Muslimeen United |
- Kuburkan Taib Mahmud
- Saya boleh kata tidak Anwar - Mursyidul Am
- 16 April: Tsunami ke-2 Politik Malaysia
- 'Video seks tak boleh jadi bahan bukti di Mahkamah Syariah'
- Pilihanraya DUN Sarawak: Tindakan Najib Altantuya Memalukan Seluruh Rakyat Malaysia!!
- BN Sarawak kini hadapi masalah besar
- Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13?
- Petanda Awal: Helikopter Bawa Rombongan Muhyiddin Terbalik
- CERAMAH PARTI TUPPERWARE NAK SURUH ORANG RAMAI MAI DENGAQ CERAMAH.. TERPAKSA DIUMPAN OLE-OLE KALAU TAKDAK HABUAN DIBERIKAN.. TAKDAK SAPA NAK MAI DEN
- Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik…
- Kedudukan BN Sarawak kini 50:50
- Fhoto Tok Guru ini buat BN bertambah tenat di Serawak..
- Pengundi Tanjong Datu alu-alukan kehadiran PAS
- 'Super Sunday' melanda Sarawak
- Video: Anwar ajar wartawan gila seks
- Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi..
- Sarawak di Persimpangan
- SPRM Sudah Banyak Lemak Minta Tambah Kakitangan
- Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud
| Posted: 11 Apr 2011 06:15 AM PDT Kerajaan Rakyat - Kehangatan kempen pilihanraya Sarawak semakin panas dengan BN dikatakan sangat tertekan sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak terpaksa membatalkan semua acara untuk berkampung di Sarawak mulai semalam hingga ke hari pengundian. BN menjadi semakin parah dengan hubungan yang runcing antara Ketua Menteri Taib Mahmud dengan Najib yang membuat ucapan menyinggung semalam dengan menyatakan Taib akan berundur selepas pilihanraya. Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan luar biasa di negeri itu. Tanpa sokongan media yang dikawal BN, kempen Pakatan Rakyat lebih memfokus dengan ceramah, kempen rumah ke rumah, pengedaran risalah dan lain-lain. Terbaru sebuah video dikeluarkan yang menggambar betapa pemimpin-pemimpin BN kaya raya dan rakyat Sarawak terus dihimpit derita kemiskinan. Ayuh bersama buat perubahan. Majukan video ini kepada pengundi-pengundi di Sarawak dan kepada semua rakyat Malaysia. | ||
| Saya boleh kata tidak Anwar - Mursyidul Am Posted: 11 Apr 2011 06:12 AM PDT Tuan guru jawap isu fitnah.."Kalau tak dibalas atas muka dunia akan Allah balas di Akhirat" | ||
| 16 April: Tsunami ke-2 Politik Malaysia Posted: 11 Apr 2011 06:07 AM PDT KUCHING. SARAWAK: 'Gempa bumi dan Puting beliung' dikatakan terus melanda Sarawak yang menyaksikan program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan hebat dan luar biasa. Malah, jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri, sehingga penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyifatkan 'puting beliung' sedang melanda negeri itu. Pengarah Strategi KEADILAN pula menyifatkan ia sebagai gempa bumi- sebelum meletus gelombang ombak besar 'tsunami' 16 April ini iaitu hari penentuan rakyat Sarawak memilih kerajaan baru. "Sambutan yang kita terima sangat baik dalam tempoh bermula kempen sehingga hari ini. Kalau di kawasan bandar, jumlah kehadiran ceramah-ceramah Pakatan Rakyat mencecah 10 ribu hingga 11 ribu orang. Di kawasan bandar gelombang itu sangat jelas malah kutipan untuk pakatan sahaja mencecah berpuluh ribu ringgit," katanya. Secara berseloroh, Rafizi berkata, BN tidak boleh memberikan alasan bahawa jumlah itu disebabkan kehadiran ramai pegawai polis dari cawangan khas, kerana mereka yang hadir turut menderma kepada Pakatan. Malah katanya, kempen Pakatan di kawasan pedalaman turut mendapat sambutan luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Sarawak kali ini. Ia ternyata berbeza pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006 dan sebelumnya- apabila pembangkang dikatakan langsung tidak mempunyai tempat untuk berkempen di kawasan pendalaman. 'Kini apabila pemimpin-pemimpin utama KEADILAN seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution datang ke rumah panjang, tuai rumah atau pemimpin utama rumah panjang membuat upacara istimewa menyambut kehadiran mereka," ujarnya. Kata Rafizi, keadaan itu kini benar-benar menggusarkan Najib sehingga terpaksa berkampung dan membawa satu 'batalion kabinet' ke negeri itu bagi mempertahankan Sarawak dari jatuh ke Pakatan Rakyat. Najib kini dikatakan membatalkan semua programnya di semenanjung untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya negeri itu, yang juga dilihat tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini. "Apabila Najib turun berkampung membawa 1 barisan menteri kabinet di sini, ia membawa petanda baik kepada Pakatan," tambah beliau. Katanya lagi, keadaan BN Sarawak yang kini sudah berpecah belah dan bertelingkah sesama sendiri, memberi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Malah Taib Mahmud juga dikatakan sudah lagi tidak sebulu dengan tindak tanduk Najib, apabila bertindak memboikot beberapa program yang dihadiri Presiden Umno itu. Ia berikutan desakan Najib supaya Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas pilihan raya tersebut, dan campurtangan Najib yang berlebihan dalam pilihan raya itu. Namun, Rafizi mengingatkan jentera Pakatan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang strategi dan taktik Umno khususnya menjelang saat-saat terakhir pengundian. "Dua hingga tiga hari sebelum hari mengundi mereka akan tabur duit, mereka akan sabotaj untuk mendapat undi. Ini kerana mood rakyat sedang bersama kita. Kita bimbang BN akan menggunakan sepenuhnya 3M- jentera kerajaan, wang ringgit dan media untuk sabotaj Pakatan Rakyat. "Mereka akan gunakan fitnah dan sebab itu jentera kita perlu disusun sebaik mungkin" ujar beliau. Sambutan luar biasa terhadap program Pakatan berlaku di Kuching semalam di mana jumlah hadirin dijangka melebihi 10,000 orang. Jumlah terbesar adalah di Batu Kawah yang dianggarkan tidak kurang daripada 12,000 orang. Tiga pemimpin utama Pakatan rakyat, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penasihat Dap, Lim Kit Siang, menyemarak sambutan rakyat Sarawak, sehingga jalan menuju ke tempat ceramah sesak teruk sejauh 6 kilometer. Isu video seks palsu langsung tidak memberi kesan kepada pengundi, malah ketika Anwar menyebut mengenainya, kebanyakan yang hadir tertawa menunjukkan mereka tidak mempercayai tuduhan jahat berkenaan. Dalam beberapa ceramah sebelum ini seperti di Miri, Senadin dan Bintulu, jumlah kehadiran dijangka melebihi ribuan orang, satu angka yang cukup luar biasa bagi situasi rakyat di Sarawak yang selama ini dianggap konservatif BN. Meskipun sesetengah pihak mendakwa , jumlah kehadiran yang begitu ramai belum tentu menjamin kemenangan, namun ia ternyata membangkitkan gelombang dan sentimen rakyat Sarawak yang semakin ghairah untuk menggulingkan Taib Mahmud menjelang 16 April ini. | ||
| 'Video seks tak boleh jadi bahan bukti di Mahkamah Syariah' Posted: 11 Apr 2011 05:59 AM PDT Ulasan tentang vedio tidak boleh jadi saksi oleh Ust Zulkifli Ismail - Ketua Dewan Ulama' Pas Melaka. Datuk ' T ' membawa maksud - Temberang, Tipu, Tolol KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berpendirian bahawa rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah. Sehubungan itu, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Encik Zainol Rijal Abu Bakar, kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai, khususnya umat Islam. Dalam satu laporan akhbar tempatan, Encik Zainol dipetik sebagai berkata rakaman video itu boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di Mahkamah Syariah. Menurutnya, ia dikategorikan sebagai bukti 'bayynah' iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk, antaranya dokumen, percakapan dan video. Justeru, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki. 'Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung,' kata Dr Juanda dalam satu kenyataan. Beliau menambah, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di Mahkamah Syariah, melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi 'hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku'. Kata beliau, surah Al-Nur ayat 4-5 adalah nas muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina, yang mesti cukup empat saksi. 'Adapun gambar, klip yang samar-samar tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah,' katanya lagi sambil berkata sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat.' Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan 'keraguan' yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi. 'Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan,' kata beliau lagi. Dr Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru. 'Saya tidak sangka buruk dengan PPMM tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat,' katanya -- Agensi. | ||
| Pilihanraya DUN Sarawak: Tindakan Najib Altantuya Memalukan Seluruh Rakyat Malaysia!! Posted: 11 Apr 2011 04:07 AM PDT
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pilihanraya yang berlangsung di negara ini belum lagi bebas dan adil khususnya kepada Pakatan Rakyat seperti mana yang berlaku di beberapa kempen Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10. Anwar berkata, tindakan panik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa keseluruhan Kabinet serta jentera kerajaan untuk membantu kempen pilihan raya negeri merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara dan ia jelas merupakan usaha berterusan Najib mengekang Pakatan Rakyat membawa angin perubahan kepada rakyat di negeri itu. "Ternyata pilihanraya di Malaysia masih belum lagi bebas dan adil terutamanya di Sarawak. Ini kerana, media masih dikawal kerajaan BN dalam menyampaikan maklumat yang telus kepada rakyat dan kempen-kempen Pakatan Rakyat selepas penamaan calon acap kali diganggu pihak berkuasa,". Bercakap dalam satu sidang media di Kuching, Anwar turut mengingatkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya mematuhi peraturan pilihanraya yang adil dan bebas serta berharap tiada lagi cubaan untuk menghalangnya dari terus berkempen di negeri itu. "Saya ingin mengingatkan PDRM supaya memberi kerjasama, menghormati peraturan berkempen serta tidak menghalang mana-mana parti untuk kempen khususnya Pakatan Rakyat kerana tindakan itu hanya akan menakutkan orang ramai. Ini adalah hak yang termaktub dalam perlembagaan negara" Tambah Anwar, selain terpaksa berdepan dengan barisan jentera kerajaan Pakatan Rakyat juga turut menerima serangan yang tidak putus-putus daripada media kawalan Umno-BN. | ||
| BN Sarawak kini hadapi masalah besar Posted: 11 Apr 2011 02:05 AM PDT MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat. (Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri) Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat. (Gambar: Orang ramai yang mendengar ucapan Anwar di Miri) Pakatan tanding semua kerusi Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi. Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 23 kerusi untuk menafikan kuasa 2/3 BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 36 kerusi untuk menamatkan kuasa BN di Sarawak. Berikutan ketakutan dari sentimen benci kepada Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Sarawak berjanji kepada pengundi, Taib Mahmud akan bersara selepas pilihan raya ini.Namun tidak diketahui apakah ianya dipersetujui oleh Taib kerana usaha Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin memujuk Taib agar bersara sebelum pilihan raya bermula gagal. Ini kerana, kegagalan mereka memenuhi tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun menjadi 'raja' di negeri itu. Menurut SarawakReport, kekayaan yang dimiliki Taib sudah terlalu melimpah ruah. Ia bukan sahaja milik beliau bahkan keluarganya iaitu anak-anak dan adik beradiknya. Antaranya adalah pemilikan tanah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sarawak. -Hrkh | ||
| Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Posted: 11 Apr 2011 12:37 AM PDT
Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak. Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang. Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya. Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji. Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan. "Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan. Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak. Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan. Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu. Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya. Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. | ||
| Petanda Awal: Helikopter Bawa Rombongan Muhyiddin Terbalik Posted: 11 Apr 2011 12:26 AM PDT Sebuah helikopter yang dipercayai membawa rombongan Timbalan Perdana Menteri terbalik ketika hendak berlepas dari sebuah padang dekat Wisma Sanyan. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu. -M'kini | ||
| Posted: 11 Apr 2011 12:23 AM PDT ![]() NAK SURUH ORANG RAMAI MAI DENGAQ CERAMAH.. TERPAKSA DIUMPAN OLE-OLE KALAU TAKDAK HABUAN DIBERIKAN.. TAKDAK SAPA NAK MAI DENGAQ NAJIB BERUCAP KESIAN NAJIB... 50 TAHUN KERAJAAN BN MENIPU RAKYAT 30 TAHUN RAJA BERUK MERAMPAS HARTA RAKYAT HARI NI RAKYAT BERJAYA RAMPAS BALIK OLE-OLE KAH! KAH! KAH! ITUPUN KENA MAI DENGAQ CERAMAH BARULAH BOLEH DAPAT OLE-OLE KENA BEREBUT-REBUT PULAK TU KAH! KAH! KAH! KESIAN MEMANG KESIAN KALAU DAPAT TV LED 42 INCI KA DAPAT KERETA INSPIRA KA, OK JUGAK INI DAPAT TUPPERWARE KAH! KAH! KAH! Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware. Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware. Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk. Jatuh tergolek Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching. | ||
| Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik… Posted: 10 Apr 2011 09:12 PM PDT Ceramah Anwar Ibrahim di Kampung Tunku Abdul Rahman, Miri, di mana beliau disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh daripada lebih 500 orang penduduk Iban. | ||
| Kedudukan BN Sarawak kini 50:50 Posted: 10 Apr 2011 09:03 PM PDT
(Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi) BINTULU, 11 April: Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak.
Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong". "Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja. (Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu) Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri. Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.
Usaha Najib tekan Taib gagal Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib. Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui. Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu. "Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily. "Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan. -Hrkh | ||
| Fhoto Tok Guru ini buat BN bertambah tenat di Serawak.. Posted: 10 Apr 2011 08:59 PM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Sumber : Facebook Pas Sarawak Suhu politik di Sarawak mula bergelagak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat memperhebatkan kempin masing-masing. sumberPertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua kali yang dianjurkannya. Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa. Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap. "Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri. | ||
| Pengundi Tanjong Datu alu-alukan kehadiran PAS Posted: 10 Apr 2011 08:56 PM PDT SANTUBONG, 11 April: PAS tidak silap membuat keputusan bertanding di N03 Dun Tanjong Datu apabila ternyata mendapat sokongan masyarakat setempat. Meskipun PAS baru pertama kali bertanding di kawasan majoriti Melayu yang merupakan 53 peratus pengundi di Dun ini, namun sambutan yang diterima oleh masyarakat di sini sangat memberangsangkan. ![]() Setakat hari kelima berkempen semalam, calon PAS, program Nani Sahari berjalan lancar dengan mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah di setiap kampung termasuk masuk ke rumah panjang kaum Iban. Sokongan masyarakat Cina juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang sudi menawarkan premis kedainya untuk program PAS. Di kalangan masyarakat Melayu yang kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan, mereka tidak terlalu terdedah kepada dunia luar apatah lagi isu-isu semasa sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan taraf ekonomi. Namun apabila dijelaskan mengenai pentingnya pilihan raya dan sebab PAS bertanding, mereka menerima secara positif asalkan dapat membantu mereka dari sudut ekonomi. Ada juga penduduk yang mengatakan PAS seharusnya menonjolkan diri lebih awal, sebelum pilihan raya negeri lagi. Seorang penduduk yang ditemui yang merupakan penyokong PAS berpendapat, rakyat Sarawak yang pernah keluar dari Bumi Kenyalang itu lebih mudah untuk menerima PAS kerana mereka telah didedahkan dengan segala salah guna kuasa dan penipuan pemimpin BN. Golongan ini sangat diperlukan di kawasan ini untuk menyebarkan kefahamannya kepada masyarakat setempat. Selain itu,PAS juga amat memerlukan bantuan penduduk tempatan sepanjang tempoh kempen bagi memudahkan proses komunikasi dan memahami budaya dan adat resam mereka. Ini kerana budaya dan adat resam mereka adalah perkara sensitif yang perlu dijaga. Jika perkara ini tidak dititik beratkan sewaktu berkempen, sukar untuk PAS menembusi kubu BN-PBB di kawasan ini.
| ||
| 'Super Sunday' melanda Sarawak Posted: 10 Apr 2011 08:54 PM PDT Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa. Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap."Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri.
| ||
| Video: Anwar ajar wartawan gila seks Posted: 10 Apr 2011 03:33 PM PDT | ||
| Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi.. Posted: 10 Apr 2011 03:31 PM PDT Dalam cubaannya untuk menyelamatkan Taib Mahmud (bukan Taib sebenarnya tapi sumber kewangan BN dan sumber yang membolehkan UMNO terus berkuasa), Najib berkata orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. Dalam nada yang jelas terdesak Najib juga berkata "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," Percayakah anda akan kata-kata Najib itu bahawa Taib Mahmud telah berjanji untuk berundur sedangkan membubarkan DUN pun Taib tidak mengikut kemahuan Najib? Ada sumber mengatakan bahawa pembubaran DUN Sarawak oleh Taib Mahmud ini mengejutkan Najib dan Muhyiddin sendiri kerana ianya diumumkan secara tiba-tiba oleh Taib Mahmud, ianya diumumkan setelah Najib dan Muhyiddin berada diatas kapal terbang. Najib dan Muhyiddin dikatakan telah cuba memujuk Taib agar berundur sebelum pembubaran DUN kerana mereka merasakan Taib adalah satu beban buat BN Sarawak kerana selama 30 tahun berkuasa beliau begitu rakus mengumpul harta seolah-olah Sarawak itu miliknya tetapi gagal.. Ketika Najib berjumpa Taib sebelum dibubarkan beberapa ketika yang lalu kerana bimbang dan terdesak Taib Mahmud telah dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Najib dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak. Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang. Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini. "Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi," kata sumber itu lagi. Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini. "Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak. Jika isu berkenaan pembubaran DUN pun Taib tidak menerima pendapat atau cadangan Najib, adakah untuk berundur seperti Najib sarankan itu akan diterima Taib?? Najib juga berkata "Jika mereka (PR) bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun. "Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua? "Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku," katanya lagi. Memang TG Nik Aziz telah tua tetapi adakah kekayaan TG Nik Aziz sama nilainya dengan kekayaan Taib Mahmud.. Berapa billionkah harta TG Nik Aziz, berapa ratus ekarkah tanah milik TG Nik Aziz di Kelantan? Bandingkan dengan Taib Mahmud, baka kata seorang sahabat bagai kolam dan lautan.. Bukan factor usia yang dipertikaikan rakyat tetapi penyalahgunaan kuasa.. Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur 'segera' KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya. Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai. "Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang," kata Najib. Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan "perubahan secara tiba-tiba" akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun," katanya lagi. Presiden Umno ini tiba di Kuching petang ini dalam usaha mengetuai kempen pilihan raya yang tinggal enam hari menjelang hari pengundian Sabtu ini. Najib dijadual untuk menghabiskan enam hari di Sarawak, sesuatu yang tidak pernah disaksikan ketika pilihan raya negeri itu. Malah ini kali pertama sejak 1987 kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan. Beliau memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu. Kepimpinannya genap 30 tahun pada 26 Mac lalu. Petang tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib sendiri "mengetuai" BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Taib telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang. Najib kemudian mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa mereka juga mempunyai sejumlah pemimpin yang sudah berumur. "Jika mereka bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun. "Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua? "Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku," katanya lagi. Najib menambah, Anwar seorang yang banyak masalah dan orang yang sedemikian tidak boleh menerajui kerajaan atau pun negara. -TMI | ||
| Posted: 10 Apr 2011 03:30 PM PDT 1. Berkampung di DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjung Datu serta beberapa tinjauan dibuat sekitar DUN Muara Tuang bermula sehari sebelum tarikh penamaan calon sehingga kelmarin [9 hb April] memberi pengalaman baru dan sangat bernilai dalam mencongak masa depan PAS khasnya pemuda PAS di Sarawak. Insyaallah 14 hb - 16 hb April ini, saya dan rakan - rakan exco DPP Malaysia akan ke DUN Beting Maro sebagai DUN yang paling berpotensi untuk dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Sarawak bagi edisi ke 10 ini. 2. Masih saya ingat sekitar lebih 10 tahun yang lalu, bersama Yb. Datuk Wan Rahim dan rakan - rakan yang lain memulakan gerakan dakwah dan membawa risalah perjuangan Islam dengan wadah Parti Islam Se Malaysia [PAS] ke Beting Maro, kini benih yang telah ditanam telah mula berbunga dan dijangka tidak lama lagi akan membuahkan hasilnya Insyaallah. Begitu juga beberapa kawasan lain seperti Sadong Jaya dan Sebuyau. Jika sesuai dengan iklimnya, saya percaya benih yang ditanam kian subur dan bakal membuahkan hasil pada suatu masa kelak. Handsome Boy adalah antara bunga yang sedang mekar di Beting Maro. 3. Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak. Wajar diinsafi bahawa perjuangan PAS tidak sekadar menatang perubahan politik dan mengapung isu semasa sebaliknya PAS hadhir dengan cita - cita perjuangan Islam untuk :
4. Kekuatan PAS terletak kepada sejauh mana anggota dan penyokongnya memahami dasar perjuangannya iaitu Islam. Tanpa memahami Islam, agak sukar untuk mereka menyertai dan mendokong perjuangan PAS. Keadaan ini hanya memungkinkan PAS meraih simpati dari mereka yang mengikuti jatuh bangun dan suka duka perjuangan PAS lalu dinyatakan kebersamaan mereka dengan penuh simpati sementara mereka juga turut menentang musuh yang sama. 5. Justeru itu, agar PAS tidak hanya disertai oleh simpatisan maka pemimpin dan anggota PAS selayaknya bekerja keras untuk menyampaikan risalah Islam dan memahamkan masyarakat kenapa mereka wajar menerima perjuangan Islam. Menyedari kemajmukan masyarakat di Sarawak yang tentunya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, pemimpin dan anggota PAS sekali lagi mesti hadhir dengan :
6. Bermula dengan kebajikan, menyantuni kemajmukan mereka serta memperjuangkan hak mereka seperti hak pemilikan tanah yang sememangnya menjadi sebahagian dari agenda Islam, mungkin menjadi pintu masuk utama ke laman hati nurani mereka agar mereka sedia menerima perjuangan PAS. Sementara penyertaan PAS di beberapa DUN dalam pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak, [sekalipun berdepan dengan kekalahan teruk] lebih memperkenalkan PAS kepada masyarakat tempatan mengenai simbol, lambang, bendera, pemimpin, pejuang, aktivis, budaya kerja dan segalanya berkait dengan PAS. 7. Sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, mereka sinis dengan lambang PAS. Ada yang kata PAS adalah parti ping pong dengan menganggap lambang bulan purnama itu adalah bola ping pong. Malah ada yang mengatakan PAS adalah parti Jepang Hijau sehingga mereka benci untuk menjulangnya. Tidak kurang juga pemimpin kita dikejar dengan parang, diherdik dan dimaki hamun. Jika lambang PAS pun mereka keliru, bagaimana mereka mahu memahami prinsip dan dasar perjuangan PAS. Begitulah realiti sebuah pengalaman yang dilalui oleh PAS di Sarawak. Namun keadaan kini semakin baik dan memberangsangkan. 8. Saya tidak jangka secepat itu masyarakat Sarawak menerima PAS memandangkan sejarah panjang dan getir yang dilalui oleh PAS di semenanjung dan juga Gerakan Islam di seluruh dunia sememangnya menjadi bukti bahawa tabiat perjuangan Islam ini terhenti sekurang - kurang di atas 5 nokhtah :
9. Nokhtah - nokhtah inilah yang terpaksa ditempuh oleh pejuang - pejuang Islam sebagai tribulasi disepanjang jalan sebelum mereka benar - benar teruji dan layak menerima anugerah kemenangan. Tiada short cut untuk menggapai kemenangan sebagaimana tiada jalan mudah untuk meraihkan kejayaan. Kesabaran yang mantap, keyakinan yang tinggi dan munajat yang berterusan akan mendorong nusrah [pertolongan] dari Allah Azza wa Jalla. 10. Sarawak kini dipersimpangan. Ke kanan adalah jalan yang lurus dan benar. Menuju perubahan yang total melibatkan dasar dan sistem. Bukan sahaja berkait dasar dan sistem pentadbiran atau pemerintahan, tetapi jauh lebih penting ialah dasar dan sistem kehidupan sebagai hamba Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta segala makhlukNya. Sementara ke kiri adalah jalan buntu dan keliru. Menjerumuskan rakyat ke lembah yang serba mundur. Bukan sahaja mundur dari sudut taraf hidup dan sosio budaya tetapi juga mundur perkembangan spiritual dan minda. Situasi ini dinilai setelah lebih 40 tahun rakyat memberi mandat kepada BN di Sarawak. Kini Masa Untuk Berubah. Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. | ||
| SPRM Sudah Banyak Lemak Minta Tambah Kakitangan Posted: 10 Apr 2011 03:17 PM PDT
Putrajaya sedia tambah staf SPRM jika perlu, kata NajibDatuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mempertimbangkan langkah menambah staf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar memerlukan dan tiada pilihan lain. Bagaimanapun Perdana Menteri berkata (gambar), kerajaan juga tidak boleh menolak perubahan atau pembaharuan lain yang mungkin lebih sesuai untuk meningkatkan kekuatan SPRM tanpa melibatkan penambahan anggota. "Ia akan dikaji dan jika ada keperluan, maka kami akan meluluskannya," kata beliau selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League 2011 di sini hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas permintaan SPRM yang memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara. Menurut laporan itu, ketika ini hanya 31 pegawai SPRM dan 90 pengawal keselamatan menjalankan tugas berkaitan keselamatan di seluruh negara membabitkan ibu pejabat SPRM, 15 ibu pejabat negeri dan 19 cawangan negeri di beberapa daerah. Selain itu, pejabat SPRM yang terletak di bangunan guna sama di tingkat atas dan tidak mempunyai aras bawah pula membabitkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Labuan, manakala pejabat cawangan pula di Sibu dan Miri. Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, "kita mengharapkan tambahan 134 anggota untuk menjalankan tugas berkaitan keselamatan itu dapat segera dipenuhi bagi memastikan keselamatan fizikal membabitkan persekitaran bangunan pejabat SPRM termasuk dokumen dan harta benda di dalamnya serta individu yang berurusan dengan SPRM, terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu sentiasa dalam keadaan selamat sepanjang tempoh masa berada di premis suruhanjaya." Najib berkata, juga penting bagi melihat kemungkinan untuk mengambil pendekatan penempatan semula kakitangan daripada menambah buat masa sekarang. "Sebagai contoh, seperti pasukan polis, penempatan semula lebih 30,000 kakitangan sebab kita mengambil pendekatan untuk berfikir secara kreatif dan ini menjimatkan wang kerajaan, jadi jika boleh menjimatkan duit, kita perlu melakukannya. "Jika kita tiada pilihan, maka kita akan tambah," kata Najib lagi. -TMI Laporan SPRM yang menyatakan ia memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara, dilihat oleh rakyat bukan sebagai penyelesaian kepada masalah keselamatan di bangunan SPRM yang telah menyebabkan kematian dua orang rakyat Malaysia. Apa yang diperlukan sebenarnya ialah professionalime pegawai-pegawai SPRM yang sedia ada perlu dipertinkatkan. Pendedahan salahlaku pegawai SPRM dimana terdapatnya pegawai SPRM memuat-turun dan menonton bahan lucah sewaktu bekerja dan soalsiasat sedang dijalankan adalah FAKTA jelas bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak mempunyai disiplin dan kawal-selia ke atas mereka adalah terlalu lemah. Ia adalah perilaku yang bukan saja tidak bermoral malah menyalahi undang-undang. Bagaimana sebuah agensi penguatkuasa undang-undang sendiri tidak mematuhi undang-undang? Sehingga kini, TIADA tindakan diambil terhadap pegawai berkenaan, malah dilaporkan ada pegawai tersebut telah dicadangkan oleh SPRM untuk menerima pingat dari Sultan untuk menutup salahlakunya. Ini amat keterlaluan. Kita masih ingat di dalam kes Teoh Beng Hock dimana ada di kalangan pegawai tertinggi SPRM yang terlalu cepat menuduh mangsa membunuh diri sedangkan siasatan belum bermula, dan kemudian pegawai tertinggi itu tiba-tiba dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Justeru itu rakyat melihat seluruh agensi SPRM itu perlu dibedah-siasat dan diperbaiki mutu professionalisme mereka dengan membersihkan ia dari kakitangan berjiwa syaitan yang merosakkan imej badan itu sendiri dan negara. Bukan menambahkan kakitangan untuk melayan permintaan SPRM yang terlalu banyak lemak di mata rakyat. -GB | ||
| Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud Posted: 10 Apr 2011 03:12 PM PDT
Kegiatan-kegiatan seperti itu dapat kita tontoni setiap hari yang hanya 150 meter jaraknya dari pejabat setiausaha politiknya, Abdul Karim Hamza, yang juga menikmati pekerjaan sebagai Pengerusi BDC itu. Semasa Taib Mahmud yang telah menggunakan perhimpunan BN-nya (yang diadakan di bangunan baru Borneo Convention Centre Kuching, yang telah beliau biaya, bina dan uruskan secara korup) untuk membidas "para pembohong dan pengecut", yang telah dengan berani mengkritik berulang-kali akan dasar-dasar 'kemajuan dan pembangunannya', Sarawak Report juga berpeluang memperolehi rakaman-rakaman petikan temubual dan juga gambar-gambar. Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia dengan kependudukannya yang rendah. Berbilion-bilion ringgit telah diperolehi dari hutan dan sumber minyak dan kesemua kekayaan ini telah dicerminkan di dalam rumah-rumah mewah milik keluarga Taib dan juga rakan-rakan niaga mereka. Namun, adalah jelas perkongsian kekayaan ini dengan rakyatnya bukanlah sebahagian dari dasar 'kemajuan dan pembangunan', di mana Taib secara lantangnya enggan memohon maaf.
Di kawasan Skim Penempatan Semula itu sebuah plot tanah yang kecil berharga RM10,000 dan jika seseorang penduduk tidak dapat membayar balik harganya, maka dia tidak akan diberikan geran ke atas tanah itu, walaupun dia juga terpaksa mencari sumber lain untuk membina sebuah rumah. Kawasan berpaya berkenaan perlu ditambak tanah agar ianya menjadi sesuai untuk membina rumah, dan ini memerlukan RM8,000 lagi, yang membuatkan proses mendiami penempatan semula lebih sukar untuk dicapai. Kebanyakan penduduk ini adalah bergaji rendah, atau langsung tanpa gaji dan berharapan tipis untuk melangsaikan bayaran balik. Semasa Ketua Menteri meneruskan lebih banyak pemusnahan ke atas negeri ini untuk projek perindustrian meganya di bawah program 'pembangunan' SCORE, seramai setengah juta orang tempatan mengalami ancaman ditempatkan semula, dan mereka sepatutnya menilai laporan ini yang dibentangkan di sini. Very important person? Memanglah masalah ini nampak kecil, remeh dan kurang penting, yang telah membelengu ribuan orang tempatan yang telah ditempatkan semula untuk memberi ruang kepada 'pembangunan', tetapi Taib Mahmud tetap tidak mempedulikan itu semua, dan beliau terus kelihatan gah ketika tiba di pusat perhimpunan BCCK itu dengan kereta mewahnya, Rolls Royce. Tambahan pula anak beliau, Rahman Taib, seorang ahli politik, yang pernah diwar-war untuk menjadi pengganti beliau, tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan itu kerana diketahui sibuk bermain luncur salji (seperti yang diposnya di dalam laman sosial Facebooknya). Namun Sarawak Report merasakan mereka harus melaporkan kisah-kisah kesengsaraan hidup para pengutip sampah, lebih-lebih lagi sepanjang minggu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini. Semua orang terlibat – kaum wanita juga tak ketinggalan berhempas-pulas untuk menyara hidup Kami merasakan siasatan perlu kami jalankan ke atas para pengutip sampah, khasnya kaum wanita yang duduk sepanjang hari menunggu di tempat kitar semula di sekitar Kuching. Nuratiqah binti Abdullah menceritakan kepada kami bahawa beliau yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia 8, 9 dan 15 tahun. Keluarganya menduduki kawasan penempatan semula itu tetapi tanpa lesen menduduki sementara (TOL). Lantaran itu dia tidak mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Pada waktu malam pula, rumahnya hanya diterangi sebutir mentol yang dijana menggunakan bateri kenderaan. Sebahagian rumahnya telah rosak akibat kebakaran 3 minggu lalu. Pakaian seragam sekolah anak-anaknya habis terbakar. Suaminya tiada pekerjaan dan kadang-kala menyertainya ti tempat kitar semula sampah. Bapa mertuanya yang uzur tinggal bersama mereka. Dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan. Nanong binti Sidek berusia 37 tahun. Dia sekeluarga menduduki kawasan penempatan semula berkenaan. Tanggungannya adalah seorang anak lelaki 12 tahun dan seorang anak perempuan 9 tahun, yang telah melayakkannya menerima bantuan kebajikan untuk anak-anak sebanyak RM200 sebulan. Suaminya telah menceraikannya 4 tahun lalu. Tiga sekeluarga ini tinggal bersama bapanya, yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Pada mulanya Nanong bekerja sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan tengkingan majikannya. Dia telah mengutip sampah sejak 2008. Kiat anak Resat berusia 69 tahun. Dia juga menduduki Kampung Stutong Baru yang merupakan sebahagian dari Skim Penempatan Semula Stampin itu. Skim penempatan itu mempunyai 1154 buah lot tanah kesemuanya. Pada mulanya Kiat bekerja di tapak-tapak binaan selama 6 tahun, tetapi sejak 4 tahun kebelakangan ini dia beralih kepada kerja mengutip sampah. Suaminya bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang strok, di mana mereka sekeluarga menerima hanya RM60 sebulan selama 2 tahun sehingga dihentikan. Kiat mempunyai 5 orang anak dewasa; 3 anak lelakinya tiada pekerjaan yang tetap (salah seorang dari mereka adalah kaki botol), 2 orang anak perempuannya telahpun berumahtangga dan bekeluarga dan mampu menghulurkan bantuan yang kecil sahaja. Berhampiran dengan pusat kitar semula berkenaan terdapat salah sebuah kawasan perumahan mewah di Kuching. Apartmen Village Grove milik Abu Bekir. Bekir adalah salah seorang anak Taib yang tinggal hanyalah 300 meter jauhnya dari situ, dan setiap hari Bekir akan melalui para pengutip sampah itu. Kekayaan Abu Bekir yang mengkagumkan bukan sesuatu yang datang dari hasil usahanya dan titik peluh sendiri, kerana kekayaan itu datangnya dari pemberian secara tertutup kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi daripada bapanya. Namun Taib jelas diketahui tidak berminat untuk bermurah-hati kepada kaum ibu dan wanita-wanita yang melalui hidup susah dalam skim penempatan semulanya itu. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang di luar kemampuan mereka bagi membolehkan mereka menduduki skim tersebut yang diiklankan oleh BN sebagai peluang yang baik untuk golongan yang miskin. Betty anak Gelangyan berusia 22 tahun dan merupakan 'ahli' baru dalam kumpulan berkenaan. Dia juga datang dari Kampung Stutong Baru. Ibunya berusia 43 tahun sudah tidak mampu mencari nafkah kerana mengidap sawan, yang mana telah melayakkan keluarga itu menerima bantuan kebajikan sebanyak RM70 sebulan selama 2 tahun tetapi kini telah dihentikan. Betty bekerja di sebuah kedai kopi dengan gaji RM400 sebulan untuk menyara keluarganya dan membiayai persekolahan adiknya yang berusia 19 tahun. Sebagai menambah pendapatannya Betty mengutip sampah di pusat kitar semula itu. Menurut suatu sumber yang memberitahu kami, golongan wanita juga menukarkan barang-barang yang mereka kutip dengan bahan makanan seperti beras dari kawasan-kawasan berdekatan, atau dengan kedai-kedai runcit, walaupun ada juga barang-barang yang mereka kutip itu mereka simpan. Kebanyakan dari mereka ini datang ke pusat kitaran semula BDC menggunakan bas, jaraknya sejaug 5 km dari Kampung Stutong Baru. Kami percaya, ini bukanlah 'kemajuan dan pembangunan' seperti yang dikatakan oleh Taib semasa beliau berucap semasa melancarkan 'penentangan sehabis-habisan' terhadap pihak pembangkang. Golongan pengutip sampah ini tetap mengharapkan pembahagian kekayaan sama-rata di seluruh Sarawak. Hipni bin Bahdi, berusia 35 tahun, datang dari Kampung Tabuan Hilir. Dia mempunyai 4 orang anak; 12 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu, 3 tahun. Anaknya yang ketiga mengalami terencat akal. Akibat masalah berkenaan anak malang berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada bulan April tahun lalu. Hipni menerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan sebagai elaun anak-anaknya. Selain isterinya (34 tahun), Hipni juga menyara ibunya yang berusia 64 tahun dan saudaranya yang berusia 28 tahun yang mengidap penyakit jantung berlubang. Di sebelah malamnya Hipni menjual satay dengan pendapatan sekitar RM25 semalam. Selain mengutip sampah di pusat kitar semula di BDC Stampin, dia juga mengutip sampah di pusat-pusat kitar semula di 3 buah tempat yang lain kerana dia boelh menggunakan motosikalnya; Kenyalang, Tabuan Laru dan Batu 3. Orang-orang yang kami laporkan di atas merupakan sebahagian kecil rakyat Sarawak yang tersisih dari 30 tahun arus 'kemajuan dan pembangunan' yang sering dilaung-laungkan oleh BN. Di Sarawak kini ada lebih kurang 10,000 penduduk setinggan dan ramai lagi yang menduduki skim-skim penempatan semula yang hilang tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada 'kemajuan dan pembangunan'. Hampir kesemua mereka kini merasakan bahawa hidup di kawasan penempatan semula amatlah tinggi kosnya dan sukar dan kerajaan pula menuntut perbelanjaan yang besar, tanpa menjanjikan pekerjaan untuk mereka bagi membiayai kehidupan di penempatan baru mereka itu. Beginilah ertinya demokrasi! Jika Taib sekali lagi dibenarkan kembali berkuasa dan mula melaksanakan SCORE, maka berpuluh-puluh ribu orang Sarawak akan berhadapan dengan nasib malang yang sedang dialami oleh golongan setinggan dan penduduk skim penempatan semula seperti yang kami laporkan di atas. Namun, kerana BN gagal mendaftarkan sepertiga dari orang-orang ini di kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu, maka orang-orang tersebut tidak berpeluang mengundi! ! Dalam salah satu intipati ucapannya Taib telah mengajuk kata hikmat demokrasi yang dipelopori oleh Abraham Lincoln, "Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat". Sebenarnya, setiap orang Sarawak kini sedar, Sarawak diperintah oleh keluarga Taib dan untuk keluarga Taib dan orang lain tidak akan berpeluang bersama-sama mereka! Petikan sarawakreport.org |
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan.


Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.
Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.














Seorang lagi wanita, Nani Sahari (gambar) diberi kepercayaan oleh PAS untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Tan Sri Adenan Satem daripada BN-PBB.
Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.
Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.
31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.
Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.
"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.
"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan