Muslimeen United |
- Naib Canselor UUM Hina MB Kedah Hanya Layak Urus Sekolah Pondok, Katanya
- Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan
- 2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS
Naib Canselor UUM Hina MB Kedah Hanya Layak Urus Sekolah Pondok, Katanya Posted: 24 Apr 2011 05:10 AM PDT Alor Setar - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (gambar) digesa memohon maaf terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri. Desakan itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) berikutan kenyataan lantang Dr Mohamed Mustafa yang menyifatkan Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun. Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, DPPNK memandang pandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, beliau tidak sepatutnya bertindak seperti itu," katanya. Muhammad Sanusi yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri berhak terima atau tolak permohonan rebat cukai tanah. "Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah," katanya. Mengulas mengenai kenyataan Dr Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan Negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta. "Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan," katanya. Muhammad Sanusi turut mempertikai tujuan isu cukai tanah dan bekalan air di UUM dibangkitkan oleh Dr Mohamed Mustafa, memandangkan KPT sebelum ini tidak pernah mempersoal pembayaran cukai tanah terbabit. Menurutnya, kewibawaan Azizan untuk mentadbir sebuah pusat pengajian tidak harus dipertikaikan, berikutan beliau berpengalaman selama 21 tahun dalam bidang IPT. "Azizan pernah menjadi Ketua Jabatan di UKM, selain antara pengasas UIA dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina. Beliau juga yang memperluas program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh program kepada 42, malah membina kampus induk di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat," katanya. Muhammad Sanusi berkata, UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik. -SH |
Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan Posted: 24 Apr 2011 05:08 AM PDT Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional supaya lebih berusaha dalam mengurus tadbir negara Malaysia daripada ghairah melakukan politik fitnah. Menurut Anwar, kedudukan ekonomi Malaysia dilihat semakin hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan sistem pentadbiran negara dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan pelabur asing terus berkurangan. "Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam. Kemunculan video seks yang didakwa mirip Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazrel Eskay dan bekas bendahari Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang memaparkan tayangan tersebut di Carcosa Sri Negara Mac lalu dianggap sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu oleh banyak pihak. Malah media kawalan Barisan Nasional(BN) seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian yang pro UMNO semakin rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada isu semasa lain yang perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan rakyat. Jelas Anwar, berikutan keasyikkan media kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu sehingga sanggup membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal media yang turut tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup menanggung dosa fitnah terhadap beliau. Menurutnya, seorang pekerja kanan Radio Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu beliau selepas tamat sebuah program di Selangor baru-baru ini dengan menceritakan perihal ini: "Datuk tak kenal saya, saya dari RTM dan saya hendak minta ampun kerana mereka memfitnah Datuk, saya tak sanggup tanggung dosa itu dan saya minta maaf atas segalanya." Saya kata "Minta ampun dari Allah SWT dan saya sedia maafkan sekiranya kamu memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu nyatakan. Saudara Zunar turut memberitahu dan menunjukkan pesanan ringkas (SMS) kepada saya bahawa kenyataan dari seorang pemberita kanan Utusan Malaysia ada mengatakan "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup lagi bersama dengan akhbar melayu itu dimana saya telah bertugas selama 30 tahun dan terus-menerus memfitnah Ketua Pembangkang," kata Anwar. Justeru, Anwar menggesa Najib dan kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus mendapat pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran Malaysia yang saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain di rantau ini. "Ekonomi semakin berat. Harga minyak naik. Harga barang juga naik mendadak sementara mutu pendidikan jatuh. Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan Indonesia dan tahun ini kalah pula dengan Filipina," kata Anwar "Dulu di ASEAN, kita nombor satu dari pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa saham. Harga barang naik. Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak setimpal dengan kenaikan harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan sementara rasuah diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam didiamkan," tambahnya lagi. - TVS |
2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS Posted: 24 Apr 2011 05:02 AM PDT PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata. "Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin. Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik. "Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin. Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara. "Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang. Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat. Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai. "Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media. "Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya. Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama. "Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan