Jumaat, 29 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Jari Polis Hampir Putus digigit

Posted: 29 Apr 2011 03:00 AM PDT


IPOH: Malang buat seorang polis palsu apabila bukan saja cubaannya menyamun seorang wanita gagal, malah jarinya nyaris putus digigit mangsa yang juga pemilik sebuah syarikat di Pekan Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki tidak dikenali berpakaian kemeja-T ungu dan berseluar jeans serta bertopi keledar ketika tinggal bersendirian di pejabatnya.
Suspek lelaki berusia 30-an itu dikatakan mengetuk pintu pejabat sebelum memperkenalkan dirinya polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bagi menguatkan dakwaannya, suspek turut menunjukkan kad biru yang hanya tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada mangsa.

Katanya, apabila mangsa bertanya tujuan kedatangan 'polis' itu, suspek memberitahu ia pemeriksaan rutin dan mengarahkan mangsa mengeluarkan MyKad.

"Selepas mangsa menunjukkan MyKadnya, suspek meminta mangsa menyalin nombor MyKad itu pada sehelai kertas.

Rogol Bergilir-gilir

Posted: 29 Apr 2011 01:00 AM PDT


SEGAMAT: Seorang gadis sunti berumur 14 tahun yang ketakutan terpaksa membiarkan tubuhnya diratah tiga lelaki termasuk rakan karib abang iparnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Kadut di sini.

Dalam kejadian antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 16 April lalu, suspek dipaksa membuka pakaian sebelum dirogol di ruang tamu rumah seorang daripada suspek.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, mangsa pada mulanya setuju mengikut seorang daripada suspek yang juga rakan baik abang iparnya.

"Suspek pertama memaklumkan kepada mangsa bahawa adik kandung lelaki berkenaan mahu bertemunya.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa setuju dibawa ke rumah berkenaan dan setiba di sana, dua lagi rakan suspek pertama sudah sedia menunggu mereka," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, semalam.

Menurut Majid, ahli keluarga suspek tiada di rumah ketika kejadian dan mangsa dipaksa membuka pakaian sebelum ketiga-tiga lelaki terbabit bergilir-gilir merogolnya.

Katanya, mangsa kemudiannya dihantar pulang dan dia diugut supaya merahsiakan kejadian itu dan gadis itu yang sudah tidak bersekolah hanya membuat laporan polis pada 24 April lalu.

"Polis berusaha mengesan suspek tetapi ketiga-tiga lelaki berkenaan gagal ditemui, dipercayai sudah melarikan diri ke luar daerah," katanya.

Menurut beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan, suspek pertama dikenali sebagai Mohd Haziq Sulaiman, 20, nombor kad pengenalan 910131-01-5863 dengan alamat terakhir di Nombor 3, Jalan Jaya 3, Taman Sri Jaya, Pekan Jabi, Segamat.

Suspek kedua Mohd Rozali Zaliza, 20, memegang kad pengenalan 911122-10-5749 dan alamat terakhirnya di Nombor 82, Kampung Kadut, Simpang Jabi, Segamat.

Suspek ketiga Mohd Hanis Mohd Yasin, berumur 20 tahun dan beralamat terakhir di 3560 A, Jalan Kuari, Tahang Rimau, Segamat.

Maklumat berkaitan suspek boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Hazaitul Akma Mohd Hanapiah di talian 07-9312222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan kerana merogol, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun serta sebatan.

Permainan Syaitan

Posted: 28 Apr 2011 11:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Eskay Mengamalkan Ajaran Hindu, Hanya Namanya Islam

Posted: 28 Apr 2011 09:00 PM PDT

Selepas solat jumaat, Eskay dikatakan akan bersumpah di Masjid Sentul tetapi dia akan bersumpah ikut jaran mana? Hanya nama sahaja Islam tetapi beliau dikatakan mengamalkan ajaran Hindu. Manusia seperti ini boleh kita percayakah?

Patutlah dia berani melakukan penyebaran video seks dan menjadi pelakon untuk memerangkap Anwar serta berani juga untuk bersumpah sedangkan ajaran yang diamalkannya tidak berlandaskan agama Islam. Inilah pengkhianat negara yang menjadi balaci UMNO.

Inilah hancurnya negara akibat terlalu menjadikan video lucah dan fitnah politik. Eskay patut lupa hajat untuk bersumpah dan perlu meminta Shuib atau Thamby yang bersumpah.

Gambar: Padah Curi Kabel, Melecur Seluruh Badan

Posted: 28 Apr 2011 08:00 PM PDT

 MELECUR...suspek yang melecur kini dirawat di Hoshas, Temerloh

MARAN: Tindakan seorang lelaki mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang sebuah tapak kilang lama, di sini, mengundang padah apabila dia nyaris maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata lelaki terbabit dipercayai penagih dadah berusia 24 tahun melecur teruk kira-kira 36 peratus di seluruh tubuhnya dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu polis menerima maklumat mengenai pencerobohan di pencawang berkenaan sebelum menghantar sepasukan anggota untuk menyiasat.

"Anggota yang tiba di tempat kejadian menemui peralatan seperti spanar dan parang dipercayai digunakan untuk memotong kabel serta telefon bimbit milik lelaki terbabit.

"Namun, lelaki terbabit sudah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran selepas menemuinya separuh hangus," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit sudah mencuri peralatan TNB di tempat sama sebelum melakukannya kali kedua secara berseorangan dalam usaha untuk mencari wang dipercayai hendak membeli dadah.

"Mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap melecur dari kepala hingga pinggang selepas terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan," katanya.

Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di pusat bandar terputus selama 32 minit sebelum mengesan kerosakan kira-kira satu jam kemudian.

Menurutnya, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit dan percaya mempunyai kaitan dengan beberapa kes kecurian kabel yang dilaporkan berlaku sejak tahun lalu.

Video: Wartawan Inilah Yang Tanya DNA Anwar

Posted: 28 Apr 2011 09:25 AM PDT


Cuba kita tengok Minah dari Media Prima yang cuba tanya DNA Anwar. Di Sarawak tempoh hari, rakan beliau dari Media Prima juga iaitu 8TV telah bertanyakan soalan mengenai jam Omega. Hari ini TV3 pula bertanyakan soalan DNA.

Boleh dikatakan Minah dalam Media Prima ini sukakan seks dan benda-benda lucah. Jadi, jika mahukan DNA cuba wartawan itu minta dengan Eskay. Manalah tahu ada simpanan yang lebih pada Eskay.


Tiada ulasan: