Pulakdah! |
- HELAH Polis Untuk Tangkap Raja Petra TERBONGKAR
- Akhirnya, DEWA Sai Baba Ini MATI Juga
- Sai Baba Di Ambang SAKARATUL MAUT
HELAH Polis Untuk Tangkap Raja Petra TERBONGKAR Posted: 24 Apr 2011 02:42 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 April — Peguam dan isteri Raja Petra Kamarudin mengesyaki langkah polis Malaysia mahu menemu bual blogger kontroversial itu di premis kedutaan negara di Bangkok kemungkinan bertujuan membawa dia balik ke Malaysia dan menahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kakitangan Kedutaan Malaysia dan polis Malaysia telah mendampingi Raja Petra di Florida Hotel, Bangkok untuk mendapatkan keterangan beliau malam tadi. Bagaimanapun urusan itu tidak menjadi sehingga awal hari ini. Peguam Raja Petra, Haris Ibrahim (gambar) berkata beliau, seorang lagi peguamnya Amarjit Sindhu dan isteri blogger itu Marina Abdullah tidak begitu "senang" untuk melihat dia pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil keterangan. Mereka, kata Haris, membuat andaian sedemikian memandangkan pihak polis pernah mengambil keterangan daripada Raja Petra sebelum ini iaitu mengenai akuan bersumpah (SD) ketika ditahan di bawah ISA tiga tahun lalu. "Amarjit dan saya tidak begitu selesa dengan idea Raja Petra pergi ke kedutaan untuk memberi kenyataan," kata Haris dalam entri blognya hari ini. "Sementara itu, sebelum majlis dialog bermula (sempena pelancaran semalam), kedua-dua Amarjit dan saya menerima panggilan demi panggilan dan SMS daripada orang ramai dari tanah air mengatakan bahawa sudah ada berita media bahawa RPK akan disoal siasat di kedutaan. "Ada juga khabar angin bahawa dia sudah ditahan atau akan ditahan," kata Haris lagi. Kata Haris beliau dan Amarjit juga telah memujuk Raja Petra daripada pergi ke kedutaan memandangkan polis boleh datang ke hotel untuk mengambil kenyataan di mana kedua-dua mereka akan hadir. "Kami menyuarakan kekhuatiran bahawa kedutaan, di bawah undang-undang antarabanga dianggap sebagai bumi Malaysia, kami bimbang keseluruhan (tujuan) urusan mengambil kenyataan ialah membawa dia ke sana (ke kedutaan), menahan dan kemudian, dengan ataupun tanpa bantuan pihak berkuasa tempatan, membawanya ke Kamunting," katanya lagi. Kata Haris, Raja Petra "seperti biasa" berdegil tidak mahu menerima nasihat, sebaliknya mahu pergi ke Kedutaan Malaysia untuk diambil kenyataan atas tanggapan bahawa bertujuan membantu siasatan berkaitan individu-individu yang dinamakan dalam temu bual dengan TV3 dua minggu lalu. Raja Petra pernah diambil keterangan mengenai SDnya tiga tahun lalu. "Ketika sesi soal jawab, salah seorang hadirin juga berhujah agar Raja Petra tidak pergi ke kedutaan. 'Jika anda pergi ke sana, mereka akan menahan anda," katanya lagi. Kata Haris lagi, Amarjit mengugut untuk memutuskan hubungan dengan Raja Petra jika masih berdegil untuk pergi ke kedutaan. "Marina (pula) berkata jika dia pergi, dia akan menempah tiket untuk keluar dari Bangkok malam itu juga (semalam). Akhirnya Raja Petra berlembut," katanya. "Keempat-empat kami pergi bertemu dengan (kakitangan kedutaan, Abdul) Hamid (Bulat) dan RPK memberitahunya bahawa dia bersetuju untuk pergi ke kedutaan tetapi Marina, Amarjit dan saya tidak bersetuju kepada urusan ini dan serahkan kepada Hamid untuk memujuk mereka. "Saya memberitahu Hamid bahawa tiada apa yang dia (Hamid) boleh kata untuk memujuk kami daripada (berubah) pendirian kami," kata Haris. Haris seterusnya berkata, dia memberitahu Hamid bahawa Amarjit dan dia telah menasihatkan Raja Petra, yang telah menerima nasihat agar tidak pergi ke kedutaan. "Kami memberitahu bahawa RPK akan memberikan kerjasama penuh dan kenyataannya kepada polis di hotel di mana dia dan Marina tinggal," katanya. Haris berkata, Hamid memberitahunya bahawa dia akan kembali ke kedutaan dan akan membawa pegawai-pegawai polis ke hotel. "Dengan itu, RPK, Marina, Amarjit dan saya menuju kembali ke hotel. "Sekitar 10.15 malam, Hamid, ACP Aziz dan seorang lagi pegawai yang memperkenalkannya sebagai Tony, berada di hotel. Tony, saya dimaklumkan kemudian bahawa adalah pegawai polis bertugas di kedutaan," katanya lagi. "RPK, Amarjit dan saya bertemu dengan mereka di lobi hotel," katanya. Kata Haris, anggota polis terbabit cuba memujuk agar kenyataan diberikan di kedutaan sambil menimbulkan aspek status penerimaan di mahkamah jika kenyataan tidak diambil di kedutaan. "Kedua-dua Aziz dan Hamid memberi jaminan bahawa RPK akan dilepaskan sebaik sahaja kenyataan diambil. Amarjit dan saya tidak tertarik dengan jaminan mereka dan tidak diyakinkan untuk menasihatkan RPK agar datang ke kedutaan untuk memberi kenyataan," katanya. Malah Haris juga menulis dia telah meminta Aziz mengenai bentuk kesalahan disiasat, di mana kenyataan diperlukan daripada RPK. "Dia menjawab bahawa ia berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 203 Kanun Keseksaan. Saya bertanya apa itu (yang dimaksudkan)," kata Haris sambil berkata. "Aziz kemudian berkata ia berkaitan dengan kenyataan palsu." Haris menambah, dia bertanya sama ada ia berkaitan dengan kenyataan dalam temu bual TV3 atau SD pada 2008. Haris juga berkata, Amarjit juga bertanya untuk melihat laporan polis dibuat, yang menyebabkan polis memutuskan untuk menjalankan siasatan. "Aziz berjanji untuk menunjukkan (salinan) laporan itu di kedutaan jika kami mengikut mereka ke sana. "Kedua-dua Amarjit dan saya dengan segera menerima tawaran tetapi menekankan bahawa RPK akan kekal berada di hotel manakala kedua-dua kami akan pergi ke kedutaan untuk melihat kandungan laporan polis," katanya lagi. "Aziz juga cuba membuat pusingan 'U'. Kami menekan untuk melihat laporan polis bagi membolehkan kami menasihati RPK jika selamat untuk hadir di kedutaan. Akhirnya Aziz berlembut," katanya. Mereka pergi ke pejabat kedutaan sekitar 11 malam. "Di sini (kedutaan) kami dimaklumkan bahawa Aziz tiada salinan laporan polis dan sedang menunggu satu salinan dari KL. "Ini adalah pengesahan pertama yang serius bagi kami berdua, Amarjit dan saya bahawa keseluruhan urusan mahu mendapatkan kenyataan RPK di kedutaan adalah untuk membolehkan beberapa agenda lain. "Mengapa pegawai penyiasat datang ke Bangkok untuk menyoal siasat seorang saksi bagi satu kemungkinan (perbuatan) jenayah dan tanpa salinan aduan polis bersamanya. Keseluruhan adalah jelik," katanya lagi. Kredit : TMI |
Akhirnya, DEWA Sai Baba Ini MATI Juga Posted: 24 Apr 2011 01:04 AM PDT NEW DELHI - Pemimpin ajaran terkemuka dari India, Sathya Sai Baba yang juga terkenal dengan gelaran The Living God, telah meninggal dunia apabila degupan jantungnya berhenti pada jam 7.30 pagi Ahad (24/4/2011). Sebelum ini dia menjalani rawatan intensif selama tiga minggu akibat kegagalan jantung yang kronik. Seperti dilaporkan AFP yang menyiarkan kenyataan pasukan doktor, Sai Baba mengalami kegagalan jantung. Sejak 28 Mac 2011, Sai Baba menjalani rawatan di hospital di Puttaparthi, India. Ribuan pengikut Sai Baba telah berkumpul di hospital tempat Sai Baba menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka akan mengiringi jenazah Sai Baba ke tempat asal kelahirannya di selatan Wilayah Andra Pradesh. Sathya Sai Baba lahir dengan nama Sathyanarayana Raju pada 23 November 1926. Dia diyakini sebagai kelahiran semula Shirdi Baba, seorang ahli falsafah dan mahayogi, yang telah meninggal dunia pada 1918. Ajaran Sai Baba tersebar luas, ia mempunyai ramai pengikut dari pelbagai pelusuk dunia termasuk Indonesia. Sai Baba yang sering dianggap sebagi dewa itu menegaskan ajarannya bukannya agama dan bukan sebahagian dari agama tertentu yang sudah ada. |
Sai Baba Di Ambang SAKARATUL MAUT Posted: 23 Apr 2011 07:31 PM PDT HYDERABAD: Berdasarkan dari satu penghakiman di Mahkamah Agung baru-baru ini yang telah membuat keputusan menentang eutanasia positif (menamatkan hayat dengan tujuan mengurangkan derita sakit), satu mesyuarat peringkat tinggi termasuk ahli-ahli Sathya Sai Central Trust yang diadakan pada Sabtu (semalam) telah memutuskan untuk menyimpan jasad pemimpin rohaniah pada bantuan hayat (ventilator) untuk selama yang perlu. Satu keputusan telah diambil pada satu pertemuan di Puttaparthi yang turut dihadiri oleh Menteri Industri Andhra Pradesh dan penganut J Geeta Reddy, Setiausaha Kewangan Utama, L V Subramanyam, Pengarah Pendidikan Perubatan Ravi Raj dari pihak kerajaan , dan K Chakravarti, Indulal Shah, W Sreenivasan and R J Rathnakar dari pihak ajaran. Ini mungkin berita baik untuk jutaan penganut ajaran Baba yang bersungguh-sungguh berdoa mengharapkan suatu keajaiban. Setelah membincangkan keadaan kritikal Baba yang berumur 86 tahun, ahli-ahli di dalam mesyuarat telah membincangkan berapa lamakah sebaiknya untuk menyimpannya di dalam ventilator. Menurut laporan perubatan terkini, walaupun jantung, hati dan buah pinggang Sai Baba di dalam sistem-sistem sokongan, semua organ-organ penting lain sudah gagal. Akhirnya keputusan telah dibuat supaya Sai Baba akan terus menggunakan ventilator selagi diperlukan dan 'selagi jantungnya berdegup,' menurut satu sumber teratas berkata. "Berdasarkan satu keputusan baru-baru ini Mahkamah Agung bahawa eutanasia tidak dibenarkan untuk jururawat Aruna Shanbaug, ahli-ahli ajaran dan pihak berkuasa memutuskan tidak akan mengambil pilihan untuk menamatkan mesin bantuan hayat Baba," kata sumber itu lagi. Bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi dan ahli Sathya Sai Central Trust P N Bhagwati telah tiba di Puttaparthi pada hari Sabtu semalam dan mengadakan mesyuarat tertutup dengan ahli-ahli ajaran yang lain. Sumber-sumber berkata Bhagwati akan mengadakan sidang akhbar pada hari Ahad di mana dia akan menerangkan tahap kesihatan Sai Baba dan aspek kewangan melibatkan pusat ajaran. Dengan ketidakpastian tahap kesihatan Baba yang berterusan, lebih ramai penganut telah tiba di bandar ini pada hari Sabtu. Kehadiran polis di bandar itu juga bertambah kepada 6,000 kakitangan sebelum Sabtu, sesuatu yang dilabelkan sebagai tidak perlu oleh beberapa polis atasan. Dua helipad sudah bersedia manakala skrin-skrin LCD telah dibawa tetapi terus disimpan di Kothacheruvu berhampiran Puttaparthi menantikan keadaan yang baik untuk memasangnya. Ahli-ahli penganut ajaran telah dilaporkan memutuskan untuk mengeluarkan notis kepada beberapa saluran TV yang mengeluarkan laporan tentang kesihatan Baba dan beberapa perkara melibatkan pusat ajaran yang sangat tidak menyenangkan. "Sebagai jawapan balas, kami telah memberitahu ahli-ahli ajaran menjadi proaktif dengan media. Jika maklumat betul yang disampaikan, tidak perlu laporan berdasarkan khayalan dan imaginasi," kata Setiausaha Kewangan Utama L V Subramanyam. |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan