Kopitiam Bang Nan |
- Tiada Program Sumpah Lakhanat Di Sekitar Taman Bukit Indah Hujung Minggu Ini...
- Gila babi betul puak2 ni....
- Nah ambik kau TV 3 Suku, Najib dan Utusan...
- Sumpah senjata akhir bila sudah terjerat....
| Tiada Program Sumpah Lakhanat Di Sekitar Taman Bukit Indah Hujung Minggu Ini... Posted: 28 Apr 2011 09:16 PM PDT Sebaliknya, berikut adalah program yang telah dijadualkan bakal berlangsung di sekitar taman ini: 1. 30hb. April, 2011 (Selepas Isyak), Forum Perdana di Masjid Taman Kosas (Baru). Ahli panelnya ialah Ust. Fauzi Deraman, Ust. Zakaria Mohamad dan Ust. Shamsul Hakim (moderator). 2. 30hb. April, 2011 (8.00 pagi), Program Dialog Keselamatan Awam dan Pencegahan Gejala Sosial di Auditorium MPAJ anjuran Pejabat ADUN, Lembah Jaya. 3. 1hb. Mei, 2011 (10.00 pagi), Syarahan oleh Brother Azzam Tamimi dan Dr. Hafidzi Mohd Noor bertajuk Middle East Crisis And Palestine Liberation akan berlangsung Di Masjid Bukit Indah, Ampang. Semua dijemput hadir kecuali Datok T (buat mencemar majlis aje)!! |
| Posted: 28 Apr 2011 04:39 PM PDT Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua Jimadie Shah Othman Apr 28, 11 Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya. Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok. "Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya. Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama. "Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah. Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk: "Eskay (bersumpah) wakili semualah." 'Atas nama Allah, Rasulullah' Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya. Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan. Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu. "Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya. Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu. |
| Nah ambik kau TV 3 Suku, Najib dan Utusan... Posted: 28 Apr 2011 05:10 AM PDT |
| Sumpah senjata akhir bila sudah terjerat.... Posted: 28 Apr 2011 12:35 AM PDT Begitulah orang jahil dan jahat. Bila semua dah haywire...kelam kabut nak bersumpah. Hang tunjuk mat siam mana hang upah tu lagi baguih. Hang cakaplah Rahim TC suruh buat kerja ni. Saja...untuk dapat kontrak supply baja Risda. Kalau hang cakap macam tu lebih senang orang nak percaya...hehe!! 'Datuk T' Eskay mahu buat sumpah laknat esok Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 28 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" yang mendedahkan video seks bulan lalu, dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim — akan melakukan sumpah laknat esok. Justeru beliau mencabar Anwar supaya sama-sama bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR itu. Shazryl berkata beliau akan membuat sumpah laknat itu selepas solat Jumaat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini dan mencabar Anwar untuk turut serta. |
| You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan