PENYAPU SIAL |
- UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar ...demi dendam kesumat dan ingin bermaharajalela menindas rakyat...!!!!
- UMNO kepala butoh bising bila kena tuba dengan cina...tapi lupa depa bagi bagi tuba bangsa sendiri bertahun tahun lamanya....!!!!
- pulaukan Utusan porno....juara segala pukimak UMNO 1 malaysia....!!!
- orang dayak sarawak keturunan altantuya monggolia....kalau lah depa ramai yang tau ....saudara mereka di C4 oleh najib guruji dan rosmah botox....mampuslah kena sumpit di PRU 13 nanti....!!!!
- antara filem mat boroi atau omega yang tercicir
Posted: 23 Apr 2011 07:25 AM PDT antara pelacur dan gigola belaan UMNO pukimak naungan najib laknat...!!! Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor. Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak. Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan. Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik. Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP. Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'. Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar. Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ? Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan. Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu. Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk. Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno. Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri. Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum. Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum. Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3. Wira Arjuna |
Posted: 23 Apr 2011 04:39 AM PDT yang ini UMNO pukimak tuduh cina tuba melayu di memali...bila mana pemimpin cina dah lari keluar negara pada masa itu untuk cuci tangan....pemimpin pukimak cina masa tu di syaki dari kerala india berbinkan kutty ..... Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO semata-mata kerana memperjuangkan hak mereka. Sokongan Melayulah yang membolehkan UMNO berkuasa di Malaysia sehingga kini. Dari tahun 1946 hingga 2011, di manakah Melayu diletakkan oleh UMNO? Adakah Melayu menjadi bangsa yang menguasai ekonomi di tanah tumpah darah datuk nenek mereka? Melayu terkebelakang jika dibandingkan dengan orang Cina walaupun UMNO menjadi teras kepada Parti Perikatan dan Barisan Nasional. Mengapa? UMNO tidak tolong naikkan Melayu. Mereka hanya naikkan Melayu di sekeliling mereka dan diri mereka sendiri. Adakah pemimpin UMNO yang miskin? Tiada. Jadi wakil rakyat satu penggal pun dah kaya. Jadi ketua bahagian pun kaya-raya. Semua orang tahu bagaimana mereka kebas peruntukan dalam Dasar Ekonomi Baru. Akibatnya Melayu hanya dapat kumpul 18% ekuiti sepanjang dasar itu. Ada RM54 bilion saham. RM52 bilion disapu datuk-datuk dan tan sri- tan sri dalam UMNO dan di sekeliling pemimpin UMNO. Yang tinggal apa? RM2 bilion. Yang lain-lain tu sudah pun berpindah tangan kepada bukan Bumiputera. Tanah Simpanan Melayu pun kena kebas. Dari 3 juta hektar yang ditinggal British, kini hanya ada 1.7 juta hektar. Semuanya dirompak oleh UMNO kononnya atas nama pembangunan. Janji nak ganti, tetapi tak ganti-ganti sampai la ni. Kalau dicampur dengan rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, dan entah apa-apa lagi, tak tahulah berapa laksa. Macam mana Melayu nak bangun kalau macam tu? Pengaliran wang secara haram ke luar negara ratus-ratus juta. Tanggung kerugian pun ratus-ratus juta. Beri barang mahal nak mampus. Janji komisyen masuk. Mungkin juga untuk isi tabung UMNO! Melayu beri susu kepada UMNO. UMNO beri tuba kepada Melayu. Kelih tak kelih depa tuduh Cina balas susu dengan tuba. Sendiri bagi tuba kepada bangsa sendiri buat-buat tak nampak. Itulah UMNO. Kalau Cina tak sokong BN kerana mereka meluat dengan kelaku pemimpin BN apa salahnya? Baguslah begitu. Melayu yang tak sedar-sedar kena tuba tu apa hal pula? Sepatutnya Melayu kena ikut macam Cina. Bagi tuba kepada BN. Biar mereka mati beragan. Naikkan Pakatan Rakyat!!! Kalau Pakatan pun buat perangai yang sama, kasi punah sampai akar umbi. Ganti pula dengan yang lain. Apa susahnya? Apabila Cina bagi tuba kepada BN, orang Melayu yang kena tuba masih terhegeh-hegeh sokong UMNO. Tak mau bagi hilang hak Melayu konon. Dah hilang entah banyak mana tak sedar-sedar. Nak tunggu sampai tak dak apa-apa lagikah? Bangunlah Melayu. Kita pun kena bagi tuba kepada UMNO dan BN. Kuasa itu di tangan kita dalam sistem demokrasi. Nak takut apa. Apa UMNO boleh buat kalau Melayu tak sokong depa? UMNO dah hanyut dalam Laut Qalzum, habih lemaih. Nak buat apa lagi? |
pulaukan Utusan porno....juara segala pukimak UMNO 1 malaysia....!!! Posted: 23 Apr 2011 04:29 AM PDT MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum. Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya. Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam. "Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa. "Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?" soalnya. Loh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu. Paling penting katanya jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa. Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu. "Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan. Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi". |
Posted: 22 Apr 2011 04:47 PM PDT Antara Monggolia, Dayak dan Altantuya Memang sudah menjadi kelaziman Umno untuk menyediakan bekalan peluru bertujuan mengelaburi pemikiran rakyat. Perhatian Najib Razak terhadap isu yang terkait dengan Altantuya ini ada sebabnya juga. Iaitu, hal ini sangat bersabit dengan maruah isterinya, Rosmah Mansur. Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah menulis tentang perihal Rosmah yang berada di tempat kejadian itu, pada malam Altantuya Shaariibuu dibunuh. Oleh sebab keperluan membersihkan nama Rosmah itulah, maka kenyataan RPK dikeluarkan di peringkat umum. Sebenarnya, demi menyelamatkan Najib, memadailah dengan kenyataan Najib sebelum ini dan lafaz sumpah keramatnya di masjid yang berbunyi, "Sumpah! Saya tidak kenal siapa itu Altantuya!" Jadi, dalam kenyataan RPK yang terbaru itulah maka nama Rosmah diulang sebut bahawa, mustahil juga Rosmah berada di tempat kejadian di hutan itu. "Takkan Rosmah berani berada di hutan itu?" tanya RPK lagi bagi membuktikan keraguannya itu. Segala 'dosa' RPK seolah-olah bagaikan terhapus lupus dengan sebab pengakuan secara terbuka di media perdana yang dikawal kerajaan itu. Jadi, kenyataan RPK itu disiarkan bukanlah sangat dengan tujuan mahu menyental nama Najib yang terpalit dihumban najis untuk keperluan politik dan Pilihan Raya Sarawak, tetapi sebaliknya untuk membersihkan nama Rosmah tentunya. Ini kerana, isu Altantuya masih jua diulang-ulang oleh Pakatan Rakyat di dalam mana-mana kempen pilihan raya sekali pun. Di samping itu, hal Altantuya ini dijawab RPK dengan tujuan menjerat Anwar juga kerana nama-nama individu yang dijebak dengan tokoh itu turut disebutkan juga. Sebenarnya, RPK adalah sebutir peluru baharu yang sama seperti video seks Datuk T yang disembunyikan lalu dikeluarkan sempena meraikan pilihan raya agar peristiwa ini kelihatan lebih meriah. Peluru-peluru tipu daya ini lebih berbisa dibanding bom C4 yang tidak pula disebut oleh RPK baru-baru ini. Bercakap mengenai Altantuya, bukanlah cakap mengenai Mongolia, atau kononnya hubungan sulit (jika ada) antara kedua-dua mereka. Tetapi, ia melibatkan komisen kapal selam Scorpene juga dan penggunaan bom C4 yang sudah lama menjadi soal teka teki berkaitan tempoh masa Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan itu. Rakyat bertanya mengenai komisen dan bagaimana caranya bom C4 digunakan? Adakah ia memerlukan pengesahan dan kelulusan Menteri Pertahanan? Semua itu tidaklah dapat dijawab RPK kerana kenyataan beliau baru-baru ini seolah-olah mahu menyelamatkan maruah Rosmah sahaja. Persoalan tentang bom C4, Azilah Hadri dan Sirrul Azhar itu tetap kekal tidak dijawab RPK. Ia terus kekal sebagai misteri X-Files yang tidak jua terungkap, lalu dikambus waktu yang terus berlalu. Sebenarnya, kalau pun RPK tidak mengeluarkan kenyataan di TV3 itu, sudah lama kenyataan RPK itu diragui sebelum ini. Tapi, keraguan terhadap catatan RPK itu kerap disembunyi dan disimpan dalam kantung hati masing-masing. "Betul ke apa yang Raja Petra tulis-tulis dalam laman web dia tu?" seorang teman bertanya. Saya mengangkat bahu menandakan isyarat tidak tahu. Saya fikir, satu-satunya isu berkaitan Rosmah yang belum juga Rosmah bersumpah ialah wawancara yang dijalankan oleh C4 Production berhubung ilmu sihir. C4 Production adalah satu kumpulan yang tidak diketahui siapakah dalangnya sebelum ini, telah turun menyiasat ke kampung halaman Rosmah dan di situlah mereka menemu bual orang-orang kampung Rosmah mengenai perihal beliau. Kalau dakwaan saudara-mara Rosmah itu benar, kita mendapat malu satu dunia. Ilmu sihir ini bukanlah perkara main-main. Tuduhan dan dakwaan sudahpun jelas dan terang-terang dimuatkan dalam Youtube, disaksikan seluruh dunia. "I rasa, kumpulan yang buat temu bual tentang Rosmah dan ilmu sihir ini pun, kumpulan Raja Petra juga," kata seorang penggiat media alternatif kepada saya dulu. Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pengamal media itu, mungkin berjaya menjejak pasukan itu dengan sumbernya sendiri. Jika benar pasukan C4 Production itu dibentuk oleh RPK, maka hanya ada dua cara bagi 'membersihkan' nama Rosmah. Pertama RPK perlu sebut bahawa kesemua pihak yang ditemu bual itu adalah orang-orang upahan di kampung itu sahaja. Kedua, Rosmah sendiri perlu bersikap seperti Najib yang bersumpah di masjid bahawa dia tidak kenal dan tiada kaitan atau kena-mengena dengan Altantuya. Maka, Rosmah mesti tiru aksi Najib lalu bersumpah, "Sumpah! Saya tak pernah main ilmu sihir untuk memikat Najib, suami saya sekarang ini". Tetapi, adakah Rosmah berani bersumpah begitu dalam masjid? Kita tunggu dan lihat. Dan, jika benar Youtube Rosmah Puaka kelolaan C4 Production itu bukannya hasil tangan dan bikinan RPK, maka hendaklah RPK berikhtiar keras membersihkan nama dan imej Rosmah yang terpalit dengan amalan gelap; amalan sihir yang ditentang keras oleh Islam dan lain-lain agama samawi itu. Ketika RPK bercakap tentang pembunuhan Altantuya ini, mujurlah Najib, Rosmah dan seluruh rakyat keturunan Dayak di Sarawak tidak mengetahui hubungan pertalian dan ikatan persaudaraan Altantuya dengan Dayak Borneo sememangnya sudah terjalin begitu lama. Hubungan darah Altantuya terhadap Dayak di Kalimantan, Sarawak dan kepulauan Borneo ini terkait dengan semangat kebangsaan Mongol di Mongolia. Bangsa Mongol bukan hanya menyerang Baghdad di Iraq sehingga mengeruhkan sungainya dengan kitab-kitab Islam yang mereka bakar. Scorpene. Punca kematian Altantuya? Malah, Mongol pernah menyerang Melayu Champa juga pada suatu masa dahulu. Titisan darah bangsa Mongol ini kemudiannya turun menjadi Dayak di Kalimantan dan Sarawak pada hari ini. Syahadan, maka menjadilah mereka sebagai bangsa Dayak yang kaum wanita mereka itu cantik rupawan belaka. Tidak hairan jika mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah mengiktiraf bahawa Orang Sungai sebagai bangsa yang cantik. Najib dan Mahathir mungkin juga berkongsi citarasa yang lebih kurang sama, iaitu citarasa Mongolia. Siapa tahu? Tetapi, soal citarasa terhadap wanita untuk kedua-dua mereka itu tidaklah penting sangat. Yang penting ialah bangsa Dayak di Sarawak mesti diingatkan bahawa darah Altantuya turut mengalir dalam tubuh dan jasad mereka. Jika Altantuya dari Mongolia dibunuh kejam dengan bom C4, gara-gara tuntutan komisen kapal selam Scorpene ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan, apa jaminan masa depan Dayak Sarawak berketurunan Mongolia, bahawa mereka akan mendepani masa depan yang cerah di bawah pentadbiran Najib yang didakwa terlibat dengan pembunuhan seorang saudara mereka dari Mongolia, iaitu Altantuya? H Fansuri |
antara filem mat boroi atau omega yang tercicir Posted: 22 Apr 2011 04:24 PM PDT Aku tercari-cari alamat tempat yang aku tuju. Agak susah juga kerana aku kurang arif dengan daerah ini. Aku meleser sambil mata aku memandang ke angka rumah rumah kedai yang sedang aku cari. Dua tiga ekor anjing berkeliaran di jalan. Kebanyakan angka rumah kedai ini telah rahai. Dua kali aku mundar-mandir di lorong yang sama. Nah! Tak berjumpa dengan bangunan yang aku cari. Yang aku nampak hanya perempuan-perempuan cun berbaju ketat, bergincu merah, ranggi dan bergetah berdiri di tepi pintu. Perempuan-perempuan ini memerhatikan aku. Aku menjual senyum. Seorang Minah melambai. Aku nekad dan memberanikan hati untuk datang bertanya. Minah ini terus ke gigi jalan meninggalkan yang lain. Kemudian aku membuka mulut untuk bertanya: Di mana Galeri le Atalier? "Abang nak buat apa? Nak buat filem ke?" Suaranya garau dan kasar seperti suara Mat Indon dari Jawa Tengah yang telah sepuluh tahun menetap di Kuala Lumpur. Tersirap darah jantan aku. Astaga! Purtan rupa-rupanya. Aku menganggukkan kepala. Lalu Si Purtan ini menunjuk bangunan yang sebenarnya tak jauh dari tempat aku berdiri. Si Purtan ini menghulurkan kad niaganya kepada aku. Aku mengambil dan berterima kasih. Kad ini aku simpan ke dalam saku baju. Aku berjalan menuju ke bangunan itu. Aku menaiki tangga ke tingkat satu. Nampaknya aku sampai ke tempat yang betul. Tetapi kerusi penyambut tamu kosong. Maka aku duduk keseorangan. Aku memerhatikan sekeliling. Saheh tak ada orang. Sekali lagi kepala aku berpusing untuk melihat kalau kalau ada anjing di bilik ini. Sifar. Tetiba aku terdengar suara kasar dari bilik sebelah ruang tamu. Aku memasang telinga. Kini aku betul-betul macam Mat Skodeng Jawi sedang mengintai di tepi Tasek Perdana Bangi. "Kau tahu… aku dapat panggilan telefon... bukan sekali... tiga kali... semua dah kantoi. Ini kerja kaulah. Berapa juta duit kau dah kelepet...? Belanja mahal tapi kerja tak rapi. Apa kau ingat orang Malaysia bodoh macam orang Gombak?' Suara lelaki ini kuat dan kasar. "Apa hal dengan Gombak pulak?" jawab suara lelaki yang agak halus. "Gombak tempat kamu buat post-productionkan? Bukan aku tak tahu. Kau buat recording pun di sana. Kau kelentong buat di LA. Hei… dengan aku kau jangan nak kelentong." "Jangan putar alamlah. Jawab soalan aku ini. Siapa pilih pelakon itu? Tak ada pelakon lain ke? Bila tayang dalam YouTube semua orang ketawa. Kau ingat orang Malaysia bodoh..senang ditipu. Pelakon itu boroi. Sejak bila boroi. Kau ingat ini main-main ke? Cuba kau tengok sekali lagi..pasang VCD aku nak tunjuk.' Aku di ruang tamu mula tersenyum ketika memasang telinga. Bilik senyap - mungkin VCD sedang berputar. Tujuan aku datang ke sini bukan nak dengar orang bergaduh. Aku datang untuk melamar kerja. Aku difahamkam Galeri le Atalier ini memerlukan tenaga untuk pembikinan filem. "Henti ..henti... Siapa Mamat ini? Apa sebab dia muncul dalam filem ini. Perut pun boroi. Dia ingat dia Alfred Hitchcock. Pengarah nak kena ada dalam filem?" Suara jantan ini makin marah. "Tak dapat potong yang ini... itu pasal si pengarah itu masuk dalam frame. Kalau potong nanti orang ingat tak ori.' Baru aku sedar rupa-rupanya Galeri le Atilier ini yang telah membuat filem Tiga Mat Boroi. Wow! Baru aku tahu rupa-rupa di sini sarangnya. Aku merasa begitu gembira kalau aku dapat bekerja dengan le Atalier ini. Le Atalier ini memang gedebe. Dari apa yang aku dengar filem-filem mereka cukup hebat. Aku dengar juga mereka telah berjaya membuat filem Pontianak Menyundal Di Kalimantan. Dari desas-desus aku mendengar yang syarikat ini juga sedang merancang untuk membuat 'Jangan Tinggalkan Jandaku'. Mungkin inilah projek yang mereka hendak aku turut campur. "Kau kenal Datuk SK… Kenapa dia buat heboh di akhbar katakan laci bilik hotel berkunci. Gila… mana orang nak percaya. Guna otak..guna otak..Mana pernah laci dalam bilik hotel berkunci. Kalau nak menipu… tipu betul-betul. Laci bilik hotel yang ada kelas tak berkunci… " Senyap sebentar kemudian lelaki bersuara halus menjawab: "Itu saya tak tahu. Krew saya hanya diupah untuk membuat filem ini saja. Hal mengedar saya tak tahu." Tanpa aku sedari tetiba tiga lelaki tercegat berdiri tak jauh dari tempat aku duduk. Aku tak sedar bila mereka sampai. Mereka tersenyum dan terus mengambil tempat duduk. Lelaki yang duduk di sebelah aku menghulur tangan untuk bersalam. Aku menyambut Dia terus bersuara: " Datang nak casting ke? I dengar dia orang nak buat satu gambar baru. Producer sedang cari pelakon. You berlakon ke?' Aku mengeleng kepala. "You nak mengarah ke? I dulu kerja dengan Um. I buat 16 siri untuk dia. Yang dua lagi tu kawan I yang berlakon. Lapan belas semuanya. Tapi satu pun belum tayang. Dengar khabar Jawi belum luluskan. Kerana dalam babak makan… tak seorang pun baca bismilah. Pasal ini Jawi cukup marah.' Aku perhatikan tiga lelaki ini betul-betul. Kelihatan ketiga-tiga mereka boroi. Lalu aku terfikir apakah boroi ini tanda hidup yang berjaya. Sedang kepala aku ligar berfikir pintu bilik terbuka. Seorang lelaki yang juga boroi berdiri tercegat di tengah pintu. "Kau orang berempat ini datang casting ke? Bangun aku nak tengok muka?". Aku sedar inilah suara lelaki yang kasar tadi. Tiga lelaki itu bangun berdiri. Aku tetap duduk tidak berganjak. "Hoi! kau orang bertiga ini kalau nak berlakon kena masuk gym enam bulan dulu. Perut kamu boroi. Watak boroi ada… filem Jantan Dari Pagoh… tapi roll tahun depan. Sekarang ini nak roll filem Omega Yang Tercicir.. |
You are subscribed to email updates from To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan