Pulakdah! |
- TERKINI DARI BANGKOK : Polis Dan Peguam Raja Petra BERBALAH, Keputusan BUNTU
- TERKINI : Raja Petra ENGGAN Pergi Ke Kedutaan M'sia
- TERKINI : Raja Petra DITAHAN Di Bangkok?
- TELEFON KHAS Di Jambatan Untuk Mereka Yang Ingin BUNUH DIRI
- LELAKI Tinggal Di Dalam PAIP KONKRIT
- Bayi 16 Bulan TERJATUH Dari TINGKAT EMPAT, Selamat DISAMBUT Wanita
TERKINI DARI BANGKOK : Polis Dan Peguam Raja Petra BERBALAH, Keputusan BUNTU Posted: 23 Apr 2011 11:25 AM PDT Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu, yang mewakili Raja Petra Kamarudin sebagai peguamnya, pada ketika ini berada di kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand. Raja Petra sedang menanti peguam-peguamnya di hotel itu untuk mendapatkan nasihat mereka langkah berikutnya. Polis nampaknya ingin merakamkan kenyataan Raja Petra di bawah Seksyen 203, satu jenayah membuat satu kenyataan palsu berkaitan temubualnya bersama TV3 di Perth, Australia. Satu laporan polis baru-baru ini telah dibuat terhadap Raja Petra yang menuduhnya berbohong dalam temubual bersama TV3 tersebut. Telah berlaku satu perbalahan yang hangat di antara Haris dan Amarjit dengan polis berhubung tujuan mereka untuk mengambil kenyataan Raja Petra. Mereka mahu melihat satu salinan laporan polis yang dikemukakan terhadap Raja Petra dan ingin tahu mengapa polis mahu ambil kenyataannya berhubung temubualnya bersama TV3 dan bukannya berkaitan Akuan Bersumpahnya yang dibuat pada Jun 2008. Polis kemudiannya berkata kepada Haris dan Amarjit untuk pergi ke kedutaan sendiri bagi mendapatkan satu salinan laporan polis tersebut. Haris dan Amarjit bersetuju mengikuti polis ke kedutaan itu tetapi mendesak supaya Raja Petra kekal di hotel tersebut. Pada ketika ini masih lagi pada kedudukan buntu dan tiada keputusan telah dibuat sama ada Raja Petra bersetuju memberi kenyataannya walaupun dibuat di luar kedutaan. Fokus siasatan polis nampaknya lebih kepada 'penipuan' dalam temubual Raja Petra bersama TV3 dan bukannya Akuan Bersumpah seperti yang diumumkan pada mulanya. Kredit : Malaysia Today |
TERKINI : Raja Petra ENGGAN Pergi Ke Kedutaan M'sia Posted: 23 Apr 2011 11:09 AM PDT PETALING JAYA: Malam ini polis Malaysia mengambil kenyataan dari penulis blog popular Raja Petra Kamarudin di sebuah hotel di Bangkok selepas dia enggan memberi kenyataan di kedutaan Malaysia di ibu negara Thai. Dipercayai Raja Petra akan diminta memberi kenyataan melibatkan Akuan Bersumpahnya (SD) yang ditandatangani pada Jun 2008. "Kini dua orang pegawai polis Malaysia sedang berada di hotel bersama Raja Petra (ambil kenyataannya). Raja Petra memberitahu bahawa dia akan bekerjasama dengan mereka," peguamnya Haris Ibrahim memberitahu FMT. Raja Petra, lebih popular dikenali sebagai RPK, telah ditemui oleh pegawai kedutaan Malaysia di Bangkok terlebih dahulu hari ini, yang memintanya supaya hadir ke kedutaan itu pada jam 9.00 malam ini untuk memberi kenyataan kepada dua orang pegawai polis Malaysia. Dia bagaimanapun memaklumkan kepada pegawai kedutaan itu bahawa dia tidak akan pergi ke kedutaan, sambil memberitahu mereka dia bersedia untuk bertemu mereka di hotelnya di Bangkok esok. "Kami (peguam-peguamnya) menasihatkannya untuk tidak pergi ke kedutaan dan dia telah bersetuju mendengar nasihat kami," kata Haris. "Kami memaklumkan kepada pegawai kedutaan bahawa Raja Petra bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka dan polis. "Bagaimanapun dia hanya bersedia untuk bertemu pegawai-pegawai itu esok di hotelnya, bukan di kedutaan," kata Haris yang juga merupakan Presiden The Malaysian Civil Liberties Movement. Ambil Kenyataan Malam Ini Bagaimanapun pegawai polis memutuskan untuk bertemu Raja Petra pada malam ini di hotelnya untuk mengambil kenyataan, tambah Haris. Raja Petra berada di Bangkok untuk menghadiri acara anjuran MCLM. Dia yang juga pengerusi pergerakan kebebasan awam itu. Dia mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sana dan melancarkan MCLM di Thailand. "Pegawai kedutaan itu memberitahunya secara peribadi sebelum acara MCLM bermula petang ini di Florida Hotel, Bangkok supaya dia hadir ke kedutaan selepas selesai acara," kata Haris. Haris turut menekankan bahawa RPK tidak ditahan oleh pegawai kedutaan. "Pegawai-pegawai itu memberitahunya terdapat dua orang pegawai polis yang sedang menunggu untuk mengambil kenyataannya. Kami memberitahu mereka dia akan memberikan kerjasama dengan polis, tetapi bukan di kedutaan itu," tambah Haris. Temubual TV3 Dalam Akuan Bersumpahnya, Raja Petra telah mendakwa bahawa dia telah mendapat makluman dari seorang Pegawai Kanan Risikan Ketenteraan berkaitan penglibatan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Bagaimanapun dua minggu lalu, RPK dalam temubual bersama TV3 berkata bahawa dia diminta untuk mengaitkan Najib supaya seorang lagi veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, dapat menggantikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Dia juga berkata bahawa pemimpin PKR Anwar Ibrahim tahu plot tersebut. Berikutan temu bual TV3 itu, polis telah mengambil kenyataan dari beberapa individu, termasuk seorang yang mempunyai kaitan dengan Anwar semalam. Laman web Raja Petra, Malaysia Today melaporkan tidak mengetahui sama ada dia akan ditahan jika dia pergi ke kedutaan Malaysia. |
TERKINI : Raja Petra DITAHAN Di Bangkok? Posted: 23 Apr 2011 05:02 AM PDT Raja Petra Kamarudin, yang berada di Bangkok hari ini bersama dengan Haris Ibrahim, ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia dan akan dibawa ke kedutaan Malaysia di Bangkok pada 8.00 malam ini. Raja Petra, Pengerusi The Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), dan Haris Presiden MCLM, ketika sedang memberi ucapan dengan rakyat Malaysia di Thailand. Seorang pegawai Malaysia kemudian mendekati Raja Petra sebelum acara bermula dan memberitahunya ia perlu untuk pergi ke kedutaan Malaysia sebaik sahaja selesai berucap. Ia dipercayai berkaitan siasatan polis dengan Akuan Bersumpah Raja Petra yang ditandatangani pada Jun 2008. Tidak dapat dipastikan sama ada Raja Petra akan ditahan untuk dibawa balik ke Malaysia atau mereka akan menahannya di Thailand sehingga prosedur-prosedur penahanan telah lengkap. Semalam, seorang Blogger, Din Merican, telah pergi ke Bukit Aman dan disoal siasat oleh pihak polis selama tiga jam dari 3.00-6.00pm. Polis mahu menyiasat tentang hubungannya dengan Raja Petra dan lain-lain hal mengenai Akuan Bersumpah Jun 2008. Polis juga ada bertanyakan Din tentang temubual Raja Petra bersama TV3 baru-baru ini. Kredit : Malaysia Today |
TELEFON KHAS Di Jambatan Untuk Mereka Yang Ingin BUNUH DIRI Posted: 22 Apr 2011 10:57 PM PDT SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya. Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu. Perkhidmatan talian hotline sebelum bunuh diri ini juga diamalkan di Golden Gate Bridge, San Francisco, California seperti dalam gambar "Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain," kata pegawai bandar itu. Kredit : Agensi |
LELAKI Tinggal Di Dalam PAIP KONKRIT Posted: 22 Apr 2011 07:24 PM PDT Paip konkrit ini telah menjadi rumah Mao Li selama setahun. Mao siap memasang lantai kayu, pintu, raga dan kusyen di dalam paip konkrit sepanjang 6 kaki ini. Rumah :Li melengkapi 'rumahnya' ini dengan pintu. Bagaimanapun lelaki bujang berusia 30 tahun, yang menyara diri dengan menjual tin-tin yang dikumpulnya di Haikou, Selatan China, sedang diusir daripada tinggal di sebelah jambatan. Seorang pegawai berkata: "Dia akan diberikan sebuah rumah. Kita tidak boleh membiarkan orang tinggal di dalam paip." Kredit : MetroUK |
Bayi 16 Bulan TERJATUH Dari TINGKAT EMPAT, Selamat DISAMBUT Wanita Posted: 22 Apr 2011 05:32 PM PDT ORLANDO - Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan jatuh dari tingkat empat sebuah balkoni hotel. Berpantang maut sebelum ajal, dia terlepas dari maut apabila ada seorang pelancong dari British yang menangkapnya di bawah. Seperti dilaporkan Reuters, Jumaat (22/4/2011), kejadian ini berlaku di sebuah hotel di Orlando, Amerika Syarikat sekitar pukul 11.00 malam waktu tempatan Rabu (20/4/2011) lalu. Bayi tersebut terjatuh dari balkoni hotel yang menghadap ke arah kolam renang. Heroin: Helen Beard, pelancong British yang berasal dari Worksop, Nottinghamshire, sedang bercuti bersama suami dan dua orang anaknya ketika bayi berusia 16 bulan Jah-Nea Myles terjatuh dari balkoni. Saat itu juga, Beard terus berlari ke lokasi yang berkemungkinan bayi itu akan jatuh. Meskipun setinggi tiga tingkat, Beard terus memerhatikan arah bayi tersebut akan jatuh. Bertuahnya, bayi bernama Jah-Nea Myles itu berjaya ditangkap walaupun terlepas dari lengannya. "Saya fikir Tuhan bersama saya kerana bayi saya selamat. Saya juga berterima kasih pada wanita yang menolongnya kerana dia adalah malaikat yang dikirim dari syurga," ucap ibu bayi tersebut, Helena Myles. Ketika ini, pasukan perubatan masih memeriksa Jah-Nea di hospital. "Dia dalam keadaan yang baik sepenuhnya. Tidak ada luka pada tubuhnya," sambung Myles. Saat ditanya bagaimana bayinya terjatuh, Myles berkata dia telah meninggalkan bayinya dengan temannya yang tidak menyedari Jah-Nea sudah merangkak keluar dan terjatuh dari balkoni. Jah-Nea Myles terjatuh dari tingkat empat di hotel di Florida ini - ke dalam dakapan pelancong British. Di sinilah tempat di mana bay 16 bulan itu terjatuh |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan