Isnin, 25 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'Yang penting zakar masuk' dan ‘Lelaki Y’ adalah Anwar..

Posted: 25 Apr 2011 06:17 AM PDT

Jadi... tak perlu ulas panjang-panjang.. Komplot untuk memenjarakan Anwar mungkin akan berjaya sebagaimana yang telah dijangka bila DNA yang pada awalnya ditolak diterima semula..

Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (gambar) dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).


Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti. - Malaysiakini


'Lelaki Y' adalah Anwar, kata pendakwa

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA "Lelaki Y" yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA "Lelaki Y".

"Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie," katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti. - The Malaysian Insider

Ummi Hafilda masih belum kecewa...

Posted: 25 Apr 2011 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali memfailkan semula saman fitnah RM100 juta terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini, yang telah dibatalkan Mahkamah Tinggi, 13 April lalu.

Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu hari ini melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Pada 13 April lepas, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan saman Ummi Hafilda berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.


Menurut laporan Bernama Online, penasihat undang-undang kepada Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau menfailkan semula saman itu bagi pihak firma guaman itu, petang ini.

Ditanya mengapa peguam kepada Ummi Hafilda tidak hadir ke mahkamah pada 13 April lalu, Mohd Khairul Azam berkata terdapat kekeliruan berhubung sistem e-filing yang baru diperkenalkan di mahkamah dan pihaknya tidak menerima tarikh yang diberikan mahkamah.

Katanya semua tuntutan yang difailkan hari ini adalah sama dengan saman yang telah dibatalkan itu.

Ummi Hafilda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan pertama dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Nor Azman semata-mata untuk memalukannya dan berniat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Ummi Hafilda mendakwa defendan kedua telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di laman web www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif turut memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.


The Malaysian Insider

Saiful tidak berada dalam kondo?

Posted: 25 Apr 2011 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Anwar, Sankara Nair hari ini membongkar beberapa kepincangan kes pendakwa raya dalam hujah penggulungannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Sankara, ia menjadi alasan kukuh bahawa kejadian liwat yang didakwa Saiful sebenarnya tidak pernah berlaku.

Pertama, Sankara mempersoalkan kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja rambut Anwar Ibrahim di ruang tamu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara sedang kan manusia secara purata mengalami keguguran hampir 100 helai bulu daripada badan mereka setiap hari.


"Manusia keguguran 100 helai rambut secara purata setiap hari. Tetapi kenapa polis hanya menjumpai sehelai sahaja bulu dari tubuh Anwar di ruang tamu unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara," kata Sankara.

Beliau turut mempersoalkan jika benar kejadian liwat itu berlaku pihak polis pasti akan turut menemui bulu Saiful dalam bilik yang didakwa kononnya kejadian tersebut berlaku.

Sebaliknya, kata Sankara, hanya bulu yang dikatakan milik Anwar sahaja yang dijumpai di ruang tamu unit kondo itu.

Sankara seterusnya menegaskan bahawa Saiful sebenarnya seorang penipu tegar kerana keterangan bohongnya sepanjang perbicaraan berlangsung.

Menurut beliau, Saiful tidak pernah berada dalam bilik mahupun unit kondo itu pada waktu yang didakwa dalam pertuduhan.

Dalam hujahnya, selaku saksi pendakwaraya, Saiful tidak pernah membuktikan dirinya berada dalam kondo itu pada masa kejadian didakwa berlaku.

"Dia pembohong tegar. Dia tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamere litar tertutup," kata Sankara.


http://www.keadilandaily.com/?p=12170

Utusan bawa suara Melayu?

Posted: 25 Apr 2011 12:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang "1Melayu, 1Bumi".

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.


Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

"Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain," katanya lagi.

"Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang," kata beliau pada sidang media hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan memulau Utusan Malaysia boleh menyebabkan suara masyarakat Melayu terabai.

"Meskipun anda pulau, ia tidak akan (membawa) kesan sama sekali. Lagi anda minta tidak membaca, lagi ramai orang hendak membaca.

"Malah, bukan Melayu juga mengatakan ada laporan-laporan sensitif dalam media bukan Melayu. Jika kita tanya mengapa berita-berita sedemikian dilaporkan, mereka akan mengatakan ia menggambarkan perasaan komuniti Cina dan India," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia, yang disiarkan tyang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" sambil menegaskan ia pandangan "peribadi" akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

Dalam tulisan ruangan Cuit Rabu lalu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata usaha sedemikian akan menyebabkan malapetaka jika menjadi kenyataan.


The Malaysian Insider

Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar

Posted: 25 Apr 2011 12:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.


Antara lain, Karpal berkata, keterangan saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan sebaliknya.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis. Namun katanya, Saiful tidak berbuat demikian.

Dalam hujahnya, Karpal juga mendesak mahkamah mendakwa Saiful kerana berbohong di mahkamah dengan membuat dakwaan diliwat tersebut di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:



8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

"Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan."

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

"Ujian pada akhir kes pendakwaan sepatutnya prima facie . Jika keraguan wujud, pembelaan tidak sepatutnya dipanggil."

"Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan dipastikan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum," tegasnya.

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

"Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.


http://www.keadilandaily.com/?p=12137

Selepas di liwat, Saiful makan Karipap...

Posted: 24 Apr 2011 10:01 PM PDT


Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.


menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.


Malaysiakini

Video Lucah : Anwar tak perlu sumpah mubahalah - Harussani

Posted: 24 Apr 2011 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.


"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T".

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

"Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

"Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

"Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau.


The Malaysian Insider

Polis Siasat Empat Nama Yang Disebut RPK

Posted: 24 Apr 2011 09:14 PM PDT


KUALA LUMPUR 25 APRIL : Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.


Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

"Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

"Sebaik keterangan Raja Petra diambil, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit)," kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.


TVS News

Tuduhan Liwat : Mahkamah dijangka dengar penggulungan hujah

Posted: 24 Apr 2011 08:06 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka mendengar hujah penggulungan daripada pendakwa dan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada pendakwa raya mempunyai kes prima facie dalam kes ini.


Seandainya tiada, kes ini akan digugurkan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipanggil membela diri.

Namun, seandainya Anwar diminta membela diri, pasukan peguamnya akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sebagai saksi kerana mereka pernah ditemubual oleh pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira.

Pendakwa raya berhadapan dengan situasi yang sukar dalam kes ini kerana terdapat beberapa keraguan yang nyata dalam pembentangan kes mereka sebelum ini.

Pertama, keputusan ujian makmal menunjukkan terdapat kemungkinan air mani lebih daripada seorang lelaki berada pada kawasan dubur Saiful sewaktu dia diperiksa doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dibangkitkan Ram Karpal Singh sewaktu beliau menyoal balas ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong.

Malah, Saiful Bukhari sendiri sebelum ke HKL untuk diperiksa telah terlebih dahulu ke Hospital Pusrawi. Doktor di Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, mendapati dubur Saiful ditusuk dengan plastik keras namun ia dinafikan Saiful.

Ketiga, kesan air mani yang ditemui pada seluar dalam Saiful juga ditemui pada bahagian hadapan seluar dalam, dan bukannya pada bahagian belakang seluar dalam jika benar dia diliwat.

Lebih meragukan lagi, seorang lagi ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah sebelum ini yang dia diarahkan sendiri oleh Ketua Pengarah jabatannya pada masa itu melakukan ujikaji kimia, berbeza dengan tugas rutinnya yang tidak memerlukan arahan dari pihak atasan untuk berbuat demikian.

Pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira juga didapati gagal mengendalikan bahan bukti dengan baik apabila membawanya pulang ke pejabat dan menyimpannya di dalam peti besi peribadi beliau dan bukannya di dalam peti sejuk seperti diarahkan ahli kimia.

Penghujahan dijadual bermula jam 9 pagi esok dan KeadilanDailiy.com akan melaporkan secara langsung dari mahkamah seperti biasa.



http://www.keadilandaily.com/?p=12106

Apa yang Mustaffa Ali kata hingga membuatkan Azmin Ali melenting?

Posted: 24 Apr 2011 10:24 AM PDT

Kadang-kadang aku sendiri keliru dengan tingkah laku beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat ini.. kita yang menyokong ini digesa untuk memboikot media-media milik UMNO ataupun media-media Pro-UMNO, samada media cetak mahupun media elektronik.. kerana menurut mereka media-media tersebut sering memutar belitkan fakta mengenai Pakatan Rakyat.

Tetapi mereka sendiri bertindak sebaliknya, mereka bukan saja mendengar, atau sekadar membaca.. lebih malang lagi mereka pula mempercayainya..

Blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat pula sering ditegur kerana mengkritik atau menegur pimpinan Pakatan Rakyat secara terbuka kata mereka gunakan saluran dalaman Parti yang sedia ada..


Tetapi mereka pula mengkritik sesama mereka secara terbuka menggunakan media yang ada seperti Tweeter contohnya..

Dalam satu ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah berkata "Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,"

Apabila Lidah Rasmi UMNO melaporkan kononnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah berkata "Andaian sebenarnya (kes video lucah) tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan."

Azmin yang telah terpedaya dengan laporan oleh Lidah Rasmi UMNO itu tanpa merujuk kepada Datuk Mustafa Ali mengeluarkan kenyataannya melalui Twitter dengan berkata "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

Tambahnya lagi "Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,"

Bagaimanapun laporan yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO itu telah dinafikan oleh Datuk Mustaffa Ali dan beliau juga telah meminta media berkenaan meminta maaf.

Rasanya ini sudah kali yang kedua kenyataan dari Datuk Mustaffa Ali ini diputar belit oleh media Pro UMNO/BN, yang pertama dulu oleh The Star.

Adakah benar Datuk Mustafa Ali berkata seperti yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO itu dan adakah wajar Azmin Ali terus melenting bila mendengar berita dari Lidah Rasmi UMNO itu dapat kita saksikan dari dua video dibawah..

Satu dari TVPas dan satu lagi dari Malaysiakini..





Ini adalah laporan dari Lidah Rasmi UMNO..

Azmin berang dengan Mustafa

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan pendirian Pas untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya oleh wartawan mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, semasa sidang akhbar semalam cukup menyinggung perasaan Anwar dan PKR.

Azmin seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

"Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

"Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian," kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.

Semalam, Mustafa ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily apakah pendirian Pas jika siasatan polis mendapati lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa berkata:

"Andaian sebenarnya tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan."
Kenyataan Mustafa itu dilaporkan oleh semua akhbar termasuk portal berita propembangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Sementara itu, Azmin selepas Mustafa membuat penafian, menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan kepada media terutamanya semasa sidang akhbar berlangsung.

"Pimpinan perlu berhati-hati memberi kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO. Wajar buat kenyataan media secara bertulis untuk elak manipulasi," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0424&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tiada ulasan: