Jumaat, 8 April 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Pahang: Bantahan "Projek Lynas" Memuncak, Himpunan Rakyat Di Masjid Balok Makmur Lepas Solat Jumaat Petang Tadi Terus Dapat Sambutan !

Posted: 08 Apr 2011 01:14 AM PDT

KUANTAN, 8 April - Bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd kini semakin meningkat selepas Kerajaan Negeri Pahang mengadakan taklimat awam berkenaan projek itu di Komplek Dagangan Indera Mahkota dan Duta Village dekat Beserah baru-baru ini. Petang tadi, rakyat terus bangkit menyatakan bantahan dan tidak mahu kewujudan kilang tersebut di negeri. Himpunan Membantah Lynas dan Selamatkan Malaysia siri kedua telah diadakan di perkarangan Masjid Balok Makmur selepas solat Jumaat hari ini. Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diketuai oleh Ustaz Suhaimi Md Saad (foto) itu telah menarik perhatian para jemaah masjid berkenaan. Ini kerana, kawasan berkenaan adalah antara lokasi yang paling hampir dengan projek berbahaya itu nanti. Malah, turut kelihatan ialah beberapa pekerja Lynas Malaysia Sdn Bhd yang bersolat Jumaat di situ. Seperti biasa ucapan panas telah dibuat oleh Ustaz Suhaimi, YB Syed Mohammad Syed Lonik (ADUN Beserah), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Andansura Rabu (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) turut menyampaikan ucapan agar rakyat bantah projek tersebut daripada diteruskan pembinaannya.


ADUN Beserah, YB Syed Mohammad Syed Lonik turut membuat ucapan

Ustaz Suhaimi Md Saad dengan lantang mahukan projek Lynas dihentikan

Saudara Andansura (Ketua Penerangan PAS Indera Mahkota) berucap

Sebahagian penduduk yang turut menyatakan bantahan isu projek Lynas

Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga sempat berucap

Rakyat bersatu mahu projek radioaktif Lynas dibatalkan pembinaannya
[Turut kelihatan ialah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Pihak polis seperti biasa hadir untuk memantau acara itu tadi. Namun, segalanya berakhir dengan suasana yang tenang dan tidak ada provokasi berlaku. Disamping berucap, risalah berkaitan bahaya Lynas juga turut diedarkan kepada orang ramai. Himpunan ini jelas sekali membuktikan betapa rakyat yang tidak berdosa tidak mahu hidup mereka dihantui dengan risiko bahaya radioaktif "rare earth" yang boleh terkena kepada mereka atau anak cucu pada masa akan datang. Justeru itu, mereka bangkit menentang dan mahu Kerajaan Negeri Pahang membatalkan terus projek ini tanpa sebarang kompromi. Bantahan seterusnya akan diadakan dalam jumlah yang lebih besar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bermula tidak lama lagi. Difahamkan, himpunan petang tadi turut dihadiri oleh wartawan media antarabangsa Al-Jazeera. Semua rakyat diseru datang beramai-ramai untuk menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Nampaknya kempen Selamatkan Rakyat, Bantah Lynas masih dipandang sepi mereka!]

Misteri Kematian 'Pegawai Kanan Kastam', Aktivis Hak Asasi Dan Ahli Politik Desak Kerajaan Tubuh Suruhanjaya DiRaja Untuk Siasatan Kes Tersebut

Posted: 07 Apr 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April - Aktivis hak asasi manusia dan ahli politik hari ini mendesak supaya Suruhanjaya DiRaja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kematian misteri kedua di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hari ini bertindak menahan kerja dua pegawainya. Pegawai SPRM menemui mayat Timbalan Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed (foto) di luar bangunan suruhanjaya itu selepas dia datang untuk menemui pegawai penyiasat. Ahmad dipercayai jatuh dari tingkap tingkat tiga di mana dia menunggu untuk menemui pegawai penyiasat. Insiden tersebut mengimbau kembali kes kematian seorang pembantu politik, Teoh Beng Hock pada 2009, yang juga jatuh dari tingkat pejabat SPRM, selepas disoal siasat sebagai seorang saksi dalam satu kes rasuah. Kematian Ahmad mencetuskan kecaman hebat terhadap SPRM. Ahmad adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan pada 1 April lalu dalam kempen memerangi rasuah dan pengubahan wang haram. "Kami mahu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan segera untuk menentukan bukan sahaja punca kematian tetapi bagaimana dua kematian yang serupa, boleh berlaku," kata penyelaras kanan Suaram, Nalini Elunalai kepada AFP. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa, beliau akan menjalankan "siasatan dalaman yang komprehensif" dan menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata siasatan rasuah berkenaan akan diteruskan walaupun berlaku kematian tersebut.


SPRM, dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu telah menahan kerja dua pegawainya kerana dikatakan gagal mematuhi peraturannya berkaitan dengan saksi dan suspek. Ia ekoran mereka dikatakan gagal melaksanakan tugas mereka untuk bersama saksi/suspek sepanjang waktu semasa kehadiran mereka di premis SPRM. Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, mendesak supaya badan anti-rasuah itu dirombak. "Walaupun SPRM berjanji kes seumpama itu tidak akan berulang... tetapi kematian Ahmad menunjukkan SPRM tidak belajar dari kematian Teoh," katanya semalam. malaysiakini

[Memang benar, lebih elok Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes pembunuhan seperti ini daripada sibuk mahu pihak berkenaan menyiasat isu video seks Anwar yang heboh dipertakakan sekarang ini. Apa yang berlaku terhadap Allahyarham Sarbani jelas sekali sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Tambahan pula siasatan kes pembunuhan mendian Teoh Beng Hock masih lagi berjalan dan belum dapat jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini. Biarpun SPRM mengatakan mereka tidak terlibat, namun dek kerana kematian berlaku dalam kawasan mereka maka pihak berkenaan hari dipertanggungjawabkan. Sesuatu harus dibongkarkan demi mengembalikan integriti dan persepsi negatif rakyat terhadap agensi terbabit. Rakyat mula tertanya-tanya, apakah kaedah siasatan yang digunakan oleh SPRM sekarang hingga menyebabkan berlaku kejadian kematian misteri begini?].

Isu Pahang: Rakyat Terus Bangkit Buat Bantahan Projek Lynas, Kerajaan Negeri Sewajarnya Terima Hakikat Majoritinya Tolak Projek Itu Di Teruskan!

Posted: 07 Apr 2011 09:35 AM PDT

KUANTAN, 8 April - Kebangkitan suara rakyat untuk membantah pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation Ltd di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini kini semakin memuncak. Biar pun pihak Kerajaan Negeri Pahang kini berusaha mengadakan sesi taklimat awam untuk memperjelaskan kepada rakyat tentang "hasrat murni" kerajaan itu, namun ternyata mereka tetap membantah dan mahu projek itu dihentikan segera. Mutakhir ini, heboh diperkatakan di sana sini tentang ketakutan rakyat terutamanya mereka yang tinggal sekitar kawasan Kuantan tentang bahayanya projek ini. Mereka mula gusar dan tidak dapat tidur lena akibat dibelenggu dengan igauan mimpi ngeri Lynas untuk tempoh beberapa tahun akan datang. Ramai yang mula hairan dan terkejut dengan tindakan Kerajaan Negeri Pahang yang langsung tidak mahu mengambilkira rintihan rakyat itu sebenarnya. Mereka juga marah kerana, demi keuntungan kerajaan sanggup memperjudikan nasib rakyat yang tidak berdosa. Dua hari lalu (6 April) satu lagi taklimat awam telah diadakan di Duta Village Hotel, Beserah dekat sini. Seperti sebelum ini taklimat tersebut tidak ubah untuk mengaburi mata rakyat. Taklimat yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, Nuklear Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar Pahang itu tidak lebih untuk "Memaksa rakyat menerima apa yang dibantah".


Barisan ahli panel taklimat awam Lynas yang terus menerima tekanan

Rakyat terus hadir untuk menyokong bantahan Lynas di Duta Village

Antara sebahagian yang hadir dalam taklimat awam Lynas di Beserah
Rata-rata rakyat yang hadir mahu projek itu dibatalkan, sebaliknya taklimat berkenaan seolah-olah mahu "rakyat menerima sesuatu yang mereka tidak boleh terima". Akhirnya jadilah seperti di Indera Mahkota baru-baru ini, penceramah terbabit diserang bertalu-talu oleh orang ramai yang mengemukakan soalan dan memberi pandangan tentang isu tersebut. Akhirnya, taklimat yang diadakan itu sekadar tinggal taklimat dan keputusannya sudah pun diputuskan oleh Kerajaan Negeri Pahang bahawa projek Lynas adalah tidak berbahaya dan untuk kepentingan rakyat. Inilah yang menjadi kemarahan seluruh rakyat itu sebenarnya.

[Difahamkan, satu lagi Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas siri II bakal diadakan di Masjid Balok Makmur Kuantan. Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang itu bakal diadakan selepas Solat Jumaat hari ini. Justeru itu, orang ramai terutamanya mereka yang tidak mahu kilang Lynas dibina di Gebeng dijemput hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan bantahan ini. Sokongan rakyat diperlukan untuk menyemarakkan lagi bantahan terhadap projek tersebut. Sementara itu khabarnya ada beberapa lagi siri taklimat yang diatur oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang bakal diadakan, dan terbaru 12 April ini di Komplek Dagangan Indera Mahkota. Justeru itu, orang ramai digalakkan hadir untuk bersama-sama mendengar serta memberikan sokongan terhadap bantahan isu panas ini].

Tiada ulasan: