Rabu, 13 April 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


BN Sarawak mula panas..............

Posted: 13 Apr 2011 12:24 AM PDT

Hari ini dalam akhbar The Star sisipan Sarwak yang hanya dijual di negeri ini pimpinan BN member amaran kiranya masyarakat Cina Sarawak mengundi calon DAP dan menolak calon SUPP maka kuota Timbalan Ketua Menteri Sarawak nanti akan diberikan kepada wakil bukan Cina.

Jika ini bukan satu ugutan berbau rasis, apalagi?!

Ada pula seorang lagi mengatakan Sarawak bukan majority Cina sebagaimana Pulau Pinang yang boleh melihat DAP menang menjadi Ketua Menteri.

Sekali lagi sentimen perkauman dimain, dan siapa lagi pemainnya jika tidak BN yang tiada modal melainkan politik murahan untuk berhadapan dengan asakkan dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 ini.

Ternyata kehadiran calon-calon PR yang lebih berwibawa serta pengekalan calon-calon BN yang sudah tercemar rekod masing-masing mula menampakkan kebimbangan pada kem BN. Kesatuan PR yang dari berbilang parti cuba dipecah-pecahkan dengan menyerang parti-parti komponan PR secara berasingan.

Selepas keputusan PRU Negeri Sarawak ke 9 lalu yang membangkitkan kesedaran politik dikalangan rakyat Sarawak serta kemenangan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, jelas rakyat Sarawak sudah semakin matang kesedaran politiknya. Walaupun terpisah jauh dengan Laut Cina Selatan namun kemajuan teknologi tidak menghalang rakyat negeri ini untuk turut bangkit menuntut perubahan.

Riuh kem BN Sarawak terpaksa meyakinkan yang Taib Mahmud akan letak jawatan selepas BN menang kembali, jika begitu mengapa tidak bersara sahaja sebelum PRU dan beri peluang kepada tenaga baru.

Dalam kecelaruan dan kebimbangan kem BN Sarawak, jentera PR perlu terus mengasak dan tidak mustahil sesuatu yang luar biasa boleh tercipta tanggal 16 April ini. Dahulu pun semasa Datuk Haris Salleh di bawah naungan BN menghadapi pilihanraya negeri Sabah berhadapan dengan PBS (parti baru pimpinan Pairin ketika itu) tiada pihak yang menyangka pemimpin sehebat Harris boleh jatuh kecundang. Bukan sahaja partinya hampir lenyap tetapi Harris pun turut lingkup di kerusinya sendiri di Tenom.

Oleh itu jangan pandangan rendah kemampuan rakyat Sarawak. Ayuh bangkit dan pelopori perubahan yang bakal merobah seluruh senario politik seluruh Negara.

Tiada ulasan: