Isnin, 4 April 2011

Addin

Addin


Jangan Tertipu Fitnah Terbaru Anjing-Anjing UMNO!!

Posted: 04 Apr 2011 05:00 PM PDT

Beberapa blogger Umno sekarang ini menguploadkan video seks fitnah di laman-laman web mereka sebagai satu strategi jahat untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun beberapa mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa mengikut Islam memfitnah orang berzina adalah dosa besar dan sekiranya gagal membawa empat saksi boleh disebat 80 puluh rotan, itu diremehkan oleh blogger-blogger ini.


Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan Datuk Johari Abdul yang melihat video itu secara penuh telah pun menafikan dengan tegas kerana badan lelaki dalam video itu jauh berbeza dengan badan Anwar. Yang nyata seorang lelaki yang menyamai wajah Anwar telah diambil berlakon bagi tujuan itu.Sekiranya anda menerima video berkenaan, gunakanlah akal dan perhatikan perbezaan-perbezaan berikut.

1. Perut lelaki yang berlakon dalam perutnya buncit.
2. Punggungnya tonggek.
3. Badannya berotot dan sasa.
4. Kulit pelakon lelaki itu lebih putih.

Kejamnya ISA..."Siapa Nak Beri Makan Makcik?"

Posted: 04 Apr 2011 07:01 AM PDT

"Makcik merayu supaya anak makcik dibebaskan. Makcik yakin dia tak bersalah," rayu Mah Mat Idris (gambar) berusia 67 tahun sambil menitiskan air mata. Mah adalah ibu kepada Kadir Hashim, 42, ahli PKR– orang kelainan upaya (OKU) yang ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 April lalu. Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.

"Bila Kadir tiada selama tiga hari, makcik terasa sunyi. Tak ada selera makan memikirkan keadaan dia di sana entah bagaimana. "Setiap hari, dia yang menguruskan makan minum makcik kerana anak-anak yang lain jauh," katanya sambil mengalirkan air mata rindu. Beliau yang uzur, ditambah dengan derita penyakit kencing manis dan darah tinggi hingga terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hospital, begitu berharap anaknya dilepaskan segera.
"Makcik teringin sangat nak jumpa dia (Kadir), lagi pun polis tidak pernah hubungi mak cik sejak dia ditangkap. "Sejak arwah suami meninggal dunia hujung tahun lalu, makcik hanya mengharapkan Kadir. Makcik terlalu sedih dengan apa yang menimpanya," katanya dalam keadaan lemah lantaran demam dan sakit kepala memikirkan nasib dan keselamatan anaknya itu.

Muda Hashim, 46, abang kepada mangsa kesal dengan perbuatan polis yang mengepung di sekitar rumah mereka pada hari penangkapan tanpa mengeluarkan waran tangkap terhadap Kadir. Malah, disifatkan cara polis mengepung kawasan rumah itu seperti adiknya penjenayah besar.

"Selepas adik saya dibawa masuk ke dalam kereta, baru seorang daripada mereka memberi salinan penangkapan mengikut ISA lebih kurang jam 6.50 petang," katanya. Menceritakan detik penangkapan, Muda berkata, beliau mulanya tidak perasaan kehadiran sekumpulan polis kerana mereka memakai berbaju biasa dan menyangka pemaju datang meninjau tapak projek di kawasan itu.

"Tetapi selepas mendapati mereka mengepung seperti mahu menangkap penjenayah besar, saya terus bertanya tetapi mereka dengan angkuhnya memberitahu, mereka polis daripada Bukit Aman. "Melihat (polis) bawa adik saya dengan tangan bergari, saya terus bertanya tetapi tidak dilayan. Mereka suruh saya sediakan peguam dan mengatakan mereka hanya jalankan tugas," katanya.

Muda yang yakin adiknya tidak bersalah itu menganggap perbuatan zalim polis tidak ubah seperti kerajaan komunis memandangkan mereka sekeluarga dari golongan miskin. "Kita tidak boleh bersuara langsung. Ini semua seperti duduk dalam kerajaan komunis yang lebih berminat dengan ISA. Undang-undang yang dipraktikkan kerajaan ini undang-undang Yahudi.

"Saya ada menghubungi pegawai polis yang terlibat bertanyakan keadaan Kadir, tetapi kakitangan di sana memberi alasan tidak berada di pejabat, "katanya. Dalam pada itu, beliau memberitahu seorang peguam datang berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan menguruskan kes adiknya supaya dibebaskan secepat mungkin.

"Peguam itu datang berjumpa selepas saya memberitahu ketua cabang Lembah Pantai berkenaan penangkapan Kadir. "Saya hanya menunggu jawapan daripada peguam itu dan berdoa supaya polis membebaskan Kadir," katanya. Kadir ditahan mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di rumahnya di, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur./klt


Kekebalan Taib Mahmud

Posted: 04 Apr 2011 05:00 AM PDT

SPRM tidak mempunyai kekuatan dan kudrat untuk menyiasat tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang di lakukan oleh TS Taib Mahmud sejak berdekad-dekat yang lalu. Boss nombor satu dan nombor dua SPRM begitu 'agitated' apabila di tanya berterusan oleh wakil media kenapa dan sejauh mana kah SPRM telah lakukan untuk menyiasat dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa resah rakyat terhadap imej TS Taib.

Keresahan itu bukan sahaja dirasakan oleh penyokong BN tetapi juga dirasakan oleh rakyat biasa kerana isu ini melibat harta benda mereka. Bagi penyokong BN mereka merasa begitu lemah untuk melakukan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dan tidak bermaya untuk menafikan wujudnya apa yang dituduh oleh banyak pihak tentang perlakuan Ketua Menteri yang paling lama duduk memerintah negara kenyalang itu.
Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat negara ini tetapi juga banyak pihak yang lain di peringkay antarabangsa. TS Taib merupakan orang yang paling dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Malahan di dalam banyak tulisan dan komentar di dalam negara dan di luar Negara Taib telah diletakan sebaris dengan nama-nama pemimpin seperti Marcos, Suharto, Tito dari Yugoslavia dan hailie Salasie dari Ethiopia serta banyak lagi nama-nama yang 'notorious'.

Seluruh dunia melihat dengan dekad segala gerakkan Taib di dalam menjalankan tugas selaku peneraju dalam pilihanraya Sarawak yang ke-10 pada 16 hb yang akan datang ini. Bagi mereka yang berfikir yang nama yang baik adalah criteria yang penting untuk mengetuai usaha mendapatkan mandat rakyat, melantik beliau (Taib) untuk dipaparkan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat merupakan satu tindakkan yang payah diterima oleh sesiapa yang mempunyai semangat demokrasi.

Di sinilah SPRM boleh memainkan peranan dengan menyiasat serta merongkai segala pandangan negatif rakyat terhadap pemimpin yang berusia 75 tahun ini. TS Taib tidak ubah seperti Maharaja yang duduk bersimpuh dan segala arahan dan tindakkannya tidk ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun oleh pucuk pimpinan Persekutuan.Jika isu dua atau tiga ribu ringgit yang di isukan terhadap Teoh Beng Hock boleh menyebabkan berlakunya apa yang semua orang tahu telah berlaku, bagi pemimpin seperti TS Taib tidak siapa boleh menahannya termasuk siasatan dari SPRM berhubung dengan isu yang mengelilingi beliau. TS Taib telah memdapatkan segala immuniti dari apa-apa tindakkan undang-undang. Undang-undang hanya boleh dilaksanakan terhadap rakyat marhen seperti kita sahaja.

Tidak ada siapa yang suka-suka mengkritik institusi seperti SPRM tetapi apa yang berlaku ini tidak dapat sesiapa yang mampu bertahan dari memberikan kritikan. Kita sepatutnya bersama-sama memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang mencemarkan pentadbiran kerajaan jika kita benar-benar mahukan sokongan rakyat yang berterusan. Setelah tekanan yang begitu besar baru terdengar TS Taib berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah memenangi pilihanraya. Kenyataan itu sendiri merupakan pengakuan bahawa beliau menerima hakikat bahawa beliau berkewajipan untuk meletakan jawatan kerana ingin menjaga imej kerajaan itu.

Tetapi baru sekarang jugalah terbukti bahawa selama tiga dekad pemerintahannya beliau rupa-rupanya masih belum ada pengganti yang sesuai dan yang muktamad. Kalau zaman Tunku menjadi PM, semua rakyat tahu jika beliau meletakan jawatan dan bersara. Tun Razaklah pengganti beliau. Begitu jugalah semasa Tun Razak memimpin. Husein Onn lah orang yang akan menggantikan beliau dan seterusnya Mahathirlah pengganti Husein jika Husein meletakkan jawatan.

Selepas itu Mahathir telah memecahkan tradisi ini kerana dari awal lagi beliau lebih menumpukan usaha untuk memerintah sepanjang hayat jika ada peluang dan Musa Hitam bukannya pemimpin yang beliau mahukan mengganti beliau. Hasilnya berbagai alasan telah diberikan untuk membuatkan Musa tersepit dn terpaksa meletakan jawatan. Akhirnya Mahathir lah PM yang memecahkan rekod mempunyai empat Timbalannya sebelum meletakan jawatan setelah 22 tahun memimpin. Malahan sehingga sekarang Mahathir masih lagi dianggap sebagai PM oleh penyokong-penyokong 'totok'nya.

Budaya ini sudah menjadi budaya yang kekal di dalam politik kita orang Melayu. Bak kata perbidalan, 'bapak kencing berdiri, anak kencing berlari'. Konsep kepimpinan melalui teladan ini benar-benar berlaku di Sarawak. Taiblah murid Mahathir yang terbaik. Kata orang guru tetap guru tetapi muridnya mungkin menjadi Raja. Mahathir adalah gurunya dan Taib adalah murid yang telah menjadi Maharajah.

Ketiadaan persediaan awal untuk menyediakan pimpinan pengganti beliau ini membuktikan bahawa Taib tidak pernah berfikir untuk meletakkan jawatan selama ini. Sekarang 'sudah nak berak baru menggali lubang' kata orang tua-tua. Mungkin BN masih lagi boleh selamat kali ini, itu pun kerana sikap PKR yang tamak dan sedang bergeser dengan SNAP dalam perebutan kerusi didalam pilihanraya ini. Jika PKR dan SNAP telah menyelesaikan isu ini lebih awal kita bolehlah rumuskan yang BN Sarawak akan menjadi pembangkang di DUN negeri itu.

Sampai bila kita hendak selamat kerana kekusutan pihak lain? Bila kah masanya kita akan disokong secara 'legitimate' dan bukan kerana kuasa dan infra politik yang kuat yang ada kepada kita? DAN sampai bila kita hanya berjaya kerana diselamatkan oleh pengundi pedalaman yang hanya mengikut kuasa yang ada kepada kita secara membuta tuli ini? Sampai bila…? Bila kah masanya kita akan berjaya kerana mendapat sokongan yang benar-benar 'legitimate' dari rakyat dan tidak lagi kerana helah-helah politik orang yang sedang berkuasa?

Adakah akan sampai ketikanya yang kita memenangi pilihanraya dengan perlaksanaan demokrasi yang tulin? Walaupun jalan ke arah itu seolah-olah sudah tertutup namun kita wajar berdoa agar Tuhan memberikan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memudharatkan negara pada masa-masa yang akan datang. Bagi pandangan saya, hanya afa'al Tuhan sahaja yang akan membuka hijab kita semua untuk melakukan perkara-perkara yang hanya di dalam keredhoan Tuhan yang Maha Esa./aspanaliasnet.blog


PRN Sarawak : Kroni Politik Adalah Kroni Perniagaan Taib Mahmud

Posted: 04 Apr 2011 01:00 AM PDT

Salah seorang lagi saudara kepada Taib Mahmud, yang juga merupakan perampas tanah! Mohammad Ali bin Mahmud juga merupakan ahli DUN bagi kawasan Muara Tuang dari komponen parti PBB (yang sebahagian dari BN). Namun Ali telah berusaha keras untuk menyembunyikan penglibatannya dalam kegiatan perampasan tanah. Adakah dia menyedari bahawa penglibatan sedemikian merupakan suatu kesalahan bagi dirinya yang berstatus penjawat awam, walaupun dia seorang menteri?


Kebanyakan rekod lain pada pendaftar tanah meletakkan nama dan nombor telefon sebagaimana yang diminta oleh pemohon. Namun Ali telah tersilap dengan meletakkan nombor telefon sebenarnya untuk syarikat Tebaruk Abadi, yang didaftarkan pada tahun 2007 yang direkodkan telah mendapat tanah seluas 5,000 hektar di Sri Aman untuk tujuan pembukaan ladang kelapa sawit.

Sebagai suatu cubaan untuk membuat penyamaran, usaha tersebut telah diketahui. Nombor berkenaan adalah menyamai nombor yang diiklankan untuknya sebagai mewakili orang lain! Begitu juga, alamat syarikat Tebaruk Abadi adalah serupa dengan alamat yang digunakannya pada laman web mewakili orang lain, Mohd Ali Holdings Sdn Bhd.

Rakan politik juga rakan seperniagaan

Tetapi bukan hanya Ali yang menikmati habuan dalam Tebaruk Abadi, sebuah syarikat yang telah mendapat tanah-tanah perladangan selama beberapa tahun lalu. Rakan-niaganya adalah Speaker DUN, Mohd Asfia Awg Nassar, juga bertindak sebagai pemegang saham di dalam syarikat berkenaan. Kedua-dua ahli politik itu juga menganggotai Lembaga Kebajikan bagi Kota Samarahan, yang juga terlibat dalam perniagaan.

Di samping isterinya, Datin Fatimah, Mohd. Ali memegang 13,000 saham, suatu saham besar untuk keluarga Taib Mahmud. Namun kedua-dua lelaki, Ali dan Asfia itu adalah rakan-niaga yang akrab. Asfia dikatakan memiliki sebuah kediaman mewah yang besar. Sekali lagi, ini adalah bukti kekayaan dan kejayaan di Sarawak yang bergantung pada bakat – bakat untuk membolehkan diri mereka diserapkan ke dalam keluarga Taib Mahmud.

Kegiatan rasuah di tengah-tengah perampasan tanah

Seperti pendedahan-pendedahan lain yang terdahulu dari ini, rasuah merupakan sesuatu yang menggerakkan dasar-dasar rampasan tanah yang dipimpin oleh Taib Mahmud. BN Sarawak dialu-alukan untuk mengemukakan hujah-hujah politik mereka bahawa Negeri Sarawak amat memerlukan 'pembangunan dan kemajuan'. Mereka berhak untuk perpandangan, bahawa untuk mencapai kedua-duanya, "pembahagian secara agresif" tanah-tanah NCR adalah perlu – walaupun dasar sedemikian telah diperintahkan sebagai tidak sah oleh mahkamah-mahkamah.

"Kami dapat melihat semua ini, kerana, mereka seharusnya melaksanakan dasar-dasar secara jujur, sebaliknya mereka telah menyerahkan secara sulit tanah-tanah itu untuk diri mereka sendiri!"

Amalan yang korup

Jika Taib sememangnya jujur untuk membangunkan tanah-tanah di Sarawak untuk kebaikan rakyatnya, beliau seharusnya mengamalkan lelongan terbukaan ke atas tanah-tanah yang amat luas di mana harga yang paling baik akan diperolehi oleh kerajaan. Hasil dari jualan atau lelongan tanah boleh digunakan untuk membina jalan-jalan, infrastruktur dan juga membasmi kemiskinan di kalangan rakyatnya.

Seharusnya tanah-tanah itu dibangunkan dengan penuh kepekaan dan bertanggunjawab terhadap alam sekitar dan para penghuninya.

Namun Taib sememangnya tidak pernah melakukannya. Dia telah menyerahkan kesemua tanah itu dengan harga yang amat murah menerusi urusniaga-urusniaga yang berahsia kepada keluarganya, rakan-rakan niaga dan juga rakan-rakan politiknya. Kemudian mereka telah menjualkan semula tanah-tanah dengan harga berjuta-juta ringgit itu kepada para pemilik syarikat perladangan yang rakus mengusahakannya. Ketamakan dan kerakusan pengusaha-pengusaha ini pula telah menyebabkan orang-orang tempatan bangun memberontak, tetapi dipatahkan dengan menggunakan khidmat samseng yang diupah oleh kroni-kroni Taib Mahmud.

Taib Mahmud telah bertindak sebagai seorang Raja beriblis, yang menganggap sumber alam Sarawak itu miliknya dan membazirkannya. Tetapi Sarawak, bukan milik mutlaknya. Rakyat telah memberikan kepercayaan mereka kepadanya, tetapi sebaliknya dia menyalah-gunakan kepercayaan itu. Beliau merampas, dan memusnahkan alam sekitar mereka tanpa menghiraukan mereka, asalkan usaha-usaha itu boleh menjanakan kekayaannya sendiri./sr


PRN Sarawak : Kaum Iban Akan Berpaling Tadah

Posted: 03 Apr 2011 10:00 PM PDT

Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka. Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.

"Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung. "Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.

Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru. "Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.

"Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,' katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik. Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.

"Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang. Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah," katanya./kd


Tiada ulasan: