Isnin, 4 April 2011

shalehudin

shalehudin


Umno lucah

Posted: 04 Apr 2011 09:07 AM PDT

BLOG TAJAAN UMNO SUDAH MULA SEBAR VIDEO LUCAH

Amat memalukan dan memualkan! Itu lah yang saya dapat katakan tindakan blog pro Umno yang menyebarkan Video lucah yang didakwa melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tindakan yang dikordinasi seperti menekan satu butang. Secara hampir serentak blog-blog Umno mula menyiarkan video lucah ini. Arahan siapa kita sudah boleh menduga, memang kerja pemimpin Umno di peringkat atasan.

Tak perlu peguam Karpal Singh minta disiarkan di parlimen kerana budak-budak sekolah rendah pun dah boleh tengok video lucah percuma.

Dalam hal ini, polis kena bertanggungjawab sepenuhnya. Si penyebar video lucah dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang dakwaan. Polis lebih sibuk status ketulenan video daripada orang yang menyebar dan individu serta dalang yang terlibat. Apa polis Malaysia dah buat?

Video lucah ini tersebar selepas Dato seri Nazri Aziz berkata satu cadangan akan diusulkan untuk Suruhanjaya Diraja. Maka apabila video lucah ini sengaja disebarkan tanpa dapat disekat oleh pihak polis sekali gus akan menjustifskasikan penubuhan suruhanjaya Diraja kerana kononnya telah menjadi isu nasional.

Penubuhan suruhanjaya Diraja sekaligus seperti satu penghinaan kepada ahli suruhanjaya ini jika ditubuhkan kerana terpaksa menyiasat ke Video lucah! Apa dah tak ada kerja lain? Semua ini sengaja dirancang untuk memburukkan Dato Seri Anwar sekaligus memburukkan imej Pakatan Rakyat. Satu taktik paling keji dan kotor politik Umno dalam sejarah politik Malaysia hasil kerja tangan-tangan pemimpin Umno di sebalik isu video lucah ini.

Umno sanggup melakukan apa sahaja kerana takut hilang kuasa seperti kata pemimpin mereka....Kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan Putrajaya.....Mungkin inilah antaranya. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang masih sayang pada negara ini serta masih mempunyai sekelumit nilai kemanusiaan dan mempunyai nilai-nilai keimanan serta keislaman agar menolak politik jijik dan kotor ini. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melaknat mereka yang buat kerja gila dan tidak bertamadun ini.- angkasanuri

Made in Thailand... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2011 05:50 AM PDT

Kenapa Ada Alamat Thailand Pada Video Seks Ini?



Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

Bukan Anwar dalam video tu

Posted: 04 Apr 2011 05:03 AM PDT

Sosok, lenggok ternyata bukan Anwar- Nik Nazmi

PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, berdasarkan video palsu yang dimuat turun di laman web You Tube, jelas individu di dalam rakaman berkenaan bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama, termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.

"Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar,"

"Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik," jelas beliau dalam satu respon segera yang dihantar kepada Keadilandaily petang ini.

Beliau mengulas tindakan Umno, melalui blogger mereka yang memuat turun rakaman tersebut di laman You Tube hari ini.

Menurut Nik Nazmi, jelas sekali tayang video berkenaan kepada umum bermotifkan politik ketika Pilihan Raya Negeri sedang rancak di Sarawak.

Justeru itu beliau mengemukakan enam persoalan asas yang masih belum terjawab berhubung video fitnah tersebut:

1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?

2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.

3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan
ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

4. Dato' T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?

5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga
mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.

6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?

Sehubungan itu, Nik Nazmi menyeru rakyat Malaysia supaya tidak termakan dengan politik fitnah, kotor dan keji yang dibawa Umno- Barisan Nasional.

"Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.

"Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela. Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama," ujar beliau.

Anwar gemuk la pulak dalam video nih... haha...

Posted: 04 Apr 2011 05:00 AM PDT


Kerana Mu BN... kahkahkah...

Posted: 04 Apr 2011 02:00 AM PDT

Kenapa Harga Barang Naik Tidak Terkawal?
Oleh periapahit

"Setiap hari dan setiap detik, kita melihat betapa harga barangan naik tanpa sebarang pemberitahuan oleh pihak kerajaan. Daripada barangan keperluan asas sehinggalah barangan alat ganti, kenaikkan adalah tidak terkawal.

Ramai yang mengatakan bahawa punca utama kenaikkan harga barangan ini disebabkan oleh kenaikkan harga minyak yang menyebabkan kos pengangkutan naik. Bagi barangan asas seperti bawang pula faktor bencana alam dijadikan alasan untuk kenaikkan itu

Pada pendapat saya, kenaikkan harga barangan ini bukan berpunca dari faktor-faktor yang disebutkan tadi. Ini kerana sekiranya kos pengangkutan yang menjadi penyebab, semua orang tahu bahawa kos pengangkutan boleh diserap sekiranya pihak pemborong membeli secara banyak dan jika faktor bencana alam menjadi penyebab, ianya tidak berlaku setiap hari.

Pernahkah kita terfikir bahawa faktor utama kenaikan harga barangan ini adalah disebabkan kerajaan Barisan Nasional. Apabila kepentingan gula diambil alih dari Robert Kwok oleh pihak Felda, bermulalah wawasan kenaikan harga barangan di Malaysia. Semasa Robert Kwok menjadi RAJA GULA di Malaysia, pihak kerajaan beberapa kali menolak permohonan beliau untuk menaikkan harga gula disebabkan kos pengeluaran yang bertambah. Apabila kepentingan beliau dijual kepada pihak kerajaan melalui Felda, harga gula segera dinaikkan oleh pihak kerajaan.

Sekiranya pihak kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam industri gula boleh menaikkan harga tersebut sewenang-wenangnya, maka pihak pembekal barangan asas lain juga berani untuk melakukan perkara yang sama. Sebab itulah kita tidak boleh menyalahkan pihak pembekal barangan yang menaikkan harga.

Kerajaan Barisan Nasional juga menaikkan harga minyak dan juga cukai perkhidmatan tanpa memaklumkan kepada orang ramai dan dilakukan secara diam-diam. Jika sebelum ini, cukai dikenakan 5% dinaikkan kepada 6% tanpa makluman secara menyeluruh. Kenaikkan ini hanya diketahui melalui notis-notis kecil yang ditampal di premis-premis perniagaan yang terlibat.

Begitu juga dengan kenaikkan harga minyak. Media utama seperti TV dan akhbar langsung tidak menyebut tentang kenaikkan harga minyak seperti semalam yang mana RON 97 dinaikkan lagi 20 sen menjadi RM2.70 seliter, harga tertinggi dlam pasaran. Orang ramai mungkin berkata ianya tidak memberi kesan kerana mereka menggunakan RON 95 yang masih lagi kekal harga dipasaran. Tetapi orang ramai tidak sedar bahawa sebilangan besar usahawan di Malaysia menggunakan RON 97 kerana mutunya dijamin untuk kebaikkan enjin kereta. Apabila para usahawan ini menggunakan RON 97, ia termasuk dalam kos pengurusan dan secara tidak langsung, kos pengurusan meningkat dan keuntungan menurun. Jadi dalam hal ini, kenaikkan harga barangan oleh pihak pembekal sebenarnya tidak memberi keuntungan yang lebih kepada pihak pembekal tetapi kembali kepada tahap asal keuntungan sahaja.

Kelibat kerajaan Barisan Nasional yang sering melaungkan kekukuhan ekonomi menyebabkan para kapitalis luar mengambil kesempatan kepada rakyat Malaysia. Bila sering mengatakan lonjakan ekonomi serta plan transformasi ekonomi yang berjaya, para kapitalis luar memandang Negara Malaysia mampu menyerap kenaikkan harga barangan dan tanpa memikirkan ekonomi sebenar Malaysia, mereka ini menaikkan harga barangan untuk diekspot ke Malaysia. Mereka juga mungkin terfikir betapa Malaysia sebagai pengeluar Minyak dan kelapa sawit boleh menaikkan harga tanpa dibantah oleh rakyat Malaysia. Inilah kesan hasil daripada kesombongan kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO.

Sesuatu yang mungkin kerajaan Malaysia terlupa ialah kesan kenaikkan harga barangan keperluan asas yang tidak seimbang dengan pendapatan rakyat Malaysia akan menghasilkan satu revolusi anti kenaikkan harga barangan. Satu revolusi yang mungkin bermula dengan kecil akan marak menjadi besar sekiranya barangan asas keperluan tidak mampu dimiliki.

Oleh itu, saya berharap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama bangun untuk menumbangkan kerajaan yang telah memimpin Negara selama 53 tahun yang kini telah terbukti bukannya semakin menyenangkan rakyat tetapi semakin menyusahkan rakyat. Lupakan kepada golongan warga emas kerana sokongan warga emas biasanya tidak berubah disebabkan faktor sejarah. Bahkan kalau ketika ini Najib meminta warga-warga emas ini menderma barangan kemas dan wang ringgit seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd. Rahman sewaktu proses kemerdekaan dulu, akan ditunaikan oleh warga-warga emas ini. Kerana hati mereka telah ditanam dengan slogan "UMNO…Dulu, kini dan selamanya…"

Kita berharap para pengundi di Sarawak akan memulakan langkah awal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kesedaran para pengundi Sarawak ditagih untuk kesejahteraan Malaysia Baru.

Sekali lagi saya ingatkan….pihak pembekal tidak bersalah dalam isu kenaikkan harga barangan kerana tindakan mereka hanyalah berasaskan tindakan KERAJAAN BARISAN NASIONAL dibawah pimpinan UMNO.

Bila penyangak jadi pemimpin

Posted: 04 Apr 2011 02:00 AM PDT

Ketua Polis Negara kata video lucah yang ditayangkan di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara pada 21 Mac lalu adalah tulen. Pengumuman KPN ni dah jadi tak bermakna kerana ia gagal menangani isu fitnah terhadap individu yang dikaitkan dengan rakaman itu.

Pertuduhan tanpa bukti jelas dan diakui pulak oleh mahkamah merupakan satu fitnah. Fitnah akan tetap menjadi fitnah dan mendera si mangsa tanpa berpeluang membela diri selagi tidak dibuktikan sebaliknya. Malah lebih buruk lagi bilamana instrumen yang diharapkan dapat membela rakyat tertindas dilihat seolah bersekongkol menambahkan lagi sakit bahana fitnah pada si mangsa.

Malah teknologi canggih sekarang memungkinkan pengarah menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang dikehendaki apatah lagi dalam bentuk hitam putih. Adalah amat jahat sekiranya kenyataan penguatkuasa menzahirkan lebih banyak spekulasi, seolah olah satu hukuman pada tertuduh sebelum dibuktikan bersalah. Bermakna, sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan.

Pelik sungguh negara Malaysia nih, inilah hasilnya bila penyangak diangkat sebagai pemimpin.

Mengapa sekarang, mengapa Anwar Ibrahim?

Posted: 03 Apr 2011 11:00 PM PDT

Afif Nasri
Politik lama yang kotor kini makin menjadi-jadi. Tatkala ekonomi negara semakin hilang arah dan rakyat terus menghadapi tekanan terhadap kos sara hidup, serangan fitnah pula disensasikan. Arus media perdana digunakan sepenuhnya untuk menanam sifat keraguan di kalangan rakyat yang bertujuan memecah belahkan semangat membawa kepada perubahan.

Tidak cukup dengan pengaiban melalui kes liwat fitnah kali ke-2 (Mediarakyat: Mengapa Mereka Mahu Anwar Dipenjarakan), kini muncul pula rakaman video rekaan untuk memusnahkan kredibiliti pimpinan Pakatan (Malaysiakini). Mereka hanya pakar dalam menjatuhkan maruah kita bagi mengalih perhatian daripada membincangkan isu-isu utama iaitu ekonomi, pembangunan sosial dan pentadbiran.

Ini semua bertujuan mengaburi mata rakyat. Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat sedangkan pendedahan, penyelewengan demi penyelewengan mereka tidak lagi boleh disekat. Lihatlah betapa kejamnya rakyat ditindas, manakala mereka yang rasuah masih dipertahankan (Sarawak Report). Tidak hairanlah jika serangan-serangan fitnah akan diperhebatkan selagi mereka memegang tampuk kuasa.

Ayuh kita tumpukan perhatian kepada agenda perubahan. Melihat kepada sokongan ramai di laman media sosial seperti di Facebook dan Twitter, ternyata rakyat sudah semakin matang. Jangan biarkan pemikiran kita dikelirukan dengan pembohongan murahan mereka. Teruskan bersuara!

Sama-samalah kita hentikan kezaliman ini demi menyelamatkan masa depan Malaysia. Berpeganglah kepada prinsip, insyallah Tuhan akan bersama-sama dengan kita dalam perjuangan ini.

Kahkahkah... Bebasnya...

Posted: 03 Apr 2011 09:00 PM PDT

Siapa Kata Polis, SPRM, SPR Tidak Bebas?

Saya cukup tidak setuju jika ada orang kata polis ,SPRM atau SPR tidak 'bebas'. Dalam kes video seks misalnya, hishamudin menafikan polis 'terlibat'. Kata kata hishamudin ada benarnya. Polis memang 'tidak terlibat' untuk menangkap penayang video lucah. Polis juga 'tidak terlibat' untuk memberitahu identiti sebenar pelakon yang membintangi filem arahan tamby chik tersebut.

Polis bebas. Bebas menangkap sesiapa yang ceramah dalam bangunan kerana polis 'tidak terlibat' dengan kebebasan yang adil. Begitu juga SPRM, SPR dan berbagai badan 'bebas' lain.

Polis juga 'bebas' melepaskan tembakan kepada orang awam(amirul rashid contohnya) jika perlu demi untuk mempertahankan diri.Pihak polis atau FRU juga memiliki alat 'bebas' seperti 'water canon' yang berasid. Alat ini memang 'bebas' dihalakan ke arah mana yang dikehendaki dalam kelompok para demostran jalanan. Cotar juga 'bebas' disinggah ke kepala siapa yang dikehendaki kerana polis 'tidak terlibat' dengan kebebasan bersuara.

Sebagaimana peristiwa memali dahulu, pihak berkuasa 'bebas' melepaskan tembakan dengan senapang dan pistol demi mempertahankan diri melawan orang yang tidak berdaya. Kerana polis 'tidak terlibat' dengan kepentingan nyawa orang awam yang lemah dan tidak berdosa.

Sejarah juga ada menukilkan tentang bekas ketua polis 'bebas' memilih untuk melebamkan mata yang sebelah kiri ke atau sebelah kanan.

Polis juga 'bebas' menyeret speaker dewan undangan negeri Perak. Jangan kata polis terlibat, kerana polis 'tidak terlibat' langsung dengan kemuliaan dewan.

SPRM juga adalah sebuah badan 'bebas' dan 'berkecuali'. Bebas memilih masa untuk menyiasat para pemimpin pembangkang. Bebas memilih kes lembu atau apa sahaja untuk disensasikan di dada akhbar. Bebas untuk menekan Teoh Beng Hock hingga melebihi 12 malam dalam masa yang sama bebas memuat turun video lucah.

SPRM 'berkecuali' dari untuk menekan mana mana pemimpin BN. SPRM berkecuali dari menyiasat projek mee segera oleh Najib dan kuncu kuncunya.

SPR juga adalah satu badan bebas dan berkecuali. SPR bebas memindahkan pengundi ke mana sahaja yang diinginkan supaya bila tiba hari mengundi, nama pengundi tidak ada di kawasan tersebut. SPR juga adalah sebuah badan bebas yang boleh menyanggah pengistiharan kerusi kosong oleh speaker.

SPR juga 'bebas' mengistiharkan tidak ada pilihanraya di kawasan wakil rakyat BN yang tidak hadir dewan. SPR berkecuali dari memberi peluang kepada parti lain mengibarkan bendera, "hanya parti yang bertanding".

SPR juga cuba menonjolkan sikap bebas untuk meletakkan isteri tentera atau doktor sebagai pengundi pos. Ini bertujuan supaya mereka ini dapat menunjukkan sikap berkecuali SPR dari memberi kemenangan kepada pembangkang.

Najib juga kata jangan kaitkan video seks dengan UMNO. Ini saya sokong kerana yang membuat video seks ini adalah bekas ketua pemuda PAS malaysia yang bernama rahim tamby chik. Rahim juga adalah bekas ketua menteri melaka ketika menjadi ahli PAS. Malah ketika inipun, dia sebagai pengerusi Risda adalah ahli PAS seumur hidup. Jadi jangan kaitkan isu ini dengan UMNO ok????Kerana mereka ( Datuk T) ahli PAS lah mereka bebas berkeliaran sehingga ke hari ini. (Jangan kaitkan dengan UMNO ok??)

Rumusannya siapa kata badan badan berkecuali di Malaysia tidak bebas? Malah Malaysia sendiri adalah sebuah negara bebas. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang bebas..... BEBAS DIPERLAKUKAN APA SAHAJA

Video lucah halal dibawah BN

Posted: 03 Apr 2011 07:00 PM PDT

Wajah wajah suci UMNO...

Nampaknya kisah video lucah yang dipromosikan oleh bekas orang kuat Umno Melaka telah berjaya menjuarai carta berita terpanas negara. Malah ia turut disensasikan lagi oleh susuk susuk dari Pakatan Rakyat sendiri dimana terbaru si Karpal Singh pula menyokong malah mencadangkan video lucah ini ditayangkan di parlimen... hahaha...

Jika video ini ditayangkan di parlimen, maka pasti akan lebih menggemparkan kerana wajah pelakon lelaki yang dimaksudkan sebagai iras Anwar itu pasti akan didedahkan. Soalnya, mahukah Umno menerima cadangan berupa cabaran dari Karpal Singh ni? jika benarlah seperti yang Anwar katakan lelaki dalam video itu bukanlah dirinya seperti yang didakwa maka sudah pastilah ia akan menyebabkan Trio Datuk T kudung kepala dan menerima malu besar.

Lalu, aku teramat yakin tayangan ini pasti tidak akan berlaku demi melengkapkan konspirasi kali ini. Umno akan berdalih lagi dan lagi untuk mengelak dari terperangkap dengan cabaran Karpal ni. Jika tidak pasti ia akan menyebabkan Trio Datuk T terutamanya Rahim Thamby Chik berhadapan dengan satu situasi yang sungguh mencemaskan. Kalau benar video itu sah wajah Anwar, sudah pasti ia akan bertebaran di laman internet sama seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek dan beberapa artis sebelum ini. Ianya disorok dan disimpan rapi dan hanya ditunjukkan pada sebilangan orang yang terpilih saja. Rakyat kebanyakan tiada harapan nak tengok sebab rakyat boleh menjadi hakim untuk mengesahkan siapakah pelakon tersebut.

Soalnya kenapa Ketua Polis Negara begitu cepat mengumumkan ketulenan video berkenaan hanya berdasarkan siasatan seorang pakar tanpa bersungguh sungguh membongkar siapa pelakon lucah tersebut. Malah lebih perlu dibongkarkan juga ialah siapa china doll yang menjadi habuan ratahan pelakon lucah terkutuk tersebut?

Anwar memang mangsa komplot

Posted: 03 Apr 2011 06:19 PM PDT

Kajian: Anwar mangsa komplot bunuh karakter
Oleh Clara Chooi

 

KUALA LUMPUR, 3 April — Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh "Datuk T" dua minggu lalu.

Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.

Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.

Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.

Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.

Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.

Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.

Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.

Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.

Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.

Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya.

Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."

Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

Anwar Ibrahim bikin kacau di Sarawak... haha...

Posted: 03 Apr 2011 06:00 PM PDT

Polis ganggu lagi ceramah Anwar

Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya. Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini.

Antinuklear

Posted: 03 Apr 2011 05:00 PM PDT

Kempen antinuklear, membantah rancangan membina loji tenaga nuklear anjuran DAP di Pelabuhan Klang, 3 April 2011. — Foto Reuters

22 April kempen bakar al-Quran

Posted: 03 Apr 2011 04:00 PM PDT

Jones mahu anjur lagi kempen bakar al-Quran 22 April

Pastor Terry Jones pada satu sidang media 8 September 2010 di Gainesville, Florida ketika bercadang mahu membakar al-Quran. — Foto Reuters

GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

"Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam," kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.

Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.

"Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam," katanya lagi.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.

Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan sempena 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

"Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan," kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.

"Soalan saya kepada dia (Jones), 'Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?" kata beliau.

Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.

Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.

Tiada ulasan: