RAKYAT MARHAEN |
- Illuminati: Gempa bumi pertama dan Tsunami dalam abad ke-20 terjadi di Alaska
- Notis saman disertai gambar CCTV
- Hadi wajib tolak pencalonan presiden PAS
- Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara
- Explicit sex now the last step for Najib in the bid to destroy Anwar
- ‘Most stupid people’ upset over Manyin
- Negara polis dan kebangkitan rakyat
- KERJA LAHANAT : MALEYSIA NEGARA PORNO DAN ISLAM GAYA SUMPAH LAKNAT
- 'UMNO buat kami macam paria'
- Sumpah ala The 3 Munkees
- Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat
- Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu
- Kerja Lahanat : JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat
- Umno cetus budaya takut pancing undi Melayu
- Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid
- Dah Sengal : Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu
- Apabila Sesumpah Sudah Terbau Bangkai....
- Gerakan Mengaibkan Anwar Sekeluarga Diperhebatkan
- Jangan sia-siakan kematian Ahmad Sarbani
- Islam Itu Sumpah Sahajakah ?
- Trio 3 Badigol penyebar fitnah
- Beware when 'You have won a free gift'
- Hindraf, Sabah and S'wak activists take human rights case to US, Europe
- PMIUM gesa kerajaan bertegas permainan hina Islam
- Kita Semua sedang Menanti Bala
Illuminati: Gempa bumi pertama dan Tsunami dalam abad ke-20 terjadi di Alaska Posted: 28 Apr 2011 09:19 PM PDT HHRS 2.0 - Pada tarikh 1 April 1946, sebuah "gempa bumi" yang sangat besar dan Tsunami menerjah kepulauan Aleutian tepi pantai Alaska: "Salah satu Tsunami luas yang paling desktruktif di Pasifik adalah yang disebabkan oleh gempa bumi berkekuatan 7.8 berhampiran kepulauan Unimak di Alaska, di rangkaian kepulauan Aleutian. Sebuah gelombang sangat besar 35 meter menghancurkan seluruh bangunan rumah api US Coast Guard's Scotch Cap di Unimak dan membunuh semua orang petugasnya yang berjumlah lima orang. Bahan struktur rumah api terbuat dari besi yang diperkuatkan konkrit, berdiri tegak kira-kira 30 meter di atas permukaan laut. Read More / Baca Lagi >> |
Notis saman disertai gambar CCTV Posted: 28 Apr 2011 09:16 PM PDT Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman beserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan. "Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman beserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, Khamis. Katanya kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya. Kaedah itu digunakan sebagai 'bahan bukti' bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya, katanya. |
Hadi wajib tolak pencalonan presiden PAS Posted: 28 Apr 2011 09:14 PM PDT Hadi pula jangan lah bermain kata-kata, kononnya tidak mahu menjadi presiden selama-lamanya dan bersedia dicabar. Bukannya beliau tidak tahu bahawa budaya parti politik di Malaysia ialah, sekiranya presiden tidak menolak pencalonan, maka tidak ada harapan perubahan akan berlaku. Oleh Wan Saiful Wan Jan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menjalankan Muktamar Agungnya pada bulan Jun ini. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan. Para perwakilan ke Muktamar Agung akan memilih saf kepimpinan PAS Pusat yang baru. Saya merasakan bahawa kali ini tidak banyak calon-calon baru yang akan bertanding. PAS Bukit Bintang membuat sedikit kejutan dengan mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden. Tetapi itu hanyalah satu kes terpencil. Bukan norma biasa. Hadi Awang boleh dikatakan telah menjalankan amanah dengan sebaiknya sebagai Presiden PAS. Hadi mengambil alih tampuk kepimpinan setelah Almarhum Fadzil Noor pulang ke rahmatullah. Tanggungjawab yang dipikul oleh Hadi memang besar kerana beliau menggantikan seorang tokoh yang dihormati kawan dan lawan. Tetapi secara umumnya Hadi telah menjalankan amanah yang sewajarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Isu nasi lemak untuk lindungi wabak negara Posted: 28 Apr 2011 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 April: PAS sangat prihatin terhadap isu yang berlaku menyentuh aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia di negara ini termasuklah aspek pemakanan di sekolah. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar) berkata, PAS tidak mahu isu pemakanan menenggelamkan isu besar seperti isu akhlak di kalangan pelajar dan belia, isu PPSMI, isu diskriminasi politik termasuk ke atas guru, rasuah, jenayah, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain yang belum diselesaikan. "Apakah isu pemakanan ini serius atau hanya untuk menabiri dan melindungi isu-isu besar yang sedang mewabak dalam negara?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau merujuk kepada keputusan Kerajaan untuk menyekat penjualan nasi lemak di sekolah seperti yang disiarkan oleh akhbar-akhbar harian bersama dengan sejumlah senarai makanan dan minuman yang lain. Read More / Baca Lagi >> |
Explicit sex now the last step for Najib in the bid to destroy Anwar Posted: 28 Apr 2011 09:08 PM PDT The Datuk T trio whom are all Umno members are linked to Prime Minister Najib Razak and former premier Mahathir Mohamad. There has been speculation the sex video scam was cooked up their camps to turn the Malay community against Anwar. But it may have backfired as closer shots of the latest snippets show distinct differences in physique and facial features of the man they have accused is Anwar, and who was filmed having sex with a prostitute. Read More / Baca Lagi >> |
‘Most stupid people’ upset over Manyin Posted: 28 Apr 2011 09:05 PM PDT A re-elected Sarawak BN representative has backed a logging firm and accuses natives of 'causing a ruckus' over compensation issue. KUCHING: A re-elected Barisan Nasional (BN) representative has not only "insulted" his constituents in Tebedu but also "embarrassed" them by defending the allegedly illegal activities of a logging firm.Residents from 10 Bidayuh longhouses in Tebedu are paying the price for returning then incumbent Michael Manyin into power in the recent April 16 Sarawak election. According to community spokesman Bisa Duda, Manyin's recent press statements alleging that they were angry with a logging firm over compensation issues is untrue, "insulting and embarrassing to the people". "We are not after the money. We do not want the company to encroach into our land and the jungle in our area as these our ancestral properties," he said. Read More / Baca Lagi >> |
Negara polis dan kebangkitan rakyat Posted: 28 Apr 2011 08:59 PM PDT Rakyat perlu bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis, kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari NGO Lawyers for Liberty. "Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalam mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional. Operasi Lalang 1987 yang didalangi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
KERJA LAHANAT : MALEYSIA NEGARA PORNO DAN ISLAM GAYA SUMPAH LAKNAT Posted: 28 Apr 2011 08:57 PM PDT ADUHH..PENING..PENING...MALAYSIA DAH JADI NEGARA PORNO...VIDEO AKSI PORNO YANG TAK BERMORAL DICETAK DI SURAT KHABAR,MAJALAH, DITAYANG DI TV 1,2,3,4,5,6,7,8,9,ASTRO...DISEBARKAN DI BLOG,WEB,HANDPHONE,TABLET PC..DARI KECIK SAMPAI BESAR DAH TERTENGOK GAMBAR/VIDEO LUCAH TU... |
Posted: 28 Apr 2011 08:56 PM PDT Oleh: MAT KERING BAKAQ BATA Pada tahun 1979 dulu, ahli-ahli UMNO yang terdiri dari Pak Ya Kapak, Mohamad Said, Ahmad Jalel dan Pak Lang Bakar sanggup pinjam duit bank untuk siapkan bangunan UMNO Bahagian Pendang yang dok ada la ni. Ahli-ahli UMNO tersebut pinjamkan duit (yang depa pinjam dari bank tu)kepada UMNO Bahagian, bukan sikit RM15 ribu. Malangnya bila siap bangunan UMNO Bahagian tak mau bayaq balik dekat depa sampai la. Ahli-ahli UMNO tu terhutang dengan bank. Bank ambik tindakan dekat depa termasuk melelong tanah yang depa cagarkan waktu buat pinjaman dulu. Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa UMNO negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan. "Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" mereka mula meluahkan rasa hati. "Kami sedih kerana kami dulu adalah penyokong kuat UMNO dan sanggup mengeluarkan wang demi semangat tinggi untuk membina pejabat UMNO Pendang. Tetapi sekarang UMNO buat kami seperti PARIA dan jika kami tidak mempunyai pilihan lain, kami sanggup untuk bawa tikar bantal untuk tidur di pejabat UMNO yang dibina menggunakan wang kami," ujar Mohamad Said, seorang dari mangsa kezaliman UMNO itu. |
Posted: 28 Apr 2011 08:55 PM PDT |
Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat Posted: 28 Apr 2011 08:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 April: Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu. Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf. Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat. Read More / Baca Lagi >> |
Bagusnya jika Najib umum royalti hak rakyat T’ganu Posted: 28 Apr 2011 08:51 PM PDT KUALA TERENGGANU, 29 April: Alangkah bagusnya pada akhir sesi lawatan kerja Datuk Seri Mohd Najib Razak ke negeri ini mengumumkan bahawa royalti adalah hak rakyat Terengganu dan rakyat seharusnya menikmati hak mereka dengan sebaik mungkin. Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke Terengganu, esok. Read More / Baca Lagi >> |
Kerja Lahanat : JAWI tidak halang Eskay hendak sumpah laknat Posted: 28 Apr 2011 08:50 PM PDT Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI) membenarkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini selepas solat Jumaat hari ini, lapor Utusan Malaysia Online. Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu. Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Umno cetus budaya takut pancing undi Melayu Posted: 28 Apr 2011 08:49 PM PDT Sehubungan itu, Anwar mendakwa Umno mewujudkan "budaya takut" dengan memberi gambaran salah kononnya kaum Cina mahu menguasai asas politik daripada orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini, bagi tujuan memperoleh undi maksimum menjelang pilihan raya umum ke-13. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memperakui dan mengesahkan pendirian Melayu ultra yang semakin meningkat di pihak Umno, meskipun Perdana Menteri menolak idea "1Melayu, 1Bumi" atas alasan ia pandangan peribadi editor Utusan. "Umno menggunakan budaya takut dalam mewujudkan ilusi permusuhan ini dalam bentuk orang Cina... jadi orang Melayu perlu bergantung pada Umno. Jika yang ini berlaku, saya melihat orang Melayu digantung oleh Umno," kata Anwar (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif diadakan Rabu lalu. |
Setahun sudah berlalu, keluarga masih ratapi ketiadaan Aminulrasyid Posted: 28 Apr 2011 08:16 PM PDT "Rutin harian saya sama seperti dulu tapi arwah (Aminulrasyid) tetap masih dalam ingatan saya... nak pejamkan mata saya teringatkan dia, nak buat kerja pun saya teringatkan dia, walau sesaat pun saya sentiasa teringat akan dia... apa yang dia buat saya masih lagi terbayang, saya tidak boleh lupa langsung. "Arwah tidak sakit tapi tiba-tiba sahaja dia tiada, kalau saya keluar rumah dan terpandang tempat kejadian, hanya Allah sahaja tahu macam mana perasaan saya, saya tidak tahu macam mana nak gambarkan kesedihan yang saya alami ini... kesedihan yang saya dan keluarga tanggung selama setahun ini," katanya. Aminulrasyid, mati terkena tembakan polis di Seksyen 11, Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda. "Saya boleh rasa bagaimana takutnya dia untuk sampai ke rumah, sampai hari ini kawannya yang turut berada dalam kereta itu masih lagi trauma. "Anak saya bukan budak jahat, dia hanya pergi menonton siaran langsung bola sepak sahaja, jangan nak kata anak saya penjenayah... saya kenal siapa anak saya dan saya tak boleh terima bila ada orang kata anak saya penjenayah, mereka yang cakap macam itu memang buta hati dan tiada perasaan langsung. Read More / Baca Lagi >> |
Dah Sengal : Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu Posted: 28 Apr 2011 08:14 PM PDT Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 29 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. "Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya. Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan. "Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini. Read More / Baca Lagi >> |
Apabila Sesumpah Sudah Terbau Bangkai.... Posted: 28 Apr 2011 08:07 PM PDT Oleh: wfauzdin_ns "AKU nasihatkan Ezam sesumpah sudah-sudahlah buat kerja fitnah tu. Takkan dendam kat Anwar tak habis-habis lagi? Dari kes Liwat, Ezam sesumpah tahu, kes video seks pun dia tahu, kes Anwar ejen Yahudi pun dia tahu sehinggakan apa yang DS Wan Azizah tak tahu, semua Ezam sesumpah tahu. Hebat betul Senator lantikan ini. Malam tadi giliran Ezam sesumpah pula keluar TV3 suku setelah beberapa hari yang lalu bergilir-gilir pencacai katak yang keluar di stesyen TV berlidah Syaitan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Gerakan Mengaibkan Anwar Sekeluarga Diperhebatkan Posted: 28 Apr 2011 08:01 PM PDT SHAH ALAM 29 APRIL : Lebih banyak klip video seks fitnah untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube malam tadi untuk beberapa jam. Read More / Baca Lagi >>Ratusan ribu risalah mengandungi gambar-gambar dari video lucah itu ditabur di sekitar Lembah Klang, dalam memperhebatkan gerakan pihak tertentu untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya. Dalam pada itu, media arus perdana termasuk TV3 diberi arahan oleh "pihak atasan" untuk memberikan liputan meluas kepada ucapan sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay di sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat hari ini. |
Jangan sia-siakan kematian Ahmad Sarbani Posted: 28 Apr 2011 07:58 PM PDT Oleh: amkns "Bangkit desak SPRM bebas letak bawah Parlimen Kenyataan Media oleh Chegubard, Pengerusi SAMM Ingat, pada 15 Julai 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan untuk tujuan soal siasat Teoh Beng Hock sebagai seorang saksi. Pada keesokan paginya Teoh Beng Hock dijumpai mati di bawah bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 28 Apr 2011 07:51 PM PDT Oleh: ruhan "Sekularisme yang menjalar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia nampaknya berjaya mengheret orang Melayu jauh meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Ramai yang sudah tidak ambil peduli lagi dengan hukum-hakam Islam. Di samping itu, ada yang terus menolaknya. Nasib malang menimpa Islam di Malaysia. Lihat sahaja apa-apa yang berlaku dalam kes video lucah. Mufti-mufti sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mendedahkan aib seseorang itu dosa besar. Apa yang berlaku? Ada pihak yang muat turun video itu di Youtube. Banyaklah yang menyalinnya ke blog. Surat khabar pun siar juga. Tv pun ikut sama. Benda itu menjadi seolah-olah halal ditonton. Yang turut menonton ialah remaja dan kanak-kanak. Kita mengajar mereka menonton bahan lucah. Read More / Baca Lagi >> |
Trio 3 Badigol penyebar fitnah Posted: 28 Apr 2011 07:49 PM PDT Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.Read More / Baca Lagi >> |
Beware when 'You have won a free gift' Posted: 28 Apr 2011 07:40 PM PDT KUALA LUMPUR - Do you remember the 'scratch-and-win' ploy used by unscrupulous businesses to hoodwink members of the public to buy certain products they do not really need? Read More / Baca Lagi >>The same ploy has since 'resurfaced', but this time it uses short messaging service (sms). Recently when on his way to work, a medical practitioner who wished to be known as Dr Krishnan, received an sms reading "Congratulations, you have won a free gift. To redeem please sms this number.....". Eager to find what the gift was, Dr Krishnan replied to the 5-digit number and seconds later he received an sms telling him that he had subscribed to a certain service. |
Hindraf, Sabah and S'wak activists take human rights case to US, Europe Posted: 28 Apr 2011 07:39 PM PDT An ad hoc apolitical human rights movement has been making the rounds of several American and European cities this month, flogging its case on alleged human rights violations in Malaysia against the Indian community, the underclass in particular, and other marginalized and disenfranchised groups in the country. Read More / Baca Lagi >>The lobbying was spearheaded by Hindraf Makkal Sakthi in association with the United Kingdom-based Human Rights Foundation Malaysia (HuRiFoM). At the European meetings, activists from Sabah and Sarawak as well as The Sarawak Report website and Radio Free Sarawak co-founders - Clare Rewcastle Brown and Peter John - were also present. "The purpose of our visits was to hold briefings and also convey three specific requests to the US Government," said Hindraf chair P Waythamoorthy in a telephone call last night from London. "The visits were also to lay the groundwork for May/June meetings in Washington and one in Brussels at the European Parliament in Sept." |
PMIUM gesa kerajaan bertegas permainan hina Islam Posted: 28 Apr 2011 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 April: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan kaabah. Pemain permainan itu (Devil May Cry 3) didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu kaabah. Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah. Read More / Baca Lagi >> |
Kita Semua sedang Menanti Bala Posted: 28 Apr 2011 07:31 PM PDT Tanpa kita semua menyedari kita semua menanti bala besar yang akan menimpa negara dan rakyat negara ini. Bala sedang mara manakala kita semua sedang leka. Nasib atau keadaan kita persis lembu yang tertambat kejap dengan seutas taki pendek sedang padang di sekelilingnya sedang dibakar api. Apa pula menyala dana terus menyala dan terus menyala. Angin pula kian gila bertiup. Begitulah keadaan dan nasib Melayu hari ini. Tunggulah kita semua akan merasai pedih dan azab atas kecelakaana yang kita tempa. Kalaulah kita tidak sempat menikmati kesakitan itu kerana nyawa dicabut Tuhan anak cucu kita akan merasainya sebagai mewakili kita atas kezaliman yang kita sendiri lakukan. Sebenarnya segala macam kezaliman sudah berlaku di atas bumi kita. Tidak ada satu pun dari sekian banyak tanda tanda kezaliman yang akan membawa kepada kemusnahan yang belum berlaku, semuanya sudah berlaku atau sedang bermula. Zaman jahiliah yang dibenci dan dicemuhi akan menjelma sepenuhnya di tanah air ini. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan