Pahang Daily Online |
- Isu Lynas: Laporan SPRM Telah Di Buat Meminta Pihak Terbabit Menyiasat Siapakah 'Dalang' Yang Terlibat Sebalik 'Kelulusan' Projek Radioaktif Ini!
- Panas: Wakil Rakyat BN 'Di Marahi' Oleh Menteri Besar Pahang Gara-Gara Cuba Mempertahankan Kehendak Rakyat Agar 'Projek Lynas' Dibatalkan
- Isu Pahang: Orang Ramai 'Kecewa' Atas Tindakan Menteri Besar Mengarahkan Pembatalan Taklimat Penerangan Lynas Di Indera Mahkota Malam Tadi
- Memalukan: Gara-Gara Takut Rakyat Terima Info Yang Tepat, Maka "Kerajaan Akhirnya" Terpaksa Melumpuhkan Operasi Portal Berita Malaysiakini
Posted: 12 Apr 2011 07:32 PM PDT KUANTAN, 13 April - Kontroversi isu Lynas yang menghantui rakyat kini telah dibawa kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Satu laporan oleh Pengerusi DAP Kuantan, Cheah Kim Hung (foto) telah dibuat jam 10.00 pagi semalam di Pejabat SPRM Pahang, Tingkat 10 Wisma Persekutuan dekat sini. Laporan tersebut meminta pihak SPRM membuat siasatan terperinci tentang wujudnya unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dalam kelulusan pembinaan kilang radiaoaktif "rare earth" syarikat Australia Lynas Corporation Ltd yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Turut mengiringi beliau semalam ialah Ustaz Sulaiman Md Derus (Ketua Penerangan PAS Kuantan), Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar) dan beberapa orang penyokong. Cheah memberikan keterangan hampir dua jam kepada Penolong Penguasa SPRM Pahang, Gobalakrisnan a/l Raja Gopal. Dengan laporan ini besar harapan rakyat agar pihak SPRM dapat merungkai segala "rahsia besar" disebalik kelulusan "kontroversi" projek berkenaan. Siasatan perlulah menjurus kepada siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan projek ini diluluskan di peringkat pusat dan juga negeri Pahang ini sendiri. [Isu Lynas kini semakin hangat hingga menyebabkan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob terpaksa mengarahkan semua taklimat awam Lynas dibatalkan mulai semalam. Tambah menyulitkan lagi apabila Pengarah Urusan Lynas, Nicholas Curtis pula mengeluarkan beberapa kenyataann yang didapati bercanggah dengan penerangan yang diberikan kepada orang awam semasa taklimat. Mungkin dek kerana itulah MB Pahang mengarahkan sessi taklimat awam dibatalkan kerana gusar pihak berkenaan akan terus dipersoalkan oleh rakyat. Malah di laman sembang sosial facebook MB itu sendiri, banyak komen yang mahu projek ini dibatalkan. Anda yang mahu menghantar bantahan atau sebarang pandangan terhadap beliau sila klik fb MB ini] |
Posted: 12 Apr 2011 05:49 PM PDT KUANTAN, 13 April - Sidang Dewan Undang Negeri Pahang yang berlangsung semalam bergegar dengan kemarahan Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob akibat tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang menyarankan supaya projek "Lynas" dibatalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. ADUN berkenaan ialah YB Pang Tsu Ming (foto), yang menjadi wakil rakyat kawasan Semambu. Beliau dikatakan telah dimarahi oleh Adnan, gara-gara bertindak mahu "mendahulukan rakyat" dalam isu ini. Pang Tsu Ming adalah salah seorang wakil rakyat BN yang turut hadir dalam Taklimat Awam Lynas yang mencetuskan kontroversi di Komplek Dagangan Indera Mahkota minggu lalu. Tidak dapat dipastikan bagaimana insiden ini boleh bermula, namun difahamkan MB Pahang itu kecewa dengan sikap pemimpin MCA terbabit yang tiba-tiba mahu menjadi "juara rakyat" untuk menyebelahi golongan yang membantah projek ini. Difahamkan Kerajaan Negeri Pahang tidak mendapat "satu sen pun untung" sepanjang 12 tahun projek Lynas beroperasi (tiada cukai) di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Makanya, apakah kewajaran mereka untuk meneruskan projek berkenaan, sedangkan rakyat kini terus memberontak mahu ia dibatalkan. Malah, tindakan MB mengherdik wakil rakyat BN sendiri yang mempertahankan kehendak rakyat itu jelas sekali satu tindakan biadap yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin yang kononnya membela rakyat. Jika inilah keadaannya, maka menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Pahang untuk menolak UMNO BN dan menunjukkan jalan keluar buat MB Pahang dalam Pilihanraya Umum akan datang. Masa untuk berubah kini nampaknya sudah semakin tiba. Marilah Kita Mendahulukan Rakyat ! [Jika beginilah caranya, maka ternyata sangkaan beberapa pihak bahawa memang terdapat rundingan "under table" yang menyebabkan "wang pelincir" telah berlaku dalam projek ini. Soalnya, siapa yang menerima dan meluluskannya. Rakyat tidak mahu menyalahkan pihak-pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia (EALB) dan lain-lainnya. Mereka tidak bersalah kerana terpaksa mengikut arahan pihak atasan. Kesalahan kini terletak dibahu pemimpin politik yang membawa masuk projek ini serta mengarahkan ia diluluskan tanpa memikirkan nasib rakyat. Kini sesuatu harus dibongkarkan demi kehidupan rakyat pada masa akan datang. Projek ini mesti dibatalkan segera. Sudahlah ia berbahaya, malahan ia juga tidak mendatang keuntungan kepada sesiapa dalam tempoh 12 tahun baik Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Kepada ADUN Semambu YB Pang Tsu Ming, jika beginilah caranya pemimpin BN memerintah maka eloklah anda letak jawatan dan kembali bersama rakyat sekarang. Apa ditunggu lagi, kini sudah terbukti laungan "Rakyat Di Dahulukan dan Tradisi Membela Rakyat" langsung tidak diedanhkan oleh mereka. Jom Turun dan bela rakyat kamu sekarang!]. |
Posted: 12 Apr 2011 05:10 PM PDT KUANTAN, 13 April - Orang ramai yang hadir untuk mendengar Taklimat Awam Isu Lynas di Komplek Dagangan Indera Mahkota dekat sini malam tadi kecewa dengan "kebaculan" Kerajaan Negeri Pahang membatalkan program tersebut. Mereka yang datang dari jauh untuk sama-sama memainkan peranan dalam taklimat tersebut telah dinafikan hak akibat ketakutan kerajaan untuk menerima kebenaran. Rata-rata yang ditemui mengatakan tindakan pembatalan tanpa sebarang maklumat ini jelas sekali melambangkan betapa takut dan gusarnya kerajaan melihat kebangkitan suara rakyat untuk membantah projek ini. "Kami sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengambil bahagian dalam sessi dialog yang akan diadakan. Tapi kami hairan kenapa Menteri Besar Pahang mengarahkan pembatalan itu, sedangkan beliau tahu rakyat inginkan maklumat dan mahu bertukar-tukar pandangan tentang isu ini. Apa yang berlaku malam ini jelas membuktikan merekatidak serius untuk mendahulukan rakyat. Kami mewakili sebahagian besar rakyat di kawasan yang akan terlibat dengan projek ini berjanji akan berkempen untuk memastikan rakyat menolak kerajaan UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang", kata seorang penduduk dari Balok Makmur yang turut hadir malam tadi. Sebahagian orang ramai yang hadir menunjukkan kekecewaan mereka Pintu ini tertutup akibat sikap pemimpin yang takut hadapi kenyataan Antara pemimpin dan rakyat yang hadir untuk membantah projek Lynas Semua pihak kecewa akibat pembatalan yang dilakukan oleh penganjur Orang ramai serbu kaunter pertanyaan dan marah akibat pembatalan |
Posted: 12 Apr 2011 10:13 AM PDT Mungkin agaknya dek kerana takut dengan penangan media baru dalam memaparkan maklumat tepat kepada rakyat, maka Kerajaan UMNO BN bertindak drastik untuk melumpuhkan portal berita Malaysiakini semalam. Difahamkan bahawa kerajaan hari ini dipercayai cuba berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Mereka didakwa bertindak menyekat maklumat dalam talian atau internet kepada rakyat. Sejak pagi tadi, laman portal berita popular iaitu Malaysiakini dikatakan berhadapan dengan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet Jaring Communications Sdn Bhd telah mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka. Jaring adalah anak syarikat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dilaporkan bersama-sama pihak Telekom Malaysia melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara dan mengurangkan akses tempatan ke atas laman web berkenaan. Apa yang berlaku ini sejak pagi tadi telah dimaklumkan melalui laman Facebook salah seorang pengasas laman portal berkenaan iaitu Premesh Chandran (foto), di dalam profil beliau. Premesh menulis "Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini." Laman portal Malaysiakini yang ditubuhkan pada tahun 1999 telah menjadi popular kerana terus menjadi tumpuan pembaca di internet serta menyiarkan video-video kempen pilihanraya Sarawak sejak kempen bermula pada minggu lepas. [Apa yang berlaku ini membuktikan Kerajaan UMNO BN semakin terdesak sekarang. Penangan media baru menyebabkan sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan. Maka akhirnya Malaysiakini dijadikan mangsa sekali lagi. Walhal, kerajaan sudah mempunyai media mereka yang terlalu banyak untuk menabur janji pilihanraya kepada rakyaqt. Bahkan mereka juga mempunyai portal berita rasmi Bernama untuk menjadi "mata dan telinga" bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat. Namun, kini mereka masih lagi takut berhadapan dengan kenyataan. Tindakan ini jelas sekali membuktikan mereka tahu sokongan rakyat di Sarawak terhadap pembangkang semakin kuat sekarang. Lantaran itulah jalan terbaik ialah menyekat segala maklumat itu agar tidak sampai kepada mereka. Senario ini jela sekali menunjukkan perangai puak-puak ini memang "kebudak-budakan". Mereka sebenarnya hanya "takut pada bayang-bayang sendiri" atas tindakan bacul yang menujukkan kejahilan mereka sebenarnya. Semoga ini tidak akan melemahkan rakyat]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan