Senyum Tangis Sendu |
- Perkasa Yang Lebih-lebih, Mana UMNO?
- Plat Kereta Lucah
- Perkasa Benci MCA?
- Mayat Budak Dalam Beg Tepi Jalan
- Koma Selepas Kejut Subuh
Perkasa Yang Lebih-lebih, Mana UMNO? Posted: 25 Apr 2011 02:34 AM PDT Perkasa telah menjadi juara dalam membela Melayu tetapi mana perginya UMNO? Untuk apakah tindakan Perkasa berdemonstrasi? Mereka harus sedar bahawa yang memulakan perkauman adalah Utusan Malaysia dan bukannya MCA ataupun orang Cina. Tindakan Perkasa dan Utusan yang cuba membakar api perkauman adalah tindakan yang tidak masuk akal. Puncanya adalah gara-gara kemenangan 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi oleh DAP telah membuatkan Perkasa dan Utusan melenting. Tetapi itulah hakikat dan harus menerimanya bahawa kemenangan DAP yang disokong oleh kaum Cina adalah kemenangan yang dipilih oleh rakyat dan rakyat Sarawak tidak yakin lagi bersama BN. Kenapa Perkasa dan Utusan mahu mengungkit bahawa orang Cina tidak berterima kasih pada kerajaan? Bagaimana mereka mahu memilih BN edangkan BN sendiri yang mengkhianati amanah rakyat jadi sebagai hukuman mereka telah memilih Pakatan Rakyat dan sekali gus membuktikan bahawa BN tidak boleh sesuka hati mainkan perasaan rakyat. UMNO pula tidak melenting berkaitan isu ini di Sarawak. Mereka tidak mahu terperangkap dengan api perkauman yang dimainkan oleh Perkasa dan Utusan. Mereka juga sedar bahawa UMNO tidak wujud di Sarawak dan tidak mahu masuk campur dalam urusan Perkasa dan Utusan ini.
Hentikanlah perangai seperti kebudak-budakan ini. Tidak perlu menujukkan kebodohan. Belajalah menerima kekalahn dalam pilihan raya yang lau. Bukannya BN kalah pun di Sarawak tetapi menang dengan majoriti lebih 2/3. |
Posted: 24 Apr 2011 10:08 PM PDT Pelik tapi benar. Itulah nombor pendaftaran kereta di luar negara. Jika dilihat secara terus ia tidak menggambarkan apa-apa maksud dan sekadar huruf dan nombor tetapi jika melihat dari keadaan songsang melaui cermin ia akan di baca "ORAL SEX". Nasib baik nombor pendaftaran Malaysia hanya ada 4digit angka sahaja dan 3 huruf untu masa ini. Jika tidak, benda-benda pelik yang lain dapat kita saksikan. |
Posted: 24 Apr 2011 08:20 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Perak menyifatkan gesaan beberapa pemimpin MCA supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia sebagai suara daripada golongan yang terdesak mencari sokongan. Yang Dipertuanya, Ahmad Zaini berkata kumpulan yang hebat menghentam akhbar tersebut adalah kalangan pemimpin yang tidak lagi diterima di kalangan orang Cina sendiri. Di bawah ialah kenyataan beliau. Mereka kini cuba mencari pelbagai cara termasuk memainkan isu sensitif tanpa mempedulikan semangat setiakawan dalam BN bagi tujuan menarik semula sokongan di kalangan orang Cina... tidak perlu layan desakan tersebut, sedangkan mereka sendiri sudah tidak laku lagi di mata kaum mereka sendiri. BN tidak perlu melayan kumpulan seperti itu sebaliknya hendaklah memberi keutamaan kepada mereka yang masih setia dengan konsep BN untuk diangkat sebagai pemimpin yang boleh memperjuangkan masyarakat Cina. PERKASA Perak juga mahu Umno yang menjadi tonggak BN menasihati pimpinan parti komponen terutama MCA dan Gerakan supaya tidak terus bermain dengan isu sensitif yang menyentuh hak Melayu secara terbuka. P/s: Sekarang siapa yang mainkan isu perkauman? MCA atau Perkasa atau Utusan? |
Mayat Budak Dalam Beg Tepi Jalan Posted: 24 Apr 2011 06:45 PM PDT BAWA...mayat budak yang ditemui dalam beg dibawa ke Hospital Kulim bagi tujuan bedah siasat BANDAR BAHARU: "Sudah ratusan kali saya membuka beg ditinggalkan di kawasan lebuh raya ini yang kebanyakannya berisi pakaian, tapi kali ini amat memeranjatkan kerana ada mayat budak." Demikian kata pekerja trak tunda dikenali sebagai Ng, 45, yang menemui mayat budak lelaki berusia lebih setahun dalam satu beg pakaian di Kilometer 175.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat selekoh susur keluar Plaza Tol Bandar Baharu, kelmarin. Ng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia melalui laluan berkenaan bagi mencari kereta rosak yang memerlukan bantuan trak tunda. "Ketika lalu di situ, dua penjaga landskap yang melakukan kerja pembersihan menahan trak saya. Saya memang mengenali mereka dan segera memberhentikan kenderaan saya. "Mereka memaklumkan terjumpa satu beg mencurigakan dan meminta saya membukanya kerana mereka takut berbuat demikian," katanya. Ng berkata, sebaik membuka beg itu dia terkejut besar apabila mendapati ada mayat budak di dalamnya. "Saya memberitahu dua pekerja terbabit mengenainya, tetapi mereka berdua bertempiaran lari kerana takut," katanya yang menghubungi polis selepas itu. Menurut Ng, dia sudah 17 tahun menggunakan laluan itu dan berulang-alik melaluinya sekurang-kurangnya lima kali sehari, namun ini kali pertama menemui mayat budak diletakkan di dalam beg di tepi lebuh raya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris berkata, polis bergegas ke tempat kejadian mendapati mayat budak itu memakai baju warna merah dan berseluar pendek. "Beg mengandungi mayat budak itu diletakkan di sebelah tiang lampu di kawasan pokok hiasan tidak jauh dari plaza tol," katanya. Menurutnya, budak itu dipercayai berketurunan India. "Siasatan mendapati tiada kesan kecederaan pada budak itu yang dipercayai baru beberapa jam meninggal dunia. "Pemeriksaan awal juga mendapati ada cecair keluar dari mulut serta hidung mayat budak itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Menurutnya, mayat budak cukup sifat itu dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membuang mayat bayi itu. Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian supaya dapat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu di talian 04-4076545. |
Posted: 24 Apr 2011 05:16 PM PDT AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh. Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh. "Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat. "Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat," katanya. Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu. "Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan," katanya. Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu. "Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau. "Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain," katanya. Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan