PERAKITE |
- PRU 13 semakin hampir.. sebelum Ramadhan
- siap sedia blogger Pakatan Rakyat.... blog anda mungkin di hacked
- Sayang Sarawak, Tipah Akan Tertipu Lagi seperti di Batang Ai ?
| PRU 13 semakin hampir.. sebelum Ramadhan Posted: 11 Apr 2011 02:21 AM PDT Banyak telah diperkatakan mengenai kemungkinan PRU ke-13 diadakan tahun ini, namun berasaskan laporan media menyebut bahawa sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan - memperkuatkan lagi keyakinan bahawa ia sebahagian daripada petanda berasaskan kebiasaan masa lampau.. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Menurut Akhbar, beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. "Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap BN pada PRN Sarawak. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 - sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini Namun berasaskan perkembangan semasa di Sarawak kini, sumber berkata BN telah menyedari bahawa mereka perlu mengambil pendekatan segera dan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi, maupun mengasingkan pilihanraya antara semenanjung dan negeri Sarawak/Sabah kerana ia memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk berkampung di dua negeri itu. | |
| siap sedia blogger Pakatan Rakyat.... blog anda mungkin di hacked Posted: 10 Apr 2011 07:31 PM PDT Umno/BN dan kalangan penyokongnya sedang berkempen berhabis-habisan dengan apa cara sekalipun di kawasan Melayu, Melanau beragama Islam dan di alam siber. Di alam siber, blogger dan IT Umno/BN sedang berusaha memusnahkan rangkaian blog pro pakatan. Minggu lepas blog Albanjari dah kena hacked. Blog2 pakatan yang lainpun ada kedengaran yang kena hacked. Umno dilanda resah dan kini sedang berusaha dengan apa jua cara agar Sarawak tidak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Umno bimbang akan terlepas Sarawak bagi memastikan perompak dan kroni yang merompak kekayaan Sarawak terus kekal. Dengan cara itu sahaja mereka boleh meneruskan kegiatan mereka di Sarawak. Ayuh, para pengundi di Sarawak bertindaklah dengan tidak menghadiri ceramah2 BN tetapi memastikan semua berbondong2 menyokong calon Pakatan Rakyat iaitu KEADILAN, DAP dan PAS pada hari pengundian. Undilah mereka. Pemilihan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian selaku Ketua Menteri baru jika PKR menang juga mendapat sambutan baik dari Rakyat Sarawak. Namun BN kini sedang mengedarkan poster berkaler biru dengan foto Bian sebagai Ketua Menteri baru kononnya untuk menakutkan orang Melayu dan Melanau. Poster berkenaan diedar rumah ke rumah di kawasan Melayu dan Melanau, di samping Petrajaya dan Batu Kawan. Komuniti Melayu dan Melanau meliputi 38 peratus daripada jumlah pengundi di 27 kerusi DUN. DS Anwar Ibrahim berkata, ia sama dengan cara di Pulau Pinang, apabila BN menakut-nakutkan Melayu terhadap Ketua Menteri (DAP) Lim Guan Eng. MerdekaReview memetik kata Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak Faisal Syam Hazis bahawa, BN mula memainkan isu ini beberapa hari seterusnya, untuk mewujudkan rasa ragu-ragu pada PR agar Melayu/Melanau terus mengundi PBB untuk memastikan regim ini kekal berkuasa. Melayu/Melanau bukan kaum majoriti, tetapi menguasai sumber yang paling banyak. Bian ialah peguam hak asasi manusia, banyak terlibat mengendalikan kes tanah adat orang asli. Namun, Faisal Syam Hazis menganggap isu Bian sebagai KM ini akan gagal kerana pengundi lebih fokus pada isu periuk nasi, infrastruktur, pendidikan anak dan sumber pencarian. Beliau berkata sentimen anti kerajaan agak tinggi di kawasan desa Melayu/Melanau, kerana mereka merasai diri mereka diabaikan kerajaan. Selain itu, Faisal berkata, pembangkang berpeluang menang seandainya dilihat dari sentimen pengundi. Namun, apa yang dikhuatiri adalah keadaan merasuah yang amat ketara, dan sukar diramalkan sehingga saat-saat terakhir. | |
| Sayang Sarawak, Tipah Akan Tertipu Lagi seperti di Batang Ai ? Posted: 10 Apr 2011 06:47 PM PDT Lu tolong gua. Gua tolong Lu. Tapi gua sudah lama tolong lu.. Lu belum tolong Gua. Sekarang Lu datang lagi.. takper..Selamat Datang YAB PM DS Najib Razak. Malam tadi Lu kasi tupperware, burger dan kemeja-T 1Malaysia kepada yang hadir di satu majlis di Kucing. Berebut-rebut hadirin nak dapatkan Tupperware itu. Ada yang terpelanting jatuh. Kesian makcik dan kakak-kakak peminat Tupperware. Maklumlah biasenyer dok guna bekas plastik koman je. Ini tupperware siap logo 1 Malaysia lagi. Mahal tu... saper supplier...? Najib juga berselera membuka janji barunya. Janji dan janji sedangkan ikrar lama belum tertunai. Najib sepatutnya sebelum membuat ikrar-ikrar baru dan berbohong lagi untuk pilihan raya negeri Sarawak ini, penuhilah janji lama. Ramai yang ingin bertanya khabar tentang janji-janji lama... janji manismu.. PENTING: Jangan lagi sebuah janji Lu Tolong Gua. Gua Tolong Lu, sebab Gua tak mau dengar lagi. Sudah tiba masanya.. tunjukkan bukti ikrar janji lama telah ditunaikan. Mungkin Najib sudah lupa kerana Melayu mudah lupa bahawa semasa beliau berkempen di PRK Batang Ai.. walaupun belum begitu lama lagi, banyak ikrar janjinyer? ![]() Itulah pertama kali Najib jejak kaki di Sarawak selaku Timbalan Perdana Menteri . Beliaulah yang mengetuai gerombolan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi Batang Ai.. Dah Lupa kot..? Banyak sungguh janji dibuat melebihi angka RM70 juta. Malangnya, selepas Gua Tong Lu, Lu Belum Tolong Gua. Lebih 90 peratus janji hanya tinggal janji manis mu. Kali ini lebih banyak janji kerana Najib dalam rangka lawatan enam hari ka Sarawak. Akan buat hospital (ganti hospital lama selepas merdeka), bina masjid yang dah roboh dua tahun, buat klinik terapung (yang bertahan 30 tahun lagi). Ada apa-apa ke yang merisaukan Tok Jib? |
| You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan