Sabtu, 23 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Raja Petra beri keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok

Posted: 23 Apr 2011 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 April – Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah (SD) beliau menyentuh kes wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Jun 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.

Blogger kontroversial itu (gambar) kini berada di Bangkok sempena majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

"Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok sekarang, telah diminta oleh pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di sana bahawa beliau perlu ke pejabat misi di ibu negara Thai untuk kenyataannya diambil kira-kira 8 malam waktu Thai (9 malam waktu Malaysia)," kata kenyataan MCLM dikeluarkan di sini sekitar 8 malam waktu Malaysia.


Kenyataan itu menambah, pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia menyampaikan permintaan itu sebelum majlis dihadiri Raja Petra di Florida Hotel bermula.

"Mereka minta beliau (Raja Petra) pergi ke Kedutaan Malaysia dengan segera sebaik sahaja ceramahnya selesai," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu menambah, Raja Petra yang sebelum ini dilaporkan berada dalam buangan kendiri di London dan baru-baru ini di Australia dan Bali, Indonesia tidak ditahan.

Turut bersama Raja Petra, yang juga Pengerusi MCLM ialah presidennya Haris Ibrahim.

Kenyataan itu tidak menyebut sebab keterangan diambil dan siapa yang menemu bual Raja Petra.

Dalam satu temu bual bersama TV3 yang disiarkan 13 April lalu, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya lima tahun lalu.

Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sehubungan itu kata Raja Petra, SD yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil," katanya.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Raja Petra turut menamakan blogger Din Merican. Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya pernah bekerja di pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam SDnya, Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Sebelum ini Raja Petra berkata beliau pernah memberikan keterangan kepada polis mengenai SD itu ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Tiga hari selepas siaran temu bual itu, Kementerian Pertahanan menafikan pernah wujudnya "maklumat" berkaitan Altantuya — dirujuk sebagai laporan risikan, yang didakwa Raja Petra Raja diperoleh daripada sumber-sumber boleh dipercayai, untuk digunakan dalam SD tiga tahun lalu.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, "pihak ATM ingin menegaskan bahawa maklumat disampaikan oleh Kolonel Azmi kepada Raja Petra Kamarudin adalah palsu."

Azizan juga berkata siasatan terhadap dakwaan yang dilaporkan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin dengan satu Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Hasil siasatan akan dijadikan asas terhadap tindakan yang akan diambil oleh ATM," katanya lagi.


The Malaysian Insider

Rasuah : ADUN Behrang Bebas, ADUN Changkat Jering diarah Bela Diri

Posted: 23 Apr 2011 06:43 AM PDT

IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.


Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan ingin kes mereka ini disebut semula.

Kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.

Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.

Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak

Wah!! RM11 Juta ni.. UMNO Penang tak mahu kutip pulak ka?

Posted: 23 Apr 2011 01:48 AM PDT


Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini kepada semua mereka yang jumlahnya ialah 114,668 orang..

Wahhh.. ramai tu.. Apa ke nama tah ADUN Penaga tu..macam mana sekarang? Tak mahu kutip pulak ka? Kalau dikutip semula dari setiap warga emas tu boleh jadi jutawan segera tu.. ya lah 114,668 darab 100 jumlahnya ialah RM11,466,800.00.

Ala.. ajaklah sama kawan-kawan yang segerombolan tu..


Bukannya susah pun.. cuma ulang semula sandiwara tahun lepas.. sat saja dah jadi jutawan..kalau tak mau masuk poket sendiri macam tahun lepas tu, boleh guna sebagai dana pilihanraya..

Kan Najib dah kata.. UMNO Penang ni bagi peruntukkan banyak-banyak pun tak guna.. bukan boleh menangpun terutama sekali di Permatang Pauh tu..

Berikut adalah petikan-petikan berita yang melaporkan agenda UMNO Pulau Pinang menipu warga emas dengan mengutip semula RM100 yang disumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kepada warga emas tersebut.. malangnya hingga kini Kerajaan Negeri masih belum menerima walau satu sen pun dari pihak UMNO Pulau Pinang yang mengutip kembali wang tersebut..

29 September 2010 … Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini. (sepenuhnya di SINI)

Pada 2 Oktober pula.. GEORGE TOWN, 2 Okt -- Seramai 70 lagi warga emas dari Bayan Baru di sini telah memutuskan untuk memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. (sepenuhnya di SINI)

Kemudian pada 3 Oktober pula… BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Seramai 47 orang lagi penerima bantuan program membasmi miskin tegar dan wang ihsan RM100 daripada kerajaan negeri memulangkan semula wang tersebut hari ini.Golongan fakir miskin dan warga emas terlibat memulangkan wang tersebut pada majlis Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di sini. (sepenuhnya di SINI)

5 Oktober pula.. Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan berkata seramai 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan RM100 yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian. Tambah Norman lagi.. kebanyakan daripada warga emas berkenaan kecewa kerana wang ehsan yang diperolehi itu datang daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang. (sepenuhnya di SINI)


Program Penghargaan Warga Emas : Bayaran Untuk 2011 Bermula 23 April 2011 - 20 Mei 2011

GEORGE TOWN - Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.

"Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini.

"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100, Kerajaan Negeri di bawah PPWE turut menyalurkan wang Khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

"Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri.

"Walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk sebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun, Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif ini demi kebaikan rakyat.

"Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini. Malah, UMNO juga tidak dapat menghantar atau menyerahkan satu nama pun berhubung dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100,'' ujar beliau.

Azmin dakwa tidur malam Rosmah tak lena..

Posted: 22 Apr 2011 11:38 PM PDT


Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

Azmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.


Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

"Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah," katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

"Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan... tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN," katanya.

"Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam," katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi' yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.

Dalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

"Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

"Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysiahidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman," kata Azmin.


Malaysiakini

Video Kenyataan Mustaffa Ali yang diputar belit Utusan

Posted: 22 Apr 2011 10:20 PM PDT



Utusan Berniat Jahat kata Mustaffa

Posted: 22 Apr 2011 09:26 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 APRIL : Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan serta menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar kawalan Umno-Barisan Nasional(BN) itu, Mustafa berkata, laporan tersebut jelas berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.


Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks itu siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Semalam, Mustafa diminta mengulas pendiriannya berhubung kontroversi video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Mustafa menegaskan, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kuasa untuk polis menyiasat kes ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

"Bagi kita, PAS kata siasat dahulu sebab proses yang dilakukan oleh kerajaan ini berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang ada.

"Ia bukan berdasarkan kepada kaedah Islam. Jadi PAS ikut proses perlembagaannya, undang-undang yang sedia ada.

"Kalau kerajaan memutuskan cara mengikut Islam. Tapi di Mahkamah Syariah dalam kes liwat (sebelum ini) dah tolak dah... Kalau itu, kita lihat posisi kita lagu mana.
"Kalau betul-betul kerajaan memutuskan kes ini mengikut cara syariah, kita akan nyatakan pendirian kita," katanya.

Mengulas lanjut cadangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat bagi membuktikan bahawa individu dalam video tersebut bukannya dirinya Mustafa berkata, beliau enggan mengulas mengenai isu berkenaan kerana ia disifatkan "perkara yang tidak berlaku".

"Kalau bukan dia macam mana... sehingga betul bahawa itu adalah Anwar, baru kita boleh buat pendirian macam mana," katanya.

EKSKLUSIF!! Agenda BN disebalik Pembinaan Kilang Lynas..

Posted: 22 Apr 2011 06:32 PM PDT

Keputusan Kerajaan Malaysia mengarahkan satu panel bebas akan ditubuhkan secepat mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan orang ramai bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan dan lima hingga tujuh pakar antarabangsa yang diperakui dalam bidang radiasi akan dilantik menganggotai panel itu.

Difahamkan sementara menunggu keputusan kerajaan, tiada lesen praoperasi akan dikeluarkan kepada Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB). Keputusan tersebut nampaknya sungguh menggembirakan Lynas Malaysia Sdn Bhd.

Sementara itu, Mashal Ahmad selaku CEO Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang "rare earth" di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu.



Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja mereka. Syarikat itu juga berharap kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu.

Lynas kononnya akan terus bekerja dengan pihak berkuasa Malaysia termasukLembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan pembinaan projek terus memenuhi semua keperluan dan mematuhi standard antarabangsa kata kenyataan terbabit.


Inilah dia CEO Lynas Malaysia yang bernama Dato' Mashal Ahmad itu


Bukti anak cacat seperti diceritakan mangsa radiaoaktif di Bukit Merah

Soalnya sekarang, apakah semua ini selesai dengan tindakan kerajaan ini?. Siapakah pakar bebas yang dimaksudkan itu? Atau mungkin juga pakar itu ditawarkan oleh pihak Lynas sendiri.

Jika ini berlaku, apakah panel bebas itu boleh telus dan adil untuk rakyat?. Bagaimana pula jika semua pakar itu telah "dibeli" oleh Lynas supaya mengeluarkan kenyataan yang menyokong projek syarikat berkenaan.

Semua ini adalah satu "berita malang" buat rakyat Kuantan sebenarnya. Justeru itu kami cuba menyiasat, kenapakah Kerajaan Malaysia beriya-iya masih mahu mempertahankan projek berisiko ini tanpa mahu mengambilkira hati dan perasaan rakyat.

Malah, kita juga hairan kenapa Kerajaan Negeri Pahang sendiri seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang malah memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan projek tersebut. Maka, akhirnya barulah ditemui "rahsia besar" kenapa projek Lynas ini mesti diteruskan.

Rakyat membantah kerana "Thorium" iaitu siasa buangan beradioaktif yang bakal terhasil daripada bahan mentah "rare earth". Rupa-rupanya, mereka "makan dua kali", dan ini bukanlah cerita dongeng tetapi berasaskan fakta dan kebenaran.

Ia bersumberkan kepada beberapa penemuan penting oleh seorang pakar dalam bidang berkaitan ialah Dr.Carlo Rubbia.

Rupanya bahan itulah yang paling berharga kerana ia boleh digunakan untuk tenaga. Malah kajian Dr.Carlo mendapati satu tan Thorium boleh menggantikan 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan Arang Batu. Bukankah ini cukup menakjubkan sebenarnya.

Ikuti pendedahan eksklusif kami tentang isu ini.

Thorium Akan Jadi Mineral Penting Loji Nuklear
Dr.Carlo Rubbia (foto), salah seorang pemenang hadiah Noble pada tahun 1986 yang merupakan pengkaji fizik di Organisasi Kajian Nuklear Eropah (European Organization for Nuclear Research -CERN) telah memaklumkan hasil kajian berkenaan Thorium.

Thorium boleh digunakan untuk menjana elektrik diloji penjaaan elektrik berkuasa nuklear.

Selama ini uranium digunakan disemua loji penjanaan elektrik berasaskan nuklear. Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil dan loji nuklear yang menggunakan uranium adalah terdedah kepada risiko sepertimana yang terjadi di Loji Nuklear Fukushima, Jepun.

Uranium juga bukan mudah diperolehi kerana tidak banyak negara yang menjadi pengeluar dan pengekspot uranium.

Tiga negara terbesar pengekspot uranium ialah Kazakstan, Canada dan Australia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 63% dari keperluan uranium dunia.

Uranium adalah sebuah mineral yang tidak stabil justeru pihak pengkaji dan ahli fizik telah membuat kajian mendalam berkenaan Thorium dan hasilnya, Thorium adalah 200 kali lebih berkuasa dari uranium dan 3.5 juta kali lebih berkuasa dari arang batu dan boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Disebabkan Thorium adalah beradioaktif maka Thorium hanya boleh digunakan diloji penjanaan elektrik berkuasa nuklear.

Di seluruh dunia terdapat 442 loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear yang menghasilkan 372 gigawatt elektrikuntuk keperluan dunia dan ini merangkumi 14% dari keperluan dan kegunaan elektrik seluruh dunia. Dalam keadaan ini Thorium dilihat sebagai mineral yang paling sesuai untuk menggantikan penggunaan uranium.


Inilah dia bentuk bahan radioaktif Thorium yang cukup berharga itu

Di sinilah bahan mentah rare earth diambil untuk dibawa ke Malaysia

Setakat ini pengeluar Thorium terbesar dunia adalah negara China. Saintis di China telah pun memulakan kajian untuk membina reaktor nuklear yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah asas.

Sebuah syarikat dari Norway,Aker Solutions telah membeli idea dan kajian Dr. Carlo Rubbia yang telah dipatenkan. Kini Aker Solutions menjalankan kerjasama dengan China untuk membina reaktor nuklear pertama dunia yang akan menggunakan Thorium sebagai bahan mentah.

Kos pembinaan satu loji yang boleh beroperasi dengan baik dijangka mencecah RM7 billion. Malah syarikat ini juga merupakan pelabur pertama dan terbesar melabur di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Syarikat terbabit melabur RM400 juta untuk membina sebuah pusat pengeluaran yang akan memainkan peranan penting menyokong eksplorasi minyak dan gas mereka di Asia Pasifik.

Susulan dengan maklumat tersebut Kerajaan Malaysia kini sedang giat mengkaji dan ingin membina loji nuklear untuk menjana kuasa elektrik. Walaupun telah berlaku tragedi nuklear di loji Fukushima, Kerajaan Malaysia akan meneruskan kajian dan pembinaan loji nuklear.


Lihat, kolam yang dikatakan digunakan untuk menyimpan Thorium


Kerja-kerja pembinaan kini sedang rancak dijalankan oleh pihak Lynas


Biar pun ada bantahan rakyat, kerja pembinaan masih tetap diteruskan

Kenapa ini berlaku, lihat kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa "Malaysia Perlu Loji Nuklear".

Malah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon dalam satu kenyataan, keputusan muktamad sama ada Malaysia akan membina loji tenaga nuklear bagi menjana kuasa elektrik akan diputuskan pada 2012.

Beliau juga ada berkata kerajaan juga mungkin menghadapi cabaran dari segi kos memandangkan pembiayaan awal mewujudkan loji nuklear ini adalah empat kali ganda lebih mahal berbanding loji arang batu.

Bagaimanapun pada jangka masa panjang ia akan menguntungkan kerana sangat mesra alam disebabkan tiada bahan pencemaran. Ini kerana Kerajaan Malaysia akan menggunakan Thorium dan bukan uranium.


Rupanya, Thorium amat berguna sebagai bahan mentah asas loji nuklear


Ternyata kebakaran besar di Loji Nuklear Jepun tidak menjadi ikhtibar

Kerajaan tidak berani umumkan perkara ini kerana menunggu Kerajaan China melakukannya terlebih dahulu dan bila China telah berjaya maka barulah kerajaan akan umumkan peminaan loji nuklear di negara ini.

Ini membuktikan sebab musabab kenapa Malaysia sanggup bertindak membelakangkan rakyat dalam isu pembinaan kilang memproses rare earth di di Gebeng.

Kilang Lynas di Gebeng yang akan beroperasi kelak dijangka menghasilkan puluhan ribu tan Thorium sebagai sisa beradioaktif dan mereka telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan dari kerajaan Malaysia untuk menyimpan sisa ini di Gebeng untuk selama-lamanya.

Agensi Pelesenan Tenaga Atom (AELB) pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa Thorium boleh disimpan di Malaysia tetapi bukan untuk selama-lamanya.

Ketua Pengarahnya, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan menafikan telah meluluskan rancangan Lynas untuk menyimpan sisa buangan radioaktif lojinya di Gebeng sambil menegaskan, syarikat Australia itu tidak akan dibenar menyimpan ratusan tan meskipun ia masih menganggapnya selamat.

Ini membuktikan bahawaThorium itu akan disimpan dan akan digunakan di Malaysia, sebab itu mereka kata boleh disimpan tapi bukan untuk selama-lamanya.

Malaysia memerlukan Thorium tersebut, untuk digunakan sebagai bahan mentah di loji nuklear yang akan dibina.

Thorium Lebih Berharga Pada Masa Akan Datang

Disebabkan Malaysia bukanlah pengeluar uranium, maka kerajaan beranggapan dengan adanya stok Thorium yang besar di Gebeng, maka Malaysia bukan sahaja tidak akan menghadapi masalah untuk memperolehi bahan mentah tersebut, tetapi Malaysia juga boleh manjadi pengekspot Thorium yang penting di dunia.

Ini dapat mengelakkan Malaysia dari membayar kos yang besar untuk pembelian uranium dari negara lain.

Suatu hari nanti pengekspotan Thorium akan menjadi satu industri yang sama penting dengan kelapa sawit dan getah.

Bayangkan harga setiap ton Thorium dipasaran dunia bila pasaran dikuasai oleh hanya dua negara iaitu China dan Malaysia.

Sementara itu CEO Lynas Corporation Ltd, Nicholas Curtis (foto) pula khabarnya mahukan Lynas Malaysia Sdn Bhd beroperasi di Gebeng untuk menaikkan harga saham syarikat itu dan untuk menguasai pasaran pembekalan nadir bumi di Jepun dan Eropah.

Kini terbukti kenapa kerajaan Malaysia pula beria-ria mahukan projek ini diteruskan, ia kerana faktor Thorium yang akan dapat memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara walaupun terpaksa menggadaikan keselamatan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.

Justeru itulah rakyat perlu terus bangkit menentang projek ini tanpa ada sebarang alasan. Kita mempunyai asas yang kukuh untuk membatalkan projek ini, kerana mereka yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi yang pasti akan memperjudikan nasib rakyat itu sendiri.


dibongkar oleh PDO dengan Tahirnisa dijadikan rujukan

Tiada ulasan: