Senyum Tangis Sendu |
- UMNO, Utusan, Perkasa Tersepit dan Terhimpit
- Bodohnya Utusan Tak Mahu 1Malaysia Tapi Mahu 1Melayu
- Emel 1Malaysia, FB 1Malaysia dan Selepas ini 1Malaysia Hancur
- Shuib (Datuk T) Mengamuk Pimpinan PR Tidak Mahu Tengok Video
- Kalau Tidak Mampu Bayar, Jangan Nak Jadi Anjing Menyalak
- Drebar Meraung Tiga Jam Tersepit
- 4 Jahanam Cabul Rakan
- Payudara di Gigit Anjing
UMNO, Utusan, Perkasa Tersepit dan Terhimpit Posted: 20 Apr 2011 08:53 AM PDT Inilah sikap UMNO yang tidak boleh menerima kekalahan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April yang lalu. DAP baru menang 12 kerusi daripada 15 kerusi tetapi resah dan gelisahnya seperti cacing kene simbah dengan asid. Kenapa UMNO gelisah walhal mereka tidak wujud pun di Sarawak. Tiba-tiba komponen BN yang baru iaitu UTUSAN/BN menyuarakan kenyataan untuk 1Melayu, 1Bumi. Sepatutnya akhbar itu yang membuat liputan dan mencari kenyataan pemimpin mereka tetapi hari ini mereka berani mencabar Najib sebagai PM supaya memansuhkan slogan 1Malaysia kepada 1Melayu. Belum sempat pagi esok, komponen tambahan BN yang lain pula bersuara untuk membela UMNO dan Utusan. Komponen ini diterajui oleh Katak Pasir Mas. Mereka menentang sekeras-kerasnya dan membela habis-habisan UMNO dan Utusan supaya Melayu dalam UMNO dan Utusan tidak pupus. Bukankah sebelum ini BN ada sebut dalam slogannya bahawa 1Malaysia adalah merupakan masyarakat majmuk tetapi hari ini semuanya sudah tinggal hancing selepas kena kencing. Semasa di Sarawak BN siap tunjuk lagi dengan billboard mereka mengenai1Malaysia seperti di atas. Belum apa-apa UMNO, Perkasa dan Utusan sudah melenting. Kenapa dua unsur tidak berkaitan politik ini jadi anjing tunggang. Mereka ini lebih kepada perkauman. Utusan yang tidak semena-menanya cuba jadi jaguh dalam membela bangsa. Apa yang berlaku sebenarnya? Macam negara dalam keadaan darurat melihat gelagat Perkasa dan Utusan. Takkan kerana kaum Cina tidak sokong BN, UMNO dengan Perkasa mahu melenting dan mengungkit? Ini negara demokrasi. UMNO, Perkasa dan Utusan tidak boleh tentukan undi mereka. Undi hak masing-masing. Kenapa takut sangat? Lagi pun Sarawak, BN menang majoriti lebih 2/3 jadi apa yang dirisaukan oleh UMNO, Utusan dan Perkasa? Cemburu sebab orang Cina tidak undi BN. Profesional sikit dalam adat perlawanan. Itukan pilihan rakyat dan bukannya pilihan BN. P/s: Cemburu sebab masyarakat Cina bersatu. Habis tu kenapa UMNO dengan Perkasa tidak mahu bersatu? Cuba tanya diri.JAngan salahkan orang lain. Jangan salahkan kandang kambing kalau yang masuk kandang itu anak ayam. Kembalilah kepada agama. |
Bodohnya Utusan Tak Mahu 1Malaysia Tapi Mahu 1Melayu Posted: 20 Apr 2011 06:26 AM PDT Gentar dengan kemenangan besar DAP di Sarawak, akhbar Utusan Malaysia hari ini mencadangkan UMNO melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi untuk mempertahankan kuasa politik orang Melayu. Kebodohan dan kejahilan telah mengatasi segala-galanya. Utusan bagaikan komponen Barisan Nasional telah mendesak UMNO untuk menubuhkan slogan bangang dalam dunia. Slogan bangan ini telah diutarakan oleh Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan. Ia berbunyi seperti ini "Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi,". Zaini mendakwa parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka "orang Cina telah pun bersatu" (di bawah DAP). Menurut beliau Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera bagi memastikan kaum Melayu "menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka." "Oleh itu menjadi kewajipan Umno…lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu." P/s: Kenapalah mamat ni bodoh sangat? Dalam muka BUMI ini bukan ada makhluk MELAYU sahaja. Nanti apa kata orang JEPUN, NIGERIA, GHANA, PALESTIN, U.S.A dan lain-lain lagi kalau BUMI ini jadi BUMI MELAYU sedangkan mereka bukan MELAYU. MELAYU berapa kerat sangat dalam muka BUMI. Kalau adapun dekat dengan Asia dan hanya UMNO sahaja yang duk jaja perkataan MELAYU. JEPUN tidak pernah sebut "HIDUP MELAYU" ketika demonstrasi. Hanya UMNO sahaja yang tersepit dengan permainan kaum. Lagi satu tindakan timbalan pengarah utusan itu seakan-akan perkauman dan beliau sendiri takut UMNO pupus. Beliau bukan takut Melayu pupus tetapi takut UMNO pupus sebab makan hidupnya bersama Utusan adalah dari UMNO. |
Emel 1Malaysia, FB 1Malaysia dan Selepas ini 1Malaysia Hancur Posted: 20 Apr 2011 01:15 AM PDT Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd. Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatan sebuah syarikat bermasalah. Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk." Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya. Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya. Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes. P/s: Lepas ni PM kata, nanti kita buat akaun FB 1Malaysia. Parah betul Malaysia selagi Najib memerintah. Komisyen kapal selam RM517juta, Emel RM50juta dan berkaitan dengan ketirisan dalam negara. Lapangan terbang Melaka RM131juta sudah diisytihar oleh Ali Rustam gagal. Hanya yang akan untung ialah Rosmah dan Najib. Kasihan kat pencacai UMNO/BN. Semakin diundi BN semakin terseksa mereka. Harga minyak naik mendadak. Harga minyak petrol antara ahli PR dengan BN sama. Bodoh betul pencacai BN ni. Tunggulah Malaysia hancur baru tukar kerajaan. Inilah minda orang... |
Shuib (Datuk T) Mengamuk Pimpinan PR Tidak Mahu Tengok Video Posted: 19 Apr 2011 11:25 PM PDT "Mana nak cari empat saksi yang boleh dipercayai zaman sekarang ni, macam mana nak cari? Kalau Abdul Hadi dan Nik Aziz jadi saksi sudah tentu mereka tidak akan menyebelahi kami. "Abdul Hadi dan Nik Aziz nak jadi saksi macam mana, belum tengok sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... ustaz macam mana ni? Belum tengok sudah buat keputusan dan kata fitnah. "Mereka tak tengok filem sudah kata fitnah... fitnah... fitnah... saya cabar Abdul Hadi, Nik Aziz termasuk Anwar Ibrahim sumpah laknat sebab kata video itu fitnah," katanya. Tambah Shuib, pihaknya juga mempersoalkan tindakan individu tertentu termasuk pemimpin Pakatan Rakyat yang bertindak menafikan kebenaran rakaman video seks itu tanpa menontonnya. "Belum tengok sudah kata fitnah, saya juga cabar konco-konco mereka sumpah laknat juga... tengok dulu baru kata ini belum tengok sudah kata fitnah dan demi keadilan kena tengok dulu baru boleh cakap," katanya. Sumber asal P/s: Kasihan Shuib sampai terdesak mengajak orang menonton video sama. Mesti dia dah tengok video tu sampai syaitan dah ajak dia untuk mendesak TGNA, TGHH dan DSAI tengok. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan). "Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah). Sumber asal P/s: Boleh ke kata tidak terlibat? Dia kata tidak dedah kepada orang ramai tetapi dedah pada wartawan. Habis tu wartawan yang datang x kan sekor kot? Lepas tu guna istilah orang ramai. Wartawan tu kambing ke manusia? |
Kalau Tidak Mampu Bayar, Jangan Nak Jadi Anjing Menyalak Posted: 19 Apr 2011 10:01 PM PDT Tidak habis-habis UMNO/BN menuduh sana sini. Medianya pun sama jadi pak turut. UMNO/BN mahu jadi juara membela tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) tetapi merekalah yang paling banyak jual tanah orang Melayu. Di Bukit Katil pun mereka mahu ambil tanah yang dijadikan pusat didikan. Bangang betul mereka. Kedah Tolak Permohonan Rebat UUM Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menanggung kenaikan bayaran cukai tanah daripada RM100,000 kepada RM1.8 juta sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun bermula pada 2006. Penuh Serah UUM Pada Kedah "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Penuh |
Drebar Meraung Tiga Jam Tersepit Posted: 19 Apr 2011 09:00 PM PDT IPOH: Seorang pemandu bas meraung kesakitan kira-kira tiga jam akibat tersepit selepas bas ekspres dipandunya merempuh sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 266, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), menghala utara, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Juwanto Jairot, 42, yang berasal dari Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang, tersepit di tempat duduk pemandu apabila bas Ekspres Plusliner yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler bermuatan besi buruk. Difahamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh yang bergegas ke tempat kejadian gagal mengeluarkan mangsa berikutan kaki dan bahagian sebelah kiri tubuhnya tersepit. Mangsa yang ketika itu masih sedarkan diri meraung kesakitan meminta tolong sambil anggota bomba bertungkus-lumus memotong komponen hadapan bas yang remuk itu. Keadaan mangsa yang parah menyebabkan Unit Paramedik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dipanggil ke tempat kejadian kira-kira satu kilometer dari Hentian Tol Jelapang, di sini. Mangsa cuba ditenangkan dan diberi suntikan penahan sakit mengelak dia meronta sehingga boleh menyebabkan kecederaan lebih buruk. Bagaimanapun, mangsa yang yang kehilangan darah dan hampir pengsan berjaya dikeluarkan kira-kira jam 1.05 pagi semalam sebelum dikejarkan ke HRPB untuk rawatan kecemasan. SAKIT...detik cemas anggota bomba dan Unit Paramedik HRPB menyelamatkan mangsa. Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kemalangan dipercayai ketika bas yang membawa 15 penumpang kebanyakannya pelajar dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. "Sebaik sampai di tempat kejadian, pemandu gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang treler itu," katanya. |
Posted: 19 Apr 2011 07:00 PM PDT ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka. Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru. Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam. "Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya," katanya di sini, semalam. Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin. Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja. |
Posted: 19 Apr 2011 04:32 PM PDT Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan. Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam. Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa. "Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil," katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan