A Mum Of Three Mohd |
Posted: 20 Apr 2011 08:32 AM PDT Jeng....jeng....jeng.... sudah terjawab!! Putik-putik bunga nepotisme sudah mula kelihatan dalam Kerajaan 1Malaysia. Baru 3 tahun duduk dipuncak kuasa, sudah macam-macam isu keluar. Isu kontrak Masjid Kampung Baru belum setel lagi, ini sudah timbul pulak isu emel 1Malaysia. Kuang.. kuang... kuang..... 1Malaysia, Rakyat Dahulu Dirompak, Nepotisme Diutamakan. Malaysia Boleh!! KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia yang diumumkan Najib semalam. Perkara itu didedahkan portal berita dalam talian, MerdekaReview dalam artikel mereka hari ini. Projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta diberikan kepada Tricubes Berhad dan setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal memperolehi satu akaun email untuk urusan komunikasi terus dengan jabatan kerajaan. Menurut artikel itu, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group. "Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan). "Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group," menurut artikel itu. Menurut artikel itu lagi, Tricubes yang merupakan syarikat bertaraf GN3 di Bursa Malaysia dan berhadapan kemungkinan dinyahsenarai pernah cuba membida 32.2 peratus saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad namun gagal memperoleh saham itu. Penganugerahan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta itu dipercayai untuk membantu program penstrukturan kewangan Tricubes. "Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober," artikel itu dipetik. Menurut artikel tersebut, perkara yang paling menghairankan, adalah tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang mendakwa mengutamakan meritokrasi dan ketelusan tetapi pada masa sama melantik sebuah syarikat yang berdepan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan.- Keadilan Daily |
Satu lagi projek jeng... jeng... jeng... Posted: 19 Apr 2011 08:00 PM PDT Fuuhhh....!! RM 50 juta untuk sediakan perkhidmatan email kepada rakyat?? Ooooo.... banyak tu. Gilerr lu... Apa bodoh sangat ke rakyat Malaysia sampai nak uruskan a/c email sendiri pun tak tahu?? Apa ke jadahnya gunanya email-email tersebut kepada kesejarhteraan rakyat?? Aaaaa.... nak jaga tepi kain rakyat, ya?? Senang nak sebar propaganda, cuba nak psiko dan pengaruhi minda dan senang nak intip rakyat , ekk?? Apa ke faedahnya kepada mereka?? Faedah kepada rakyat..... yeilek!! Jadi siapa yang dapat faedah daripada projek itu?? Ek ele.... soalan sonang jer tu jawapannya ialah syarikat jeng.... jeng.... jeng....!! Ha.. ha... ha... Projek jeng...jeng... jeng... untuk syarikat jeng.... jeng.... jeng.... Kepala hotak puak-puak lanun ni, memang kepala hotak 'putar alam'. Macam-macam mereka boleh putar demi kepentingan diri dan kroni. KUALA LUMPUR 19 APRIL : Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia. Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider. Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi. Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu. Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur. Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu. Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3. Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia. Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. -TVS NEWS Tak boleh dibiarkan. Duit rakyat mereka guna untuk selamatkan kroni-kroni mereka macam duit tuk mak bapak mereka punyer jer.... Nampak gayanya, dulu, kini dan selamanya.... keadaan ini akan berlarutan dan terus berlarutan jika kita RAKYAT tidak put a stop to it. PRU13 make sure UMporNO/BN.... GO!! Show them the EXIT DOOR!! |
Posted: 19 Apr 2011 05:30 PM PDT Semalam 1Perak bercuti kerana sambutan meraikan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak. Macam aku kata dalam N3 terdahulu... fuuhhh lega rasanya dapat berehat. Dalam relax-relax, orang Perak bercuti... heboh orang bergossip pasal isu kononnya YB-YB Pakatan Rakyat memboikot Majlis Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-83. Gosip ini dikhabarkan dalam blog rbf online. But later... N3 tersebut dikeluar. Kecoh komer... kecoh.... KUALA LUMPUR, 19 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kesal dengan fitnah yang disebarkan puak Umno yang mendakwa tiada seorang pun Adun Pakatan Rakyat Perak menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-83 Tahun hari ini. Fitnah itu disebarkan dalam blog Umno ruangbicarafaisal.blogspot.com jam 9.58 pagi tadi namun artikel bertajuk "DAP, PAS dan PKR Boikot Hari Keputeraan Sultan Perak" itu kemudiannya dibuang dari blog tersebut. Khalil berkata, beliau dan Adun-Adun PKR, DAP dan PAS yang lain tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri majlis itu. "Bagi mengesahkan perkara yang sama sebentar tadi saya telah menghatar khidmat sistem pesanan ringkas (sms) kepada semua adun PR. "Sehingga sekarang saya menerima respons segera dari hampir 20 Adun PR yang memaklumkan mereka tidak menerima apa-apa jemputan ke istana pada hari ini," jelas Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri melalui twitternya. [Lagi di sini] Hmm... Ituler ruper nyer demer..., tak tahu cerita hujung pangkal, terus sebarkan fitnah. But... alhamdulillah, tuan empunya blog sudah mintak maaf. [sini] Itu sepasal daripada senario citer nyer. Sepasal lagi adalah mengapa tidak ada jemputan kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat?? Apakah motif kerajaan lanun BN berbuat demikian?? Apakah niat mereka untuk memberi gambaran buruk yang kononnya YB-YB Pakatan Rakyat ini derhaka kepada Sultan Perak atau sengaja nak meminggirkan mereka daripada majlis sambutan tersebut?? Whatever ler.... Apa-apa pun, niat mereka menunjukkan tahap mentalitit kerajaan lanun BN Perak. Sooo tak profesional and soooo kebudak-budakan!! Mentaliti tahap shit!! Kalau dah YB-YB Barisan Najis, maka mentaliti pun, tahap shit ler!! Sebabnya.... dalam otak bukan ada otak tetapi full of shit!! Kepada YB-YB Pakatan Rakyat.... tak dijemput pun tak apa. No big deal. Pinggan tak berselut, nasi tak mendidih, orang tak jemput.... komer pun jangan terhegeh-hegeh. Tak jatuh maruah komer jika tak pergi. Ambil peluang untuk bersama keluarga dan rakyat... lagi baik. Yang penting sekarang, fitnah mereka sudah terbongkar. Rakyat sudah tahu, siapa sebenarnya yang busuk perut dan busuk hati. Biarkan mereka dengan keangkuhan mereka. Come PRU13 nanti kita ajar mereka!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan