditetapkan oleh Pasaran Saham bahawa sekurang-kurangnya 25% dari keseluruhan saham dalam syarikat awam yang disenaraikan, seharusnya mudah diperolehi oleh para pelaburnya, dan bukan dipegang oleh syarikat-syarikat yang mengendalikannya. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Pasaran Saham dalam 2010 telah menyatakan bahawa UBG telah tidak mematuhi keperluan-keperluan itu kerana 90% dari saham bank berkenaan adalah di bawah kendalian CMS dan rakan barunya, Majestic Masterpiece. Mujurlah, Bursa Saham Malaysia telah meluluskan perlanjutan tempohnya itu!

Apakah faedah pengambilan kedua-dua oleh UBG pada 2008 itu? Negeri Sarawak telah bersungguh-sungguh menawarkan kontrak-kontrak utama negeri kepada mereka sejak beberapa bulan yang lalu!

Pada awal 2010, akhbar The Star telah melaporkan bagaimana syarikat Loh & Loh, telah berjaya mendapat salah satu daripada kontrak-kontrak utama negeri iaitu projek pembinaan jalan bernilai RM2 billion, dianugerahkan oleh Ketua Menteri! Projek tersebut adalah pembinaan RM645 juta jalan ke Empangan Murum, yang sedang dalam pembinaan (sebuah lagi projek gajah putih yang akan memusnahkan kawasan yang amat luas di Sarawak dan menambahkan kekayaan keluarga Taib).

Sementara itu, syarikat Putrajaya Perdana, yang diambil oleh UBG, telah juga mendapat kontrak-kontrak mewah, terima kasih kepada keputusan-keputusan bijak Ketua Menteri. Salah sebuah projeknya adalah pembinaan Ibupejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Isthmus di Kuching. Pada asalnya, kontrak itu telah dianugerahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya, CMS dengan nilai RM232 juta. Kemudian, CMS menyerahkannya kepada anak syarikatnya yang baru, Putrajaya Perdana Construction, menerusi UBG dengan nilai RM231 juta.

Dua kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dianugerahkannya kepada syarikat-syarikat milik keluarganya dalam masa beberapa bulan setelah diambil-alih! Tiada tanda-tanda beliau menjalankan perniagaan 'di dalam negeri ini'? – adakah beliau ingat kita ini bodoh-bodoh belaka?

Dalam masa Taib menganugerahkan kontrak-kontrak utama kepada kedua-dua anak syarikat milik keluarganya itu, beliau juga diketahui telah berusaha memperolehi faedah dari UBG. Beberapa siri rundingan telah dijalankan untuk menjualkan saham-saham CMS dalam bank itu, dan juga saham-saham Majestic Masterpiece kepada sebuah lagi syarikat yang bermisteri, yang dikenali sebagai PetroSaudi.

PetroSaudi International adalah sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di negara Arab yang telah menunjukkan minatnya melabur dengan membeli keseluruhan UBG dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian. Syarikat berkenaan pernah mengejutkan media-media di Malaysia dengan pelbagai-bagai janji untuk melabur secara besar-besaran dalam usahasama dengan Kerajaan, yang akhirnya tidak menjadi reality sepanjang tahun 2010. PetroSaudi telah dikatakan mempunyai perkaitan dengan seorang putera raja Arab dan beribupejabat di Arab.

Namun, Pejabat Rekod-rekod Syarikat di UK telah mengeluarkan cerita yang berlainan. Pejabat berkenaan menyatakan bahawa PetroSaudi International telah dikorporatkan pada 18hb Februari 2010, dan negara asalnya adalah United Kingdom! Ianya mempunyai pejabat-pejabat di Arab Saudi dan juga di Geneva, Switzerland, tetapi asal-usul syarikat itu adalah sejajar dengan keputusan Taib Mahmud untuk mengeluarkan berbilion-bilion ringgit sahamnya dari UBG di Sarawak dan menjualkan keseluruhan keusahawanannya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia.

Kajian dan siasatan kami ke atas pejabat-pejabat PetroSaudi International di 1 Curzon Street, Mayfair di London dan mendapati mereka menggunakan ruang-ruang pejabat di sebuah bangunan yang khasnya disewa oleh Asset Management, iaitu sebahagian dari Swiss Bank UBS.

Suatu lagi sumber keuntungan yang amat lumayan

Dengan anak-anak syarikat UBG yang baru dan dianugerahkan kontrak-kontrak besar negeri, adalah mudah sangat untuk memujuk PetroSaudi International mengambil-alih bank awam ini, dengan pemilikan 90% saham yang ada pada kedua buah badan itu (walaupun bercanggah dengan peraturan Bursa Saham Malaysia), kembali ke pangkuan-pangkuan persendirian.

Hanya pada 1hb November 2010 pembelian saham-saham CMS dan Majestic Masterpiece diselesaikan oleh PetroSaudi International. Tawaran yang dicadangkan telah diumumkan beberapa bulan sebelum itu oleh CMS yang berjumlah RM466 juta.

Amaun tersebut telah menjadikan sejumlah kira-kira RM2 bilion yang telah diperolehi oleh keluarga Taib daripada perniagaan perbankan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Jual-beli ini telah melibatkan suntikan dana persaraan para bekas penjawat awam dan digunakan ke atas kontrak-kontrak negeri yang diraih oleh syarikat-syarikat Taib di sepanjang tempoh rundingan itu.

Bagaimana Taib Mahmud boleh mengakui bahawa beliau tidak menjalankan perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan dari dihantui oleh tuduhan-tuduhan konflik kepentingan? Mudah sahaja – beliau TELAH menggunakan kedudukannya dan pengaruhnya untuk menguntungkan diri sendiri. Beliau telah melarang semua bentuk media untuk melaporkannya kepada umum./sr


Kes Amah : Kenapa Rais Yatim Tidak Saman Wikileaks, Migrant Care?

Posted: 06 Apr 2011 07:22 AM PDT

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon lanjutan masa bagi memfailkan jawapan terhadap pernyataan pembelaan blogger, Amizudin Ahmat, berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog. Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 26 April ini bagi sebutan kes untuk kedua-dua pihak memfailkan dokumen yang berkaitan dengan kes termasuk fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.


Pada 2 Feb, Rais mendapat perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya Amizudin mengeluarkan daripada blognya makalah berbaur fitnah terhadap beliau. Ketika membenarkan permohonan itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin, tau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto paintif (Rais) daripada blog, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim itu juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau jennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana akalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi nter parte.

Pada 31 Jan, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga nggota jawatankuasa sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah erkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu beserta foto Rais pada pada 28 Dis tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam akalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau. Menteri itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh ifahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol an berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur itnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak ermoral. Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara eribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional an/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog. Ekoran itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun, dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.Amizudin betika itu mempersoalkan tindakan menteri itu yang tidak melakukan tindakan yang sama terhadap NGO Migrant Care, lapor Harakahdaily. Menurutnya, walaupun WikiLeaks merupakan sumber permulaan yang mendedahkan isu yang dikatakan kejadian rogol terhadap seorang amah warga Indonesia, keengganan Rais menyaman pihak terbabit telah menimbulkan tanda tanya.

Selain WikiLeaks, tindakkan Rais yang tidak menyaman Migrant Care yang mempertahankan kenyataan mereka di media sebelum ini bahawa pernah menemubual amah tersebut di kampung halamannya turut menimbulkan persoalan./klt


Panas!! Taib Mahmud Guna Bomoh Yahudi

Posted: 06 Apr 2011 05:00 AM PDT

BALINGIAN: Suasana di Pusat Penamaan calon N51 DUN Balingian gempar dan bertukar kecoh semasa tempoh bantahan berlangsung apabila sekumpulan penyokong bebas mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menggunakan bomoh yahudi untuk terus kekal berkuasa. Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.


Salleh yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita itu sebagai perosak negeri Sarawak, malah menuduh wanita itu sebagai bomoh yang ditugaskan untuk memastikan Taib terus kekal berkuasa. Dalam masa yang sama Salleh juga menjelaskan kepada orang ramai supaya bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita itu yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang. Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal dan membawa lari wanita itu ke suatu lokasi yang tidak diketahui./kd

Persatuan Ulama Malaysia Kecam Video Seks Fitnah

Posted: 06 Apr 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam penyebaran video fitnah seks yang kononnya dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan ia bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam. Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, penyebaran video itu merupakan perbuatan berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.

"Atas nama apa alasan sekalipun penyebaran ini adalah satu tindakan jahat, fitnah dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya malah menyalahi etika kewartawanan yang serius. "Trend membuka aib dan menyebar fitnah bukan norma budaya Melayu Islam, malah menyalahi undang-undang dan etika mana sekalipun di dunia ini," katanya.

PUM turut memohon agar campur tangan Majlis Raja-Raja jika pihak berkuasa dan kerajaan gagal menghentikan penyebaran rakaman video seks itu. Beliau berkata, individu yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran rakaman video seks itu adalah haram di sisi agama Islam. "Mereka bukan sahaja merosakkan diri, keluarga dan masyarakat, malah turut mempromosikan kejahatan yang bakal mengundang laknat dan bala daripada Allah," katanya.

Sementara itu, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius penyebaran video seks fitnah berkenaan di YouTube dan internet kerana ia mencemar nilai budaya politik di Malaysia. Pengerusi persatuan itu, Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.

"Sama ada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. "Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi terhadap sebahagian rakyat," kata Mustaffa yang juga bekas Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan.

Menurut Mustaffa, tindakan menayang dan membiarkan penyebarannya juga bermakna seseorang itu dihukum sebagai salah dan mendahului kuasa mahkamah. "MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia," katanya yang juga bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia./kd


Terkini!! PAS Menang Tanpa Bertanding Di Muara Tuang?

Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT

Calon PAS bagi kerusi N 15 DUN Muara Tuang diisytiharkan menang tanpa bertanding setelah adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud gagal menyerahkan butiran perbelanjaan pilihanraya pada 2006 lalu. Normala Hamzah menang tanpa bertanding sebentar tadi menurut Twitter Jonson Chong di bawah:


Congrats to #Pas for winning Muara Tuang N15 uncontested 'cos the BN candidate did not submit 2006 election returns. Dan ini pula Twitter Timbalan Setiausaha PKR Sharifah Shahidah: Tahniah calon PAS N15 Muara Tuang Noraini Hamzah menang tanpa bertanding lwn adik Taib Mahmud yg tak htr last election's financial stmt./Jalan Pulang

Ini yang aku terima dari blog Cina Islam sebentar tadi...sungguh licik perancangan SPR (Komponen ke 14 Be End) untuk memenangkan tuan mereka..


Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud. Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan.

Pegawai Kanan Kastam Pula Mati Jatuh Dari Bangunan SPRM

Posted: 05 Apr 2011 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas jatuh daripada tingkat 14 pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam tahun lalu, seorang lagi saksi yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati jatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Mangsa tersebut, seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dikatakan dipanggil untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar.

Sebuah portal melaporkan pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke bangunan SPRM untuk bertemu pegawai penyiasat selepas dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata mayat pegawai kastam berkenaan ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi ini./kd

Utusan Meloya, Kosmo, TV3 Suku Sama Taraf Dengan Majalah Playboy..

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT

Media arus perdana milik UMNO mengamalkan kewartawanan yang jijik dan keji dengan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama Islam demi menfitnah Anwar Ibrahim untuk memenuhi agenda politik  keji mereka. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini menyelar tindakan Utusan Meloya , TV3 Suku dan Kosmo kawalan UMNO yang menyiarkan gambar-gambar video lucah demi menfitnahkan Anwar. Tindakan media berkenaan turut mencemarkan nama baik bangsa Melayu dan Negara Islam di peringkat antarabangsa, kata Ahli Parlimen Baling, Taib Azamauddin.


"Kalau Kosmo surat khabar Melayu, kalau Utusan surat khabar Melayu, apakah hebat surat khabar Melayu untuk tanam saham  jual maruah Melayu dan Islam. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff turut  mengutuk keras  Utusan Meloya dan Kosmo kerana membelakangkan etika kewartawaan dalam keghairahan mengaibkan Anwar. Saya mengutuk  media hari ini terutama media Utusan,  Kosmo yang letak gambar sebelah sebelah, ia ada agenda politik.  Kita hormati kebebasan media tetapi bukan media kotor seperti ini, " tegas beliau.

UMNO Be End sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menjatuhkan musuh no. walid mereka iaitu Anwar Ibrahim. Yang salah jadi benar, yang haram jadi halal demi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dari persada politik tanahair. Bagi UMNO Be End, dengan menjatuhkan Anwar Ibrahim maka berkuburlah impian Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya. Namun mereka silap, kerana perjuangan yang suci ini bukan semata-mata kerana Anwar Ibrahim tetapi ada yang lebih besar lagi iaitu menentang kebatilan bagi menegakkan kebenaran..


PRN Sarawak : Be End Sudah Perintah 48 Tahun, Masih Tiada Bekalan Air Bersih

Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT

Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, 400 keluarga di Kampung Tuie - satu perkampungan tradisional Melayu di kawasan pedalaman Sarawak - masih menaruh harapan untuk mendapatkan bekalan air bersih.Diwujudkan sekitar 120 tahun lepas, kampung yang didiami 3,100 penduduk itu masih belum mendapat bekalan air bersih - walaupun selepas 48 tahun pembentukan Malaysia. Situasi mereka menjadi semakin teruk ekoran ketiadaan hujan sejak dua minggu lalu.


"Anak-anak terpaksa mandi di lubang itu," kata Ayang Aceham, 53, (foto), sambil menuding ke arahnya di tepi jalan. Ayang, yang mempunyai lapan orang cucu, menjelaskan bahawa air bertakung dalam parit itu - kira-kira 1.5m luas - apabila air sungai pasang dan membanjiri kampung itu. Dalam musim kemarau, hanya lubang itu sahaja yang tinggal untuk kanak-kanak itu mandi. Beberapa orang daripada mereka mengangguk bila ditanyakan sama ada mereka mandi di lubang itu. 

Ayang adalah antara penduduk yang tidak dapat lagi menyimpan apa yang terbuku di hati mereka, menjelang satu ceramah di kampung itu oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu.

Mereka terpaksa memandu selama sejam untuk sampai ke sebuah telaga yang terletak di sebuah estet untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian."Kadang-kadang kami mandi dan membasuh di Sungai Saribas, jika tidak ada air," kata Ayang, merujuk kepada sebatang sungai di kampung itu./mk



Tiada ulasan: