Khamis, 14 April 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


BN Akan Naikkan Gaji Bulan Jun, PRU Bulan Julai

Posted: 14 Apr 2011 08:30 AM PDT


Tahukah anda bahawa kerajaan telah membekukan kenaikkan gaji kepada penjawat awam dan badan berkanun semata-mata mahu melihat penanda aras sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10 yang bakal berlangsung pada 16 April 2011.

Tindakan demikian sebagai taktik untuk mengalih pandangan rakyat mengenai kejatuhan kerajaan BN dan masalah yang dihadapi oleh pemimpin BN pada hari ini. Skandal moral, pembunuhan dan rasuah dijadikan sebagai pelindung dengan kenaikkan gaji penjawat awam dan badan berkanun.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula masih membekukan status jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagai langkah untuk terus mengambil pekerja mereka terpaksa membuka jawatan dengan status sementara. Ini kerana ada kenaikkan gaji pada bulan Jun nanti.

JPA terpaksa berbuat demikian bagi melihat faktor pilihan raya di sarawak sebagai penanda aras. Jika BN kalah maka pilihan raya terpaksa dipanjangkan lagi berbanding pada bulan Julai sekiranya BN menang di Sarawak.

Gambar: Patut UMNO Tidak Boleh Hidup di Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 06:47 AM PDT


Patutlah UMNO tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, rupanya orang-orang BN buta huruf termasuk Taik Mamut. Hebat disemenanjung membela bahasa Melayu tetapi bila di Sarawak bahasa itu jadi dua alam (teringat filem 2 Alam dan binatang amfibia).

Adakah kerana UMNO tiada di Sarawak menjadi punca bahasa Melayu Sarawak jadi seperti rojak mee? Bahasa sudah jadi sasau di Sarawak. Ramai pembaca gelak dengan keadaan yang berlaku ini. Di bawah ini kita baca komen daripada pembaca blog.

  • aik???BN pon eja salah. xdapat bantuan ke tu tiap2 bulan??? 
  • ni namanya Dwi-Bahasa..ada kesan dr PPSMI kot..
  • kat PRK merlimau pun sama...ceramah BN di jalan batu gajah tetapi kat bena tulis alor gajah...hehehe benda salah pun gantung juga..banggang punya BN..
  • bukan kt merlimau je..pngalaman kt prk bagan pinang dan permatang pasir dulu pun ada..rasanya bukan silap kedai print, tu silap org yg design. biasanya kedai print akn ikut exactly dr design. kalau salah design, yg print keluar pn akan salah.
  • bangan, bodoh, barua, bangsat, buta ejaan.. patut la umno x hidup kat sarawak..
Aduhai BN, kenapa buat silap ejaan tu. Kalau satu tidak mengapa dan boleh dimaafkan tetapi ini tiga. Adakah BN akan kata ini kebetulan? Bila gaknya yang tidak kebetulan?

Petugas BN Kena Sula dengan Kayu

Posted: 14 Apr 2011 05:27 AM PDT


Cuba tengok gambar perempuan sedang memasukkan kayu di celah kankang lelaki. Inilah politk yng di ajar oleh Barisan Nasional kepada ahlinya. Sebab itu ahlinya terlau ketagih seks. Mereka sanggup menyula apa sahaja asalkan mendatangkan kepuasan.

Nasib baik anu Mamat di atas tidak menagalami sebarang kecederaan tetapi mungkin kayu tersebut telah menyentuh telurnya. Baginya mungkin tiada masalah kerana mereka suka akan perbuatan menyula rakan sendiri.

Ahli Bn suka sula. Pemimpin BN suka seks. Wartawan suka jam Omega. Taib Mahmud bawa Stella. Najib kempunan kerana kematian Altantuya.


Tanda oleh kijang59 - Hakcipta kijang59

BN Tumbang di Sarawak Jika...

Posted: 14 Apr 2011 03:46 AM PDT

Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

H/daily

Altantuya Mati Kerana Terpijak Periuk Api?

Posted: 13 Apr 2011 08:45 PM PDT

Akuan bersumpah

Politik Malaysia telah menjadi politik kartun. Bila tiba pilihan raya, ada sahaja bukti-bukti baru yang ditemui termasuk Altantuya mati bukan kerana Rosmah tetapi sebab dipaksa untuk mengaku kerana tidak mahu melihat Najib jadi PM.

Pelakon siri baru dalam siri politik kali ini ialah Raja Petra yang juga penulis blog Malaysia Today telah menggemparkan negara dengan dakwaan beliau telah dipaksa untuk mengaku bahawa Rosmah tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Pening rakyat Malaysia dengan politik dalam kain tanpa telur ini. Selepas ini siapakah pelakon untuk pilihan raya umum yang akan datang? Kita tunggu tayangan filem baru rakyat Malaysia untuk tahun ini.

Agak-agak Altantuya mati terkena periuk api. Mungkin masa beliau tengah cari pucuk paku di atas bukit itu. 

Siapa Yang Bunuh Altantuya Kalau Bukan Najib?

Posted: 13 Apr 2011 06:14 PM PDT


Raja Petra lompat masuk BN? Biar betul. Habis, siapa yang bunuh Altantuya? Itulah pengakuan Raja Petra setelah beliau mengaku tidak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya.

Kenapa bila tiba masa pilihan raya, banyak pendedahan yang boleh dianggaptelah dibayar oleh BN. Adakah Raja Petra telah dibayar dan diupah untuk menhancurkan karakter Anwar Ibrahim. Ramai pelakon BN telah gagal dalam lakonannya dan terkini adalah Raja Petra sebagai cerita baru untuk Anwar.

Kita tengok sejauh manakah lakonan pelakon-pelakon BN itu akan berjaya dalam lakonannya sehinggakan banyak cerita-cerita baru yang akan ditayangkan kepada rakyat.

Kabinet Kerajaan Baru Negeri Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 12:30 PM PDT

Klik imej bagi pembesaran

UMNO/BN mungkin duduk dalam keadaan tidak selesa jika kabinet ini benar-benar berlaku memandangkan tempoh pilihan raya cuma tinggal 2 hari lagi kerana proses pembuangan undi akan berlangsung pada 16 April 2011.

Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan. Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.

Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi. Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.

Pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

Tiada ulasan: