Isnin, 4 April 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


Anwar mangsa komplot bunuh karakter

Posted: 03 Apr 2011 11:22 PM PDT

Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh "Datuk T" dua minggu lalu.

Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.


Menurut hasil kajian itu, 45 peratus responden beranggapan bahawa Anwar (gambar), yang juga Ketua Umum PKR, adalah mangsa pembunuhan karakter politik manakala 22 peratus bersetuju yang pemimpin itu seorang lelaki yang rendah pegangan moral.

Seramai 20 peratus mengatakan mereka tidak pasti manakala enam peratus lagi enggan respons.
Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, sedang melalui perbicaraan kes liwat kali kedua.
Ketika ditanya pandangan mereka sebab video itu muncul, 39 peratus mengatakan mereka percaya ia sebagai satu komplot untuk memusnahkan kerjaya politik beliau.
Bagaimanapun seramai 24 peratus lagi tidak pasti manakala 22 peratus mengatakan ia diadakan untuk mengalih sokongan menjelang pilihan raya negeri Sarawak bulan ini.
Hanya sembilan peratus mengatakan video itu sebahagian daripada usaha Anwar untuk mendapatkan simpati manakala empat peratus mengatakan video itu tulen.
Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali, di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.
Najib dan Hishammuddin kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.
Minggu lalu, Hishammuddin berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Anwar yang mengaitkan beliau dalam kes video seks itu.
Pada satu perhimpunan di Shah Alam 28 Mac lalu, seminggu selepas pendedahan rakaman video seks itu, Anwar menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" tidak akan sesekali "membunuh" karier politiknya.
Sebaliknya, tegas Anwar, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.
"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN... belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya.Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga PR dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."
Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.
Anwar juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor

Posted: 03 Apr 2011 11:18 PM PDT

PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan 'risiko' jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.

"Pendirian PAS Selangor ialah negeri-negeri lain, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan bubarkan DUN serentak dengan Selangor selepas Mac 2012... jika ini dilakukan, kita boleh mengelakkan jentera BN hanya tumpu di satu negeri," kata beliau kepada The Malaysian insider.

Katanya, PAS selari dengan pendirian yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Jumaat lalu bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum 2012.

"PAS pun merasakan tempoh selepas Mac 2012 adalah sesuai kerana empat tahun selepas pilihan raya umum 2008, dan kita boleh menunjukkan hasil pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi.Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan tahun ini walaupun kerajaan pusat bertindak membubarkan Parlimen.Abdul Khalid berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan DUN selepas Mac 2012 kerana mandat kerajaan negeri sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

"Ada desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya," katanya.
Khalid dipetik berkata, keputusannya untuk tidak mengikut jadual pilihan raya kerajaan persekutuan kerana di bawah sistem persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh DUN akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

"Ia beri saya satu tempoh kira-kira setahun. Kini kita boleh nilai keberkesanan program kita," kata Menteri Besar.Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau berharap kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kepada soal risiko tumpuan jentera pilihan raya BN jika memutuskan untuk mengadakan pilihan raya berasingan.
Pakatan Rakyat juga menerajui kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Roslan Shahir berkata bagaimanapun pihaknya sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya peringkat Parlimen jika BN memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal.
"Kami, PAS sudah menggerakkan jentera pilihan raya sejak Januari lalu. Kalau diadakan pilihan raya Parlimen awal, kami pun sudah bersedia," katanya.

...

Tiada ulasan: