Isnin, 18 April 2011

Addin

Addin


ADUN Pelabuhan Klang Bercerai

Posted: 18 Apr 2011 11:00 AM PDT

KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bercerai talak satu dengan isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini. Media melaporkan perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim syarie, Abdul Malek Soleh. Badrul, 51 dan Ramizah, 40 mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan memiliki lima anak hasil perkongsian hidup. 

Pada prosiding itu, Ramizah yang dikatakan pernah bekerja sebagai penjaga stor, diwakili peguam syarie Norrasyada Osman. Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat, sebelum berpaling tadah dan menjadi Adun Bebas.

Badrul kemudian menyertai Umno secara rasmi pada Mei 2010 . Beliau sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat, malah menunjukkan rekod buruk kehadiran dalam sesi DUN Selangor.

Pergolakan perkahwinan Badrul mula menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan permohonan fasakh mengikut seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan sifat Badrul Hisham yang mempunyai hubungan dengan wanita lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami. Ramizah juga mendakwa mereka tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu./KD



SPR Tipu, PKR Protes Di DUN Tebedu

Posted: 18 Apr 2011 05:00 AM PDT

KUCHING - KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.

Justeru, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini. "Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).

"Apabila diperiksa, satu borang itu wujud pemalsuan dua tandatangan (pada Borang 14) disyaki (oleh) SPR. "Bilangan undi pada Borang 14 turut diubah pihak tertentu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

DUN itu dimenangi calon BN, Michael Manyin Anak Jawong yang memperoleh 6,196 undi berbanding Christopher 2,130 undi. Undi majoriti ialah 4,066 undi. Turut bertanding ialah Anthony Anak Nais dari SNAP yang hanya mendapat 468 undi sahaja. Calon Bebas, Kikpli bin Ale pula mendapat 260 undi.

Sebelum ini, KEADILAN memutuskan untuk mencabar keputusan di N.65 Senadin berikuyan keengganan SPR membuat kiraan semula walaupun undi majoriti yang diterima calon BN cuma 58 sahaja./KD


Sah!!..Bukan Anwar Dalam Video Seks Fitnah..Tangkap Dalangnya..

Posted: 18 Apr 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka. Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. 


"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah). "Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.


Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar./KD



Presiden Dan S/U SUPP Letak Jawatan

Posted: 18 Apr 2011 01:00 AM PDT

Jawatankuasa pusat (CWC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini menolak perletakkan jawatan oleh presidennya, Tan Sri Dr George Chan dan setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui. Kedua-dua pemimpin utama itu menyerahkan surat perletakkan jawatan mereka semalam berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu. CWC dalam perjumpaan mereka hari ini memutuskan kedua-dua pemimpin SUPP berkenaan akan terus memegang jawatan mereka sehingga pemilihan pimpinan pada kongres parti itu akhir tahun ini./MK

Panas!!..Skandal Seks YB Ternama..

Posted: 18 Apr 2011 12:00 AM PDT

Sabahkini.net telah mengeluarkan beberapa siri artikel penededahan mengenai skandal seks YB ternama...namun sehingga kini siapakah YB tersebut masih dirahsiakan oleh penulis..mybe nak buat surprise kot..kau orang layanlah artikel ini..wahuallam betul ke tak..kau orang nilailah dengan pertimbangan yang waras..


Klik untuk artikel asal di sini..

Raja Petra Jerut Tengkok Najib..

Posted: 17 Apr 2011 09:00 PM PDT

Setelah tiga tahun membuat perakuan bersumpah, Raja Petra Kamaruddin (PRK) akhirnya mencapai hasratnya supaya pihak berkuasa menyiasat kandungan keterangan itu bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu. Namun anehnya, yang akan menjalankan siasatan bukan polis, tetapi Angkatan Tentera Malaysia yang menggantung tugas Kolonel Azmi Zainal Abidin, individu yang dinamakan oleh RPK dalam kenyataan bersumpahnya itu.


RPK mendakwa beliau diberitahu dari dua sumber lain bahawa Azmi mempunyai laporan perisikan yang mengesahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua pegawai ATM lain berada di tempat kejadian malam Altantuya dibunuh di sebuah hutan simpanan pada Oktober 2006.

Ketika itu, tidak ada siasatan dijalankan oleh mana-mana pihak, polis mahupun ATM bersabit isi kandungan kenyataan bersumpah itu. Sebaliknya Raja Petra sendiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menfitnah Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Larikan diri

Khuathir terhadap keselamatan diri, Raja Petra yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu melarikan diri ke Australia dan menetap di sana dalam buangan.Setelah tiga tahun berlalu, RPK mengambil keputusan dua bulan lalu untuk memberikan wawancara kepada TV3, sebuah stesen televisyen kawalan Umno.

Beliau mengumumkan dua perkara. Satu adalah RPK tidak lagi percaya Rosmah berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh, lebih-lebih lagi setelah beliau dimaklumkan bahawa laporan perisikan yang ada pada Kolonel Azmi telah "dimusnahkan" dan tidak ada salinan pendua.

Seperkara lagi yang turut menjadi muka depan di semua akhbar adalah bahawa Anwar tidak bijak menguruskan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Dalam kes Rosmah-Altantuya – tentunya persoalan utama ialah kenapa hanya sekarang ATM bingkas menyiasat Kolonel Azmi yang menjadi pegawai kedua tertinggi dalam Cawangan Khas pada tahun 2008.

Tidak ada pula arahan daripada ATM ketika itu untuk Azmi membuat laporan polis bagi mengesah atau menafikan wujudnya laporan perisikan sedemikian ataupun kebenaran sama ada beliau berurus dengan ahli-ahli politik.Dinaikkan pangkat

Sudah tentu ATM mempunyai akses kepada kenyataan bersumpah RPK pada tahun 2008 lagi, namun nampaknya tidak ada tindakan terhadap Azmi ketika itu, malah beliau dinaikkan pangkat dari Lt Kol menjadi Kolonel penuh.

Ada seperkara aneh mengenai "siasatan' yang diumumkan oleh Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin Jumaat lalu.Awal-awal lagi pemimpin tertinggi ATM itu mengumumkan bahawa laporan perisikan yang melibatkan Rosmah tidak wujud sama sekali dan Azmi telah berurusan dengan pembangkang dalam kapasiti peribadi beliau.

Bila dan bagaimanakan fakta-fakta ini terkumpul jika tidak ada siasatan dijalankan sebelum ini?.Rumusan yang lojik adalah siasatan yang bakal dijalankan oleh ATM sudah tiga tahun lewat.

Persoalan juga menjurus kepada apakah jenis pembelaan yang boleh diharapkan oleh Kolonel Azmi jika awal-awal lagi Azizan mengisytiharkan laporan Rosmah-Altantuya tidak wujud dan beliau (Azmi) bertindak secara sendirian.Ketelusan siasatan terhadap Azmi tidak akan diketahui kerana tentunya Akta Rahsia Rasmi akan tertera dalam huruf besar pada kertas siasatan berkenaan.

Pendedahan RPK mengenai kes Altantuya yang cuba diuar-uarkan oleh media arus perdana sebenarnya menjerat kerajaan Umno, ATM dan polis sendiri. Mereka terpaksa menjawab kenapa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh RPK sejak tiga tahun tidak disiasat sebelum ini.Sengaja dihilangkan

Tidak dinafikan kemungkinan laporan perisikan yang dimaksudkan oleh RPK memang tidak wujud.Namun apakah mungkin juga laporan itu "sengaja "dihilangkan", justeru adalah selamat untuk pihak berkenaan tampil melakukan "siasatan" sekarang?Selain ATM, adakah polis juga akan menyiasat Kol Azmi dan individu lain yang dinamakan dalam kenyataan bersumpah RPK?

"Pendedahan terbaru" RPK di TV3, kenyataan bersumpahnya tiga tahun lalu, dan keterangan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam hanya menzahirkan keperluan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pembunuhan Altantuya.

Umum tahu bahawa tawaran terbuka Bala untuk disoal siasat mengenai pengakuannya bahawa Najib ada berhubungan dengan Altantuya tidak disambut oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Siapa beri arahan?

Seperti RPK, Bala juga berada "dalam buangan" di luar negara kerana bimbangkan keselamatan diri namun rela bekerjasama dengan syarat keselamatan dirinya terjamin.

Masa sudah sampai untuk sebuah RCI ditubuhkan dan mendengar serta menilai keterangan dan bukti-bukti yang dibawa oleh Raja Petra, Bala, Deepak Jaikishen, Abdul Razak Baginda dan lain-lain.Persoalan-persoalan seperti siapa yang memberi arahan kepada dua pegawai polis untuk membunuh Altantuya, jika benar mereka yang bertanggung jawab, masih belum terjawab.

Begitu juga dengan hubung kait pembunuhan itu dengan komisyen RM500 juta untuk pembelian kapal selam ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Antara video lucah dan pembunuhan seorang warga asing yang melibatkan kepentingan negara, agaknya yang mana satu lebih mendesak untuk mengundang penubuhan RCI?/MK

Hina Sultan Kelantan Dalam Facebook

Posted: 17 Apr 2011 07:49 PM PDT

SHAH ALAM – Polis diminta bertindak tegas terhadap kenyataan berbaur hasutan seorang individu di laman sosial 'Facebook' yang didakwa menghina Sultan Kelantan dan rakyat negeri itu. Perantau Kelantan di sini, Izwan Abdul Hadi mewakili seluruh rakyat Kelantan di Lembah Klang berkata, polis diminta memandang serius isu yang boleh mencetuskan provokasi kenegerian, kedaulatan raja dan perkauman kerana kesemua perkara itu adalah sangat sensitif dalam kalangan rakyat negara ini.


Menurutnya, individu yang didakwa dari Perak itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan melampaui batas sehingga menyentuh ketua negeri terutama raja atau sultan, sedangkan ia hanya perlawanan bola sepak (merujuk kepada kekalahan Kelantan kepada Perak Selasa lalu).

"Kami benar-benar kesal dengan kenyataan dia sebab itu hanya sukan dan permainan, janganlah keterlaluan. Jangan membusukkan negeri Perak dengan tindakan seperti itu sebab kami juga mempunyai ramai kenalan dari Perak.

"Dia kena ingat Perak pun bernaung di bawah Raja Melayu, janganlah menghina Raja Melayu negeri lain. Saya juga berharap perkara ini mendapat perhatian Majlis Raja-Raja Melayu demi kebaikan seluruh rakyat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis bersama Kelab Penyokong Kelantan FA, Ultras Kelantan, Kelab Anak-anak Kelantan Di Perantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini semalam.

Izwan berkata, kemarahan rakyat Kelantan tidak akan tercetus sekiranya tidak ada provokasi kenegerian dan perkauman dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti itu.
Beliau tidak mahu keakraban rakyat Malaysia di negeri Perak dan Kelantan menjadi renggang disebabkan kenyataan itu.

Izwan juga berharap rakyat negeri lain terutama peminat bola sepak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Selasa lalu, Perak menewaskan Kelantan 4-0 dalam perlawanan Liga Super 2011 di Stadium Ipoh, Perak.

Sementara itu di Manjung, Perak, lebih 20 ahli NGO Kelantan di daerah itu berhimpun membantah tindakan individu terbabit. Mereka turut membuat laporan polis.

Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan (Perakan) Manjung, Muhd Fadzli Saud (gambar) berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan individu itu mencaci rakyat dan Sultan Kelantan.

"Kenyataan itu mungkin boleh mencetuskan perbalahan sesama kita," katanya. Wakil Kelab Dikir Barat Seri Perantau, F Azman Ismail berkata, pihaknya kecewa dengan perbuatan individu terbabit.

"Harap polis ambil tindakan segera," katanya. Antara NGO menyertai perhimpunan itu Anak Kelantan TLDM, Kumpulan Dikir Barat Seri Perak, Peniaga-peniaga Kelantan Daerah Manjung dan Kelab Muay Thai Manjung./SH

Hakisan Undi China Mungkin Tangguh PRU 13

Posted: 17 Apr 2011 07:00 PM PDT

Hakisan sokongan kuat masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) yang berterusan di Sarawak sejak pilihan raya umum 2008 kemungkinan akan memaksa Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pilihan raya umum ke-13, demikian menurut penganalisis. Justeru, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN dilihat perlu mengkaji semula gagasan 1 Malaysia untuk memenangi semula sokongan rakyat yang tidak berpuas hati dengan masalah pembangunan ekonomi dan kekurangan aspek meritokrasi selain telah menyebabkan sokongan berkurangan.

"Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN," katanya penganalisis Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

BN menang majoriti dua pertiga dengan 55 dari 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. DAP menggandakan kemenangan kepada 12 kerusi manakala PKR menang tiga kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas juga mendapat satu kerusi.

Pada pilihan raya 2008, Pakatan Rakyat menang 82 dari 222 kerusi Parlimen dengan DAP memperoleh 28 kerusi, terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai majoriti besar pengundi Cina, yang menolak wakil rakyat BN.

Jika berdasarkan trend mengundi setakat ini, Agus percaya keputusan pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 semalam membuktikan pengundi di negeri itu masih mengundi mengikut kaum.

"Ia masih mengikut segmen kaum, malah lebih daripada biasa. Saya tidak rasa Najib akan mengadakan pilihan raya umum pada masa terdekat.

"Kemenangan di Sarawak tidak membuktikan kemenangan BN... apa yang jelas BN mengekalkan undi Melayu-Bumiputera sementara Pakatan Rakyat melalui DAP mendapat undi Cina," tambahnya.

Pensyarah itu berkata BN gagal mempertahankan Sarawak sebagai "deposit hayat" atas banyak sebab dan ini akan membuat Najib menangguhkan untuk mengadakan pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.

Menurut Agus, kehilangan sokongan dari masyarakat Cina menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib yang "inklusif" hilang di kalangan rakyat Sarawak.

"BN dan DAP sekarang bertanding bagi kerusi (mengikut kelebihan komposisi) kaum . . . ini menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib gagal. Sokongan yang kurang dalam masyarakat Cina perlu diambil kira sebelum beliau (Najib) mahu mengadaka pilihan raya umum," kata Agus.

Jelas beliau, pertarungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Rakyat dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) juga sebab utama mengapa perikatan tiga parti itu menang lebih banyak.

"Jika ia pertarungan satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan BN, keputusan akan jadi lain," kata Agus sambil menegaskan Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan "selesa" apabila memperoleh kemenangan.

Najib juga memberikan isyarat meyakinkan apabila mengatakan kemenangan besar di Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya.

"Momentum ini akan kita tingkatkan dan apa yang penting sokongan ini kita kekalkan supaya ia boleh diterjemahkan pada pilihan raya umum," katanya malam tadi.

BN mengekalkan kemenangan dua pertiga di DUN Sarawak dan pada pukul 10.55 malam tadi BN diisytiharkan menang dengan 55 kerusi atau 75 peratus 71 kerusi yang dipertandingkan. Pada 2006 menang 62 dari 71 kerusi, ini menunjukkan undi BN turun dari 62.93 peratus pada 2006 kepada 55.24 peratus semalam.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, bersetuju dengan pandangan Agus. "Walaupun Najib bercakap soal 1 Malaysia dan inklusif untuk semua, masih terdapat rasa antara konsep dan pelaksaan dan ini sesuatu yang cuba dieksploitasikan lawannya.

"Lihat keputusan setakat ini . . . ada jurang antara orang Islam dan bukan Islam," kata Ibrahim. Seperti Agus, Ibrahim juga berkata kemenangan 15 kerusi Pakatan Rakyat tidak akan dipandang mudah oleh BN.

"Pakatan Rakyat menang di negeri yang dianggap sebagai peti deposit BN," katanya. Penganalisis itu berkata faktor Najib menyumbang kepada kemenangan BN kali ini. "Kehadiran Najib dan Najib sendiri yang berkempen di Sarawak... dan apa yang beliau lakukan menyumbang kepada kemenangan BN. "Ia akan jadi lebih teruk tanpa Najib," kata Ibrahim./TMI

Tiada ulasan: