Jumaat, 8 April 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Angkara Ibrahim Melayu malu mengaku Melayu

Posted: 07 Apr 2011 07:19 PM PDT

Pepatah Melayu menyebut "Bahasa melambangkan bangsa" . Ini mencerminkan betapa halus dan sopannya orang Melayu sehingga bahasanya sendiri tersusun indah beradab bermakna jika bahasanya sahaja molek inikan pula bangsanya. Begitulah asalnya orang-orang Melayu.

Kerana itu orang Melayu asalnya tidak kurang ajar. Memelihara dan menjaga budayanya dan apabila Islamnya bangsa Melayu maka lebih tertib dan sopanlah jadi budaya dan pegangannya. Menurut sejarah apabila Portugis mahu kalungkan loket emas pada Bendehara Melaka sehingga tersentuh kepalanya, para pendekar Melayu menghunus keris kerana terhina akan tindakan melanggar adab bangsa itu, tapi Bendehara menghalang, Benggali Putih tidak tahu adab dan budaya kita.

Namun tidak dinafikan ada juga yang terpesong, ada juga yang sesat, korap sehingga menoda budaya sendiri akhirnya mengotori bangsa sendiri. Ini berlaku dalam mana-mana bangsa dan budaya tetapi bagi orang Melayu apabila ada yang jatuh dalam kelompok ini sah ia bukan dari bangsa Melayu, kerana bangsa Melayu tidak kurang ajar begitu.

Ibrahim Ali bagi saya telah melintasi garis sempadan apabila bertutur sesuatu yang bukan dari adab dan budaya Melayu. Di Dewan Rakyat semalam beliau berkata:

Peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka.

Terus mengaitkan isu ini dengan video panas kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Kononnya pemimpin pembangkang itu terlibat dalam insiden berkenaan kerana isterinya tidak pandai melayan nafsunya.

Bagi saya Ibrahim mencemar kesopanan dan adab Melayu, bagaimana seorang yang mendakwanya dirinya pemimpin NGO Melayu boleh mencabul ketinggian bangsanya sendiri? Ibrahim memang terkenal seorang pemimpin vocal tapi bagi saya lebih kepada seorang yang celupar. Kali ini terbukti keceluparnnya itu terlalu melampaui batas, perlu diajar jika tidak dipulaukan sahaja jenis yang memalukan bangsa sendiri ini.

Jangan sampai orang Melayu malu mengaku dirinya Melayu angkara sepsis seperti Ibrahim ini.

Justice for Ahmad Sarbani

Posted: 07 Apr 2011 03:56 PM PDT

Apabila mayat mendiang Teoh Beng Hock didapati tertiarap di atas bumbung berhampiran kaki Plaza Masalam di Shah Alam iaitu bangunan yang menempatkan SPRM Selangor, ramai yang terkejut. Beng Hock ketika itu adalah Setiausaha Sulit kepada ahli EXCO dan Pengerusi DAP Selangor ketika itu Ean Yong.

Tetapi oleh kerana atas sebab-sebab tertentu yang saya percaya didorong kuat oleh alasan politik maka kita dipaparkan dengan kemungkinan kononnya mendiang jatuh atau bunuh diri.

Dan terkadang saya mungkin keterlaluan tetapi dapat mersasai ia bertukar menjadi isu perkauman. Seolah nyawa seorang hamba Allah tidak berharga semata-mata kerana beliau seorang bukan Melayu bukan Islam dan datang pula dari parti politik yang bukan Umno bukan BN. (kiri gambar dari sebuah portal berita menunjukkan Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor menyentuh keranda Allahyarham Ahmad Sarbini)

Lantaran itu tiadalah menyeluruh sentimen rakyat dalam isu ini. Masyarakat Cina saya yakin tersinggung dan kecewa sehingga insiden ini mempengaruhi beberapa pkeputusan pilihanraya kecil apabila masyarakat ini terbabit sebagai pengundi. Tetapi bagi masyarakat Melayu ia sekadar dijinjing oleh orang-orang PAS, yang lain cuma panjang remeh .

Hari ini Suruhanjaya Diraja yang menyiasat akibat kematian mendiang masih bersidang.

Dengan takdir Allah swt tiba-tiba kita berhadapan dengan satu lagi insiden yang sama. Juga di kaki bangunan SPRM. Yang meninggal kali ini ini seorang pegawai kastam berbangsa Melayu. Pegawai yang dikatakan sedang disiasat oleh SPRM atas pertuduhan rasuah tiba-tiba didapati meninggal dunia secara mengejut. Ramai khasnya kaum keluarga dan kenalan Allahyarham marah dan tidak puas hati apabila punca kematian dikataka bunuh diri.

Sama seperti mendiang Beng Hock kematian ini mahu disimpulakn sebagai bunuh diri sedangkan mereka yang rapat dan mengenali Allahyarham tahu bahawa Allahyarham seorang yang baik pekertinya, warak tak mungkin mahu membunuh diri walau tertekan bagaimana pun.

Kini apa yang dilalui oleh kaum keluarga dan kenalan Beng Hock turut ditanggung oleh kaum keluarga dan kenalan Allahyarham. Saya mendoakan agar sentimnt orang-orang Melayu terus bangkit dan menuntut keadilan untuk Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

Jika dulu lantang kedengaran "Justice for Teoh Beng Hock" sekarang mari kita bangkit dan tuntut "Justice for Ahmad Sarbani"

Mari kita tuntut keadilan ini kerana semalam Beng Hock hari ini Ahmad Sarbani dan esok lusa entah siapa lagi. Rakyat tidak harus membenarkan kematian seumpama ini berlaku sedang kalau didapati bersalah sekalipun kedua-dua hamba Allah ini tidak akan diihukum gantung sampai mati! Bayangkan jika mereka tidak bersalah.

Alfatihah.

Tiada ulasan: