Jumaat, 29 April 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ISU VIDEO SEKS AKAN JATUHKAN NAJIB?

Posted: 29 Apr 2011 10:02 AM PDT

Muhyiddin menunggu durian runtuh
Muhyiddin Yassin, sebagai orang kedua dalam kerajaan dan UMNO, sebenarnya berada pada keadaan yang lebih selesa.  Najib, dengan segala kuasa yang ada dalam tangan, memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang sama.  Silap satu langkah, maka Najib bakal diguling dari jawatan Perdana Menterinya.
Muhyiddin agak konsisten selepas menjadi Timbalan Presiden UMNO.  Beliau secara terbuka mendakwa bahawa dirinya mendahulukan identiti Melayu-nya, daripada Malaysia-nya - satu pengakuan yang jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia.  Baru-baru ini, beliau sekali lagi mempertahankan tulisan "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu 1Bumi" oleh Zaini Hassan dari Utusan Malaysia, selepas Najib mendakwa bahawa pandangan ini tidak mewakili kerajaan.
Muhyiddin (gambar kanan) mungkin berkongsi pandangan yang sama dengan Utusan Malaysia - teruskan sahaja dengan agenda Melayu, dan jangan lagi membuang masa untuk memikat undi Cina.  Seandainya Najib tidak mengambil pendekatan sedemikian, maka beliau perlu bertanggungjawab jikalau keputusan PRU 13 menyaksikan UMNO kehilangan sokongan di kedua-dua pihak (Melayu dan bukan Melayu).
Sokongan Melayu yang sedia ada terhadap UMNO tidak menjamin majoriti dua pertiga untuk BN.  Persoalannya, jikapun UMNO menang besar dalam PRU 13, tetapi apakah kedudukan Najib tetap kukuh, apabila kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada kaum kedua terbesarnya dalam negara?  Dan apakah malam hari pengundian PRU ke-13 bakal menyaksikan ulang tayang adegan yang sama seperti awal pagi 9 Mac 2008, tetapi dengan senyuman pahit pada wajah Najib?

SUMPAH LAKNAT VIDEO SEKS DAN BAJU KALIS PELURU:APA PUNYA MAKNA TU?

Posted: 29 Apr 2011 07:31 AM PDT

Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks dengan ditemani Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim (kanan). — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan. "Datuk T" itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.
Turut hadir dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang.

AGAMA JADI MAINAN POLITIK.? SUMPAH LAKNAT VIDEO SEKS..MARI DOAKAN KEMUSNAHAN MEREKA YG MEMPERMAINKAN AGAMA

Posted: 29 Apr 2011 02:21 AM PDT

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONEMereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONEBagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

Tiada ulasan: