Senyum Tangis Sendu |
- Gegendang Telinga Pecah Selepas Tegur Remaja
- Didakwa Cabul
- Sebak Lihat Mayat Keluarga
- Sperma Mati Dek ‘Gadis Penyedap’
- Ikan Paus Gergasi
Gegendang Telinga Pecah Selepas Tegur Remaja Posted: 23 Apr 2011 01:15 AM PDT KAJANG: Angkara menegur empat remaja supaya berperangai baik, seorang lelaki berusia 33 tahun dibelasah remaja itu hingga menyebabkan telinga kirinya kemungkinan pekak dalam kejadian di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, di sini. Kejadian kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu turut menyebabkan mangsa lebam di mata dan badan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Syukri berkata, sebelum kejadian, dia bersendirian membeli burger dan melihat remaja terbabit melepak di depan kedai berkenaan dan berkelakuan tidak senonoh serta membuat bising. "Saya cuba menegur mereka dengan cara baik supaya tidak berkelakuan seperti itu, namun musibah menimpa apabila mereka naik berang lalu terus memukul telinga, muka dan badan saya. "Akibat pukulan itu, telinga kiri saya kini berdengung selain berdarah," katanya. Syukri berkata, dia merayu supaya tidak dicederakan namun rayuan itu tidak diendahkan remaja terbabit. Katanya, selepas melihat telinganya keluar darah, semua remaja itu yang ketakutan berlalu pergi meninggalkannya seorang diri. "Saya yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan doktor memberitahu gegendang telinga kiri pecah dan boleh menjadi pekak," katanya yang terkilan apabila tiada seorang pun tampil membantu walaupun kawasan itu menjadi laluan utama kenderaan. Menurutnya, dia turut membuat laporan di Balai Polis Kajang Rabu lalu, untuk melindungi diri dan mahu pihak berkuasa menyiasat terperinci kes itu bagi mengelak kejadian demikian berlaku ke atas orang lain. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. |
Posted: 23 Apr 2011 12:05 AM PDT KOTA KINABALU: Seorang ustaz yang sepatutnya memberikan didikan agama kepada muridnya sebaliknya mengambil kesempatan apabila dipercayai mencabul dua murid perempuan di sekolah kebangsaan di Sandakan, dekat sini, ketika mereka belajar di sekolah itu antara 2004 hingga 2008. Kejadian itu didedahkan seorang lelaki yang mendakwa dua anak saudara perempuannya itu yang kini 14 dan 15 tahun dicabul ustaz ketika belajar di sekolah tersebut. Bagaimanapun, laporan kejadian itu hanya dibuat petang kelmarin oleh lelaki terbabit yang berusia 50 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan selepas kedua-dua anak saudaranya itu mengadu mengenai kejadian berkenaan kepadanya Isnin lalu. "Menurut pengadu, kedua-dua anak saudaranya mendakwa ustaz terbabit dipercayai memasukkan tangannya ke dalam baju mereka ketika berada dalam bilik darjah. Selain itu, pengadu juga mendakwa ustaz terbabit meraba paha mereka. "Kejadian itu dikatakan sering berlaku ketika mereka belajar dalam tahun satu hingga tahun enam. Pengadu juga mendakwa, ibu bapa anak saudaranya itu tahu mengenai kejadian berkenaan, tetapi tidak membuat aduan polis kerana tidak memahami tindakan ustaz itu adalah jenayah," katanya ketika dihubungi, semalam. Sumber itu berkata, pengadu memaklumkan ada ramai lagi murid yang menjadi mangsa ustaz berkenaan tetapi kejadian itu dibiarkan begitu saja. Sementara itu, sumber berkata, ibu bapa kedua-dua murid itu dipercayai daripada keluarga miskin dan tidak memahami proses undang-undang menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenai kejadian itu. Setakat ini, polis juga belum memanggil kedua-dua murid itu untuk dirakam keterangan. "Hanya selepas mengambil keterangan daripada mereka, polis akan memanggil ustaz terbabit bagi membantu siasatan," katanya. |
Posted: 22 Apr 2011 08:47 PM PDT PEKAN: "Hati ibu mana yang tak sedih. Saya hanya mampu menangis ketika melihat anggota bomba mengeluarkan satu demi satu mayat anak, menantu dan anak saudara saya tersepit bawah treler." Demikian kata Ong Yue Lian, 43, yang kematian dua anak, seorang menantu dan anak saudara dalam nahas ngeri meragut empat nyawa di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Paloh Hinai kira-kira jam 5 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Diong Kah How, 21; abangnya, Diong Kah Keng, 24, yang juga pemandu Perodua Myvi bersama isterinya, Koh Kiah Hui, 23, serta sepupu mereka, Chow Kok Sin, 23. MAUT...(dari kiri) Kah How , Kiah Hui, Kah Heng dan Kok Sin Semua mangsa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan sebelum kenderaan dinaiki mereka dirempuh treler membawa muatan bahan kimia yang datang dari arah bertentangan. Menurut Yue Lian, dia sekeluarga berkonvoi tiga kereta untuk pulang ke kampung di Taman Tas, Kuantan, bagi meraikan ulang tahun ke-81 bapa mentuanya, Diong Chang Sou dan aktiviti itu rutin setiap tahun. Katanya, dia berada di depan sekali dengan menaiki kereta Nissan Cefiro dipandu suami, Diong Jit Ping, 46, serta seorang menantu, dua cucu dan seorang pembantu rumah manakala anak bongsu, Diong Kah Sin, 15, menaiki kereta Toyota Vios yang dipandu abang iparnya, Diong Jit Ming, 51. "Kah Keng memandu di belakang saya, manakala Kah Sin yang menumpang abang ipar saya berada di belakang sekali. Kami bertolak dari Johor Bahru jam 1 pagi. "Perjalanan kami lancar sehingga saya melihat treler dipandu agak laju ketika berselisih dengan kereta. Pada masa itu hati saya terdetik treler itu mungkin melanggar kereta dinaiki anak saya. "Tidak lama kemudian Kah Sin menghubungi dan bertanya sama ada saya melihat treler terbabit sebelum dia sekali lagi menghubungi dan memaklumkan kereta dipandu Kah Keng terbabit kemalangan," katanya. Yue Lian berkata, dia berpatah balik ke tempat kejadian dan terkejut mendapati kereta dinaiki dua anak, menantu dan anak saudaranya terperosok di bahagian kepala treler. "Hancur luluh hati saya melihat kejadian mengerikan itu. Lebih perit apabila diberitahu mereka meninggal dunia serta-merta," katanya. REMUK...keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat Menurutnya, sebelum bertolak ke Kuantan, Kah Sin mengadu kepadanya mengenai perubahan sikap Kah Keng yang banyak mendiamkan diri tetapi tidak menyangka ia petanda buruk buat mereka sekeluarga. Bapa Kok Sin, Choi Taw Siang, 55, dari Sri Jaya, Maran berkata, kali terakhir melihat anaknya ketika pulang ke kampung bulan lalu untuk satu upacara keagamaan. "Dia anak kedua saya daripada tiga beradik dan jarang pulang ke kampung kerana bekerja denganKah Keng," katanya. yang mengusahakan syarikat ubah suai rumah di Singapura. Dia baru setahun bekerja dengan sepupunya itu dan disebabkan itu dia mahu menumpukan perhatian pada pekerjaan barunya. "Ketika dia pulang bulan lalu, saya tidak melihat sebarang perubahan pada sikapnya dan kami berbual seperti biasa kerana sudah lama tidak berjumpa. "Kepulangannya kali ini saya tunggu dengan penuh gembira, namun, kegembiraan saya terbantut apabila menerima panggilan dari polis memaklumkan anak saya maut dalam kemalangan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila treler terbabit yang membawa muatan kimia dari arah Kuantan gagal memintas kereta di hadapannya lalu bertembung kereta dinaiki mangsa. |
Sperma Mati Dek ‘Gadis Penyedap’ Posted: 22 Apr 2011 07:36 PM PDT IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan 'gadis penyedap' sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini. Mail.. insaf perbuatan lampau Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin. Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat. "Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat," katanya. Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun. Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui. |
Posted: 22 Apr 2011 06:38 PM PDT BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam. Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut. Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian." Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter. Agensi |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan