Isnin, 18 April 2011

PERAKITE

PERAKITE


Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku bertanggungjawab

Posted: 18 Apr 2011 12:32 AM PDT


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks — yang menayangkan lelaki yang didakwa melanggan pelacur asing mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberitahu The Malaysian Insider, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.
"Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks). Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan jelaskan di mahkamah," katanya.
Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh "Datuk T" pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.
Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.
Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," kata beliau.
Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, "kita akan siasatlah."
Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.
"Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.
"Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam," katanya 
Nampak gaya, dia pulak lebih kuah dari sudu.. mengarahkan polis.. meminta orang ramai tentukan keputusan. Polis kata jam Omega tu tak penting, dia pulak kata penting dalam kes itu. Haru dah mamat ni. blah.. blah blah..

GEMPAR DAN TERHANGAT: BUKAN ANWAR DALAM VIDEO

Posted: 17 Apr 2011 10:29 PM PDT


Keadilandaily.Com melaporkan bahawa Polis telah mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.
Portal online itu memetik Bernama sebagai melaporkan bahawa Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).
"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti  dipetik Bernama.
Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.
PERAKITE: Jika benar demikian maka polis wajib dengan segera memberkas Trio Dato T untuk didakwa kerana mengedar video lucah ? Majlis Agama Islam juga wajar mengambil tindakan atas dakwaan memfitnah.

Ayo yo Kimma.. ditawar RM50 juta tak mau lagi...

Posted: 17 Apr 2011 08:44 PM PDT

Mulanya saya tak berminat nak komen.. tetapi bila dibaca dan baca, rasa menyampahpun timbul.. apa tidak nyer, Kimma mengaku ditawarkan  RM50 juta untuk sertai Pakatan Rakyat. Sakan sangat tu sebab Kimaa habuk satu kerusipun takdak.

Depa kata Katak yang dok lompat parti sakan tu pun baru RM1-2juta je.. La dah ada yang abis duit dah.. dok buat bising kot-kot ada sesaper nak ambik depa bertanding PRU13.

Saper dok nak ambik, dah kalau Umno pun tak terima depa. Yb takda parti. Elok depa tubuh parti lompat melompat antara depa lak. 

Tapi nak cerita pasal Kimma ni: Kata Presiden dia Datuk Syed Ibrahim Kader:



"Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu. 


Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.


"Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli. 

Bukan untuk dijual beli..nanti kena lelong baru tau


"KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

Rahim Thamby Chik tidak faham Islam.., bekas mufti WP

Posted: 17 Apr 2011 11:49 AM PDT


Nabi Muhammad s.a.w berkata mereka yang terlibat dalam fitnah bukan sebahagian daripada komuniti Islam.

Petikan itu disebut oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya.
"Adalah sesuatu yang mengarut apabila beliau (TS Abdul Rahim Thamby Chik) mengatakan yang beliau mendedahkan video seks demi kebaikan masyarakat. Ia menunjukkan bahawa beliau tidak faham Islam," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada satu forum di Ampang.
Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula menekankan bahawa rakaman video tidak boleh digunakan di mahkamah syariah memandangkan soal ketulinan boleh dipersoalkan.
"Tidak pernah video atau foto digunakan sebagai bukti dalam tuduhan berzina. Malah, penggunaan DNA juga tiada konsensus di kalangan ulama.
"Secara peribadi, DNA hanya dibenarkan jika ujian makmal dikendalikan oleh seorang Muslim yang alim," katanya.

Anggota gerakan Saf Anti Fitnah (SAF), Mohd Azmi Abdul Hamid pula berkata, media, khusunya media arus perdana mempunyai peranan besar dalam menghentikan penyebaran fitnah.

"Media seharusnya tidak bersubahat menyebarkan fitnah dan mencetuskan keraguan di kalangan masyarakat Islam," katanya sambil menegaskan bahawa kalangan ulama tidak membisu dalam isu berkaitan video seks (yang didedahkan) tetapi media tidak memberi perhatian pada pandangan mereka.
"Mereka yang membenarkan dan tidak mengatakan apa-apa mengecam fitnah juga bersalah tidur atas katil syaitan," katanya.

Tiada ulasan: