Isnin, 4 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Judi: Kelantan beri penerangan kepada MCA

Posted: 04 Apr 2011 01:16 PM PDT

KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan negeri Kelantan telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak sebelum membuat polisi mengharamkan judi di Kelantan, kata Datuk Takiyudin Hassan kepada rombongan Presiden MCA.
(Gambar: Chua senyum gembira bersama Ahmad Yaakub)

"Pihak Kerajaan Negeri terlebih awal mengadakan beberapa perjumpaan dan persetujuan (consensus), pertama memanggil pertubuhan-pertubuhan masyarakat, keduanya ketua-ketua agama, dan ketiga merumuskan resolusi yang mengambil kira aspek moral dan sosial.
Read More / Baca Lagi >>

Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur

Posted: 04 Apr 2011 08:11 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?

Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.
Read More / Baca Lagi >>

Qazaf terhadap Anwar: AMK adu kepada JAWI

Posted: 04 Apr 2011 08:02 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan itu dibuat ke atas trio 'Datuk T' – Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Syazril Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim ekoran kenyataan yang dibuat oleh ketiga-tiga orang individu berkenaan.
NONEKenyataan tuduhan zina itu didakwa telah diucapkan oleh trio berkenaan berhubung satu tayangan video seks kontroversi yang didakwa melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin membuat laporan tersebut hari ini mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berhubung tuduhan qazaf.
"Susulan tayangan tersebut dan beberapa kenyataan ketiga-tiga 'trio lucah' ini yang menjurus melakukan pertuduhan kepada Datuk Seri Anwar dengan tuduhan zina.
BN jadi dalang jika tidak dakwa
"Mengikut undang-undang syariah, tuduhan zina kepada seseorang tanpa membawa empat orang saksi, maka prosiding qazaf boleh dimulakan. Peruntukan ini ada dalam akta jenayah syariah (Wilayah Persekutuan)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Chegu Bard : Video Lucah Disunting Untuk Perbodohkan Rakyat

Posted: 04 Apr 2011 07:35 AM PDT


SHAH ALAM 4 APRIL : Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan  di  YouTube  disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.  
Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube  disunting  untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman  itu adalah Anwar, kata beliau. 
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara,  hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini  memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. 
Read More / Baca Lagi >>

Tayangan Video Lucah Di KEMAS, BTN Tindakan Jijik Umno-BN

Posted: 04 Apr 2011 07:31 AM PDT



KUALA LUMPUR 4 APRIL: Tindakan pihak tertentu menayangkan video lucah yang dihebahkan oleh tiga individu dikenali sebagai 'Datuk T' di pejabat Kemas, Penanti dan semasa kursus Biro Tata Negara di Pangkor baru-baru ini amat jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang ditemui di luar Dewan Rakyat berkata kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' atas kesalahan memiliki video lucah seperti yang diperuntukkan dalam Akta Penapisan Filem 2002.
"Tindakan menayangkan video lucah adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab kerana video seks yang dihasilkan oleh 'Datuk Trio' itu jelas berlawanan serta bertentangan dengan peruntukkan daripada Akta Penapisan Filem 2002, kalau kita merujuk kepada Seksyen 5(1), diingatkan 'tiada seorangpun boleh ada atau menyebabkan dirinya ada dalam jagaan atau kawalan atau pemunyaan, dan itu sudah jelas merupakan satu kesalahan," tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

PKR makin yakin video seks ‘Datuk T’ palsu, aju enam soalan

Posted: 04 Apr 2011 07:23 AM PDT


KUALA LUMPUR, 4 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendirian tegas menolak bulat-bulat lelaki dalam rakaman video seks, yang kini disebarkan menerusi dunia siber, yang didakwa melibatkan aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "palsu" dan bermotifkan "politik."
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sewaktu "Datuk T" mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di hotel Carcosa Seri Negara, beliau telah menegaskan bahawa video tersebut palsu, "tukang sorak-tukang sorak Umno bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya."
"Hari ini, saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan segera dikeluarkan lewat petang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video tak layak dijadi bukti kerana boleh diubah suai- bekas mufti

Posted: 04 Apr 2011 05:10 AM PDT

SHAH ALAM: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya menyatakan rakaman video seks, tidak boleh dijadikan bukti atau saksi dalam dakwaan zina, apalagi sekiranya video tersebut tidak diketahui kesahihannya.
"Tak boleh diterima. Dalam Islam, video atau gambar tidak boleh dijadikan bukti jika semata-mata berpegang kepada bukti itu kerana benda-benda seperti ini boleh diselewengkan lebih-lebih lagi dalam zaman ketinggian sains dan teknologi sekarang ini," tegas beliau kepada Keadilandaily ketika ditemui kediamannya di sini semalam.
"Zaman saya lima puluh tahun dulu pun kita boleh melihat gambar orang yang berdiri di atas pokok bunga. Macam mana berdiri atas pokok bunga? Itu teknologi 50 atau 60 tahun dulu.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Nazmi Tambah Yakin Bukan Anwar Lepas Tonton Video

Posted: 04 Apr 2011 05:10 AM PDT



SHAH ALAM 4 APRIL : Sewaktu 'Dato' T' mula-mula menayangkan video skandal seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang di Carcosa Seri Negara dan saya tegaskan bahawa video tersebut palsu, tukang sorak-tukang sorak UMNO bertanya bagaimana saya yakin bahawa video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila saya belum menontonnya.
Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut. Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.
Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Video Seks Fitnah Ditayang Di Kursus BTN

Posted: 04 Apr 2011 05:08 AM PDT



PULAU PINANG 4 APRIL : Video seks fitnah yang dikaitkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  ditayangkan di kursus Biro Tata Negara dan di pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.
Video 21 minit itu dipertontonkan kepada peserta BTN termasuk mahasiswa di Pulau Pangkor baru-baru ini, kata beliau.
Selain itu "puluhan" orang kampung di Penanti, Pulau Pinang juga dikumpul untuk menyaksikan video hitam putih itu di pejabat Kemas kawasan itu, tambah beliau.
Penayangan secara terbuka itu sekali lagi menyerlahkan tangan agensi persekutuan tertentu dalam menyebarkan video fitnah itu kepada orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

Video seks: Kita tak terlibat, kata Hisham

Posted: 04 Apr 2011 05:02 AM PDT

Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menafikan parti itu dan BN terbabit dengan dakwaan video seks meskipun kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan ada rakyat mempercayai mereka adalah dalang di sebaliknya.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menafikan kementeriannya atau pihak berkuasa (polis) berperanan dalam isu tersebut.Read More / Baca Lagi >>

Praya Sarawak: Tangguh pemilihan PAS jika BN menang

Posted: 04 Apr 2011 05:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaffar mencadangkan supaya PAS menangguhkan pemilihan dalam parti sekiranya barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini.
Kata beliau,  jika BN menang besar ada kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan berlangsung dalam tempoh yang singkat selepas itu.

"Pimpinan PAS kena buat keputusan sama ada perlu diteruskan pemilihan jawatan tertinggi parti atau tidak jika BN menang besar di Sarawak kerana mungkin PRU akan diawalkan dan tumpuan mesti diberikan kepada PRU sebab itu lebih penting.

"Pada saya eloklah tangguhkan pemilihan, sebab sudah tentulah jika berlaku pertandingan dalam masa yang singkat sebelum PRU, sedikit sebanyak akan menjejaskan sedikit tumpuan dan persiapan parti,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Klip video seks didedah ‘Datuk T’ muncul di YouTube

Posted: 04 Apr 2011 05:01 AM PDT


Sedutan daripada klip rakaman video yang disebarkan menerusi YouTube dan blog-blog pro-Umno.
KUALA LUMPUR, 4 April – Klip video dua minit yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno. Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.
Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan tertipu fitnah terbaru blogger Umno

Posted: 04 Apr 2011 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa blogger Umno sekarang ini menguploadkan video seks fitnah di laman-laman web mereka sebagai satu strategi jahat untuk memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun beberapa mufti telah mengeluarkan fatwa bahawa mengikut Islam memfitnah orang berzina adalah dosa besar dan sekiranya gagal membawa empat saksi boleh disebat 80 puluh rotan, itu diremehkan oleh blogger-blogger ini.
Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan Datuk Johari Abdul yang melihat video itu secara penuh telah pun menafikan dengan tegas kerana badan lelaki dalam video itu jauh berbeza dengan badan Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Ummi Hafilda Dan Rahim Thamby Chik Muncul Kembali: Kebetulan Atau Satu Perancangan?

Posted: 04 Apr 2011 02:44 AM PDT
































Adakah kemunculan semula Ummi Hafilda Ali dan Tan Sri Rahim Thamby Chik dalam kancah politik untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlaku secara kebetulan atau sebahagian daripada perancangan licik untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu ? 
Selepas menyisihkan diri dari arus politik tanah air untuk lebih 10 tahun Ummi Hafilda muncul semula dalam "road show" tajaan Umno untuk mengitar sekali lagi pelbagai tuduhan terhadap Anwar.
Setelah dipaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 dan gagal kembali ke persada utama Umno, kerana tuduhan merogol gadis bawah umur dan dibelit dengan dakwaan rasuah, Rahim 'mengaum" semula dengan mengibarkan video seks lucah Anwar. 
Kedua- duanya memberi amaran bahawa kononnya mereka mempunyai banyak pendedahan seks lain, seks yang akan terus mengaibkan Anwar. Malah, Rahim berkata Anwar tidak harus terkejut jika secara tiba- tiba lebih ramai lagi "Eskay" muncul membuat pendedahan. 
Ummi pun tidak mahu ketinggalan. Beliau mendakwa ada 18 video seks membabitkan Anwar. 
Ugutan mereka mirip kepada Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk S.Nalakaruppan yang juga mendakwa menyimpan pelbagai bukti mengenai salah laku Anwar ketika beliau Timbalan Perdana Menteri.
Apakah semua perkembangan ini hanya secara kebetulan, bahawa individu bernama Ummi Hafilda dan Rahim Thamby Chik tidak mengenali satu sama lain, malah Umno langsung tidak terlibat dalam segala fitnah dan ugutan yang dibawa oleh mereka berdua ?  
Bolehkah rakyat menerima bahawa Ummi dan Rahim melakukan serang hendap terhadap Anwar semata- mata sebagaimana yang didakwa mereka – untuk agama, bangsa dan negara dan bukan didorong kebencian untuk Ketua Pembangkang itu ? Dan, atau adakah imbuhan yang menanti jika misi mereka berjaya terlalu lumayan untuk ditolak?  
Kebetulan atau sebahagian dari perancangan? 
Jika kebetulan, maka adakah satu "kebetulan' juga Ummi Hafilda dan Tan Sri Rahim Thamby Chik berjumpa dengan Pengerusi Malaysia Airports Berhad Tan Sri Basir Ismail pada tahun 1998 untuk Ummi mendapatkan sebuah kontrak pengiklanan pada awal tahun 1998 ? 
Berikut adalah keterangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda kepada Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 1998 apabila beliau disoal oleh peguam Anwar ketika itu, Christopher Fernando. 
Fernando: Berhubung projek KLIA, adakah kamu ada berjumpa Tan Sri Basir? (Pengerusi MAB).
Ummi Hafilda: Berkenaan kontrak pengiklanan itu, saya ada bertemu dengan Tan Sri Basir di pejabatnya.
Fernando: Pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim Zainuddin dan kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik ?
Ummi Hafilda: Saya tidak bersetuju bahawa pertemuan itu diaturkan oleh Tun Daim.
Fernando: Adakah kamu ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik?
Ummi Hafilda: Saya tidak ditemani Tan Sri Rahim Thamby Chik tetapi saya telah berjumpa dengannya di pejabat Tan Sri Basir.
Fernando: Apa maksud berjumpa Tan Sri Rahim di sana?
Ummi Hafilda: Saya tidak pergi bersamanya, tetapi saya berjumpa dengannya di sana. 
Ketika ditanya apakah peranan Rahim dalam pertemuan di KLIA itu, Ummi Hafilda berkata Rahim tidak memainkan apa-apa peranan, selain bercerita hal-hal politik dengan Basir. -Berita Harian 
Beranjak ke 10 tahun kemudian: Rahim dan Ummi sekali lagi muncul bersama – 'secara kebetulan'  untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar. Rahim  menggunakan fitnah video lucah yang dipertontonkan kepada wartawan sebelum diserah kepada polis.
Manakala Ummi memakai gincu di bibir dan membetulkan tudung yang sentiasa tergelincir dari kepalanya sebelum memaki hamun Anwar dengan ayat- ayat kesat lagi fitnah. 
Adakah secara kebetulan ceramah- ceramah Ummi diperhebatkan, menggunakan wang ringgit dan tenaga kerja Umno manakala Rahim dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak setelah Anwar membuat laporan polis mengenai video lucah itu. 
Adakah satu "kebetulan" atau disengajakan, Ketua Polis Negara menambah keaiban Anwar dengan mengesahkan video itu adalah tulen tetapi berdiam diri mengenai identiti pelakon dalam rakaman itu.
Nampaknya kilang mereka-cipta fitnah seks terhadap Anwar kini beroperasi  mengikut waktu kerja kedai Seven Eleven – tidak tutup malah rancak mengitarkan pembohongan dan rekayasa.
Penampilan "secara kebetulan' Ummi Hafilda dan Rahim dalam melaksanakan tanggungjawab "mempertahankan maruah orang Melayu"  pastinya menimbulkan hanya kecurigaan dan kesangsian berasaskan rekod lampau mereka. 
Persoalan yang tentunya timbul adalah kenapa dilakukan semua ini semata-mata untuk menjatuhkan Anwar?  Apakah keperluan mengheret kewibawaan Umno, polis, badan kehakiman sekali lagi semata-mata untuk menjerat Anwar ? 
Sebagaimana yang disedari oleh Mahathir pada tahun 1998, apabila mendalangi kejatuhan Anwar ketika itu, kepemimpinan Umno sekarang yakin  Anwar tidak akan luntur dalam perjuangannya untuk menamatkan pemerintahan Barisan Nasional. 
Justeru dua pendekatan diambil untuk menghancurkan karisma Anwar dan sekali gus melemahkan cabaran Pakatan Rakyat supaya BN kembali menang selesa pada pilihanraya umum akan datang. 
Satu, ialah menghumban kembali Ketua Pembangkang itu ke dalam penjara atas tuduhan liwat – seperti mana yang dilakukan di bawah pemerintahan Mahathir. 
Namun, Umno kali ini tidak mahu pemenjaraan Anwar mengangkat martabatnya sebagai seorang "mujahid", sebagaimana yang berlaku pada pusingan pertama.
Maka, atas kesedaran itu, kilang mereka-cipta fitnah terhadap Anwar memperhebatkan pengeluaran mereka – dalam bentuk maki hamun oleh Ummi Halfilda, Mohamad Ezam dan lain- lain serta video lucah Datuk T. 
Segala petanda (seperti pengumuman Ketua Polis Negara mengenai "ketulenan" video lucah) menunjukkan asakan- asakan terhadap Ketua Pembangkang itu akan bertambah kuat pada hari- hari mendatang. 
Yang jelas kepemimpinan Umno dan aparatus mereka termasuk akhbar Utusan Malaysia dan media arus perdana yang lain akan terus mengitar dan memberi ruang utama kepada sebarang fitnah melibatkan Anwar. Ini kerana kelangsungan politik Umno bergantung kepada kejayaannya memadamkan nama Anwar Ibrahim dari persada politik tanah air dengan apa cara sekali pun. 

'Penyelesaian' Alkitab belum dimuktamadkan

Posted: 04 Apr 2011 02:42 AM PDT

Belum ada perkara yang dimuktamadkan berhubung isu alkitab berbahasa Melayu dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu semua pihak menghentikan spekulasi isu itu sehingga ia dianggap selesai.

NONEKatanya, sehingga semua pihak terbabit duduk semeja mencari penyelesaian dan membentangkan kepadanya, Hishamuddin mahu rakyat tidak membuat spekulasi dan berhenti mengulas kerana ia mungkin menjejaskan hubungan antara penganut Kristian dan Islam.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, dikatakan dibenar mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

"Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata Idris.Read More / Baca Lagi >>

Isu Alkitab: Mufti Perak cabar Putrajaya batal enakmen halang bukan Islam

Posted: 04 Apr 2011 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Harussani Zakaria mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.
Mufti Perak (gambar) itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.
Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian," kata Idris.
Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda salib pada kulit hadapan.
Read More / Baca Lagi >>

'Apa kesalahan adik saya?'

Posted: 04 Apr 2011 02:33 AM PDT

Keluarga kepada Kadir Hashim hari ini menuntut supaya tahanan ISA itu segera dibebaskan atau didakwa di mahkamah.

Salah seorang abangnya, Muda, 46, berkata polis juga perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan oleh Kadir.

"Saya dimaklumkan adik saya ditahan bawah ISA, tapi saya tak puas hati sebab saya tak tahu kenapa dia ditangkap.

"Kalau dia ada lakukan kesalahan, tolong bawa dia ke mahkamah.

"Kalau dia ditahan tanpa apa-apa sebab bermakna pemerintahan kita cukup zalim," kata Muda dalam satu sidang media hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: